Terengganu, kami datang!

Tuesday, 1 March 2016

Assalamualaikum, selamat sejahtera, 안녕하세요 (hello)...! Wah da berapa Rabu skip entry ni kan? Aku ada ja mencari kekuatan selepas mengalami kemalangan beberapa minggu lepas. Bila terjadi pada diri sendiri, mulala trauma dan fobia datang tanpa rela. Ok, lets shoot the entry.

Rancangan datang tanpa di pinta, hahaha. Hari Rabu, bekas kawan sekolah wassapp, meminta aku buatkan buku tetamu untuk hari sandingnya pada Sabtu. InshaaAllah setelah kebenaran untuk pergi ke majlisnya mendapat kelulusan tuan Erwandi, aku gagah dan gigih buatkan buku tetamu untuk Zamalulkhair. Tiba-tiba rancangan bertukar, sebaik sahaja mendengar berita tokWan (onyang tigaaskar) masuk hospital, tuan Erwandi mengajak kami pulang ke Terengganu. Hati aku, berbolak balik. Tidak ikut, rasa rugi sebab kali terakhir kami pulang ke Terengganu pada usia Auni 2bulan. Jadi... aku minta maaf pada Zamalulkhair kerana tidak dapat hadir kendurinya sebagai ganti aku usahakan buku tetamu untuk majlisnya sehingga siap.

Alhamdulillah, rezeki pasangan pengantin dan rezeki aku juga, buku dapat aku siapkan dengan bonus dapat jumpa sang pengantin baru sebaik sahaja majlis akad nikahnya selesai. Tahniah Zamalulkhair dan Noraini. Zamalulkhair ambil bukunya pada tengah hari dan dua jam selepas itu, aku dan keluarga sudah pun dalam perjalanan ke Terengganu. Lancar sahaja, tigaaskar juga tidak banyak songeh sewaktu dalam kereta. Berkhemah dan tidur.

Jam 5 petang kami tiba di Hospital Ampuan Afzan untuk melawat tokWan. Alhamdulillah beliau semakin sembuh. Bermalam di rumah pakcik tuan Erwandi, aku berusaha menyesuaikan diri. Tigaaskar, usah dikata... jika sudah namanya budak-budak lekas sahaja mencari aktiviti, bermain, projek, dan berkawan. Walhal mereka baru sahaja pertama kali bersua muka. Aku naik cemburu dengan kemesraan mereka yang lekas sahaja berputik. Makan bersama, mandi bersama, mereka menjalin memori mengikut cara mereka sendiri. How sweet they are? Terasa riuh dengan larian, jeritan, pekikan mereka. Jika sudah mula berolahraga dalam rumah, apa hendak di kata. Malam tu aku tidur awal, tertidur sebenarnya, ngehehe.

Petang Sabtu, sebaik sahaja tokwan kembali ke rumah, kami berangkat ke rumah makcik tuan Erwandi pula. Katanya berhampiran dengan pantai, hrmmm lepasla kempunan Auni hendak bermain dengan pasir pantai. Sudah lama benar dia mengajak, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang nampaknya. Angin agak kencang pada lewat petang, malah hujan turun sekejap sewaktu dalam perjalanan ke pantai Chendor. Kata abah, kita lalu je tengok laut, ombak kuat nak mandi manda. Kata abah lagi, kita berhenti membeli sata dan keropok boleh makan sambil tengok laut. Ok layan.

Emak-emak ye la, selfie, makan, tengok laut kekonon release tension. Yang bapa sila tengok anak memasing ye, katanya nak main pasir je... tapiii nampak macam dorang da berkubang ja tu? Bertuahla jika sungguh bagai di kata, main pasir sahaja. Adli ialah yang pertama basah satu badan dan selepas-selepas tu semua pun lencun kebasahan, mereka da selamat terjun laut. Hilang sekejap je stres emak, dengan tidak prepare baju gantinya, air bilasnya, hrmmm jom balik rumah dengan tanpa baju. Sudah macam perlarian. Kelakar ada, geram pun ada, kasihan pun ada. Takpela tahan sekejap, perjalanan balik rumah tidak sampai 30 minit pun. Berdesup tuan Erwandi mengacu Tobot W.

