Kawan.

Monday, 29 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Good friends are like the stars, you don't always see them but you know they're always there.

Suka sangat dengan quote ni, terima kasih pada kawan yang sudi kawan dengan aku. Saat aku down tahap maksima, kamu menawar diri sendiri untuk membantu, terharu sangat. Eh! macam ke arah hendak bersastera pujangga je ni, haha.

Suka sangat baca komen yang ditinggalkan pada entry Kehidupan yang lepas, aku baca ulang baca, ulang baca lagi dan ulang baca lagi, terasa macam 'oh! aku masih punya kawan' walaupun ruang lingkup aku hanya sekitar rumah.

Lepas baca bloghijau, kamu wassapp aku bertanya khabar, kamu menyapa aku di instagram, sungguh aku terasa berharga, gittu. Apapun terima kasih kawan-kawan, semoga persahabatan sentiasa terjalin harmoni, berkekalan inshaaAllah. Korang memang supporter terbaik.

Walaupun kamu hanya memberi aku hanya sepotong ayat. Ayat paling mudah dan senang dan aku terima dengan perasaan gembira. Cukup menggembirakan. Terim kasih kalian. Ok dah, pendek je entry hari ini, hero berdua tu sudah mula buli membuli. Jumpa lagi, daaa...

Kebuntuan. Kebosanan. Kekosongan.

Wednesday, 24 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Time for hibernation. Bulan Ramadhan begini tidak banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh dibuat. Aku baru sahaja habis mengemas dapur, aduhaiii macam baru lepas keluar sauna rasanya, menitik-nitik peluh. Hendak cerita apakah hari ini ye, let me think.

(.......................................................................) kebuntuan serius, hahaha.

Lately, kadar motivasi dalam diri aku menurun, berita tentang entry kali lepas masih lagi menghantui tetapi sudah boleh tersenyum sedikit selepas dua hari, cuma perkara yang satu lagi ini benar-benar membuat darah aku mendidih. Kesabaran habis limit sampai aku tidak bercakap dengan sesiapa yang ada dalam rumah ini selama dua hari. Mogok bercakap.

You may not always end up where you thought you were going but you will always end up where you are meant to be

Aku tinggalkan handphone bercas dan pergi mandi, hanya ada Adli sahaja dalam bilik. Sempat membalas beberapa wassapp daripada kawan-kawan, sebaik sahaja aku siap mandi, siap bersolat aku mendapatkan handphone macam biasa, itukan ibarat sahabat kedua. 

Langsung, blank screen siap retak pada satu penjuru. Hanya mampu dengar vibrate sahaja gambar langsung tidak ada. Jahanam! Apalagi, mengamuk kuasa 8 lah aku. Adli kata, Auni naik sekejap berebut mainan campak nota tiga tu tanpa rasa bersalah. Minah ni memang dendam dengan aku ke apa? Eeeee....besar kecik-besar kecik-besar kecik aku tengok semua orang dalam rumah ni tau, panas!

Tuan Erwandi langsung tidak mahu ambil tahu, ini memang bukan takat mendatangkan amarah, malah aku sudah putus asa untuk menggunakan sebarang handphone atau lebih tepat sebarang gadget. Zaman sekarang tanpa gadget? ermmm, ketinggalanla jawabnya.

Esoknya hari sekolah Auni, janganlah berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, dengan instinct aku keluar awal untuk ambil Auni balik sekolah, betul pun dia keluar awal. Biasanya cikgu akan sampaikan berita melalui group wassapp. Nota tiga pun sudah "bye-bye" macam mana aku hendak baca wassapp. Tawakal sahajalah.

Sampai hari ini, aku rasa macam....tah, aku sudah siapkan Kad Hari Raya untuk kawan sekolah, entah macam mana aku hendak menghubunginya, sedih betul hidup. Yang lagi buat aku rasa macam merajuk habis apabila tuan Erwandi menyatakan hendak tukar nota tiga dengan telefon tangan lain, andweih!!!!! aku tidak mahu.

