Singkat.

Tuesday, 22 September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Ottokhe jinaseyo? Aha mesti ada yang menyampah karma tetiba aku Korea, tah betul ke idak tu, aku tibai je. Maaf. So hari ini aku saja mengisi masa lapang, hendak buat art da kehilangan pembaris kesayangan. Baik yang pendek, yang panjang, yang plastik, yang besi kesemuanya lesap. Nampak macam enteng, tapi itu la benda paling penting. Biasalah bila sudah kantoi peti simpanan, satu persatu barang aku hilang dikerjakan dek askartiga.

Setelah 4 minggu terperap dan memerap setiap Sabtu dan Ahad, hanya rumah, dan rumah, dan rumah the end tuan Erwandi bawa kami keluar berjalan juga. Lurus. Sudah nama pun keluar berjalan, memang betul-betul berjalan sahajalah. Apapun tidak beli melainkan singgah makan tengah hari di kedai nasi ayam, bukan sekadar nasi ayam. 

Paling sempoi keluar tanpa bawa handphone, bagus juga rasanya. Terasa betul-betul berjalan dan menghabiskan masa. Dalam pada tu, terasa ganjil juga pasal tidak wefie dan selfie. Hrmmm, sudah jadi emak-emak, apa ada pada handphone. Even sudah balik rumah, handphone langsung tiada orang hubungi, haha. 

Destinasi pada hari kejadian, yang dekat-dekat sahaja, One Utama. Misinya ialah just for release an empty heart. Seronok dengan keletah askartiga sendiri. Hendak berjalan 5 sederet ala-ala Power Puff Girl. Aie dan Qiqi di pimpin tuan Erwandi, Aku dan Oni berpimpin bersama, harunya bila Aie hendak berpimpin dengan aku juga, ahaaa, terpaksalah berjalan dengan rapat-rapat dicelahan orang ramai.

Paling kecoh melanda bila di meja makan, sesi pembahagian nasi oleh tuan Erwandi, kesian anak-anak sudah lapar, masuk kedai nasi ayam masing-masing bertukar jadi ayam betina, tahap aku rasa seperti dalam reban ayam dikelilingi ayam yang sedang mengeram. Aduhaiii, orang meja sebelah, sebelah sini, sebelah sana, masing-masing mempamer senyuman yang sukar dingertikan maknanya. Aduh, riuh sungguh meja aku ini.

Nasi dan sup sampai, puas aku dan tuan Erwandi menyuruh sabar, tunggu lagi hidangan sampingan lain. 
Aie: abang da lapar sangat ni, nasi ni sedap sangat. abang taknak ayam, abang nak sup ja.
Oni: kakak buat sendiri, kakak boleh buat.
Qiqi: sudu umi adik nak sudu. nak acik, nak acik ayam.

Masa makan senyaplah sekejap, bila nasi habis tenaga bertambah semula. Mulut pun tambah riuh. Qiqi menyanyi lagu ABC habis segenap ruang kedai hingar dan bingit. Ambil kesempatan tuan Erwandi berasap di luar kedai dengan askartiga, aku habiskan hidangan. Memang tidak rugi kalau bawa aku makan, memang akan licin habis aku kerjakan.

Selepas itu sambung berjalan lagi, memang tiada apapun hendak dibeli. Cuci mata sahaja. Perasaan aku macam ada sesuatu je yang terjadi dalam OU ni, balik sahaja terus aku periksa instagram, ahaaa, Diana Rikasari ada di MPH, rugi betul tidak ke MPH walhal itu tempat biasa aku menghabiskan masa. Mungkin tiada rezeki aku berjumpa dengan beliau. Siapa beliau? Beliau ialah penulis buku #88lovelife, di mana aku suka sangat hasil tulisannya.

Bila Aie asyik bertanya bila hendak balik rumah, kami pun baliklah. Belek mainan pun tidak ada hati hendak beli, belek kedai-kedai mampu tengok je la, dalam purse ada RM10 je, hahaaa. Sejak aku surirumah, kad bank tiada dalam purse pun aku tidak sedar malah tak mengisah langsung. So jam 12.45pm kami keluar rumah, jam 3.45pm kami sudah sampai rumah balik semula. Sekian terima kasih. Now, waiting result tuan Erwandi hendak balik cuti raya Aidiladha ke idak, I hope, dapatlah balik kampung beraya dengan parent aku, askartiga pun asyikla tanya bila hendak jumpa tokMama. Rindu sangat da gamaknya.





Sekian dahulu entry hari ini, selamat bercuti kawan-kawan, salam aidiladha buat kalian semua. Ah! sudah jadi kipas susah mati FTIsland pula aku ni, hahaha. Daaa...

Kokonie atau kakOni atau Auni.

