Permulaan dan pengakhiran.

Wednesday, 25 November 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕하세요...[annyeonghaseyo, hello...] jumpa lagi kita, hari ini aku hendak mengisahkan kisah aku yang very the busy on hari terakhir persekolahan sesi 2015. Alhamdulillah semuanya tersusun dan berakhir dengan perasaan yang bercampur baur, berjalan dengan lancar sebagaimana yang diprogramkan. Sebaik sahaja surat daripada sekolah kebangsaan sampai menetapkan tarikh hari orentasi darjah satu diadakan, juga tarikh hari konvokesyen tabika Auni ditetapkan tanpa ada apa-apa perubahan lagi, aku segera memberitahu tuan Erwandi agar meluangkan satu hari itu untuk anak perempuannya.

Untuk belah pagi, tuan Erwandi hanya menyuruh aku sahaja yang menemani kakak Auni ke orentasi darjah 1. Perasaan libang libu aku ketepikan dek kerana tidak hari ini, esok atau lusa aku tetap dan harus juga berulang alik menghantar dan mengambil Auni pergi pulangnya dia daripada sekolah. Aku gagah juga memandu missExora dengan lutut menggigil berikutan cuak hendak memandu mrKelisa tersangkut di lubang yang tidak pandai untuk aku elak-da dua kali kena, rasa macam skirt mrKelisa tu bagaikan retak menanti tercabut. Jadi dengan pelan-pelan kayuh, aku tiba jua di destinasi. Hanya dengan Auni mencari dua tiga penjaga atau emak yang boleh aku jadikan kawan untuk hari itu.
Masuk sahaja pagar sekolah kami disambut mesra oleh guru sekolah. Owh! nostalgianya.
"Darjah 1?" aku bertanya sambil memimpin tangan Auni.
"Darjah 1, puan cari nama anak di papan kenyataan dan beratur ikut kelas." jawab cikgu peramah tidak sempat ku lihat tanda namanya.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 

Kami terus mencari, tidakla susah berikutan ramai lagi penjaga yang masih berkumpul di papan kenyataan. Dua kali aku tawaf, daripada senarai nama 1G ke 1A balik semula ke 1G sehingga aku bertemu nama di nombor 15 kelas 1A. Mungkin ini hanya kelas sementara, memudahkan pihak guru untuk berurusan pada hari itu. Aku bariskan Auni di barisan anak-anak 1A, alahaiii comel-comelnya dorang. Geram sangat. Ada seorang dua yang memanggil nama Auni, mereka rakan tabikanya. Aku berjalan ke dewan bersama emak salah seorang rakan tabika Auni, Linda. Linda kenal aku, aku cuma cam dia sahaja, sehingga kami memulakan sesi perkenalan. Duduk bersebelahan.


Dimulakan dengan ucapan guru besar, diikuti guru disiplin diikuti guru penyelaras, seterusnya guru-guru penyelaras aliran masing-masing. Emak dengar taklimat, pada masa yang sama anak-anak sudah pun berjalan naik ke kelas peperiksaan. Jam tangan aku kerling, hampir jam 11pg, di luar sudah ada ibu bapa yang membawa turun anak-anak. Ceramah belum habis, aku keluar juga, risau Auni mencari-cari aku.

Panjang-panjang langkah aku ingin cepat sampai kepada Auni, bolehkan dia menjawab, menangiskah dia, sedang termenungkah dia, sampai sahaja tingkat atas, aku mencari kelasnya, ibu bapa masih penuh di pintu dan tingkap kelas. Jangkaan meleset, aku memanjangkan leher ke ruang dalam kelas, mencari Auni, bila sudah ramai anak-anak begitu aku pun jadi keliru dengan Auni, hahaha... dia sedang bertebeng di meja orang lain, berborak. Ada tiga orang guru yang menjaga, dua orang masih mengawal dan mengajar, seorang sedang menanda kertas.
"cikgu, itu emak saya" tanpa ragu-ragu Auni bersuara.
"emak awak, okla da boleh ikut emak" Auni berkemas dan keluar. Steady betul dia. Aku pula yang menggelabah tak tentu fasal. Aku masuk semula ke dalam dewan, menghabiskan dengar taklimat dan menerima arahan baru. 

Habis sahaja, keluar dewan sahaja kami berjalan ke koperasi sekolah membeli beberapa keperluan untuk pelajar baru sekolah kebangsaan. Just for you Auni, dan bergegas ke astaka untuk mengambil buku teks. Tidak sempat untuk mengambil gambar buat kenangan, hari pertama nanti sahajalah.


