Big day Shahidi.

Monday, 23 May 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

์•ˆ๋…•!
Aku bersiap awal-awal pagi, sederhana sahaja berikutan aku pasti tugas aku hanya di dapur sahaja. Mengikut aturcara program, pagi yang bercuaca baik ini akan diadakan marhaban sempena kelahiran anak abang ipar aku yang baru, Ayash. Hrmmm, aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Selesai di sinki aku beralih kepada persediaan menu tambahan untuk petang nanti, pecal. Dapur sudah mula penuh dengan makcik-makcik terdekat yang masih di sini daripada malam tadi.

Aku duduk menyelit di antara makcik-makcik tuan Erwandi, menyingsing lengan baju kurung 1st raya dengan Auni, muat malah masih banyak ruang lagi, muehehe. Memotong, menghiris, membersih, satu demi satu bahan untuk menu pecal. Kuantitinya banyak makanya perlu kerjasama banyak pihak supaya lekas habis. MakJang, makUda, makAndak bercerita bebas, sesekali aku tergelak sama, dorang ni memang ada-ada sahaja. Kuat mengusik memang nombor satu, elak-elakkanla daripada tersalah cakap gerenti, kena bahan balik semula. Entah apa kejadian di ruang tamu, aku tidak ambil part langsung. Auni sudah pun mandi mengikut sepupunya entah ke mana. Adli bangun lekas menyelit sebelah aku, dengan bantal busuknya, hisap jarinya, ma boy seorang ini perlu pelukan dan ciuman selamat paginya. Sedang beraksi manja-manja dengan Adli, ternampak pula kelibat tuan Erwandi, juga memaksa diri untuk bangun pagi. Jarang sangat nampak mukanya bangun sebelum jam 10pagi, muahaha. Lantas, dia ku panggil agar menguruskan anak-anak.

Terima kasih kepada tuan Erwandi yang membantu memandikan, menyiapkan dan memantau tigaaskar berikutan aku sudahpun melekat di lantai berulit dengan kerja. Segala usikan dan perlian sudah tidak kuhiraukan lagi yang penting buat kerja sambil melayan badan yang mula tidak sedap, 1st day coming moon. Tahu dek tuan Erwandi ni, memang dia suruh rest sahaja. Diakan ada pengalaman aku pengsan semasa heavy coming moon, hehe. Alahai buat kerja ringan-ringan je. Sedang tekun masih berkerja, Arrizqi datang minta ngempeng. Dia sudah siap berdandan handsome, datang dengan senyuman menawan. Dia minta air, aku minta dia cari tuan Erwandi kerana segala hidangan makan pagi sudah pun siap terhidang di meja makan utama di bawah khemah.

Acara marhaban berjalan di ruang tamu, kumpulan yang terdiri daripada orang-orang kampung juga sahabat Ummi tuan Erwandi, tetapi aku yang masih di dapur duduk setia dengan kerja sambil disuap makUda nasi goreng. Argh! terasa macam makan dengan mama bila makan disuap-suap begini. Ini sahajalah tempat bermanja bila sudah berjauhan dengan keluarga sendiri. Alaaa, keluarga mertua pun, keluarga kita juga kan? Aku tahu apabila acara marhaban itu selesai apabila, orang-orang marhaban mula menyerbu ruang dapur, dengan tidak sengaja aku lekas sahaja mengambil tugas mencuci pinggan mangkuk yang digunakan oleh kumpulan marhaban tadi. Aku sudah tidak hirau apa-apa, tugas harus diselesaikan hingga habis dan dibantu makAndak 2 dan kakDila. Aku di arah untuk menukar baju, huh! aku bukan pengapit pun, aku bersiap juga untuk tuan Erwandi, melihat dia sudah smart bergaya. Barulah sepadan gittu.

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar, mempelai dirai dengan gemilang. Penat aku hilang sebaik sahaja ternampak kelibat puan Dyla dan keluarganya masuk ke khemah. Hilang segala penat lelah yang di dapur tadi, hilang segala rasa keseorangan di tengah keramaian orang tadi, aku boleh berbual tentang Korea. Yes! Aku ketawa dengan sepuas-puas hatinya dikala orang sibuk bergambar menagabadi kenangan indah dengan pengantin. Aku dan tuan Erwandi serta anak-anak sudah bergambar pun tadi, jadilah dapat sekeping bergambar dengan pengantin, twehehe. Siapalah yang tidak jatuh hati dengan perangai tigaaskar yang serba peramah tu.


puan Dyla and I.