Tuesday, 15 September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam sudah lewat, biasalah Sabtu malam kebiasaanya memang semua pun akan masuk tidur lewat. Kasi can esok cuti. Tetapi disebabkan tuan Erwandi masih lagi dalam jadual bertugas, makanya aku meminta bantuan daripada salah seorang emak kawan kepada Oni, kakWati. Anaknya sama-sama bermain bola jaring dengan Oni makanya kami akan menumpang kereta dia yang dipandu suaminya. Aku ni hanya pandai memandu di jalan raya yang lengang, yang mudah, yang dekat dan dalam kampung sahaja. Masuk jalan yang aku tidak pernah pergi, memang akan sesat. Aku ni hanya mempunyai hati kecil yang tidak berani untuk memandu di jalan yang luar kebiasaan aku tanpa ada orang temankan.

Tambahan pula tayar kereta tuan Erwandi macam kelihatan luar biasa lembiknya. Hanya mampu bertahan sampai dia pulang nanti. Alhamdulillah, dengar sahaja kena bangun pagi-pagi tumpang kereta kawan kakak Oni makanya semua masuk tidur awal. Awal pagi aku bangun dahulu, 7:30pg harus sudah berada di padang sekolah rendah tempat perlawanan bola jaring diadakan. Disebabkan menumpang orang makanya aku perlu bersiap sedia dengan lebih awal. 

Melihatkan emak yang sudah bertudung, semua pun bangun dengan mata segar bugar. Bersiap dahulu meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh mengemas rumah.
"cepatlah umi, nanti emak kawan kakak tinggal kita" kata Aie yang sudah menanti di pintu siap berkasut. Qiqi tersandar di sofa dengan muka blur sebelum mendapat abang Aie untuk pakai kasut. Oni yang rajin menyiapkan Qiqi bergegas membantu.

Kami menanti kereta kakWati di hadapan sekolah Oni. Sementara menanti aku bagi peluang askartiga berlari di dapan sekolah, kasi warm up pagi-bagi biar tidak ada yang buat hal. Kereta kakWati tiba aku sambut dengan senyuman meleret. 
"da macam taska pula" kata kakWati melihatkan aku membawa askartiga menaiki keretanya satu persatu. 3 plus 2. Havoc kereta kakWati. Bising dengan suara Aie dan Qiqi sahaja. Aku minta maaf pada kakWati risau mengganggu ketenteraman dia. kakWati ok je. Meriah katanya.

Sampai di padang sekolah, aku kena cargas. Borak, borak juga tapi dengan mata melingas. Mata aku dua tetapi kena bahagi tiga sama rata, sorang ke hulu sorang ke hilir. Argh! ini yang aku rasa isk-isk-isk. Pada Oni aku pesankan ikut cikgu, ye la dia sudah tentu ada jadualnya sendiri. Aku melayan Aie dan Qiqi. Satu part Aie hendak buang air pula, sudah ku hangkut Qiqi sekali pergi tandas. Boleh sahaja tinggalkan dengan kakWati, tetapi tidak mahu menyusahkan dia. Sudah cukup baik dia mahu menumpangkan aku.

Sudah duduk cun-cun bawah khemah, Aie minta nasi lemak pula. Tidak ye, mereka belum makan lagi, kakWati pun ada pelawa kuih muih pagi tadi, tetapi mood aku tengah libanglibu aku macam perasan dan tidak je, segan pun ada. Aku bangun heret juga Aie dan Qiqi beli nasi lemak. Duduk menghabiskan makanan. Qiqi makan donat, Aie makan nasi lemak dan karipap.

Sedang Oni warm-up di tengah padang, Aie minta karipap lagi. Budak ni memang suka karipap. Aku belikan 5 biji dia mahukan yang dalam plastik tu ada dua biji sahaja. Sebelum dia buat hal, baik aku ikut je kata dia, sudah cukup baik dia tidak berlari sana-sini, hahaha. Ye, 5-2, aku makan dua biji sebab Qiqi sudah kenyang, dia makan sebiji so dalam plastik tinggalla dua biji. Problemo betul mamat ni.

Sambil menonton di tepi padang, Aie dan Qiqi main dengan anak kakWati, mujurla ada suami kakWati yang turut sama membantu memerhatikan Aie dan Qiqi. Bersyukur sangat perjalanan hari itu dipermudahkan sehingga tamat perlawanan bola jaring. Tidak mengapalah Oni, kalah pun. Ambil pengalaman, nanti boleh main lagi. Habis perlawanan terus sahaja pulang, Aie sudah mula merengek bila hendak balik rumah kita- katanya. Dia sudah mula rindu dengan bantal busuknya yang tidak di bawa. Qiqi sudah pun melepek di bahu aku.

 Muka awal pagi, ceria bukan main.


 Sebelum ini, yang baju hitam tu satu sekolah dengan Oni.


 Sisters.


Mr Karipap. 


Dahulu, Aku penah pegang posisi Oni. 


Proud to you Oni, emak main netball pun pada umur 12 tahun.


'WA' emak yang tulis tu. Tengah jadi pak pacak kena menulis pula.

You are beautiful, You are magical, You are capable, You are wonderful. Oni...hwaiting!!!