Aku suka sangat dengan nota tiga tu, hadiah ulangtahun pertemuan yang ke-11 tahun gittu. Walaupun pennya sudah punah tidak sampai satu minggu. Walaupun sudah mati screennya tidak sampai satu tahun, keduanya dikerjakan dek Auni. Dia memang dengki sungguh dengan nota tiga tu, hendak main dia tidak tahu kata laluannya. Telefon tangan aku yang sebelum ini pun, jadi tidak siuman bila dengan Auni. Aku serik.

Mungkin, kejadian ini terjadi untuk menyedarkan aku tentang tanggungjawab penuh kepada keluarga, menyedarkan aku tentang menghabiskan masa dengan hanya meladeni kerenah anak-anak. Menyedarkan aku tentang kehidupan disamping keluarga adalah segalanya namun begitu...nota tiga tetap terpenting juga untuk aku terus berhubung dengan keluarga, sobs!

Jika mahu hubungi aku, silala email ye. Buat anak-anak KuTuppy2015, kakAyu barang kita sudah poskan, puanUmmi, barang sudah aku orderkan. Iffa, tumbler aku belum pos lagi, tunggu dalam masa terdekat ni ok. Harap adalah yang membaca entry entah apa-apa hari ini, sekian. Daaa...

Kehidupan.

Friday, 19 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hidung tersumbat, keduanya tersumbat gara-gara air mata keluar macam air terjun, makin di pujuk makin deras pula, daripada tuala kecil sampai ke selimut basahnya, muka usah dikata sembab sampaikan hendak tengok cermin dalam terang pun tidak berani, bentuk mata makin tidak nampak terasa-rasa bagaikan Daesung, BigBang. Rambut kusut masai, daripada berbantal lengan sendiri berpindah pelukan, terusan dipujuk terasa makin susah hendak bernafas. Argh! payahnya hendak menerima hari mendatang apabila gambar di skrin scan klinik tadi sentiasa berulang tayang.

Aku hanya menduga tapi tidak menyangka lain pula yang jadinya tetapi apakan daya berita harus aku terima berikutan ianya berkenaan dengan badan sendiri. Tujuan sebenar aku ke Putra Medical Centre hanyalah untuk ujian PapSmear, datang bulan aku pada Mei lepas berlarutan sehingga hari ke-18, tersangat lama sedangkan aku tidak mempunyai sebarang masalah kedatangan miss P pada sebelum ini mengikut tempoh 7 hingga 8 hari. Sukar rasa hendak menjelaskan pada pakar sakit puan yang sentiasa bermuka manis dan tersenyum ini, sumbang bunyi suara aku menyusun jalan cerita yang lintang pukang memaksa aku menarik nafas dalam-dalam dan mengulang cerita yang sama dengan betul.

Nah, terasa bagaikan scan untuk mendapat bayi baru, hehe. Ketawa sumbing, tidak ikhlas. Keputusan scan untuk 5 minit itu betul-betul di luar jangkaan kotak fikiran. Hasilnya? 2cm x 2cm cik Cyst di ovari kanan serta, serta, serta....3cm x 2cm cik Fibroid di uterus. Hrmmm, haruskah aku bertepuk sorak sehingga kampung tergadai? ataupun menangis sehingga air mata darah?. Tidak!!! Aku diam dan tersengih sumbing, kerana doktor bermuka manis itu menyambung kembali ayat tergantungnya, pendarahan tidak terbabit dengan cik F dan cik C, mereka berdua masih boleh tidak dipedulikan kerana masih kecil, memerlukan penjagaan yang ketat untuk mengurangkan saiznya. Ia tidak mungkin hilang.

Next. Kita buat pap smear. Gagal dijalankan kerana pada awalnya bersih, sebaik sahaja kerangka transfomer tu dapat pada cik V, terus leaking. kena datang semula minggu hadapan. Buat masa ini hanya makan ubat menghentikan pendarahan. Entah apa pula keputusannya nanti, selagi tidak selesai selagi itulah susah hati. Jadi... tunggu sahajalah. 

