Satu jam.

Wednesday, 20 January 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil menanti Auni keluar kelas, sambil memerhati Adli dan Arrizqi berlari, bergaduh di ruang menungggu dalam sekolah, aku menjadi pendengar sahaja antara emak, emak, emak dan emak kepada murid darjah satu sekolah kebangsaan ini, mereka berborak bagaikan mereka sudah lama berkenal siapa, walhal mereka baru sahaja bertemu sekejap tadi termasuklah aku. Mereka sudah punya banyak pengalaman hanya aku sahaja yang mempunyai pengalaman pertama anak bersekolah kebangsaan ini.

Macam biasalah aku terpinggir di awal perkenalan, hahaha. Hendak mencelah pun tidak reti. Telinga pula asyik dengar orang bersiul-siul daripada luar pagar sekolah. Dengan cuaca panasnya lagi rasa hendak saja terbang pulang. Adli, Arrizqi bergalak mendapat tanah. Begitulah setiap hari pada hari bersekolah. Bermula seawal...

5.00am bangun dan bersiap, siapkan baju Auni dan Adli sambil mengemas, sejam kemudian aku menyiapkan Auni, mandikan, buku-bukunya, bekal airnya. Nasi lemak beli depan sekolah, hahaha. Sejam kemudian aku tiba di hadapan sekolah, turun membeli sarapan pagi untuk aku dan Auni untuk di bawa kesekolah. Hantarnya betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.

Memastikan dia berjalan terus tanpa melencong ke sana-sini dan aku pulang ke rumah untuk menyiapkan Adli pula. Sejam kemudian, Adli ke sekolah dengan tuan Erwandi, terkadang aku juga yang hantar dengan tobot w. Betul, aku tiada lesen motorsikal, hewhew! Sejam kemudian aku di rumah mengemas dapur pula sambil menonton drama Korea, hehe.

10.00am aku ke dapur untuk memasak sambil masuk baju kotor dalam mesin cuci pakaian, menu simple sahaja, Jika aku sudah tapau nasi lemak, makanya nasi lemak sahajalah tengah hari nanti. Sejam lepas tu, jemur kain baju dan mandikan Arrizqi, sambil layan dia main, layan mulutnya bercakap. Paling tidak pun aku buat art dan layan lagu Lee Hong Ki. Sejam selepas itu bersedia untuk ambil Adli, seterusnya ke sekolah Auni untuk mengambilnya pulang daripada sekolah. Sejam selepas itu tiba di rumah, membebelkan Auni supaya mandi, makan, mengemas buku sekolah agama dan bersiap kerana sejam selepas itu aku perlu menghantarnya ke sekolah agama pula berdekatan dengan sekolah kebangsaan tadi.

Sambung membuat kerja art jam 3.00pm, Adli dan Arrizqi tidur kerana keletihan, aku juga akan makan tengah hari sambil buat hal-hal aku. My privacy time. Sejam selepas itu Arrizqi sudahpun membebel sendangkan Adli terus tidur sehingga tiba waktu Asar. Sejam berikutnya aku sudah berada di hadapan sekolah agama Auni untuk menemankan Adli dan Arrizqi bermain di taman. Sejam kemudian aku berada di taman berhampiran rumah aku pula untuk menemankan mereka berTIGA bermain (hendak juga main sama-sama). Malam tiba untuk sejam berikutnya, masa untuk aku menguruskan tigaaskar semula, kali ni perang masa, mandi, makan malam dan buat kerja rumah. 

8.00pm tiba, usah kata aku duduk bersenang lenang, baru hendak menarik nafas lega balik pula yang seorang lagi, time for him and normally aku serahkan sedikit tugas untuk tuan Erwandi, malas hendak ganggu dia banyak sangat, he just home and habis sesi mengadu, bermanja, berbual sejam berikutnya masa untuk drama Korea aku, time for me-time for me- masih lagi dengan bermacam pertanyaan dan cerita yang aku kena hadap meskipun mata terarah ke televisyen, nasib tidak baik jeritan Arrizqi daripada bilik air, Adli dan Auni bergaduh di dapur, huaaaaaaaa... Sejam selepas itu, Auni mula mencari port tidur diikuti dengan Arrizqi. Adli akan ikut aku naik tidur apabila cerita Korea aku habis jam berikutnya, lepas sahaja memastikan air panas dan air masak mencukupi, uniform Auni bergosok rapi, aku membelek muka dan 12.00am tiba, aku sudah lena tanpa sedar apa-apa lagi selain dikejutkan deringan jam pada 5.00am esoknya. 

