Aku, cerita dan anak-anak.

Wednesday, 28 May 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, kosong. Aku blur, aku tidak tahu apa yang aku harus bebelkan pada hari Rabu begini. Satu entry hari Rabu telah terlepas, minggu hadapan, minggu hadapannya lagi, entahla semakin lama terasa semakin hendak terkubur bloghijaucantik ini. Aku pun tidak tahu apa yang sudah termasuk dalam kepala otakku sehingga aku jadi sangatla malas untuk mereka cerita dibloghijau ini namun setelah melihat album di Picasa, banyaknya gambar yang aku telah muatnaik untuk tatapan peminat tersayang (bajet macam retis kejap) makanya aku perah dan pulas juga idea supaya menjadi satu entry.

Ada pembaca suka mengikuti perkembangan trio hijaucantik yang sering sedondon, ada pembaca suka membaca apa yang aku karangkan, ada pembaca lebih gemar cari tanda pangkah, ada pembaca selalu sahaja tertunggu-tunggu hari Rabu untuk mengetahui rahsia apakah yang akan aku buka kali ini. Aku, minta maaf sekiranya kelihatan entry aku pada kali ini bunyinya seperti poyo sahaja. Aku sudah terikut-ikut bahasa novel yang bertajuk Aku Keliru hasil tulisan Nurul Syahida. Ahaaa, bajet macam nama sendirila kan. Itu bukan akula, itu ialah seorang penulis novel yang aku beli daripada bondaQWP. Masih ada empat buah novel lagi yang masih belum di baca.

Sekarang mood Korea dan mood untuk berguling-guling dengan trio sahaja. Dalam mood jengkel sebab cuti sekolah sudah bermula dan aku masih lagi bergelumang kerja yang sama daripada hari ke hari. Sebagai mana pepatah inggeris ada menyatakan "housework: No one notices when you do it, but everyone notices when you don't". Maknanya? terjemahla sendiri, aku percaya pembaca sekalian sentiasa berbekalkan Google Translate. Apabila kerjarumah jatuh atas bahu emak, makanya emak akan menjadi Master Of Multi-tasking (MOM), muehehe. Sudah namanya pun multi-tasking jadi semua benda, semua perkara, semua hal yang berkaitan rumah harus dimulakan dengan "umi, umi, umi, umi dan umi".

Bunyi macam mesra sahaja, hakikatnya bila sudah ditanyakan soalan yang pelbagai, soalan yang sama dan tidak memberi cabaran minda makanya tindakan rifleks minda ialah ignore sahaja dan buat-buat biasa, kebiasaannya jika dilayan lelebih makanya stres pun mendatang, bila sudah stres mulala hendak migrain pula, bila migrain mulala hendak jadi hulk. Ahaaa, perubahan ini yang akan memakan diri sendiri akhirnya. Sedih!

Terapi aku setiap pagi ialah, tiada muncung itik walaupun aku adalah orang paling akhir masuk tidur dan orang yang paling awal bangun, tidak perlu mengeluh sangatla kerana itula hakikat seorang emak. Bila sudah pegang gelaran emak makanya usahla hendak berangan buat jadual masa bujang-bujang, jika buat juga makanya hati tidak akan tenang untuk sepanjang hari kerana dihantui rasa bersalah. Hakikat sebenarnya ialah, timer emak-emak sudah mula sebati dalam diri emak dimana timer ini tidak sama dengan masa masih bujang dahulu.

Penat lelah menjadi pengurus rumah tangga berbaloi apabila, masih ada masa untuk membaca novel, masih ada masa untuk melayan Korea, masih ada masa untuk membuat benda kesukaan, masih ada masa untuk berguling dengan anak-anak. Sejak masuknya usia 30 tahun, aktiviti FB aku sangatla tidak ada. Paling malas, aku hanya buka dan baca sekali lalu, dengan pantas aku mencari butang log-out. Aku pun tidak tahu kenapa aku jadi sedemikian, hendak kata pengaruh rakan sebaya, mungkin jugala. Atau, pertambahan usia yang berasa aku sudah tua, atau aku sudah mula hendak menjauhkan diri daripada sebarang media sosial yang semakin menggila laporan beritanya. Entahlah!

Aku menjadi lebih tenang sekiranya melayan kerenah anak-anak. Aku tahu, aku kena menikmati tumbesaran mereka bertiga sekarang ini, umur 5 tahun, Auni sudah boleh melayan adik-adik bermain, boleh diharap untuk buat perkara-perkara mudah, dia sudah pandai mengemas rumah, dia pandai mengira, sudah cerdik untuk buat lawak kepada adik-adik, Auni is penglipurlara, please remember it! Apa perasaan bila melihat dia mendodoi adik-adik tidur, menyanyi lagu yang tidak faham butir liriknya tambah menghiburkan apabila Adli memanggilnya emak. Yes, mereka sedang bermain emak-emak, Auni emak Adli bapa dan Arrizqi anak. Nampak manis dan terasa hendak join sama. Aku sanggup memberhentikan apa juga aktiviti yang aku sedang buat untuk sama-sama menonton beberapa drama sebabak daripada mereka bertiga. 

Yang sweet dalam drama mereka ini ialah, emak mencari rezeki manakala bapa menjaga anak di rumah, ye sama seperti rancangan kartun Henry Hugglemonster. Emak mengayuh basikal ke tempat kerja manakala bapa masak bekal dan melayan anak di rumah, hahaha. Siap main suap-suap ok. Dulu, aku main juga emak-emak, aku tidak punya ramai adik makanya aku bermain dengan jiran-jiran, itu kalu kalau berebutkan mainan memang menyesalla sebab tidak dapat main, mainan jiran yang punya. 

 Ini trio. Apasahaja hendak sama-sama. Mandi, minum susu, makan, main sudah tentunya.

