Hari ulangtahun kelahiran.

Wednesday, 29 October 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cahaya petunjuk rezeki sedang bermain babacak dengan abang Adli. Pandai pula abang Adli menghiburkan Arrizqi pabila kakak Auni ke sekolah. Kejap baik, kejap gaduh, baik balik semula, bergaduh lagi, biasalah abang Adli hendak conquer semua mainan, malangnya Arrizqi pun mahu juga. Ye, seorang sudah tiga tahun seorang lagi sudah dua tahun, anak-anak saya sudah besar. Membesar bagai juara, membesar depan mata, membesar saya dan suami yang jaga.

Saya pesan pada suami, jangan lupa beli kek untuk Arrizqi, memang saban tahun sambut ulangtahun kelahiran, kami sambut satu family sahaja, belum berani hendak buat besar-besaran. Gugup. Apapun, tahun ini tiada hadiah istimewa untuk Arrizqi, tidak seperti abang Adli pada umur dua tahun, mainan dapat, kek aiskrim Baskin Robin pun dapat. Untunglah! Merasa juga bila suami balik bawa kek aiskrim Baskin Robin. Memang mantapla rasanya, well siapa tidak suka aiskrim bukan?

Tidak banyak hal sangat yang berlaku dan berlalu. Semuanya berjalan macam biasa, siap masak tengah hari, kita makan kek pula. Yummy-yummy-yummy. Arrizqi, turns two. Kakak Auni dan Abang Adli turns two sudah punya adik, Arrizqi? still adik baby. 

Cute, ensem, mata cantik, banyak cakap, banyak kerenah, suka ketawa sampai mata sepet, sepet, gigi cantik, putih, bulu mata lentik, ah! siapa yang tidak suka puji anak sendiri bukan? Arrizqi si manja, abang kakak sibuk buat projek dia boleh duduk menebeng atas top kabinet dapur temankan emak. Kakak abang sibuk atur tempat tidur, Arrizqi cari pangku emak. Kakak abang sibuk dengan mainan, Arrizqi suka dengan sudu emak. Kakak abang sibuk dengan channel kartun, Arrizqi layan Korea sama dengan emak. Arrizqi, memang anak emak walaupun sepatutnya gelaran itu untuk abang Adli. Apapun, semuanya memang anak emak, hehee.

 Kek tu, haih!





Perjumpaan di meja makan.

Overall of the special day, macam ada tema pula, hahaa.

 Ulangtahun ke dua Arrizqi.

 Ulangtahun ke tiga Adli.

Ulangtahun ke lima Auni.

Sambungan entry kali lepas, kami (saya, Arrizqi dan Adli) ke klinik untuk pemeriksaan 2 tahun Arrizqi. Biasanya, suami membantu menjaga Adli di rumah, disebabkan suami ke Sabah untuk beberapa hari makanya saya perlu membawa Adli bersama. Owh! memujuk Adli sangat mudah, dia angguk sahaja apa yang saya pesan. 
"ye, abang tahu" walaupun dalam kepada saya, memikir apa akan jadi. Dalam hati saya berasa gemuruh tidak terkira. Entah apa yang orang kata, melihat dua beradik itu berjalan kiri dan kanan saya. Kembarkah?, abang adikkah?, sepupukah?. Mereka berdua memang mencuri perhatian orang, apabila kami didatangi seorang doktor pelatih yang sedang buat soal selidik. Soalan awal yang biasa juga saya kena jawab "iya, saya emak dioranglah" dan "30 tahun" dan "muda sangat ke?" di jawab dengan soalan juga dan rasa tidak percaya, poyo kan? boleh agak soalan apa yang ditanya bukan?

Habis sesi soal dan jawab, saya teman dorang bermain sementara menunggu giliran masuk bilik. Penat uols, menyesal pun ada pakai inner ninja dengan shawl. Berpeluh walaupun duduk sahaja bawah pondok berhadapan bilik pemeriksaan. Apa tidaknya, bila Arrizqi ada geng berlari, satu taman dia berlari pusing keliling, Adli jatuh sekali, Arrizqi jatuh sekali, haaa....tidak serik jugek! masuk bilik rawatan, berpeluh-peluh dengan bau asham. Itu belum lagi hal dalam bilik rawatan, macam-macam soalan keluar daripada mulut yang berdua tu. Sampai nurse pun tolong layankan. Biasanya bila Arrizqi seorang sahaja dia akan tidur tetapi tidak pada hari itu.