Them, 6th months old.

Times is free but it's priceless, You can't own it but you can use it, You can't keep it but you can spend it, Once you've lost it, you can never get it back.

Rutin bermula semula. Perjalanan hari seterusnya semoga terus dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik, inshaaAllah. Perubahan jadual akan berlaku apabila, aku perlu ke kedai atau aku tapau menu berat atau tidak perlu memasak, ngehehe. Betapa, sibuknya aku yang bergelar pengurus rumah tangga, habisla lemak aku tidak dapat dibela lagi, huahuahua.

Ok, done entry hari ini. Mohon diberi perhatian ye, jadual ini hanya aku seorang yang guna, aku tidak tahu tentang pengurus rumah tangga yang lain, sekiranya sama mungkin secara kebetulan, jika tidak sama, I am ok, I just to be me ;) Aku hanya berkongsi sahaja.

12 pasang kaki:

Ida Puanstoberi said...

Menarik.. hihi :D

Nad MamaZN said...

padat sendat ketat rutin hariannya

sama la kita.. moga segala usaha demi keluarga ni diberkati Allah .. ameen
:)
take care!

Masya said...

ade rasa x jam loceng bunyi pukul 5, cam nak putar balik bagi lambat sikit.. nak sambung tdo ... hihihihi ...

satu pengalaman yg indahkan .... x semua semua pengalaman ni akan berulang ... kipidap cha ...

syawalsimpsons said...

TU LA RUTIN SEORANG IBU KAN...BERULANG2 ULANG KAN....MOGA SEMUA DI BERKATI MU MEK..AMIINNNN

ch@ said...

kekDa: jadual emak2 kekDa. camtu je la.

sue, kakNad: inshaaAllah.

sisYana: tu yg kunci jap mcm waktu sahur pastu snooze-snooze-snooze barula bole bangkit.

Salina@IbuAqil said...

Kerja yang tak pernah berkesudahan..
Chaiyok umi chaiyok!!!!
Keje umi lah yang plg bnyk pahala kebajikannya..
In shaa Allah!
Semoga Allah permudahkan segala urusan umi..
Aamiin! Miss u umi..
Miss u anak2 ibu disana..

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

LYAfrina said...

begitulah rutin seorg ibu kan..
lya sndiri pon, walau beekrja, blik rmh samb rutin kerja rmh..
walau x sihat, tp ttp lakukan rutin sprti biasa...

MummyGojez said...

Hi sis!

Salam perkenalan. Sy jump to blog ni bila google pengalaman bersalin which is sy bc entri sis masa a few years back..time sis bersalin adli (kalau betul namanya)

Then impressed pulak sebab sis gagah jgk create entri from 2009 - 2016 without failed! hihihihi

I love to read your story..jalan cerita menarik. Tak jemu baca. hihi

And when i jumped into 2016, tau2 da ada anak 3..hihihi

Jue said...

rindunya kat anak2 dan uminya
penuh jadual umi rupanya...

ch@ said...

lya, ibuAbangAqil: fighting! sama2 kita. inshaaAllah.

mummy gojez: Salam perkenalan. terima kasih sebab sudi membaca blog sekadar di pinggiran ni. rasa syg sgt kat blog ni, sebab byk cerita anak2. lately byk sgt lyn drama korea so blog pun tah memana tah. betulla tu adli, anak kedua. kalau baca yang ke tiga, mesti klakar. tau2 da 7bulan dlm perut. muahaha.

kakJue:
full schedule. da tak mcm surirumah dedulu goyang kaki kat rmh. (icon nangis)

shaizhar abu bakar said...

nama pun diari umi 3 askar memang x sempat nak goyang kaki la.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in