Aidilfitri 2015.

Tuesday, 28 July 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terasa macam budak baru belajar ber blogging, toleh kiri toleh kanan jeling kalender, selongkar meja kerja, baik update cepat-cepat sebelum mengarah cursor ke butang youtube, layan Korea. 

Memula, Salam Aidilfitri kepada semua pembaca bloghijau ini dengan harapan masih adalah hendaknya. Kad Raya, memang sudah tidak sempat untuk prepare (apakah ini sejenis alasan?) tapi aku telah menggigih dan menggagah menyempurnakan 50 keping Kad Raya untuk seorang kawan masa sekolah-sekolah dahulu. Berkenan pula dia dengan hasil kerja tangan HobbiesArt aku. Awalnya minta aku buatkan firdge magnet, selepas itu kad Anniversary dan kali ini Kad Hari Raya. Alhamdulillah, dapat merealisasikan permintaan beliau.


Inilah yang membuatkan aku menyepi seketika, selain itu ada lagi side-side order yang lain yang masih dalam pembikinan, huhuhu.

Hal raya, aku telah prepare satu minggu sebelum puasa, uniform seragam di taja penuh oleh papa aku makanya pilihan yang ada ialah warna kegemaran aku, muahaha. Mestilah hijau. Tahun ini, aku gembira sangat meskipun beraya dengan keluarga tuan Erwandi, mestilah seronok sebab kakak, abang, adik lelaki, adik perempuan dan adik perempuan tuan Erwandi berkumpul semua sekali. Happening dan pening. Meskipun, tuan Erwandi tiada bersama dengan aku pada pagi satu Syawal, beliau kena beraya dengan KPN, muehehe.

Syawal tahun ini, yang paling gembira sudah tentulah askartiga. Jumpa dengan sepupu yang ramai, sudah pandai pula membawa diri memasing, emak pun boleh buat hal sendiri. Memang bermain sahajalah kerjanya. Kejap menangis, kejap bergaduh, kejap berlari, kejap baik, meriah sangat dapat berkumpul. Jom kita layan gambar. Tengok anak bongsu emak yang paling keletah.

Askartiga dengan cousin. 


Qiqi with abang Haikal. 

Cam YB da dak Qiqi ni with kakak Oni. 

Tiga dara, kakak Oni paling bongsu. 

4 plus 2 plus 3, 9 plus 1 = 10 kids in the house. 

Diari Umi @ hijaucantik tentang emak dan askartiga. 

9 cousin with mak usu, ciksu and makLong. 

Tuan Erwandi dan abang beliau tiada dalam gambar. Team oren dan hijau yang tidak cukup anggota. 

Family potret in 2015. Da tengah hari baru dapat gambar ni.

Puas sudah cuci mata? hihiii, banyak lagi gambar cuma ambil yang cecomel sahaja. Aku suka sangat gambar keluarga hijau last tu, hahaha. sudah tiga kali masih kekal anggota yang sama. Bila hendak bertambah? hrmmmm... 

Sekian dulu ye, aku hendak sambung buat fridge magnet. Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin, jumpa lagi see ya! 

"Chaos".

Wednesday, 1 July 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Emak sudah melepek keletihan, kehausan, kelaparan, berpuasa sudah hampir kepada sepuluh hari tetapi gayanya bagaikan budak baru belajar berpuasa. Macam manalah keadaan zaman kecil dahulu, balik sekolah petang pun masih larat keluar bermain sebelum masuk waktu berbuka. Masih bertenaga pergi mengaji atau pun tusyen, haih! baru sedar diri terasa tua, adeih!

Hendak jadi naga pun sudah lemau, makanya hantar sahajalah wassapp kepada tuan Erwandi minta tapaukan menu berbuka hari ini, kebetulan dia pulang sebelum berbuka nanti tunggu sahaja menu apakah yang akan di bawa pulang nanti. Hendak demand lebih-lebih tidak boleh, maka emak jugalah kena pandai-pandai sendiri memilih apa yang patut di makan, apa yang tidak boleh di makan, apa yang harus di makan dan apa yang perlu dikurangkan makan, tidak boleh sembrono sebagaimana sebelum ini. Mujurlah emak bekas atlet masa zaman sekolah dedulu, makanya makan pun memang berjadual dan berpantang dan terpilih, peace.

