"Chaos".

Wednesday, 1 July 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Emak sudah melepek keletihan, kehausan, kelaparan, berpuasa sudah hampir kepada sepuluh hari tetapi gayanya bagaikan budak baru belajar berpuasa. Macam manalah keadaan zaman kecil dahulu, balik sekolah petang pun masih larat keluar bermain sebelum masuk waktu berbuka. Masih bertenaga pergi mengaji atau pun tusyen, haih! baru sedar diri terasa tua, adeih!

Hendak jadi naga pun sudah lemau, makanya hantar sahajalah wassapp kepada tuan Erwandi minta tapaukan menu berbuka hari ini, kebetulan dia pulang sebelum berbuka nanti tunggu sahaja menu apakah yang akan di bawa pulang nanti. Hendak demand lebih-lebih tidak boleh, maka emak jugalah kena pandai-pandai sendiri memilih apa yang patut di makan, apa yang tidak boleh di makan, apa yang harus di makan dan apa yang perlu dikurangkan makan, tidak boleh sembrono sebagaimana sebelum ini. Mujurlah emak bekas atlet masa zaman sekolah dedulu, makanya makan pun memang berjadual dan berpantang dan terpilih, peace.

Jadi tunggu tuan Erwandi sambil buat air teh 'o' panas-panas sambil layan buat order, sambil layan tigaaskar yang sangat riuh kus semangat. Diberi peluang bermain di luar rumah, dia ambil peluang keluar pintu pagar depan secara senyap-senyap, bukan peduli lagi kata-kata emak yang bernada pedih, getir - suka betul buat emak kecut perut. Walaupun rumah berhampiran dengan selekoh, tetapi disebabkan jalannya yang lapang membuatkan kenderaan yang lalu bagaikan tidak mahu menekan brek kaki. Seram. 

Emak panggil masuk rumah mandi. Hendak mandi pun bergaduh, isklah...yang kakak tidak mahu dengan abang, yang abang tidak mahu dengan adik, adik tidak mahu dengan abang, emak rasa hendak gigit seorang demi seorang. Sekarang, mandi memang emak tidak masuk campur kecuali belah pagi - kakak Oni sekolah, jadi emak kena juga mandikan abang dan adik. Mood abang Aie bukan boleh dilayan sangat, kejap dia kata ok je mandikan adik, belum pun sempat masuk bilik air sudah bergaduh pula. Adik Qiqi pun boleh tahan gak, kaki buli. Bila geram lekas je tangan dia naik, emak hendak marah dia, dia kata "abang buat". Emak sumbat juga semua dalam bilik yang sama. Sudah, mandi! Bersiap, kakak Oni juga tukang bagi baju ikut saiz memasing dan upah susu sambil layan drama Korea emak, muahaha. 

Tidak lama kemudian kereta tuan Erwandi menderu bunyinya, ala-ala sport car gittu, berhenti di pintu pagar rumah sebelah, surprise! Set Pizza Hut dan kek Baskin Robin. Mabelesss!, tiba-tiba perasaan emak yang hangat tadi terasa sejuk sedikit, hahaha. Jap-jap, beli kek ni sempena apakah? Emak berkira-kira 

"eh! anniversary kita eh esok? yang ke berapa eh?" emak tiba-tiba blur.
"yang ke 7" tuan Erwandi tersengih menjawab dengan bangga. Hendak kita puji lettew, dia ingat. Cait!

Di meja makan, masing-masing sudah bersedia, mata tidak lagi pada menu namun masih gigih menyuap makanan dengan paksaan kerana lebih tertumpu pada kotak putih berbalut merah jambu statik depan mata. Bukan takat 3 askar, tuan Erwandi pun serupa juga, alasannya nanti aiskrim cair, hrmmmm. Buka jugalah.

"hari ini hari jadi umi dengan abi ke?" tanya kakak Oni, yang sudah get ready hendak request.
"bolehlah" emak menjawab ringkas, sementara hero nan dua tu sudah sibuk berebut tempat duduk.







Endingnya, tuan Erwandi panjatkan tv ini ke dinding jugak, haha.


Perasaan emak terpujuk juga, lebih-lebih lagi di bawa ke Kompleks Sogo KL. Rancangnya hendak bershopping raya, pusing punya pusing punya pusing, tuan Erwandi bawa emak ambil 'Nota 3' yang sudah dibaiki dan merayau lagi tingkat demi tingkat akhirnya belanja juga, baju dan kasut tigaaskar sepasang seorang serta kasut untuk emak. Setahun sekali je dapat shopping macam ni, kasi peluanglah.

Don't wait for the PERFECT MOMENT take the moment and make it PERFECT.

Bulan puasa ini, emak makin banyak masa dengan tigaaskar, emak sudah siapkan 50 keping kad hari raya untuk seorang kawan makanya emak ada banyak masa bersantai dan rileks - rumah macam tongkang juga. Tahun ini emak tidak sempat untuk buat kad hari raya untuk kawan-kawan jadi kita guna sahaja teknologi terkini nanti. Sekian sahaja entry emak hari ini, panjang sungguh, hahaha. Jumpa lagi, daaa.

10 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

sweet je sambut anniversary tau..at least lakik ko egat gak..akob...mmmm..hampeh..hahahha

alexayussida said...

tc kak cha...i love u..insyaAllah smua oki tu...jaga kesihatan ye..btw happy anniversary :)

eima said...

wahhhhhh... romantik juga TUAN ye .....
hehehe

Ida Puanstoberi said...

waa...nak kek baskinrobin gakkk.. hahahah..

happy anniversary.. dan selamat berpuasa. Hikhik :D

Bond@ While@ said...

waaa..tak penah mkn kek Baskin Robin tu. eish..happy aniversary umi n abi..

*sama dgn je peel budak2 ni kan. asal main gaduh. asal mandi gaduh. baik nya kejap je...

intandayani said...

Ala sweetnye..

ch@ said...

Eima, Sue: dia tak ingat, aku merajuk. haha.

Yus: thanks cayangs, inshaaAllah.

kekDa: ihiii, thanks kakak.

Bonda: abi tigaaskar la yg slalu berlanja, baru gaji baskin, tak gaji lg kek biasa je. kek yg potong2 tu pun ok je. thanks bonda.

intandayani: ihiii, sesekali.

Mama Kembar 3 said...

ingat juga dia anniversary, baguih betul.

Sweetmama said...

baru berkesempatan nak baca blog kawan2 ni..lama betul x menyinggah..

happy anniversary cha ♥♥♥, nasib tn. erwandi x pernah lupa tarikh anniversary..dpt kek baskin robbin lg..

ch@ said...

kakNani: kekadang dia lupa gak.

kakEija: hiiii, thanks kakEija.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in