H.O.M.E

Saturday, 21 March 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ke mana cuti sekolah? Eh, mestilah berjalan jauh-jauh, bercuti di ruang tamu yang ala-ala hotel taraf lima bintang, siap tilam selimut, bekalan makanan, televisyen dengan rancangan-rancangan menarik, jangan lupa barang-barang mainan sebagai hiburan tambahan. Pagi, tengah hari dan petang kita main, makan, menonton dan kita tidur. Bekalan habis, kita order sahaja.

"umiii, hendak makan aiskrim" atau,
"umiii, saya hendak makan nasi" atau,
"umiii, nak air" dan order apa sahajalah, in shaa Allah layanan 1st class tanpa prejudis. 

Bosan sudah di ruang tamu, jom kita berjalan ke aktiviti yang mengeluarkan peluh, lompat trampoline, jangan lupa alas lantai dengan bantal untuk keselamatan, dan menyanyi lagu "monkey jumping on the bed". Bila sudah letih, turun semula order air. Jangan risau bilik bersepah dan alas katil yang sudah hilang ke mana.

"umiii, kakak buat" atau,
"adik Arrizqi yang lompat" atau,
"abang yang buat tadi" dan kumbah je la macam mana pun, in shaa Allah akan dikemaskan dengan baik-baik kembali seperti asal.

Berehat barang seketika jom kita pergi main lagi, sayang cuti sekolah ini dihabiskan dengan berbaring-baring tanpa faedah. Kita ke halaman luar main basikal masing-masing ala-ala pergi taman, ada buai, boleh main gelongsor dengan cermin kereta tuan Erwandi, berangan merempit bawa girlfriend dengan motosikal tuan Erwandi, boleh main pondok-pondok guna pasu kecil dan tanah pokok bunga tuan Erwandi, boleh mancing ikan di akuarium juga milik tuan Erwandi, muahaha. Main sahaja sampai berpeluh, nanti akan ada orang panggil pulang ke hotel untuk mandi, tandanya masa bermain sudah habis. 

Sudah berpeluh, sudah berehat? jom-jom kita ke waterpark pula, buka baju siap-siap, buka je pampes tu, tidak mengapa kerana kita-kita aje. Mainan tambahan jangan lupa, nanti kita hendak main buih, hendak berenang, hendak berendam dalam baldi, kita nak meluncur air di lantai, wiiii! main air sambil menyanyi, main pondok-pondok, habiskan satu tiub ubat gigi, berus gigi patah dua buat kacau buih, sabun lembik direndam lama untuk buih yang banyak, seronoknyaaa. Cukup masa, rambut wangi, badan sudah sabun, kaki sudah gosok ok jom keluar bilik air, tangan dah kecut badan sudah sejuk, don't worry, ada orang akan kemaskan bilik air ni nanti. Kita ada tiga bilik air, lepas ini boleh mandi di bilik air lain yang bersih. 

"umiii la kemas, tangan saya tak sampai" atau,
"cepatla umiii, saya sejuk ni" atau,
"umiii buat la saya dulu" puas mandi? puas main air? lapar tak?

Lapar, sudah have fun satu hari haruslah lapar. Jom ke restoran 1st class, order apa yang perut rasa mahu makan. Sambil tunggu hidangan kita main lagi, selongkar kabinet pinggan mangkuk. Owh! pemilik dapur restoran ini memang terbaik (muehehe). Buat je apa sahaja, beliau memang tidak akan berkata apa-apa, keluarkan satu kabinet cuma jangan ambil yang kaca, bahaya. Hidangan siap, kita makan, lepas makan kita balik hotel dan tidur. Jangan risau bekalan lain-lain, in shaa Allah, ada punya. Balik hotel semula, kita main lagi sampai tertidur. Kan seronok cuti sekolah kita dengan aktiviti. Percutian lima hari-lima malam sudah tamat, perubahan aktiviti tertakhluk kepada keadaan cuaca, jika hujan lebat makanya aktiviti indoor sahaja akan di sempurnakan. 


There is nothing like staying at home for real comfort by Jane Austen.

Hurey! cuti sekolah sudah habis. Emak suka-emak suka apabila kurang sedikit rasa hendak menjadi naga. Hip-hip hurey! sambil tangan di bahu dan buat muka menyampah, hahaha. I'm a stay at home mom, stop comparing your fulltime job and one kid to my life, peace! Sekian sahaja untuk entry percutian kami pada kali ini, sekian terima kasih dan jumpa lagi, daaa.

6 pasang kaki:

eima said...

wahhhh kompom ni umi tak menaga ni .. hehhehe

ko ni mmg berbakat sgt menulis la ch@

ch@ said...

Eima: thanks Manja, ko je la yg rajin sgt bc bloghijau ni haaa. thanks tau.

nurfadilah suardi said...

3sekawan dan sedondon. Semakin comel dan aktif ye

Shaizhar said...

wah! 3 askar skrg.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam cha,
he3
pulun iols baca word by word hokeyh
lawak3
suka3
:P

ch@ said...

Dila: sangat aktif.

abgShai: masuk empat sok jadi geng bas sekolah pulak.

Sha Ary: wa'alaikumussalam, hahaha. rajin betul. thanks tau sudi baca. ada IG tak?

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in