Upah mendengar kata emak, saya bawa mereka membeli barang dapur sehingga penuh troli. Mereka ikut sahaja belakang emak. Berpimpin. Lepas beli barang dapur, saya bawa mereka ke kedai mainan pula. Pilih jangan tidak pilih. Macam biasa, tetap mencuri perhatian orang. Pegang mainan masing-masing boleh pula berborak dengan staf di kedai. Aduhaiii, peramahnya mengalahkan emak. Jangan hairan bila mereka memanggil orang dengan panggilan "mama". Jika lelaki mereka akan panggil "atok", mereka tidak kisah bangsa, mereka tidak kisah bahasa. 

Balik rumah, saya tukar baju dan keluar semula ambil kakak Auni pula, satu hari yang sangat luar biasa penatnya. Keesokkan hari, abi mereka pun pulang. Lega? hahahaa, sikitla. Hakikatnya sama sahaja, kekeke. Apapun, saya suka je pekerjaan saya sekarang ini.

Ulangtahun pertama mereka.

Ok, rasanya cukup sampai di sini sahaja. Macam mana entry ni? ada nampak yang berbeza? hihiii, salam sayang jumpa di lain entry daaa... 

Pakatan.

Monday, 20 October 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sudah pun mengamankan diri atas katil sambil membelek Instagram, entah bila aku aku terlena aku tidak sedar, tahu-tahu sahaja Arrizqi panjat katil dengan bau yang sangat wangi. Aku cuba besarkan biji mata sambil membantu Arrizqi naik katil, terdengar Adli merayu minta aku bangkit daripada tempat tidur.
"umi, abang nak acuh tang" sambung lagi 
"ni, dah lekat-lekat umi" sambil sua-sua tangan ke depan muka. Aku pegang baju Arrizqi, sudah pun basah bahagian depan dan bangkit daripada katil untuk melihat projek apakah yang dibuatnya hero nan dua ini.

Hrmmm, memang aku mengucap panjang bila sahaja kaki terpijak sesuatu yang licin, lekit berwarna putih. Hendak ku marah, mamai lagi pasal sudah lewat pagi. Jadinya, aku heret sahaja Adli ke sinki, cuci kaki dan tangan serta memaksanya tidur. Boleh pula terus tidur selepas itu, perlu dipaksa dahulu baru tahu hendak tidur. Arrizqi sudah pun pura-pura pejam matanya, ketakutan tengok aku marahkan Adli. aku seperti hendak ketawa sahaja melihatkan keletah Arrizqi, Dia memang reti buat muka lucu begitu. 

Esok paginya, barula aku selidiki apa yang dimain anak berdua tu, satu botol kecil bedak, dengan sebotol sederhana lotion bersama setengah susu digaul menjadi entah apa, bertebaran satu meja kopi rumah tok mama. Pening kepala, dengan bau wangi masam yang sudah bercampur, aku mengelap kusyen bertompok putih dengan kain basah. Lotion kepunyaan tok mama baru guna dua kali, habis clean and clear. Memang sel otak sedang berhubung, pasal lotion tersebut di tempat memang sepatutnya, tinggi dan disangka mereka tidak akan terfikir untuk main. Jangkaan tidak boleh sangka-sangka, memang semua tempat boleh digapai sekiranya hati mereka hendak main juga.

Ok, tutup part 1 buka part keesokkan harinya pula. Wataknya masih lagi dua hero, penat bergaduh pen, pensel, kertas dengan kakak, bertengkar jerit pekik menconteng dinding rumah tok mama, masuk bilik tutup pintu. Aku sudah pastikan keselamatan barang-barang terjaga dengan elok, sudah juga aku pesan kepada encik suami supaya tidak menyepahkan barang-barang peribadi sendiri. Kan namanya sel otak sedang berhubung, sekali lagi beg make-up aku diselongkar. Buat kerja lagi apabila tertangkap bermain shampoo yang juga baru sahaja dibeli. Aku memang belum bawa masuk ke bilik air. Kosong. Lekitan wangi di sebelah katil terkena pula beg tangan encik suami dengan wang kertas bertaburan dalamnya serta wallet. Aduhaiii. Shampoo, memangla wangi tapikan ke kena bilas. Tidak pasal-pasal encik suami pun mandikan wang kertasnya sekali. 