Sampai rumah, well emak juga la yang uruskan sehingga selesai. Siang tidak tidur, ingatkan terus hanyut dengan mabuk pantai, bertuahla anak... mereka sambung bermain kembali, oih! Apsal emak korang yang mengantuk tahap maksima ni? Ke sebab emak tidak dapat tengok Korea, menjadikan sistem mata emak jadi tidak betul? Boleh jadi salah satu alasan gak tu, hehehe...

After we take our dinner, cellamak speaking ko, acara borak-borak dan bersantai-santai sahaja. Rumah makcik tuan Erwandi ni meriah apabila ada orang jauh datang, jiran-jiran pun pakcik-makcik juga pun datang bertandang, hingar bingar rumah dengan jeritan anak-anak berselang seli dengan suara emak bapa berbual. Tuan Erwandi? kalau tidak pegang hanphone dia pegang komik, siap bawa stok daripada rumah. Bila handphone aku sudah blank out of battery, aku sangap. Hendak tengok Korea memang tidak ada, hendak tidur macam tidak patut pula, maka tersengih-sengih la aku menghulur salam persahabatan dengan sepupu-sepupu tuan Erwandi. As well, sorang semua ok-ok ja lelebih lagi aku asyikla terkena suara-suara pedas... 

"tu anak engkau yang mana? aku tak penah tengok pun" tanya pakcik tuan Erwandi kepada abah mertuaku, matanya menyorot ke arah aku pada masa yang sama.
"tanyalah dia, dia anak yang mana satu" abah mertuaku menjawab selamba dengan lambakan ketawanya. Aku sudah tergelak sipu-sipu bersebelahan dengan sepupu tuan Erwandi.
"ini menantu la, isteri si Wandi" kuat suara makcik tuan Erwandi pula menjawab persoalan.
"lagi tujuh tahun baru dia balik sini" eh, makcik ni... bersambung pula ayat dia. Aku terasa macam dihempap batu. Entah mana hendak aku sorok muka yang berjerawat batu ni. 

Esok paginya, semua sudah bersedia untuk berangkat pulang ke Selangor. Jadilah, cuti tiga hari dua malam di Terengganu pakej dapat main pantai. Ada sumur di ladang, boleh kita tumpang mandi, ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi. InsyaaAllah. 







The best way to pay for a lovely moment is to enjoy it - Richard Bach. 


Simple je, sebab tempohnya dua hari betul dia bagi. (icon nangis).

Binding sendiri, belajar dengan sifu-sifu art. Tak dan da nak hantar kedai.


 Da belajar binding, da buat sendiri pastu ketagih. Buat buku nota pula, kekonon.


Lagi sekali, tapi yang ini special jahit guna benang. Men'jeles' tengok orang lain buat, so menggatal juga nak buat eksperimen. Ngeee, layankan je la.

Itu sahaja kejadian yang tidak dirancang tidak pasal-pasal. Jumpa lagi entry pada hari Rabu, yang entah bila... hehe. Daaa, annyeong!

5 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

bestnya dorang main pasir pantai!

Ida Puanstoberi said...

wah..best tu gi Terengganu walau hanya gi umah sedara mara. Kan?

*Tak pasan plak entry ni ptg smlm (Selasa). Pagi ni baru perasan. Hihi

Jue said...

cha...
rindunya akak pada kamu
rindu sangat2 kat 3 org askar2 kecik cha
moga sentiasa dibawah lindungan ALLAH

ch@ said...

kakNad: sesekali dapat pasir pantai. jakun.

kekDa: hahaha, nmpk bnr kita x rajin update blog da...

kakJue: inshaaAllah kak, rindu akak juga.

shaizhar abu bakar said...

dah lama x pergi terengganu

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in