Balik rumah, perasaan libang libu. Ketawa, senyum, bergurau dengan tuan Erwandi pun rasa macam palsu sangat. Berkobar-kobar hendak bertemu dengan encik Google bertanya lebih lanjut apa yang boleh dan tidak boleh tentang cik F dan cik C. Tanya tuan Erwandi memang entah belaka sahajalah jawapannya, Google dan bertahan sehingga semua anak-anak masuk tidur. Bertahan lagi sambil menyiapkan kad hari raya untuk pelanggan, katanya. Habis juga buat bersiap untuk masuk tidur namun mata masih degil dan tidak mahu lelap. Berkalih tidur pun, eh still terbayang kejadian-kejadian di klinik tadi sehingga membawa kesedihan yang tiada tara.

Pertama kali kot, mengalami kejutan perang saraf otak menerima berita tentang diri sendiri berkait pula dengan emosi, pergh! memang membawa berbaldi-baldi air matalah jawabnya. Tidak lama kemudian, tuan Erwandi balik daripada bertugas, masih tidak mampu menatap wajahnya dalam gelap. Dia pula yang mengelap air mata. Oh! tidak, ini bakal mengundang banjir. Memang betul pun, sampai tidak mampu bernafas menggunakan hidungla. Lama jugala sehingga dia memaksa aku bangun berjalan satu rumah jam dua pagi. Daripada aku sedih melampau sehingga aku jadi bahan gelak dia pula apabila melihat aku memicit-micit hidung sendiri sambil membebel-bebel.

Akhirnya, aku terlena juga dalam pelukan dia, feeling fresh dan tenang. Memujuk dan memujuk sehingga aku tersedar jam 4.30pagi waktu untuk bangun sahur. Puasa hari pertama, diharapkan lebih baik daripada tahun lepas, mudah-mudahan. Semoga aku terus tabah dan kembali ke posisi dan emosi asal, inshaaAllah. I will try my best. Hwaiting!!!

You can cry and get upset. You can think the world is over and there's no hope. But end the feelings that very night and start fresh the next day. Life's short! - #88lovelife

Jadi, pembaca tersayang bloghijau ini semoga dapat berkongsi sedikit tentang hal-ehwal cik P dan cik C dengan aku, maklumlah aku kan beginner lagi, beginner is always tough. Sekian sampai sini dahulu jumpa lagi entry akan datang, daaa. 

Nota: Tiba-tiba ada entry kan? haha. Just sharing the feeling, give me some strength.

Pusing padang.

Monday, 15 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuaca gelap, rintik hujan mula turun. Emak bersiap ringkas untuk menghadirkan diri ke mesyuarat kali ke dua 2015 sekolah kakak Oni, kan emak pegang jawatan secara tidak langsung emak juga ialah salah seorang vip. Lagi pula tuan Erwandi tidak berkerja, makanya emak ambil kesempatan untuk bersosial. Bila lagi, tahun hadapan, kawan-kawan seangkatan sudah tidak ada lagi. Emak akan punya teman baru.

Emak memandu sendiri, oh emak sudah lewat rupanya apabila ruang tempat kereta sudah penuh, tidak mengapa kita buat-buat tidak tahu sahaja, muehehehe. Menyuarat sempena hari mini sukaneka kakak Oni pada hujung minggu nanti. Mesyuarat berlangsung selama sejam setengah sahaja tapi emak mengambil kesempatan sehingga sehingga dua jam, bersembang, makan, ketawa, bersembang, makan dan ketawa. Sebaik sahaja emak pulang, anak-anak sedang bertempiaran di luar pagar rumah, bermain di perhatikan tuan Erwandi. Emak kena serbu macam biasa sebab masa tinggalkan rumah tadi, hanya abang Aie yang mamai baru bangun tidur terus menyambung tidurnya.