Balik sahaja semua tetamu, hujan mula turun, renyai dan akhirnya mencurah-curah bagaikan membalas dendam tidak dapat turun tengah hari tadi, syukur hujan tatkala majlis sudah selesai. Aku, kakDila dan sepupu tuan Erwandi, tuan Erwandi serta pengantin yang masih tinggal lekas sahaja berkemas, kerusi, meja, sampah sarap. Adli dan Arrizqi leka bermain berdua sambil diperhatikan ahli keluarga terdekat, mereka sudah pun basah lencun daripada atas hingga ke bawah. Apabila hujan agak reda aku berlari masuk ke rumah, mengendalikan Adli dan Arrizqi. Mereka ketiduran sebaik sahaja dimandikan dan diberi milo suam. Keletihan setelah seharian tenggelam dalam keseronokkan. Mana tidak seronoknya, bebas makan aiskrim goyang hampir 10 batang seorang. Demam esok lusa, memang bersiaplah emak.


Aiskrim goyang sempoi yang menjadi perhatian.


Malam itu, aku tidak sempat makan pun, seharian itu juga aku hanya menghabiskan nasi Adli tengah hari dan mujur makUda menyuapkan aku nasi goreng pagi tadi jika tidak sudah awal-awal lagi aku tumbang. Aku juga masuk tidur awal, petah lagi melihatkan tidur tuan Erwandi bagaikan tidak sedar diri. Esok yang berbaki satu hari lagi, tuan Erwandi lekas-lekas ajak aku mengemas untuk segera pulang ke Sg. Buloh. Aku flet, suara pun sudah hilang, kepala memberat bercakap pun tidak larat.

Geram aku tengok kek yang super besar, malangnya tekak sangat perit untuk disumbat macam-macam. Habis bersarapan, tuan Erwandi bangun dia mengajak mandi sungai. Bersama pengantin baru dan sepupunya kami ke Sg. Congkak. Terpaksa pergi kerana perlu menjaga 3 plus 3 kidos. Tigaaskar dan juga anak kakDila. juga tiga orang. Bebas bercerita di tengah sungai, duduk atas batu berlantaikan air mengalir, indah wei apabila hilang segala beban di kepala. Selalunya memang begini kan? harus ada acara selepas berpenat lelah berlengas seusai sesuatu majlis tamat. Aku menghabiskan masa dengan berbual topik-topik ringan dengan makItam, ikutkan hati malas hendak bercakap, kepala masih belum betul sepenuhnya. Aku melepaskan ketawa besar apabila sepupu tuan Erwandi diusik anak sepupu, hahaha. Mereka bermulut lepas belaka, cakap yang lepas bebas namun tidak satu pun disimpan dalam hati, seronok.

Masing-masing menggelakkan seorang sepupu tigaaskar, waktu kecilnya di panggil Atan, kekal hingga besar, adik-adiknya sendiri menggelarnya Pak Atan, aduhaiii melekek ketawa bila melihatkan Atan yang berumur 11 tahun naik marah. Hendak marah lebih-lebih khuatir dirinya ditinggalkan, suka benar kami semua mengusiknya. Atan yang berhati baik. Aku segera berkemas sebaik sahaja tiba di rumah, tuan Erwandi sudah mengajak pulang sebaik sahaja ummi selesai masak tengah hari. Aku masih kenyang lagi dengan nasi goreng lekas mandi, bersiap dan packing our bagasi. Sampai pula abang ipar dan keluarganya, tidak sempat untuk aku beramah mesra berikutan mood aku betul-betul berada di tahap paling minima. KakDila mahu menumpang, mujurla tobotW ni besar, cukup untuk memuatkan kami berlima serta kakDila dan 4 orang anaknya. Pack jugala, tapi seronok balik sekaligus begini, tinggalla rumah abah, tinggalla pengantin baru, tinggalla hal-hal yang membuatkan hati kecil dan kita jumpa lagi pada masa mendatang, inshaaAllah.


Pengantin.


Selamat pengantin baru Shahidi dan Wanizati, tahniah atas perkahwinan anda berdua, semoga bahagia kekal hingga hujung nyawa. Semoga tabah dalam menongkah arus hidup berkeluarga. Ok, cerita tamat di sini, akan datang kita cerita hal anak-anak pula ok. Jumpa lagi, daaa.

Missing you is my hobby, caring for you is my job, making you happy is my duty and loving you is my life. - immycreations.tumblr

Notahijau: Cuba menggigih update bloghijau ni. 

3 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

selamat pengantin baru..
selamat menerima biras baru jugak pd cha ;)
penatnya la hai bila berkenduri kendara ni kan.. kak nad slalu escape klu ada kenduri belah papazakwan, hahahaha! almaklum, ada anak kecik.

eima said...

hari yang padat dan memenatkan ...
biasa itu yang berlaku semasa kenduri kendara ... yg best mak uda tu kan siap bersuap

ch@ said...

kakNad: tq kakNad. untungla boleh skip, kita takde anak kecik, cemana. redho saja.

manja: terkenang mom di kampung.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in