Hujung minggu emak.

Monday, 27 April 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehem-ehem-ehem, amboi cantiknya hari ini? Emak kelihatan biasa-biasa sahaja pagi ini, tekak mula perit, hidung mula sakit, kepala mula hendak berdenyut sakit, owh tiiiidak! sakit cabut gigi belum lagi pulih sepenuhnya, huaaaa...make emak wanna to cry and sleep for the whole day. Fighting Syasya, today is Monday, cheers!

So, lastweek tuan Erwandi bawa emak pergian ke klinik gigi setelah tampalan gigi berlubang berskala besar tercabut sedikit demi sedikit. Ngilu terasa hingga ke kepala. Sakit gigi ialah sakit hendak melempang orang, pergh! Dan macam biasa procedur mencabut gigi sementara menanti mulut kebas, doktor gigi ajak emak berborak. Dapatlah emak perasan Angelina Jolie sekejap sepanjang tempoh di klinik gigi. 

"Sahida umur 31?" tanya doktor perempuan yang merawat gigi emak dengan nada lembut. He'eh doktor ni, saje ajak kita berborak masa mulut kita ni kebas tau. Emak angguk je, sah-sah la dia dah tengok kad laporan pesakit yang emak isi masa daftar tadi.

"anak berapa? dua?" doktor tanya lagi, macam mana hendak menjawab soalan yang biasa sangat ditanya ni, emak hanya buat isyarat tangan, angkat tiga jari dengan mulut ternganga. Doktor sedang beroperasi merawat gigi dan gusi emak.

"anak tiga?, kawin muda ye tapi muka macam budak sekolah je lagi" telahan doktor cantik itu lagi, cantikla sebab emak nampak mata je berikutan beliau pakai topeng mulut, emak hanya senyum sambil mencover gigi yang sudah tiada. Hurey! gigi lubang berskala besar sudah dicabut, darahnya punyala banyak. Nampak je muda, gigi sudah banyak yang tiada, ngehehe. 

Kena ambil kalsium lebih bila anak berderet ini, masalah gigi berlarutan. Lepas bersalin kakak Oni, gusi berdarah. Bersalinkan abang Aie, gigi berlubang. Bersalinkan Arrizqi, dua kali mendapatkan rawatan gigi berserpih, isklaaaa...esok lusa entah apa pula. Sabar je la.

Sebaik sahaja operasi mencabut gigi selesai, tuan Erwandi bawa beli makan tengah hari, KFC. Alaaa sajela ni, tadi kata nak makan dulu sebelum cabut gigi, tengok-tengok beliau berhenti depan klinik gigi dahulu, cait! Kenalah emak berpantang makan kekeras. Beli dan bawa balik ke rumah, tapiii singgah di Kedai 1 Malaysia dahulu. Owh! ini kedai sudah lama emak impikan untuk masuk belanja. Jadi tanpa ragu-ragu lagi hampir kesemua keperluan dapur emak beli brand 1 Malaysia punya termasuklah pampers adik Qiqi, hehe.

Total belanja penuh dua bakul, ok not too bad la harganya, setengah harga daripada belanja di pasaraya biasa. Kualiti barang in shaa Allah sama sahaja. Jadi, selepas ini mesti tuan Erwandi hendak belanja di Kedai 1 Malaysia lagi. Serius, emak memang sudah lama mengimpi-impikannya, hehe. Stay at home mom macam emak ini sangatlah menghargai harga murah dan berkualiti tinggi. Bila sebut tentang keperluan untuk keluarga emak tidak boleh berkira sangat tentang harga tinggi atau rendah, mesti kena sediakan atau adakan juga. Jadi, bila ada yang harga rendah kualiti tinggi, pilih sajalah kan...?

Album interframe :p

 Cinta. Hati. Jiwa dan Kasih emak.




Selesai berberlanja, kami semua pulang ke rumah. Bermula episod berguling-guling dengan trio pasal tuan Erwandi kembali ke pejabatnya, Sekian sahaja laporan hujung minggu emak yang baru sahaja lepas. Ha'ah entry ini ada sedikit hendak interframe, mungkin emak tidak boleh jalan sesorang, orang sering salah teka, padahal emak sudah ber'anak' tiga. Terima kasih sebab masih setia dengan bloghijau, ngehehe. Ok, hari ini emak blogwalking, kembali ke arena. See ya...
Just once, I want to wake up Monday morning, turn on the news and hear: " Monday's be cancelled, go back to bed"

9 pasang kaki:

Ida Puanstoberi said...

best orang yang berwajah muda ni. tapi kalau dalam bab kerja, kita akan diberi kurang tanggungjawab sbb orang tak percaya kita boleh buat. Susah jugak lak here n there kadang tu kalau 'berwajah muda' nih. Haha :D

syawalsimpsons said...

walaupun hanya suri rumah, tapi keje ko sama banyak je ngan org bekerja kan mek..tahniah la kat ko..

Cik JuE said...

bukan "mak" muka sentiasa muda ke
sekali tengok tak caya anak dah tiga

akak pun sama...
sekali mengandung sebatang gigi kena cabut...
nasib baik baru 2...klu 10 tak tahu le

Nad MamaZN said...

muat lg anak2 bujang tu pakai baju tu, hehehe (yg kaler biru ^_^)

ch@ said...

kekDa: itu betul juga kekDa, masa awal2 join xtvt skolah Auni, kita takde kawan. diam je sbb org ingat Auni tu adik kita.

Sue: lagi busy kot. 24h nonstop.

kakJue: kalo 10, pakai gg pelesulah jwb nya. haha.

kakNad: muat, baju tu kan 1size lbh besar masa kakNad bagi dulu. baju Auni tu pun kakNad bagi juga. murah rezeki kakNad.

Masya said...

tengah pikir gigi manakah yg dicabut, dh kenapa senyum gitu hahahaha .. ko ade² je kan dik.

ch@ said...

SisYana: gg geraham sis. Tersorok. Senyum minta penampar, keke.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam cha,
itu senyum cover gigi takdop yer he3
lariiiiiiiiiiiiiiii

ch@ said...

Sha: Wa'alaikumussalam. haip! hahaha...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in