Hari kejadian tiba, mini sukaneka kali terakhir untuk kakak Oni. Tahun lepas kami semua serba biru, tahun ini kakak Oni pakai baju kuning, jadi kita semua serba kuning. Emak bangun awal macam biasa walaupun malam tadi masuk tidur lewat dek kerana menonton rancangan tv kegemaran. Emak bersiap dahulu diikuti kakak Oni dan selepas itu emak siapkan abang Aie. Adik Qiqi dikejut masih liat hendak bangun, sedap tidur dalam pelukan tuan Erwandi. Selesai emak bersiap, mintak kakak Oni kejut adik Qiqi, tu je kaedah terakhir dan menjadi, selesai siapkan Qiqi, emak pula bersiap lengkap. Anak-anak...bila jadual luar biasa, perangai pun jadi luar biasa. Abang Aie sanggup tidak mahu minum susu, takut rasa hendak terkucil nanti maklumlah dia sudah free pampers. Yang adik Qiqi, bertahan hendak minum susu dalam kereta juga. Walhal boleh sahaja minum sementara tunggu tuan Erwandi bersiap.

Padang sudah pun riuh. Cantik berhias dengan khemah dan belon-belon. Anak-anak sekolah sudah berlari keriangan. Seronoknya mereka bila dapat keluar daripada suasana biasa. Kakak Oni sudah tenggelam dengan kawan-kawannya di bawah khemah. Emak menuju khemah vip bertemu dengan rakan urusetia. Tuan Erwandi duduk bersama abang Aie dan adik Qiqi. Sekejap sahaja dua orang itu sudah pun hilang dalam orang ramai. Seorang pegang bola, seorang lagi main di kaki bukit. Gemar betul abang Aie dengan kaki bukit. Belum pun acara bermula, peluh abang Aie sudah menitik-nitik mengalahkan orang yang masuk acara.

Elok sahaja kakak Oni hendak berlari, emak mengajak abang Aie dan Qiqi ke tengah padang, konon hendak memberi sokongan tetapiii abang Aie ajak emak pergi tandas pula. Aigoo, terpaksa jua la membawa Qiqi bersama. Mujurlah keduanya ikut tanpa masalah. Selesai uruskan abang Aie, acara kakak Oni sudah pun tamat. Betul-betul ambil masa bila dengan abang Aie ni, cerewetnya bukan main lagi. Leceh. Tambah-tambah, jarak tandas dengan padang agak jauh. Balik sahaja khemah emak bertanya dengan tuan Erwandi, menurutnya acara kakak Oni sudah pun selesai. Loh!

Kakak Oni dapat nombor satu, acara kedua kakak Oni dapat nombor tiga. So far oklah, asalkan kakak Oni gembira sudah walaupun yang paling nyata gembiranya ialah abang Aie dan Qiqi apabila dapat menyepak bola sejauh-jauh tidak. Dapat berlari sepuas-puas hatinya. Dapat bebas diawasi tanpa sedar dengan sebebas-bebasnya. Lengkap emak pakaikan tracksuit dan kasut, tidaklah asyik hendak melalak bila berlari dengan selipar yang mudah tercabut dari kaki. Abang Aie memang cerewet betul.








Go out there. EXPLORE. Don't just live in your own bubble and hate the world.- #88lovelife

Sebaik acara berakhir, kita singgah membeli makan tengahari, merupakan set ayam KFC kesukaan emak, hehe. Jangan dilupa tiramisunya sekali. Selesai makan tengah hari, masing-masing bergelimpangan kepenatan. Sekian sahaja satu hari yang ditunggu-tunggu kakak Oni, jumpa lagi acara mini sukaneka untuk abang Aie pula tahun hadapan. Abang Aie sudah tidak sabar-sabar untuk jumpa kawan-kawan. Sekian sahaja entry pertama sebaik sahaja sekola dibuka, banyak lagi entry tertangguh yang hendak di taip cuma masa tidak mengizinkan, jumpa lagi ya, daaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in