Sekolah.

Tuesday, 27 January 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam tadi, baru aku pukul canang pada group sekolah, bahawa Auni tiada masalah dengan sekolah, so far Auni memang suka pergi sekolah, tiada masalah untuk bangun pagi mahupun masalah mandi sendiri. Auni mandi pagi memang lengkap daripada atas hingga ke bawah. Well, tahun lepas memang aku yang mandikan, tahun ini Auni memilih untuk mandi sendiri.

"saya dah besar", katanya.

Padi tadi routine macam biasa, kejut Auni, siapkan Auni, Auni tidak mahu minum pagi melainkan ambil Qaseh Junior sahaja. 

"taknak minum banyak, nanti perut saya sakit", katanya. Lagipun di sekolah memang ada disediakan minuman pagi sebaik sahaja masuk sekolah dan waktu rehat jam 10pg pun akan makan lagi sekali. Sebab itulah, aku tidak sediakan bento2 ke namanya. Bila empunya badan buat permintaan baru aku buatkan.

Oh, Auni juga sudah tidak lagi minum menggunakan botol susu, sejak botol susunya hilang aku sudah malas hendak beli yang lain. Belikan sahaja botol yang ada penyedut tu, itu pun tidak sampai satu hari sudah jahanam dikerjakan. Sebenarnya, aku sudah pun jumpa semula botol susu Auni sengaja aku tidak beri padanya, muahaha. Kejam? tidaklah, bukannya aku tidak beri Auni minum susu pun.

Ooook....key, berbalik pada babak pertama tadi, aku menunggu sahaja Auni keluar daripada kelas. Eh, lambat pula dia keluar hari ni sedangkan kawan-kawannya yang lain sudah bertempiaran keluar mencari haluan. Selalunya Auni paling pantas dan lekas sekali, sebab tu aku suka menunggunya dalam kereta sahaja. Tunggu punya tunggu, punya tunggu...dan nampak dia keluar menuju kereta. Muka merah, tersedu-sedu.

Aik! aku muskel, bertubi-tubi aku tanya soalan, cepugangsa, cepuemas, cepu-cepuk semua ada. Langsung Auni buat tidak peduli. Menangis-menangis, Adli dan Arrizqi terdiam gegas lari ke tempat duduk belakang kereta. Temperature Auni bila menangis memang akan mendadak naik, untuk elak disakiti mereka berdua relahati duduk dibelakang dan memerhati. Pelik juga melihat kakak menangis tidak pasal-pasal.

Bila sampai rumah aku masih lagi menunggu jawapan, lama juga Auni hendak menjawab soalan aku. Akhirnya aku mengadu pada tn Erwandi, hehe. Aku memang cenggini, bila tidak puas hati aku mengadu dengan tn Erwandi. Mendengar nama sahaja Auni lekas menjawab...

"sebab kawan-kawan tinggalkan saya" looorrrr, itu sahaja? sebab itu sahaja? mesti Auni lambat berkemas, kawan-kawan semua sudah keluar kelas. Sabarjelamak. Semoga dia hendak ke sekolah lagi esok hari. Adeilaaa.

Wefie sekali sebelum gi sekolah.

 
Next day wefie, hahaha.
When I say I miss school, I mean my friend and the fun. Not the school :)
Mereka kata, Auni iras aku. Bila sudah iras, biasalah...tak geng. Ada je yang tidak kena, tapiii kami boleh jadi geng bila outing. Pegang tangan, makan suap-suap. Lari-lari di shopping mall. Best. Ahahahaa quote tu kelakar, so jumpa lain kali, daaa...

4 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

alaalala.. comey jek dia..
nangis sbb kene tggl
acik nad ingatkan sebab apa la tadi, hehe...
esok ckp kt kawan, 'tggu kite tau! jgn balik dulu' :)

eima said...

ho laaaa holaaa....
nangis sbb tu je ...
ingatkan nape la... nampak ganas tp hati tisu ni

Masya said...

hihihi auni² pada suka² dia buli adik, pada suka² dia dalam segala hal.. jauh kat sudut hati dia tu... mudah terusik jgk.. kesian dia nangis sebab kena tgl kwn keluar cepat.

ch@ said...

kakNad: Auni suka buat kerja lengah2. bila menyapu, berhenti...main dulu, sambung menyapu lg. tu yg lambat.

Eima, sisYana: tu ar tu, ciwek gak rupanya, agaknya dia da mula terasa dia mcm tidak dimanjakan, hehe. da besar byk berdikari sendiri.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in