Jadi tunggu tuan Erwandi sambil buat air teh 'o' panas-panas sambil layan buat order, sambil layan tigaaskar yang sangat riuh kus semangat. Diberi peluang bermain di luar rumah, dia ambil peluang keluar pintu pagar depan secara senyap-senyap, bukan peduli lagi kata-kata emak yang bernada pedih, getir - suka betul buat emak kecut perut. Walaupun rumah berhampiran dengan selekoh, tetapi disebabkan jalannya yang lapang membuatkan kenderaan yang lalu bagaikan tidak mahu menekan brek kaki. Seram. 

Emak panggil masuk rumah mandi. Hendak mandi pun bergaduh, isklah...yang kakak tidak mahu dengan abang, yang abang tidak mahu dengan adik, adik tidak mahu dengan abang, emak rasa hendak gigit seorang demi seorang. Sekarang, mandi memang emak tidak masuk campur kecuali belah pagi - kakak Oni sekolah, jadi emak kena juga mandikan abang dan adik. Mood abang Aie bukan boleh dilayan sangat, kejap dia kata ok je mandikan adik, belum pun sempat masuk bilik air sudah bergaduh pula. Adik Qiqi pun boleh tahan gak, kaki buli. Bila geram lekas je tangan dia naik, emak hendak marah dia, dia kata "abang buat". Emak sumbat juga semua dalam bilik yang sama. Sudah, mandi! Bersiap, kakak Oni juga tukang bagi baju ikut saiz memasing dan upah susu sambil layan drama Korea emak, muahaha. 

Tidak lama kemudian kereta tuan Erwandi menderu bunyinya, ala-ala sport car gittu, berhenti di pintu pagar rumah sebelah, surprise! Set Pizza Hut dan kek Baskin Robin. Mabelesss!, tiba-tiba perasaan emak yang hangat tadi terasa sejuk sedikit, hahaha. Jap-jap, beli kek ni sempena apakah? Emak berkira-kira 

"eh! anniversary kita eh esok? yang ke berapa eh?" emak tiba-tiba blur.
"yang ke 7" tuan Erwandi tersengih menjawab dengan bangga. Hendak kita puji lettew, dia ingat. Cait!

Di meja makan, masing-masing sudah bersedia, mata tidak lagi pada menu namun masih gigih menyuap makanan dengan paksaan kerana lebih tertumpu pada kotak putih berbalut merah jambu statik depan mata. Bukan takat 3 askar, tuan Erwandi pun serupa juga, alasannya nanti aiskrim cair, hrmmmm. Buka jugalah.

"hari ini hari jadi umi dengan abi ke?" tanya kakak Oni, yang sudah get ready hendak request.
"bolehlah" emak menjawab ringkas, sementara hero nan dua tu sudah sibuk berebut tempat duduk.







Endingnya, tuan Erwandi panjatkan tv ini ke dinding jugak, haha.


Perasaan emak terpujuk juga, lebih-lebih lagi di bawa ke Kompleks Sogo KL. Rancangnya hendak bershopping raya, pusing punya pusing punya pusing, tuan Erwandi bawa emak ambil 'Nota 3' yang sudah dibaiki dan merayau lagi tingkat demi tingkat akhirnya belanja juga, baju dan kasut tigaaskar sepasang seorang serta kasut untuk emak. Setahun sekali je dapat shopping macam ni, kasi peluanglah.

Don't wait for the PERFECT MOMENT take the moment and make it PERFECT.

Bulan puasa ini, emak makin banyak masa dengan tigaaskar, emak sudah siapkan 50 keping kad hari raya untuk seorang kawan makanya emak ada banyak masa bersantai dan rileks - rumah macam tongkang juga. Tahun ini emak tidak sempat untuk buat kad hari raya untuk kawan-kawan jadi kita guna sahaja teknologi terkini nanti. Sekian sahaja entry emak hari ini, panjang sungguh, hahaha. Jumpa lagi, daaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in