School 2016.

Tuesday, 5 January 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tajuk da ala-ala drama Korea, since emak peminat drama School 2013, so layankan je la.

2nd day sekolah, all prepared, keluar awal and waiting for hari terang sikit and send Auni sampai dataran perhimpunan, jangan dia lupa kelasnya sudah. Hati emak sudah sedikit kebal melihatkan dia sudah punya kawan meskipun masih blur. Terima kasih kepada para guru-guru yang sudi membantu anak-anak bersekolah pada hari kedua ini. Esok, emak mesti yakin dan tawakal untuk tinggalkan Auni betul-betul di pagar sekolah. Emak perlu balik untuk menghantar abang Adli pula.

Kembali ke rumah, disambut Adli yang sudah handsome dimandikan tuan Erwandi, terima kasih tuan Erwandi yang mengambil cuti sempena sesaja, haha. Ada hikmah juga apabila dapat meringankan sedikit beban emak supaya tidak bertukar menjadi wonderwoman. Emak pujuk abang Adli untuk dihantar oleh tuan Erwandi sementara boleh membantu, esok lusa bila tuan Erwandi kembali berkerja, bersiaplah emak bersingsing lengan membuka langkah.

Seronok mendengar suara nyaring Adli "babai umi-babai umi!" dan hilang dari pandangan. Sayu rasa hati dengan Adli ni, mengenangkan ayat-ayat manisnya bertambah sebu di hati emak.
"umi, abang tak cuka cekolah" dia pandang aku, marah. Mukanya sudah memerah kepanasan berlari dengan Arrizqi sambil menanti kakak Auni keluar kelas. Aku menunggunya pulang semalam, Cikgu Ain bagi isyarat, dia menangis.
"abang nak abi, abang nak adik, abang nak kakak, abang nak umi" sambungnya lagi, satu keluarga disebut sewaktu dalam perjalanan balik rumah.
"abang hendak pergi cekolah kakak, cekolah kakak jauh" suaranya tegas memaksa aku memujuk sehabis daya, kata-kata mesti manis. Pujuk-pujuk sehingga tiba di rumah.

Abang Adli ditanya tuan Erwandi.
"kenapa Aie nangis?"
"kenapa abi tak tunggu abang?. kenapa abi balik rumah?" emak simpan senyum sambil bagi isyarat mata kepada tuan Erwandi. Kisah lama berulang kembali, emak teringat memori dimarah kakak Auni di hari pertama persekolahannya diambil balik oleh tuan Erwandi. Mereka berdua sama sahaja. Rajuknya sampai ke malam, habis sahaja dia mengemas peralatan sekolahnya dia minta aku peluk untuk tidur. Auni dan Arrizqi sudah pun lena dahulu. Sekian kisah hari pertama, kami budak baru belajar. Baik Auni, baik Adli, baik emak mahupun adik Arrizqi, masing-masing sedang mencuba mengawal suasana untuk keadaan menjadi lebih biasa, 화이팅: hwaiting! (fighting!).

Jadi hari ini, sehingga entry ini di taip, all going smooth, alhamdulillah. Pada emak, yang paling terasa sukar ialah pabila bertempur dengan masa dan skill memandu. Maklumlah, tuan Erwandi telah memberi emak sebiji 'bas' bagi menggantikan mr Waja sebelum ini, makanya emak perlu gigih dan gagah membiasakan pemanduan, struktur jalan serta kesibukkan lalulintas yang... humangaih! (lap peluh-lap peluh). 

Hari kedua ini, Adli sudah mula berminat untuk sekolah, sebabnya cikgu bagi warna. Untunglah Adli, buat muka mogoks dapat warna 24 batang, huhuhuuu emak jeles ar camni. But it's ok, just for Adli yang mood pun sudah mula positif, semoga terus bertabah berpisah sebentar dengan bantal busuk.

Pabila kakak Auni dan abang Adli ke sekolah makanya Arrizqi tinggallah di rumah, tidurnya sampai ke tengahhari, menanti abang Adli keluar kelas, Arrizqi menyambut dengan mulut riuh. Abang Adli cerita kisah sekolah, tidak mahu mengalah dan sebolehnya mahu mengelak disapa persoalan 'kenapa abang nangis' segera dia mebidas dengan tapiii,
"tapiii abang hendak cekolah lagi dik, ecok abang pergi cekolah sederhana, cekolah kakak cekolah besar" 
"adik tak boleh warna, adik kecik lagi, adik da cederhana baru adik boleh warna" aku dengan tuan Erwandi hanya mampu berkekeh sahaja. Ceritanya banyak sebagaimana kakak Auni.

