Perasaan dan pengalaman.

Thursday, 14 May 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Emak menunggu kakak Oni hanya dalam kereta sahaja, lagi abang Aie dan adik Qiqi sibuk berlawan batuk dan cuaca panas di luar menyebabkan emak malas untuk menunggu di luar. Kebiasaannya memang kakak Onila yang paling awal masuk dalam kereta. Berlari bagaikan tidak letih-letih, sentiasa bertenaga meskipun bawah terik matahari. Anak-anak memang sentiasa segar dan ceria.

Masuk sahaja kereta,

"Esok pakai baju kuningkan umi?" kakak Oni tanya emak dan emak hanya mengangkat bahu sebagai balasan. Emak tidak berapa ada mood, badan emak tidak berapa hendak sihat.

"Esok ada lawatan, cikgu suruh datang awal. Ada surat dalam beg saya. Ada dua surat untuk umi" terang kakak Oni dengan penuh bersemangat.

Emak hanya dengar tanpa reaksi, dalam hati berat untuk lepaskan. Lepas atau tidak. Rasa yakin untuk lepaskan kakak Oni datang bila kakak Oni tidak henti-henti bercerita, tidak henti-henti berkata,

"Saya kena tidur awal malam ini, esok saya hendak  pergi lawatan" kakak Oni bagaikan sudah mendapat pelepasan emak. Jadi, emak kuatkan hati untuk lepaskan kakak Oni merasa keluar berjalan, berjalan, belajar dengan kawan-kawan di luar kawasan biasa. Emak kena yakin dengan kebolehan dua orang cikgu kakak Oni yang sudah sedia saling mengenali emak.

Waktu malam tiba sebagaimana yang dijanji, kakak Oni tidur awal. Lega juga bila dia tidur awal, emak tenteram untuk menonton televisyen pabila sepanjang siang hanya kakak Oni yang mengawal remote tv.

Pagi pergi lawatan, tengok-tengok abang Aie yang bangun dahulu. Kakak Oni sedang terkulat-kulat menggosok mata ambil mood. Dengar sahaja emak kata pergi lawatan, dia bingkas bangun menuju bilik air. Mandi pun luarbiasa cepatnya, tidak sampai 15 minit. Kali ini mandinya tidak berangan seperti selalu setengah jam.

"Umi kata cepat siap. Saya cepat-cepatlah" jawabnya selamba. Emak iakan sahajalah.

Emak hantar kakak Oni di tempat menunggu bas, bukan di sekolah biasa. Tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Pagi yang agak sibuk kerana bersaing dengan mereka-mereka keluar pergi berkerja. Janjinya jam 7:00pagi. Menunggu. Emak duduk sebelah kakak Oni dengan pesanan-pesanan yang tidak putus sehinggakan kawan kakak Oni bertanya,

"ini kakak ko ke Auni?" Argh! Anak-anak ini buat emak menyamar jadi kakak kepada Oni pula.

"Ahah, ye kakak" emak menjawab sambil diketawakan dua lagi ibu-ibu yang sama menunggu.

"Emak dia mana ibu? Emak Auni tidak datang ke?" Tanya seorang anak lain kepada ibunya yang betul-betul berdiri dihadapan emak. Ketawa.

"Inilah emak dia, bukan kakak" ibu anak yang bertanya tadi menunjuk emak yang sedang menyimpul ketawa, hahahaa.

"Macam kakak dia je" masih tidak puas hati.

"Ini emak sayalah, ini adik saya" good job kakak Oni.

Bas datang mengambil anak-anak yang sudah teruja pada jam 8:00pagi. Gembira sungguh anak-anak bila bersama di dalam bas. Melambai-lambai emak dan bapa yang memerhati daripada bawah dengan iringan doa selamat pergi dan selamat pulang anak-anak, jumpa jam 12tengah hari nanti.

Emak dan abang Aie singgah beli sarapan dan pulang ke rumah. Buat kerja seperti biasa. Bersiap seperti biasa. Belum pun jam 12tengah hari, emak dapat wassapp daripada cikgu kakak Oni. Mereka sudah berada di perhentian bas yang sama masa pergian pagi tadi, emak bergegas bersiap setelah didapati ketiduran. Mengantuk sungguh. Mujurlah sekarang ini, abang Aie dan adik Qiqi rela hati hendak mandi pada awal pagi. Jadi angkut semuanya.

Masuk sahaja dalam kereta, kakak Oni bercerita lagi tanpa henti tentang pengalamannya ke Toys Library, Selayang. Seronok kakak Oni dapat pergian. Ditanya sama ada abang Aie mahu naik bas juga? Abang Aie hanya angguk. Bermakna, dia sudah setuju untuk bersekolah pada tahun hadapan. Emak senyum lega. Alhamdulillah semuanya selamat.




Baiklah, adik Qiqi sudahpun mahu melekap dengan emak minta ngempeng, jadi emak berhenti di sini dahulu. Jumpa lagi di lain entry. Daaaa....

8 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

kakak auni, aunty nad nak tanya 1 je..
toys library tu katne? cambest jek ;)

syawalsimpsons said...

ala adik qiqi ni tau...saja je tak kasi mama lelebey dalam blog...kikikiki...seronok tgk auni seronok kan

Shaizhar said...

hi emak. apa khabar? lama x komen kat sini.

eima said...

SUKA KAN AUNI DPT PI LAWATAN ...
KAT MANA TOYS LIBRARY TU CAM BESH JE

Mama Kembar 3 said...

bdk bdk dpt pi lawatan mmg excited, mak budak yg risau lebih kannn hehe (sama laa kita)

Salina@IbuAqil said...

Hanya satu perkara yang abang aqil nak cakapkan..
Good job auni u are big girl emak now..
Hihihihi
Kadangkala kita memang rasa "betul ke boleh ke lepaskan diorang boleh bawa diri ke..." Kerisauan tak akan pernah hilang.. Sikit pun umi.. Muahxxxx!

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam cha,
he3
semangat kakak nak berlawatan yer :)

ch@ said...

kakNad: katanya di Selayang.

Sue: hahaha, apsal mek? ko da feeling habis ke?

abgShai: sihat alhamdulillah.

Eima: kali pertama dia pergi, teruja. di Selayang.

ibuAqil, kakNani: betul-betul-betul.

Sha: Wa'alaikumussalam. lain mcm perangainya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in