Lelaki ini.

Friday, 6 March 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

A mother who has a son who does hard for her is happier than a king who rules the universe - Alex N. 

Sejak Arrizqi lahir, kisahnya membesar sangat kurang. Bagaimana emak terskip rutin pemeriksaan semasa mengandungkannya begitu jugalah kisah dia bagaikan tidak ada dalam bloghijau ini. Kata "tentang emak dan tiga askarnya" makanya hari ini emak kisahkan tentang Arrizqi.

Ye, anak ketiga emak yang paling bertuah, paling noti, paling kuat mengusik, paling drama dan paling manis bila buat muka. Buatlah muka apasaja, emak rasa hendak picit-picit sebab geram terlampau, hahahaaa. 

Norersyad Arrizqi, suka dengan bola dan juga sudu plastik. Habis satu set sudu plastik ikea emak dikerjakannya. Suka menyakat abang Adli tahap maksima punya sakat. Lagi abang Adli menangis, memberontak, mengadu, lagiiila Arrizqi sakat. Perkara yang paling abang Adli tidak suka ialah, Arrizqi datang mengganggunya bermain,

"abang.." suara sederhana ala manja. Abang Adli dengar dan tidak sahaja.

"abang...!" suara kuat sedikit tetapi abang Adli hanya bagi jelingan tajam tanda "jangan ganggu".

"aaaabaaangggg!!!" Arrizqi sudah mula tidak sabar, dia tidak dilayan. Datang pantas, curi bantal busuk abang Adli. Ambil dan bawa lari. Kali ini abang Adli naik marah, ambil balik bantal busuk, tolak Arrizqi.

"jangan kacau abanglah, adik!" Amaran abang Adli keras nadanya dan sambung balik bermain. Tetapi Arrizqi belum puas hati. Pergi semula kepada abang Adli. Bedebuk! sebiji buku lima Arrizqi kena belakang abang Adli.

"kannnn..." Arrizqi bagi debik, Arrizqi juga mengejek. Muka cebik, geram hendak menangis.

"aaadikkkk!!!!" abang Adli bagi debik juga tambah menolak jatuh Arrizqi. Kali ini wwf, haih! bila sudah anak jantan. Cara selesaikan masalah pun ala jantan juga. Siapa menang? Emakla menang, kena masuk campur sebab lelaki ini bila bergaduh, akan cari emak akhirnya. Abang Adli mengadu, Arrizqi minta pujuk walhal dia sendiri yang mulakan dahulu sebentar tadi. Pening!

Bila mood Arrizqi baik, Arrizqi akan kawan dengan siapa sahaja, kongsi mainan, kongsi makanan, malahan Arrizqi sendiri akan mengajak orang bersama dengan dia.

"abbeey, makan" bila Arrizqi sudah di meja makan.

"umeey, mandi ar" bila emak sudah selesai mandikan Arrizqi.

"abang, turun. yobocarpoyi" ajak abang Adli tengok robocarpoli. Banyak juga kartun lain yang Arrizqi suka. Hei! dia tahu menyanyi juga tau. Paling Arrizqi suka Park Ji Yoon, lagu beep dan dance yang rancak-rancak bila lagu best. Jika ada tuan Erwandi, emak, kakak Auni dan abang Adli ada di ruang yang sama dengan Arrizqi, sambil duduk atas pangku emak mulutnya riuh. 

"tu abey, tu kakak, tu abang, adik, umey" biasanya emak dapat free kiss la. Arrizqi jika melepak bila ada emak, memang akan pilih pangku emak melainkan sendang sibuk bermain atau tidur. Tahun ini, Arrizqi sudah pun tiga tahun, menjawab soalan cepuemas emak tanpa prejudis.

"kakak hendak baby girl, abang Adli tidak ambil port, Arrizqi hendak baby?" satu hari emak bertanya depan tuan Erwandi.

"naaaanak!" atau taknak. Sepantas kilatnya dia menjawab, hahaaa. Ok, tunggu si lelaki manja ini indipendent baru boleh ada adik, kotla.

Arrizqi membesar sebagaimana dengan anak-anak yang lain, berbanding abang Adli, Arrizqi lebih pantas belajar sama dengan kakak Auni. Arrizqi suka buat kerja yang emak tidak jangka sama dengan kakak Auni. Tumbesaran Arrizqi yang laju membuatkan emak tidak sedar Arrizqi sudah besar. Walaupun tidurnya bertemankan tangan emak, Arrizqi berani sedikit berbanding abang Adli. Bermuka selamba, buat kerja ikut suka. Apapun, semoga bayi rezeki emak, Arrizqi terus membesar dengan sihat.














Ok, emak hendak sambung kerjarumah, buat sarapan dan sidai baju. Jumpa lagi entry lain kali, take care dan selamat hujung minggu. Daaa...


12 pasang kaki:

eima said...

Waaahh kejap je besar riz ni tau...sgt comey dan tegas

Ida Puanstoberi said...

kejap je besar kan.. rasa cam baru je lagi.. hiks.. eh, masa cha datang rumah akak tu, si adik ni kecik lagi kan. ke belum ada?

p/s : Jenuh akak mencari ruangan komen kat blog ni. maklum la.. lama tak tinggal jejak. hihik

Shaizhar said...

tahniah!
dah 3 askar sekarang ye.
Syukur alhamdulillah

Masya said...

rizqi cerita lucu umi kamu mengandungkan kamu msh baru rasanya di baca .. kisah kelahiran kamu di ambulans juga rasa baru je baca.. sdh masuk 3 tahun kamu rupanya yer... cptnya masa...

Mama Kembar 3 said...

yobocarpoyi? comei sangatttt. muahciked! hehehe

ch@ said...

Eima: masuk tiga tahun sudah.

kekDa: blm ada, masatu sarat pregnantkan Adli.

abgShai: terima kasih, alhamdulillah.

sisYana: hahaha, kelakar je kan. thanks sis sbb still ingat memori kita tu. hahaha...

kakNani: pelat R dgn L. dia pun stres nak sebut. mmmmuah tuk mama.

Bond@ While@ said...

muka pun sama mcm kakak auni.. adli je lain sikit..

ch@ said...

bondaQWP: perangai pun da mirip2.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam cha,
alooooo nomeinya arrizqi
sedap namanya :)

ch@ said...

Sha: waalaikumussalam, Norersyad Arrizqi, cahaya petunjuk rezeki. kakEda (mamaMikail) yg bagi nama ni.

sal ya said...

3 org askar kalau time ok, mak sng hati. Time x ok, rs nk terbalik rmh. Haha... Kan? Kan? Tp anak akak no 2 kuat ngusik. Pening pale mak.

ch@ said...

kakSal: tu la, baru tiga... blm 5 mcm akak lagi, huahuahua.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in