Sampai sahaja di rumah, ketiganya tidak sempat mandi terus terlelap keletihan. Aku? tidur jugalah, hahaha. Letih tu, 2kg turun sebab mengejar askartiga. Mujurnya keeseokkan hari, cikgu sekolah bagi cuti, hurey! Ok jumpa lagi. Sekian. Jerebu, tapi kena poie kedai juga, susu Qiqi habis. Kena lagi angkut askartiga ini, huhuuu...

September datang.

Wednesday, 2 September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rindu aku? rindu kamu juga. Sayang aku? sayang kamu juga. Annyeong (melambai tangan dengan senyuman paling mesra). Aku sihat, kamu sihat? Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang masih setia mengikut bloghijau ini, terharu pula rasa. Terkilan pun ada juga kerana liat benar hendak update tentang kehidupan yang semakin mencabar kini. Cemburu sangat dengan korang. korang, korang yang rajin menaip cerita tu.

Awal September, kini aku jobless. Hanya menjadi penonton setia peti televisyen, itu pun hanya sejam dua menonton drama Korea yang terkini selebihnya, aku tertidur. Kembali ke arena membaca novel, sampai bab 10 tutup novel sebab jalan ceritanya masih kekal dalam ingatan. Argh! buntu karma. Hasrat untuk buat kad ucapan ready made, baru buka tutup peralatan sudah kena serbu dengan askartiga pula, seorang hendakkan laptop, seorang hendakkan pelukan emak seorang lagi berebut tempat, alahai kids please give me some of the time (muka kesian).

Jangan harap, aku simpan semula semua peralatan dan kembali menjadi menonton kaku tv, mata sahaja ke tv tapi langsung tiada hati dan perasaan hendak menyelami apa yang ditayangkan. Ada tidak aku buka kertas yang telah aku print, menghafal makna bacaan dalam solat. Bagus juga kan? sudah berumur, kena struggle part menghafal ini, kena keluarkan balik skill-skill Allughatul Arabiah Al Ittisoliah subjek tingkatan 3. Phew! pun, sekejap sahaja sebelum terlelap. Lepas tu buatlah kerja rumah macam biasa. Terbengkalai lagi niat untuk hobbies art tadi.

Ok, aku hendak share banyak cerita terjadi hari ini, 1stly, aku habis buat penyelidikan tentang Aie dan Qiqi, kajian untuk adik tuan Erwandi yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak. Apa salahnya, wassapp sahaja apa yang dia pinta. Sambil itu dapat juga aku tumpang  mengenal dan mengkaji Aie dan Qiqi dengan lebih mendalam even membesar depan mata pun, bukan mereka sentiasa mahu dengan kita, ada masa dorang lebih selesa buat hal sendiri-sendiri. Masih banyak yang perlu aku buat untuk mendidik dua orang ini supaya boleh berdikari seperti kakak Oni.

2ndly, my power girl, Oni. Si aktif kembali ke arena, mengharum nama sendiri dan kekal independant. Mewarisi kebolehan aku apabila terpilih mewakili sekolah tabika daerah Gombak dalam permainan bola jaring. Daebak! Kokonie (aku suka panggil dia camni). Pertandingan on Sunday, and at the same time tuan Erwandi is not arround, wait and see sahajalah macam mana emak askartiga ni hendak handle secara lone ranger. Di tengah padang yang luas, bersama berlarian dengan kids. Update later.

3rdly, my power girl again, terpilih ke pertandingan membaca mewakili sekolah lagi. Aku pernah cerita sebelum ini. Owh! Kokonie, ini kes mendera emak sama namanya apabila kena training Oni membaca dalam bahasa Inggeris, omooo... Kokonie's teacher said,
"puan tolong tengokkan Auni membaca dalam bahasa Inggeris, dalam semua budak ada kat sini dia je yang boleh membaca dalam bahasa Inggeris, saya belum ajar pun lagi. Dia belajar sendiri" perasaan aku? of coz I'm proud for her. That's my lovely daughter. Terus sahaja bersinar berusaha memperoleh perhatian aku dengan cara sendiri. Oni....hwaiting!

A daughter a mother's treasure and a father's pride and joy. A daughter is a miracle that never ceases to be miraculous.

Jengah handphone sekejap, nombor yang tidak dikenali juga seroang kawan hendak repeat order hobbiesart. Syukur, rezekiku masih ada. Terima kasih yang sentiasa menyokong aku. Argh, lama benar tidak mesra dengan bloghijau ini. Instagram pun bagaikan suam-suam je macamnya hendak tutup akaun pun ada. Apa perasaan ni? adeih! But, I love Instagram more than bloghijau, kekeke. So, aku habiskan di sini sahajalah. Aku sudah sifarkan akaun nuffnang, jadi aku kena kerah diri juga untuk kembali ke arena berblogging, klise. Banyak kali cakap menda yang sama, dok takuk tu gakkan? ahahaha, nasiblah labu.








Aku berhenti sini dulu ye, hendak memulakan apa-apa yang patut. Minta maaf sangat kalau-kalau entry ini bagaikan interframe lebih. Dengan bahasa yang rojak habis, ahahaha. nampak sangat banyak benar menonton tv. Jumpa lagi entry akan datang, jaga diri ok. Daaa, muahciket!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in