Kakak Auni? bertukar, adik beradik ni memang macam cerminkan? kisah Adli sekarang, sama je dengan kisah Auni dahulu. Apabila Auni sudah darjah satu, dia jadi lebih senyap mungkin Auni masih belum betul-betul fahami situasi apakah sebenarnya yang berlaku. Pelan-pelan kayuh, aku terangkan padanya satu-persatu. Aku tidak boleh samakan kisah sekolah aku dengan kisah Auni sekarang, kita daripada dua era berbeza. Yang agak-agak boleh dan agak sama situasinya, ok boleh share untuk menaikkan minat dan semangat dia. Dahulu, emak ni kira kental juga. Awal-awal masuk sekolah rata-rata muridnya 100% tak kenal, emak sapa sahaja.


 Sesi mencuba baju.


 Adli and emak sama dengan anak emak :)


 
Spot for Auni.


Perhimpunan, cikgu membebel kat depan bukan masuk sangat dalam kepala otak. Tu yang orang sudah mula peperiksaan emak masih enak-enak makan di kantin bersama dengan arwah rakan baik emak, hehe. No worry, daripada situ kita belajar semuanya dan dah tentu semuanya perlukan masa. Emak percaya kakak Auni akan baik-baik aja walaupun balik sekolah, anak tudung mesti sudah dalam beg. Rambut da terkeluar ala-ala datins divas, owh anakku. Whats ever Auni, kalau da comel tetap akan comel, emak suka tengok Auni dengan uniform rasmi sekolah, you looks matured.

Ok, emak hendak get ready untuk ambil Auni balik daripada sekolah agama, hujan dan harap-harap tuan Erwandi offer diri untuk pergi sama-sama, miahaha. Jumpa lagi entry akan datang, jaga diri ya semua, daaa... eh, actually kan emak hendak sambung kisah 5hb Jan tahun lepas, tapi tercerita lain pula, sabojelah. Tahun depanlah emak sambung kalau tak sibuk.

Mothers, hold their child's hand for a moment and their heart for a lifetime.

Notahijau: Suka tak ada entry awal-awal tahun ni. hahaha.

4 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Sebak baca apa yg cha tulis ni..
Bila kita bercerita dari hati..
Maka akan sampai ke lubuk hati rasa tu..
Esok ibu dah mula kerja..
Aqil skolah agama bleh kami hantar blk skolah agama pengasuh amik..
Sekolah ptg pula pengasuh hantar blk ibu ayah amik..
Hari ni hantar dia di pagar sekolah je yelah dia dah biasa kn..
Dah drjh 2 lah umi..
Rehatpn ibu ayah x skodeng sbb kami yakin aqil boleh..
Ayah yg yakin ibu 50/50 bodek ajak ayah g skodeng ayah keras hati ckp "x payah ibu Aqil boleh tu.." Hahaha ibu ni mmg hati tisu sggh..
Thn ni sebak bila tgk dia pegi blk sekolah..
Terasa mcm tanggungjawab yg trgalas dibahu Aqil dah bertambah berat tak mcm thn lepas..
Hirmmm!!
Mudah2an urusan anak2 kita dipermudahkan umi..
Auni adli u cant do it syg.. Ibu yakin!
Muahciked!!

eima said...

cha ko tak terpikir nk jd writter ke.....

Masya said...

tu dia.. sebiji bas ye.. agak² pemandunya nampak tak dr pandangan depan aduh.. ko mcm² lah dik... auni² memula mmg camtu cha amik masa sikit insyallah lepas ni auni lg menyerlah diakan pandai bawak diri... abg adli pun camtu jugak.. budak lelaki ni kt kena saiko sikit.. bg semangat lbh.. lps tu bg ganjaran sikit.. lg semangatlah dia org.

ch@ said...

ibuAqil: aminnn, mudah2an semuanya dipermudahkan, inshaaAllah.

Eima: kau bagi idea, haha. cita-cita aku tu wei, blm lagi gaknya.

sisYana: ahaaa, drivernya mmg x nmpk bagi sesiapa yg mengekori di belakang. Adli, tahla... kena psiko ngn emak lagi la dia hujan lebat.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in