Kebuntuan. Kebosanan. Kekosongan.

Wednesday, 24 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Time for hibernation. Bulan Ramadhan begini tidak banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh dibuat. Aku baru sahaja habis mengemas dapur, aduhaiii macam baru lepas keluar sauna rasanya, menitik-nitik peluh. Hendak cerita apakah hari ini ye, let me think.

(.......................................................................) kebuntuan serius, hahaha.

Lately, kadar motivasi dalam diri aku menurun, berita tentang entry kali lepas masih lagi menghantui tetapi sudah boleh tersenyum sedikit selepas dua hari, cuma perkara yang satu lagi ini benar-benar membuat darah aku mendidih. Kesabaran habis limit sampai aku tidak bercakap dengan sesiapa yang ada dalam rumah ini selama dua hari. Mogok bercakap.

You may not always end up where you thought you were going but you will always end up where you are meant to be

Aku tinggalkan handphone bercas dan pergi mandi, hanya ada Adli sahaja dalam bilik. Sempat membalas beberapa wassapp daripada kawan-kawan, sebaik sahaja aku siap mandi, siap bersolat aku mendapatkan handphone macam biasa, itukan ibarat sahabat kedua. 

Langsung, blank screen siap retak pada satu penjuru. Hanya mampu dengar vibrate sahaja gambar langsung tidak ada. Jahanam! Apalagi, mengamuk kuasa 8 lah aku. Adli kata, Auni naik sekejap berebut mainan campak nota tiga tu tanpa rasa bersalah. Minah ni memang dendam dengan aku ke apa? Eeeee....besar kecik-besar kecik-besar kecik aku tengok semua orang dalam rumah ni tau, panas!

Tuan Erwandi langsung tidak mahu ambil tahu, ini memang bukan takat mendatangkan amarah, malah aku sudah putus asa untuk menggunakan sebarang handphone atau lebih tepat sebarang gadget. Zaman sekarang tanpa gadget? ermmm, ketinggalanla jawabnya.

Esoknya hari sekolah Auni, janganlah berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, dengan instinct aku keluar awal untuk ambil Auni balik sekolah, betul pun dia keluar awal. Biasanya cikgu akan sampaikan berita melalui group wassapp. Nota tiga pun sudah "bye-bye" macam mana aku hendak baca wassapp. Tawakal sahajalah.

Sampai hari ini, aku rasa macam....tah, aku sudah siapkan Kad Hari Raya untuk kawan sekolah, entah macam mana aku hendak menghubunginya, sedih betul hidup. Yang lagi buat aku rasa macam merajuk habis apabila tuan Erwandi menyatakan hendak tukar nota tiga dengan telefon tangan lain, andweih!!!!! aku tidak mahu.

Aku suka sangat dengan nota tiga tu, hadiah ulangtahun pertemuan yang ke-11 tahun gittu. Walaupun pennya sudah punah tidak sampai satu minggu. Walaupun sudah mati screennya tidak sampai satu tahun, keduanya dikerjakan dek Auni. Dia memang dengki sungguh dengan nota tiga tu, hendak main dia tidak tahu kata laluannya. Telefon tangan aku yang sebelum ini pun, jadi tidak siuman bila dengan Auni. Aku serik.

Mungkin, kejadian ini terjadi untuk menyedarkan aku tentang tanggungjawab penuh kepada keluarga, menyedarkan aku tentang menghabiskan masa dengan hanya meladeni kerenah anak-anak. Menyedarkan aku tentang kehidupan disamping keluarga adalah segalanya namun begitu...nota tiga tetap terpenting juga untuk aku terus berhubung dengan keluarga, sobs!

Jika mahu hubungi aku, silala email ye. Buat anak-anak KuTuppy2015, kakAyu barang kita sudah poskan, puanUmmi, barang sudah aku orderkan. Iffa, tumbler aku belum pos lagi, tunggu dalam masa terdekat ni ok. Harap adalah yang membaca entry entah apa-apa hari ini, sekian. Daaa...

7 pasang kaki:

Masya said...

LAH HAI AUNI² ADA² SAHAJA KAMU YER.. BAIK BERHUBUNG MELALUI EMAILLAH KITA YE ...

Bond@ While@ said...

alahai.. bykkan bersabar ye umi. Dugaan pasti ada hikmah. Jgn tension². Jaga diri baik².

Ida Puanstoberi said...

baru nak w.app cha.. huhuhu :D

eima said...

laaa...bersabar la ch@ ....
ape nak dikata lagi ... harap auni pas ni lebih hargai ibu la ... jgn la buat cam tu kesian ibu ...sumber rezeki ibu ngan dgn HP juga tu

sal ya said...

Akak pny hp pn jahanam kena gigit dgn Aus. Tgglkan dgn kakak utk mandi je. Turun tgk hp menyala tp x blh touch. Huhu.. Ada kesan cracked kat hujung. Nak ganti screen hage dh mcm beli hp br. Tp syg pny psl akan repair jgk. Ni pn ganti yg biasa2 je buat sementara waktu.

ch@ said...

sisYana: begitula keadaannya.

bonda: terima kasih bonda.

kekDa: keadaan tak mengizinkan dgn tiba2.

eima: sobs! sobs!

kakSal: hp emak paling selalu jadi mangsa.

Sweetmama said...

paham sgt rasa kebuntuan, kebosanan dan kekosongan tu bila hp yg disayangi rosak x boleh guna langsung. mmg k.eija pernah rasa masa hp tetiba x boleh on, esoknya terus cari hp baru sbb mmg hp skrg ni mmg antara benda penting kena ada..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in