Terjumpa pula emak kawan tabika Auni yang memang aku sudah kenal, kakCT. Mudah urusan, senang hati jumpa kawan. Selesai mengambil buku teks berjumpa lagi geng menyuarat tabika yang biasa-biasa jumpa. Aku kerling jam, aku kena gegas balik program Auni masih belum habis lagi.

Sebaik sahaja tiba di rumah, dua hero sedang dimandikan tuan Erwandi. Terima kasih untuk dia kerana sama-sama membantu, tidakla aku lelah terkejar sana sini. Auni berpakaian rasmi sekolah tabika, aku bekalkan juga baju lain, manalah tahu majlis habis awal. Ikut jadual giliran penyampaian hadiah, sekolahnya yang awal.

Auni manis berjubah marroon, kami tinggalkan dengan cikgu tabikanya. Aku di dalam dewan mendengar lagi ucapan demi ucapan. Jujurnya, aku sebak. Aku ialah pendengar yang setia, bila aku dengar ceramah atau apa-apapun perasaan aku lekas sangat sensitif. Di sekolah kebangsaan pagi tadi, perasaan terharu aku dapat aku tahan namun di dewan konvokesyen tabika air mata aku menitik juga. Apatah lagi apabila mendengar, menonton anak-anak yang buat persembahan, kelabu mata aku dek air mata. Oh my, perasaan emak-emak, mujurnya tuan Erwandi sudah pun membawa hero nan dua yang tidak duduk diam itu keluar dewan.

Tiba giliran sekolah Auni, aku sudah pun di hadapan pentas. Basah hujung lengan baju kurung buat kesat air mata supaya pemandangan aku terang semula. Giliran Auni berjalan naik, namanya yang pertama dinobatkan antara tiga yang cemerlang sekolahnya. Alhamdulillah, terima kasih Auni kerana buat aku berasa kembang dan bangga dua tahun berturut-turut. Cikgu Ida dan cikguAin tidak sudah-sudah dengan ucapan tahniahnya. Terima kasih kalian berdua kerana mendidik Auni hingga jayanya. 
"terus cemerlang Auni naik darjah satu nanti" pesan cikguIda. Kenapa air mata aku pula yang mengalir? ah perasaan...

축하해...! [chukhahae, tahniah!] Auni!

Jauh perjalanan.



Piala kecemerlangannya aku genggam erat-erat. Tuan Erwandi tidak terus membawa kami pulang, dia singgah di taman layang-layang untuk anak beriadah. Mujur aku bawa baju Auni tadi, puas mereka bermain. Leka aku melihat mereka merayau-rayau dengan motor besar yang disewa tuan Erwandi. Mereka sudah besar, Adli juga akan masuk sekolah tahun depan. Semoga Adli boleh meneruskan kecemerlangan Auni nanti. Syukur pada Allah atas anugerah-anugerah terindah ini. Mereka membuat rahimku sejuk.

See? besar-besarkan dorang? I'm proud to be their mom.


Kekasih sampai hujung nyawa, inshaaAllah.


Sekarang aku berperang dengan mereka di rumah, aku hendak habiskan masa sepuas-puasnya kerana tahun depan aku bakal kesunyian. Auni bersekolah selama satu siang, Adli pula setengah siang, masa aku bersama mereka semakin pendek. Aku kena hargai masa-masa yang berbaki ini. So, sekian dulu, ceritera seorang emak yang hanya pengurus rumah tangga tetapi busy mengalahkan orang berkerjaya, hahaha. Jumpa lagi entry lain. Daaa...

5 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

serius lelama tgk, mmg nampak ko ngan lakik ko mek, sama muka macam adek beradek tau..tahniah auni

Masya said...

tahniah auni .... sejuk perut umi mengandung...

eima said...

wahhh thn depan auni dah darjah 1 dah .... tahniah auni ....
sorg satu motor best tu

ch@ said...

Sue: ha'a, masa belajar dulu org ingat aku dgn dia ialah abg-adik :D. Thanks mek.

sisYana: sejuk satu badan, hujan lebat.

Eima: terasa sgt nak tua ni, emosi je kerjanya. semua da nak masuk sekolah. motor tu sewa je mek, rm10 = 15minit.

Salina@IbuAqil said...

Ibu nangis!!!
Cepatnya anak2 kita membesar umi..
Aqil dah tak mahu dipeluk lama sekejap2 x apa..
Katanya "saya boy lah ibu.."
Bila dicium pipi dia lap blk ibu x kira ibu cium blk..
Peduli apa.. Hahahaha
Auni!!! Tahniah syg..
Bukan umi je bangga ibu pun bangga dgn auni..
Walau dimana tahap kecemerlangan anak2 kita..
Sejuk rahim kita lihat mereka membesar kan umi..
Sobsssssss!!
Selamat melangkah ke darjah 1 auni syg..
Umi best of luck umi u cant do it!!!!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in