Msjbox Aidilfitri 2015.

Tuesday, 18 August 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku membaca lagi jemputan daripada kakRetna yang dihantar melalui tag isntagram berikutan akaun FB telah lama aku buang. Media sosial yang satu itu, semakin aku lupa aku pernah aktif satu masa dahulu. Terima kasih kakRetna, tidak pernah jemu menghantar jemputan setiap kali ada perjumpaan gengmsjbox, tidak kira majlis apapun sekiranya mereka berkumpul. Meskipun msjbox pada bloghijau ini entah kemana perginya, passwordnya pun entah aku ingat lagi entah kan tidak, kalau bloghijau pun aku sudah jarang benar hendak update apatah lagi isi-isi dalamnya, apa hendak jadi weih!

Ambil tindakan drastik terus beritau tuan Erwandi, kena atur schedule dia awal supaya hasrat aku tercapai tahun ini, punyalah teruja sampai kena gelak dengan kakRetna pasal tersalah hari dan tarikh, gilala. Hendak sangat berjumpa sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Malam sebelum hari kejadian aku sudah mula gabra, tuan Erwandi pergi bertugas dan tidak balik-balik rumah. Ini boleh mendatangkan stress maksima, hendak menangis pun ada, sehingga ke tengah hari kejadian baru aku berani text wassapp dia. Alhamdulillah dia kata dia akan bawa aku pergi majlis itu nanti.

Betul ini kali pertama aku berjumpa dengan mereka, selama ini kami hanya berhubung dengan instagram, wassapp, dan sosial media pertama membuatkan aku kenal dengan dorang semua ialah blogspot. Mereka ialah teman-teman terawal aku menaip di bloghijau. Terima kasih atas persahabatan selama 7-8 tahun ini. 

Tuan Erwandi sampai sahaja di rumah, semuanya telah aku siapkan. Asalnya aku hendak bawa biskut raya, rasa seperti tidak puas hati aku bawa juga koktel jellymelly yang paling mudah. Itu jugala menu yang aku bawa ke tadika Auni minggu lepas, hahaha. Ok la tu menu mudah untuk emak anak berderet cenonet-cenonet sediakan.

Setelah menggigih menggagah sampai juga kami ke rumah Encik Sodep dan Izu, To be honest aku fikir mereka ialah suami isteri, hahaha, rupanya aku tersilap, maafkan daku tuan rumah. Aku sampai mereka ajak aku dan keluarga bergambar, hahaha, layankan je la. Macam pernah berjumpa je sebelum-sebelum ni walhal semuanya pertama kali bagi aku. Mereka mesra sebagaimana yang aku jangka. Dengan ini kolum sidebar bertemu mata aku bertambah lagi, huye-huye-huye. Meskipun boss besar msjbox tidak hadir, semoga satu hari nanti kita berjumpa abang Jun dan kak Karni majlis tetap berjalan dengan lancar.

Makan-makan-borak-ketawa-makan, sempat juga aku berborak dengan abang Shaizhar dan kak Nazuha, mereka berdua mesra dan ok sama macam kakRetna dan sisLin, kakCT pun best. Owh! red velvet kakCT memang mengancam dan terancam. Tak lama kemudian tika hujan lebat kilat berdentum, tuan Erwandi ajak balik dia hendak tidur sekejap katanya. Ok jom kita balik, setelah aku pun puas hati dapat berjumpa dengan mereka semua. Terima kasih kalian sudi terima aku. Yeay! Dan baru hari ini baru aku tahu rupanya majlis tu ada tema, hahaha. Kena pakai baju traditional warna Jalur Gemilang, kekeke. Maafkan daku.

A day spent with friends is always a day well spent....

Okeh, jom layan album pula macam biasalah :)


All, tuan rumah Encik Sodep yang berbaju elmo tu la.


Cantik.


 Koktel jellymellyhijaucantik.

Dan yang teringin sangat hendak berjumpa, berkawan sudah lama, mesra tapi ini pertama kali kami bertemu.


Lovely kakRetna


 Kindly sisLin.

Terima kasih sebab masih tidak jemu menjemput aku sehingga dapat bertemu, ada rezeki kita pasti bertemu lagi. Sudah tentu yang seronoknya ialah aku, mendapat kawan baru, yang sangat havoc meskipun berkeadaan haru biru. Apa yang penting hati ada banyak puas maaa. Terima kasih kalian semua nanti datang rumah kita pula ea. 

Ok, sampai sini dulu, Qiqi bergayut kat tangan masa proses menaip entry ni, isk anak emak sorang ni memang tau. Jumpa lagi, daaaa.

4 pasang kaki:

eija_sweetmama said...

wah srnoknya cha..
setuju dgn quato tu :))

nyummynya tgk koktel jellymelly cha tu..

Nad MamaZN said...

bestnya jumpa kengkawan alam maya :) teringat 1st time masa berjumpa ngan cha dulu.

Shaizhar said...

akhirnya.. 'kecik hati' namaku langsung tak di sebut di sini. 'sedih'.. x pe la, siapalah kita.'merajuk' ok lah bye. (ayat sentap) ha ha ha. i ok je. bukan blogger popular dan sesiapa pun.ce waah! apa pun tahniah atas keberanian menghadirkan diri.Tue baru sikit. kalau ruang lebih luas lagi havoc kita orang.

ch@ said...

kakEija, kakNad: hihii, berjumpa kat rmh kakEija. Alhamdulillah.

abangShaizhar: yeay, perasan pun entry ni, saje takmo bubuh nama abg. hendak bg lebih sket perhatian. hehe. dapat pun jumpa kan-kan-kan. hei, kita pun bkn blogger popular la. bestla. nnt ada rezki jumpa lagi, kita buh nama abg byk-byk-byk k. jgn majuk tahu!!!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in