Satu hari di bulan Februari.

Wednesday, 4 March 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang Mac, masa berlalu dengan sangat pantas. Emak baru sahaja menghadiri Mesyuarat JPTP kali pertama sekolah kakak Auni. Tahun ini merupakan tahun kedua kakak Auni dan emak terbabit dengan tabika perpaduan. Dan yang mengharukan apabila sekali lagi emak dilantik memegang jawatan yang sama dengan tahun lepas. Mungkinkah akan membawa ke tahun hadapan, (abang Adli, 5 tahun) dan seterusnya abang Adli 6 tahun, manakala Arrizqi 5 tahun dan tahun seterusnya Arrizqi 6 tahun, haih? jawatan ini bagaikan ada kuasa pelekat.

Emak sudah menyamar sehabis daya, tshirt superman dan tracksuit dan shawl ala budak-budak sekolah dengan harapan hanya ingin menjadi dibelakang tabir sahaja. Rupanya, ada yang sudah mencari dan mempasti akan kehadiran emak, haish! Alam sekeliling bagaikan hiruk pikuk apabila cikgu kakak Auni sendiri, bekas pengerusi JPTP dan ajk terus menunding jari kepada emak yang sedang menyorok baik punya. emak dikenalpasti. Itu ialah semasa sesi perlantikan jawatan dipilih.

Hari menyuarat pertama tiba, emak dengan skirt, kemeja dan aidijuma serba keunguan dan wangi pergi sekolah kakak Auni dengan dihantar tuan Erwandi. Sudah sampai sekolah terasa diri terserlah, over melebihi cikgu kakak Auni. Hendak buat macam mana, pergi pasar dan hantar, ambil kakak Auni pun emak kemain dengan baju kurung, shawl dan kasut blink-blink. Beg tangan sahaja emak malas pikul, hanya bawa Sophie Martin, Paris (ala-ala, clutchbag). Macam biasalah mesyuarat serius mula-mula sahaja, dek kerana emak datang single tanpa bodyguard makanya bebas untuk bersembang dan bergelak ketawa, hilangkan kebosanan.

Tambahan lagi, ada pula kawan emak yang volunteer hendak hantarkan balik nanti, lagila berat kaki mahu pulang sehingga tuan Erwandi hantar wechatt untuk bawa kakak Auni ke klinik, abang Adli dan Arrizqi potong rambut. Sempat emak selit ke kedai beli barang dapur ni, hahaa. Taktik.

So sambil menanti tuan Erwandi, masih lagi berborak dengan cikgu kakak Auni, satu pujian yang emak tidak sangka.

cikgu 1: suami kakak ni handsome tau. 

cikgu 2: iya?

cikgu 1: inspektor polis, tak caya tengokla nanti.

Emak rasa macam hendak menyorok belakang tiang saja. Macamlah nampak tuan Erwandi dalam kereta yang berhenti depan pagar jauh nun. Tidak lama kemudian, dengar jerit pekik trio yang emak pakaikan kuning sebelum pergi tadi. Kecoh kejap kawasan tabika tu, semuanya bagaikan sehari suntuk tidak berjumpa dengan emak. Sabar je la.

Dalam perjalanan ke klinik, emak berfikir mahu beritahu atau tidak. Beritahu atau tidak akhirnya.

Emak: ayang, cikgu 1 kata ayang handsome.

Terdengar dia terbatuk perlahan, ternampak dia tersenyum macam kambing malu-malu.

Tuan Erwandi: memang handsome pun....

Haish! hahahahahaaa...masa ini emak buat dengar dan tidak je sebab, yang di tempat duduk belakang lebih havoc mengalahkan suara emak. Macam-macam spekulasi bila di bawa keluar berjalan, macam-macam tekaan bila dipakaikan cantik sedikit. Abang Adli kata, baju ikut atau erti kata lain, baju cantik yang khas untuk outing. Layankan je la.

Berkat keluar dengan emak dan abi agaknya, maka dapat juga makan ais krim rerama matcool. Memang cool la, dengan cuaca panas. Terkocoh-kocoh makan aiskrim sebelum tuan Erwandi berhenti di kedai gunting rambut. Akhirnya, abang Adli dan Arrizqi berwajah baru. Lebih kpop (ahahah nak jugek).







Emak dan anak-anak-anak.


Sekian sahaja cerita satu hari di hujung minggu. Bosan je kan, takde pun drama best-best. Kehidupan emak yang biasa-biasa sahaja, wiiii...

7 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

walaupun kehidupan mak2 biasa je....tp tetap seronokkan

Nad MamaZN said...

asek dok umah je.. sesekali melaram apa salahnya hehe...
kemain batuk ye tuan erwandi, org puji dia hensem hehe..
dah la hensem, sehat plak tu..apa taknya, makan pakai isteri kesayangan jaga, ye dak? hehe

Masya said...

cerita biasa itu lah jugak boleh karang berjela gini ... yg suka di baca kalah novel, sukanya abi auni yer .. kenapuji hensom ...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam, waaaaaaa
penuh kesusateraan iols baca he3

Ida Puanstoberi said...

ni mesti jadi s/u ni.. hihi.. ke pengerusi?
okay lah tu cha..at least, ada juga something utk ilangkan boring kan. :)

ch@ said...

Sue: hihiii, tak boleh hendak pusing cerita sgt, sebab sama je ceritanya.

kakNad: hahaha, tak jaga sgt pun, manjang di opis drpd di rmh.

Sha, sisYana: nak buat ringkas tapi jadi panjang pulak. tah cemana tah.

kekDa: mengena kekDa teka, s/u. best sbb dpt kwn, dpt bersosial, dpt ketawa byk2, dpt berbual. sukaaa sgt.

sal ya said...

Bab nak jdk ajk tu mmg x la. Haha... Tak kuasa mak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in