Dibaginya juga dua das seorang sehingga nangis dengan tidak banyak cakap dengan harapan hero akan serik. Tegas. Hendak denda lebih-lebih kena behave kerana bukan berada di rumah sendiri. Serik? jangkaan silap, tutup part 2 buka part seterusnya. Salji.

Definisi salji dalam rumah ini bersamaan bedak atau polisterin atau kekabu bantal. Ruang tingkat bawah sudah berselerak, tunggang langgang, seorang yang sudah terdampar letih, Arrizqi. Auni sudah pun masuk bilik sendiri bersama dengan Adli, adalah tu projeknya. Aku mengemas sedikit ruang bawah ala-ala sedap mata memandang sebelum Auni menjerit.
"umiiii Adlikan, main bedak". Ini part memang aku stres.
"kakak simpan la bedaknya" aku menjawab sambil berfikir, bedak botol besar tempatnya sangat tinggi. Macam mana dia boleh dapat? Ah, masakan Adli boleh panjat jika tiada yang membantu, Auni. Senyap sebelum Auni sendiri turun dengan muka putih melepak dan baju bertompok bedak. Ok, ini aku kena bersegera naik.

Surprise, master bedroom, menempatkan satu katil queen size, satu tilam queen size, 2 almari baju warna coklat gelap, almari solek dan iron-board dimana kesemua inventory tersebut sudah pun diselaputi salji. Lantai sudah pun licin. Ah, tidak perlu aku huraikan dengan lanjut, cukup menyatakan aku menangis melihat suasana tersebut. Fine, aku halau semua turun mandi di bilik air bawah, aku bersihkan master-bedroom. 2 kali lap, 3 kali mop, buka kipas dan tingkap. Berdebu uols...Kerjaan Auni dan Adli. Setel atas lebih kurang, aku siapkan mereka selepas mandi. Bagi susu, buka rancangan kartun dan aku sambung lagi mengemas ruang atas. Masakan encik suami pulang hendak mengadap bilik berdebu? bersihkan. Tutup part 3.

Seterusnya, aku sudah pun tidak boleh tahan, aku perlukan bantuan superman untuk melepaskan emosi sedih berterusan. We-chat encik suami dan mengadu apabila part seterusnya berlaku, main bedak di ruang bawah pula, satu botol habis. Sudahnya aku buang semua bedak yang ada dalam rumah. Tension tahap maksima. Betul bila sel otak berhubung, camnila jadi. Aku marah masa tu je, lepas melihat mereka pose tidur keletihan, aku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Mereka sahajala yang aku ada, yang paling rapat dan paling dekat. 

Abang Adli dan Arrizqi.

Abang ni, rajin juga layan Arrizqi. Ajak main, gomol-gomol, kejar mengejar. Jika boleh, Adli mahu sama apasahaja dengan Arrizqi.

 Abi tiada, makanya umi la belanja.

Cahaya. Kesyukuran-Kehormatan-Petunjuk. Keadilan-Ketenangan-Rezeki.
Semoga aku miliki sifat yang ada pada nama mereka bertiga ini, in shaa ALLAH.

Penat? hahahaaa, bohongla jika aku kata tidak. Aku bukan robot, aku bukan mesin like I said before aku menangis dan bila tahap aku sudah mengadu tandanya aku sudah tidak tahan. Sekali lagi encik suami pergian untuk bertugas lama, aku perlu membawa Arrizqi untuk pemeriksaan, tiada pilihan aku perlu membawa Adli bersama juga yang kebiasaannya tinggal dengan encik suami. Entahlah, aku belum terbayang lagi bagaimana keadaannya esok. Wait and see sahajalah, muehehe. Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Owh!  hero ku...

Jumpa lagi di lain entry, daaa...

Raya.

