Auni: Puasa for the 1st time.(Auni beday-7thn)

Tuesday, 19 July 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

No family is perfect... we argue, we fight. We even stop talking each other at times, but in the end family is family... the loves will always be there- unknown

Hari pertama Auni berpuasa ketika kami semua bercuti balik Johor pada cuti sekolah yang lepas. Kebetulan Ramadhan jatuh pada ketika cuti sekolah. Rumah tokMama biasa sahaja, suasananya tenang sahaja, pagi bangun sahur aku sudah dikejutkan dengan bunyi dan bauan daripada kuali di dapur, harum. Jam 5.00pagi, semua orang di meja makan kecuali Adli dan Arrizqi. Auni, sememangnya tiada masalah untuk bangun dan bangkit daripada tidur. Sudah banyak kali menonton Upin Ipin, maka dia sudah tahu sedikit-sedikit tentang puasa, lagipun sudah 7 tahun, ikut emak... seumur 6 tahun sudah berpuasa penuh.

Jadi, dengan mamai dia habiskan juga sepinggan nasi bersama seekor ikan goreng, tokMama duduk di sebelahnya tukang layan, aku sendiri pun blur awal-awal pagi, makan sedikit sahaja. Ambil peluang diet konon-kononnya. Bulan puasa manalah ada aktiviti sangat, aku hanya menghabiskan masa dengan drama Korea sahaja sampai tuan Erwandi pun naik temper, ngehehe. Menyibuk betul dorang ni, kacau jadual. Berbuka hari pertama, seadanya. Biasa-biasa sahaja (actually, aku dah lupa menu apa). Jadi aku hanya di rumah, tuan Erwandi pergi bazar Ramadhan. Sebenarnya lagi, aku suka bazar Ramadhan sebab, cuci mata dan dapat jalan-jalan.

Balik Sungai Buloh dan Auni kembali ke sekolah, hanya minta nasi dan ikan goreng pada masa sahur. Rela dan tidak aku buka mata juga menemankan dia bersahur, tuan Erwandi udah di kata... dia lebih rela berkepit dengan bantal selimutnya. Berpuasa kali ini, sahur aku bertemankan Auni dan aku berharap agar Auni tidak minum atau makan atau lebih bermain di sekolah.

Sekolah pagi, tiada masalah sangat, dengan cuaca yang redup banyak membantu, dia berpuasa sehingga waktu tengah hari. Tiba waktu petang aku menghantarnya, masih lagi dengan pesanan supaya menjaga puasa. Bulan puasa, jadual waktu persekolahan sesi petang juga berubah, Auni balik sejam lebih awal daripada biasa, hrmmm... hari pertama aku keluar ambil dia jam 4petang sampai kena gelak dengan tuan Erwandi, sebab awal melampau. Dalam kereta aku mula menemuramah dengan soalan, 

"Auni ada minum air hari ini?"
"ha a, ustazah suruh rehat saya minumlah air" aduh! jantung aku macam kena panah, darah tiba-tiba naik ke kepala. Disebabkan aku puasa dan ada orang lain dalam kereta yang sama aku cuba cool.
"loh, Auni dikira tidak puasala hari ni, kan saya dah pesan jangan minum air"
"ustazah kata rehat, saya beli air kat mesin seringgit tu" ok, salah aku sebab bekalkan dia duit rm1. Tidak ngapela Auni weih! hendak buek camno... Alasan mengapa dia bolos puasa setelah berhari-hari. 

Hari seterusnya, pun terjadi lagi apabila dia masuk ke astaka tempat aku menunggu dengan muka cargas. 
"umi saya minum air tadi" huh, sentap emak. Kali ini bukan aku yang membebel tetapi emak-emak lain yang sama-sama menunggu anak balik sekolah, hahaha. Hendak turun air mata dia kerana malu. Dalam kereta pun diam sahaja, sudah sampai rumah dia beritahu...
"orang lain tu boleh je minum, saya minumlah juga" ok emak bertenang sahaja. Perkara sudah berlalu pun. Esoknya cuaca lebih mendung daripada biasa, dan aku berpesan...
"cuaca tak panas sangat hari ini, Auni jangan minum kat sekolah, tidur je atau duduk dalam kelas diam-diam" aku perhatikan dia berjalan masuk sekolah bersama Aidil.
"hari ini saya hendak puasa" katanya sewaktu aku mengambilnya pulang daripada sekolah petang.
Dan hari itu puasanya penuh.

Hari berikutnya, sekali lagi dia berbuka di sekolah dengan alasan,
"saya tak tahan la, tu yang saya buka. Satu hari je, esok saya puasalah semula" makanya, kita layankan ajalah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagaimana yang dia janji, tiga hari puasanya bolos selebihnya dia puasa penuh hingga hari terakhirnya.

Seronok bila tiba waktu berbuka, riuh sangat dengan tigaaskar ni, tiba waktu azan Maghrib sahaja masing-masing sudah siap mandi dan bersedia di meja makan. Lebih-lebih lagi bila tuan Erwandi ada dan berbuka bersama, terasa kemeriahannya. Aku hanya gelak dengan perangai dorang memasing. Kebiasaannya yang makan melebihi lebih orang lain ialah si Adli. Dia tersangatla pantang bila melihat meja penuh dengan macam-macam makanan, Auni yang berpuasa pun, dia hanya makan dua jenis hidangan dengan kuantiti ngam-ngam badan dia.










Sebagai hadiah dia berpuasa tuan Erwandi merancang sambutan hari lahir yang ke 7 bersama dengan majlis berbuka puasa team sepupu rapat tuan Erwandi sendiri. Mujur ada adik tuan Erwandi yang membantu menyiapkan persiapan. Alhamdulillah, tertunai hajat masing-masing berkumpul dan bergembira bersama keluarga masing-masing. Dua hari sebelum Aidilfitri, kami terus bergerak pulang ke Johor. Terima kasih pada tuan Erwandi yang sudi belanja, muehehe.

Keesokkan harinya kami berangkat pulang ke Johor untuk menyambut hari raya, alhamdulillah #syukurselalu . Perjalanan harinya yang bersederhana sahaja. 

8 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

comey jek auni.. sonok baca :)

eima said...

ok la tu ...baru belajar puasa kan ... fahim pula sejak umur 6 thn dah start puasa ....so darjah 1 dah boleh puasa penuh ... tp nampak gaya si alisha tu byk karenah mesti gelagat dia sama mcm auni nanti hahahah

syawalsimpsons said...

seronok baca pengalaman auni berpuasa....

Khairun Nisaa Khiron Azman said...

Salam puan. kalau saya nak email puan untuk business purpose boleh? Terima kasih :)

ch@ said...

kakNad: seronok ke kakNad. sampai tak ceritanya ni? hiii

Manja: boleh nampak Fahim tu takde masalah, Adli sok aku taktaula cemana. Da la hisap jari.

Sue: Lepas ni kita baca Syawal berpuasa pula ea, aku rasa Syawal takde masalah.

Khairun Nisaa Khiron Azman: Bisnes apa tu ye, cubalah email... mana tahu boleh membantu. Ni email saya [nsahida@gmail.com].

SiComot said...

Anak dara da besar..Seronok je..

ch@ said...

Kwn berperang...

Masya said...

baru berkesempatan baca.. ya alah baru perasan dah 3 bulan tak bukak blog ngeeee..... auni nanti lama2 okelah puasa tu.. masa mula2 mmg bnyk kerenah .. auni2 jujur kamu bg tau buka puasa hihihihi ...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in