Kisah dia, kekasih.

Wednesday, 29 June 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


안녕하세요...
Jam penggera berbunyi nyaring siap dengan getaran yang memang menggegar katil, aku kalihkan tangan Adli yang erat memeluk, aku bagi satu das ciuman kasih tambah geram di pipinya, sambung tidur. Aku toleh Arrizqi disebelah kanan, dia sudah bertukar arah, rasanya semalam dia masih memeluk tangan kanan aku, ini macam mana kaki boleh ada di bantal? Lasak kemain. Berusaha membuka kelopak mata luas-luas, sambil bangkit daripada katil aku ke bilik air. Selesai kerjaan, aku turun ke dapur, menghidup suis lampu menyediakan menu sahur untuk Auni.

Mencari Auni di ruang tamu, tiada. Katanya malam tadi mahu tidur depan tv, mesti tuan Erwandi sudah angkat dia masuk bilik. Harap aku yang angkat, memang tidaklah, mata macam kena gam. Semalam, dapat tidur dua jam sahaja gara-gara drama Fated To Love You, ia... drama Korea ler apalagi, padanlah dengan muka. Jadi, aku naik ke bilik Auni untuk mengejutnya. Syukurnya dengan Auni ni, senang bangun bila dikejut. Mungkin faktor dia semangat untuk berpuasa, walaupun sudah tinggal tiga hari awal-awal hari tu tapi dia tetap teruskan berpuasa penuh sehari hinggan hari ini. Emak pun sudah bocor beberapa hari, malu ah!

Atas sofa KangChiKee dan CuCoKo tidur berpelukkan, dua ekor kesayangan tuan Erwandi dan tigaaskar, ini memang sweet. Adik beradik kucing yang suka mengejar ekor satu sama lain, paling haru biru bila dorang kejar ekor sendiri, hahaha. Main syok sendiri namanya. Aku suka tengok tuan Erwandi melayan dua ekor kucing ni main, wooosh! Tuan Erwandi ni the best, bila bela binatang, tanam pokok bunga dan mengemas rumah. Bila tengok dia buat kerja-kerja tadi, hati aku jadi macam kembang je, munga-munga. Bila di luar rumah, aku just let's him to handle it. Sambil dia berpeluh dengan aktiviti, dia boleh tengokkan tigaaskar main di luar pagar. Aku? Layan drama Korea ler...

Baru-baru ini dia tukar air akuarium, ikan-ikannya membiak cargas, hendak biakkan sehingga sekarang entah berapa kali dia mengerjakan akuarium tu, daripada saiz kecil tukar jadi besar, daripada mati banyak ekor hingga boleh biak jadi banyak ekor. Daripada tigaaskar yang suka benar memancing dalam akuarium juga terlebih bagi makan sehingga mereka boleh sama-sama berkongsi minat. Aku biarkan sahaja, menjadi bising bila peralatan yang digunakan bersepah dan sampah menyemakkan mata. Aku tidak boleh sungguh melihat rumah yang berserabut. Jika boleh semua benda aku hendak bubuh dalam almari bertutup.

ChiKee and Coko - aku je yang panggil natang dua dengan nama ni, muehehe.

Berkampung dalam kereta, sekali dia membuang... macam hendak pitam baunya, adeih!

Dua hari lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan kitorang dan aku rasa memang dia lupa pun. Petang hari yang sama, sebaik sahaja Auni ke sekolah, dia keluar dengan pesanan jika dia lambat balik, minta tolong kakWan ambilkan anak-anak balik sekolah nanti. Kembang hati aku campur cuak, dalam kepala mungkin dia hendak sediakan hadiah sempena ulangtahun ke lapan perkahwinan kami atau hendak baiki penyaman udara tobot w atau keluar untuk pergi tengok kereta kesayangannya tobot z. Ok tidak mengapa, kita tunggu sambil layan hobbies art dan drama Korea - as always ;p

Tidak lama kemudian pagar terbuka secara automatik, jeng-jeng-jeng sila jangan tunggu dengan harapan tinggi, aku pesan dalam hati. Buat biasa-biasa sahaja,  Arrizqi si kepoci menyambut abi balik rumah macam biasa.
"Abi... abi... abi da balik. Apatu...?" Tanyanya tanpa sabar menanti di muka pintu. Tuan Erwandi masih mengeluarkan barang-barangnya.
"Apatu abi, apatu?" Kedengaran bunyi beg plastik yang macam banyak je. Aku masih lagi di meja kerja, malas ambil part.
"Shooopping buku" kata tuan Erwandi sambil terhegeh-hegeh bawa tiga beg plastik berisi komik masuk ke muka pintu. Huk aloh! Kusabarkan je la Jebat.
"Uuuwaaahhh... banyaknya abi beli, abi... banyaknya buku abi" si kepoci tu lagi. Tuan Erwandi tergelak-gelak.
"Hadiah anniversary mana?" Eh? Aku pula tiba-tiba menuntut hadiah. Apaaahal? Hiii...
"Errr... takde" tuan Erwandi menjawab perlahan sambil give me back hug with kiss- blushing!

His shopping plastic bag.

Minta permission Auni alih tempat buku dia (yang ada fail), hampa! dia tak bagi lor...!

Petang itu juga dia menyuruh aku beli kek sempena anniversary, hrmmm malas la aku. Aku saja je tadi, usik dia. Dia sudah shoppingkan aku langsir dan karpet baru-baru ini, dia sudah shoppingkan aku baju raya anak beranak, dia sudah sediakan macam-macam untuk aku dan anak-anak, aku tidak mahu apa-apa just a wish and never endless love, that's all. Aku sudah cukup terima kasih yang tidak terhingga atas kesudiannya bertemankan aku da selalu ada bila aku perlukan dia, aku juga berterima kasih bila dia sudi support hobi aku dan tidak kisah apapun yang aku buat. Biarlah, dia dan hobinya aku dan hobi aku. We are sharing... eeewww.

1st time ke Nilai 3, best-best-best!

Mulala aku pening mana lagi hendak susun komik-komiknya berikutan almari sudah pun penuh. Nampaknya, aku kena korban kedudukan novel-novel, aku kena ubah lagi kedudukan barang-barang art, ok let's fighting. Cari space yang kosong-kosong. Siyes, aku memang berangan hendak rumah dihias dengan buku-buku sahaja, hehe. Like in library. Bagi aku, biarla tuan Erwandi habiskan masa dengan hobinya depan mata, daripada dia keluar ke tempat yang boleh buat jiwa aku jadi kacau. Biarlah dia main game, asalkan bila aku minta bantuannya dia ringan tangan membantu. Biarlah dia tidur depan mata aku asalkan aku boleh habiskan kerja rumah tanpa rasa bersalah. Once again biarlah dia dengan hobinya, aku dan hobi aku. Choae.

So let's stop here, aku perlu ke sekolah Auni, hari terbuka then sambung layan hobbies art sambil drama Korea lagiii... hiii! Jumpa lagi di entry akan datang, selamat berpuasa dan menyambut hari raya dan babai. Love.


3 pasang kaki:

eima said...

tu dia byknye buku komik ....

betui tu ... setuju .. janji die dpn mata kan....

Nad MamaZN said...

sekali gitu ha banyak komik dia beli. bestnya! rasa teruja plak.. cha, tulis novel cha.. best plak baca pjg2 camni heee

ch@ said...

Manja: bila da banyak komik tu rasa syg sgt. aku pun jd suka nak tlg kemas. nmpk seragam ja.

kakNad: hahaha, permintaan tinggi sungguh utk kita tulis novel, kita tulis blog sajalah kak. biar yg pakar tulis novel.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in