Tuesday, 14 October 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Raya yang baru sahaja lepas, AidilAdha tapi aku pun baru perasan bloghijau ini tiada entry raya Aidilfitri 2014, sudah alang-alang entry bertajuk Raya, mari kita gabungkan kedua-dua raya sekaligus. Kebetulan, kedua-dua raya tahun ini berpihak kepada belah aku, bangkit JDT. Eh? 

Aidilfitri lepas, aku berpeluang menghabiskan cuti raya (macam ada) di Johor, hampir seminggu jugalah apabila cuti abi trio banyak tertumpu kepada cuti sebelum raya ini bermakna, hari raya pertama kami berada di Johor. Aku tidak kisah pun tentang mana-mana giliran beraya ni cumanya aku kena minta simpati lebih la kepada abi trio berikutan aku hanya mempunyai dua orang adik beradik, adik aku sudah pun bernikah sudah pastinya berpihak kepada mertua pada tahun pertama. Bila adik aku yang biasanya ada, tahun ini dia tiada, apa pula perasaan papa mama daku di kampung. Ada yang mereka tutup rumah pada 1 Syawal. Ok, anak sulong kesayangan papa mama pulang dengan keretapi panjangnya, makanya raya kalian berdua sangat bermakna.

Aku juga sangat berterima kasih kepada abi trio sebenarnya, kerana dia sangat memahami keadaan aku dan keluarga aku. Rezeki aku sekali lagi apabila adik menyatakan dia tidak dapat pulang beraya pada Aidiladha lepas kerana bertugas di seberang laut - kena kerja kuat kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi maka dengan kuasa bulan, aku berpeluang bercuti lama di JDT untuk sekian kalinya. Tahun ini aku murah rezeki setelah berhempas pulas melawan emosi pada tahun lepas. Alhamdulillah. Lepas rindu tokPapa, tokMama dengan cucu-cucu-cucu kesayangan mereka.

Aktiviti raya? Aidilfitri, macam biasalah beraya, makan kuih raya, jalan-jalan pakai baju raya, kumpul duit raya, satu hari raya sahaja rumah saudara-mara sudah habis dijejaki. Minggu selepas itu sibuk pula dengan jamuan-jamuan raya, ahaaa ini pengalaman juga ni. Apabila rumah aku, malam, diserbu dengan makcik, kakak, abang, adik, sepupu-sepapat sebelah abi trio. Itu kali pertama aku masak menu yang tidak pernah aku masak, kali pertama juga rumah aku kena serbu macam tu, kali pertama rumah aku tidak sedia kuih raya, dengan balang-balang kerepek melintang telangkup atas meja, pergh! memang sejarah rekod 30 tahun aku hidup berhadapan dengan situasi macam tu. Keadaan rumah pada masa tu? happening.

Aktiviti raya 2, Aidiladha. Kebiasaannya selepas aku siapkan trio, aku duduk-duduk sahaja dalam rumah, layan diri-sendiri sebab trio akan ikut tokPapa atau abi dorang pergi tengok penyembelihan lembu. Itu tidak berlaku pada tahun ini, kerana aku sudah ready awal-awal untuk ikut sekali melihat acara penyembelihan korban. Rezeki aku sekali lagi, tempat penyembelihan hanya selang beberapa buah rumah daripada rumah papa, mama. Jalan kaki sahaja. Sudah berpeluh keti, aku balik malas mau tunggu. Esok lusanya papa, mama ajak tengok lagi sekali di pejabat papa. Ok, puas hati dapat tengok depan mata, puas rasa dapat biarkan trio berlari sakan sepadang sebelum melepak minum Lai Chee Kang, muehehe. 

Menu raya, sama sahaja. Menu kegemaran keluarga Encik Ab latib, ketupat/nasi impit, kuah lodeh, sambal kacang, ayam masak merah, rendang daging dan ketupat palas. Setiap tahun, setiap raya. Air tangan mama, memang yang terbaik. Aku pernah tanya, kenapa aku masak rasanya tak dapat hendak sama, then my mama said. "memangla, mama pun macam awak juga dulu. Bertahun-tahun belajar memasak, bukan terus pandai" hihiii. True-true-true, practice make perfect.

 Tengok trio ni, siapa paling hadapan? Ya, Arrizqi. Abang tolak dia, dia tolak abang balik, mengacah-acah abang yang penakut tu.

