Cinta, Hati dan Jiwa.

Friday, 2 January 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaaluuu, selamat tahun baru semua. Aku? biasa-biasa je, tiada celebrate-celebrate sangat pun. Still the same just cuak sikit pasal umur bakal naik satu lagi. Hari ini mood pun biasa-biasa je, disebabkan separa tegang dengan SII makanya aku pun update la blog. Selongkar sana-selongkar sini, jumpa gambar anak nan tiga ini sedang bersuka-ria dengan riang tiada taranya.

Biasalah, suka mengharu birukan emak, mereka bertiga ini sangat menggamatkan suasana. Tahun ini, mereka tambah satu umur lagi. Auni 6, Adli 4 dan Arrizqi 3 tahun. Hrmmm, besar sudah anak-anak emak. Kisah satu malam, sementara menanti emak siap mandi. Kerjaan si kakak Auni, terperanjat aku dibuatnya bila melihatkan abang Adli bertelekung. Memang terburai gelak aku. Sibuk sangat hendak meniru apa yang kakak Auni buat.

Bila sudah berjaya buat aku gelak berguling-guling (ini betul), kakak Auni buat pada Arrizqi pula. Habis semua harus menjadi kakak Auni. Comel-comel-comel.

Kiri abang Adli, kanan Arrizqi atau Auni Jr.

Abang Adli memang agak susah untuk di ajak bergambar. Terpaksa shoot sahaja dan pilih yang mana boleh digunapakai. Itula jadinya. Melainkan dia rela hati sendiri.



After dikerjakan kakak Auni, ok time untuk balas dendam, buli kakak Auni balik. Oih! memang riuh. Mujurlah katil aku tidak guna yang jenis tiang-tiang. Lompatla tinggi mana hendak. Gulingla selagi boleh guling.


Nampak baik harmoni je kan? upah bagi tengok you tube memang la senyap. Lelepas tu, mulala dia tolak dia, dia tolak dia, aku pun rasa hendak menolak sama. Aku di sebelah Arrizqi je kot, manatah meja belajar memasing.



Bila sudah tepu di rumah, tn Erwandi ajak keluar. Yeah! time for outing. Jalan-jalan The Curve. Berlari ikut suka hati, main sepuas hati, sukalah dorang. Bukan shopping sangat pun, just bawa dorang hiburkan hati sahaja.

Please don't mind the mess, the kids are making memories...

Sekian sahaja entry untuk hari ini, mungkin akan gigih update pasal perhatian sudah tidak tertumpu kepada SII, babai SII. Kepada anak-anak KuTuppy2015, harap anda dapat bersabar ye. Masalah akan emak selesaikan dengan secepat yang mungkin. Boleh email emak di nsahida@gmail.com . Kesulitan amat dikesali. Jadinya tepat 1 Januari pula tu, isk. 

3 pasang kaki:

rasp said...

bila dah dewasa nanti...
mesti u akan rindukan pe'el dorang ni...
and i'm sure that will be very close knit...

Yanti Isa said...

Assalamualaikum..

Maaf dah lama benar akak tak menyinggah . Blog sendiri pun terabai. suka sangat tengok budak bertiga ni .

ch@ said...

sis rasp: in shaa Allah. skrg pun sudah rindu masa dorang kekecik.

kak Yanti: wa'alaikumussalam. tak apa, kita pun dah lama tak jenjalan blog ke blog. gila korea skrg ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in