 Satu hal lain, kerjaan tokPapa. Belikan baju JDT da best da, tapinya kan ke raya? belikan jersey pula. Try test pakai even da pakai baju tidur.

 On the way balik rumah, habis mainan diangkut bawa, pastu emak jadi naga sebab berlaku juga perebutan.
 Throwback, ni la tetamu yang menghingar-bingarkan rumah. Semuanya sebelah abi trio.

Raya tahun ini, AidilFitri dan AidilAdha, inilah kami. Dua tahun lagi, in shaa Allah ulang balik pakai baju ni, untuk anak-anak kena tukar lainla.

Ok, sekian sahaja cerita raya, idea cerita raya ini datang apabila aku membaca sidebar bloghijau, mama3D update pasal raya, muahaha. Ampun kak, gua cedok tema sama lu, hiii. Ok, panjang sangat da ni, macam hendak balas dendam pun ada gak ni.

Notahijau: Aku pomen laptop ni sendiri, rezeki aku dapat balik connection internet setelah berhari-hari aku gagal connect kan, muahaha. Ini tau dek abi trio aku install macam-macam aplikasi ni, mau kena bebel. Lantak le, janji bloghijau daku sudah update. Yeay! see yaaa...

Biasa-biasa sahaja.

Thursday, 9 October 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaa, baru turunkan volum suara, macam halilintar membelah bumi suara aku dibuat dek anak-anak ni. Bila badan dah letih, migrain pun bagaikan ada ura-ura nak datang, siap siagala untuk berhadapan dengan hulk. Rumah, usah dikata kerana suasananya bagaikan tongkang dilanggar garuda, kesemuanya mainan. Sigagah, sigigih membawa turun mainan yang bermacam saiz daripada bilik atas ke tingkat bawah.

Sudahla bawa segala macam mainan bergaduh pula, berebut. Aku pun tidak paham bagaimana permulaan pembahagian mainan sewaktu dorang bawanya turun sebelum ini, kelihatannya baik-baik sahaja, gelak-gelak, baling-baling, semuanya bersama-sama malangnya bila masa bermain, eh? bergaduh pula. Memang aku tidak pedulila, selesaikan sendiri.

Balik rumah tokPapa, tokMama dapatla aku berehat barang sejam dua jam apabila tugas melayan bertukar servis. Celik mata, atok. Celik mata, mama. Tugas mandikan pun di ambil alih oleh abi dorang, muahaha. Aku ambil kesempatan yang ada, rest. Sudah namanya pun emak, takat manalah istilah rest betul-betul digunakan, apabila si anak-anak still umi...umi...umi...umi...dan umi. Konsentrasi terganggu tetapi aku tetap layankan saja.

Beberapa hari di kampung, tiba masa balik Sg. Buloh jua untuk back to normal routine. Hari pertama berkerja setelah cuti beberapa hari, blues bagaikan ala-ala Monday blues. Dengan tekad yang baru, aku harus gagah memulakan hari dengan semangat berkobar-kobar. Semangat itu penting selain berfikiran positif. Kerja yang terbengkalai, stuck perlu di habiskan dengan segera. Say no to pending duty sebab, bila pending duty mulala jadi terkumpul dan jadi malas terus untuk habiskan, nota kaki-aku je yang pangai macam ni.

Pendek ke panjang entry ni? aku main taip je thru SII, skrin cenonet membuatkan aku rasa sudah menaip dengan panjang lebar. Malas hendak on laptop dek kerana ramai benar yang akan mengerumuni, akan mengeluarkan idea dan akan mengaplikasikan jari jemari, sebelum laptop tersebut kembali kepada mode out of service, adalah lebih baik aku guna jalan lain yang lebih selamat untuk tidak dituduh "bukan hendak jaga barang elok-elok", muehehe.

Nampaknya mereka sudah kembali aman hari ini, jadi aku perlu berkerja dengan lebih produktif supaya meluangkan masa untuk menonton Korea pula malam hari nanti, muehehe. Sekian sahaja entry ringkas dan lebih kepada entry buntu sebenarnya makanya kita jumpa lagi di lain entry, salam penuh keriangan, daaa....


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in