 Main emak-emak sampai terbawa-bawa ke shoppingmall. Baru betul-betul main namanya.

Ini hero, kakak sekolah, Adli main peranan. Kadang dia baik dengan adik, kadang dia jadi betul-betul hero, tolak adik. Arrizqi? dia pun sudah nampak heronya, sudah berani tolak abang balik, sudah berani lawan jerit dengan abang. Demam pun hendak sama dengan abang. Oh, jangan keliru dorang bukan kembar :)

Ini sahajala yang buat aku jadi terhibur, buat aku jadi separa stres, buat aku jadi bengang, buat aku jadi tergamam, buat aku jadi sedih, buat aku jadi terharu, buat aku jadi menggelabah, trio ini boleh menjadikan perasaan aku macam-macam dan pelbagai perisa. Syukur sangat-sangat. 

Akhir kata, selamat bercuti untuk anak-anak yang bersekolah. Bestla cuti sekolah lama-lamakan? Siapa yang hendak datang rumah aku bolehla roger ye, kita potluck ke. Best juga. So, cukup panjang tidak ni? kakNad kata dia mahu panjang-panjang sebab skip Rabu lepas, adeih!

Hadiah istimewa untuk yang istimewa.

Wednesday, 14 May 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tajuk macam masuk bakul angkat sendiri, muahaha. Gunala takal untuk angkat bakul tu. So, aku masih lagi dalam mood happy, happy la umur sudah tukar angka depan maaa, i am 30 years old. Perubahan fizikal, pipi je yang makin melimpah, berat badan masih lagi belum mencapai 50kg. Hari tu dah capai tapi turun balik semula, hampeh je, abaikan yang itu. 

Jadi untuk kenang-kenangan, aku kongsikan juga hadiah-hadiah untuk ulangtahun 2014, yang aku terima dengan ikhlas. Aku tidak kisah sangat soal harga hadiah, hadiah murah pun bernilai untuk orang yang sentiasa menghargai dan bersyukur.

Semestinya, hadiah daripada suami. Suami aku bukanla seorang yang romantik sangat macam watak-watak novel yang aku baca, namun aku ada sebab tersendiri mengapa aku memilihnya salah satunya, dia gemar buat kerja senyap-senyap tanpa pengetahuan aku, memang agak bahaya orang yang sebegini namun daripada sudut positif ianya bukanla satu halangan untuk menambah rasa percaya sesama sendiri. Ok, setelah lama aku berharap, sesekali jua aku meminta, kadangkala aku merayu, akhirnya dia ajak kami berempat bercuti di Cameron Highlands, itula cerita disebalik entry Kasih ter'erat' di Cameron Higlands.

Biasalah, emak akan over suka. 'Handpod' by abi.

 Korang sudah beli ke? kawan aku kata kisah aku satu dalam seribu.

Hadiah istimewa untuk orang istimewa, hakikatnya aku bukanla istimewa sangat pun, i am not a nobody atau aku bukan siapa-siapa. Jika ada yang perasan komen pada entry Majlis perkahwinan keluarga, ada terselit komen seorang yang sukakan purple, aku juga seorang follower blog ungunya, puan Fiza Fidi. Aku tidak tahu pun dia salah seorang penulis majalah ibu&anak, aku just suka baca blog dia sama macam baca blog orang lain juga. So, pada komen itu dia meminta aku menulis terperinci kisah aku dan Arrizqi dan email kepadanya. Siapa yang tidak suka bila berangan menjadi nyata. Teruja bangat! Aku pun mengaranglah seperti biasa untuk puan FizaFidi. Dan, tulisan dua muka surat Arrizqi dan aku itu adalah karya aku sendiri dengan sedikit olahan Fiza Fidi, dia orang majalah wei, sudah pastila bahasa yang dia guna lebih umph! Sebaik sahaja kami berbalas wassapp, barula aku tahu dia penulis majalah ibu&anak. Aku menanti cerita keluar pada keluaran April, Fiza senyap sahaja dan aku anggarkan dia tidak jadi keluarkan. Namun, satu pagi aku tengah bermuram durja, aku dapat wassapp cerita aku keluar pada keluaran Mei, bulan hari ulangtahun aku dan Arrizqi pun genap 18bulan. Rezeki.

Kawan dengan semua orang, percaya pada sedikit orang sahaja namun jujur dalam persahabatan akan membuatkan orang menghargai diri kita sendiri. Quote olahan sendiri macam biasa. Hadiah seterusnya ialah daripada kawan-kawan, 


Kawan Perkep, puan Edzna, pin tudung yang menjadi kegilaan aku 'love and beloved' daripada succikoo. Dia order daripada succikoo sehinggakan owner succikoo, kak Zariati pun bagi aku pin tudung juga. Inilah hasil shopping online. Siapa yang berkenan pin cun bangat ni, bolehla pi kat succikoo, aku sampai rasa frust sebab makin lama pinnya makin hots dan gojes, bikin geram saja.

Kawan blogger yang tersayang, kakNad. Di berinya aku shawl dan fm Sydney, abi pun naik cemburu aku asyik dapat hadiah je, muahaha. Shawl tu best sangat, aku tidak tahu namanya dan daripada mana, walaupun aku peminat shawl dan bawal namun, aku jarang mengikuti trend terkini. Lagi dah duduk rumah, lagila aku bagaikan katak dalam balang.

Kakak dan abang yang agak kaki buku, bonda QWP dan suaminya. Sama-sama tahu minat adik yang sukakakan novel maka diberinya novel. Dengan bonda, aku hendak beli Aku Keliru sebab nama penulis novel tu sama dengan nama aku, dengan kekanda (suami bonda), dia memang kenal aku daripada zaman sekolah lagi, zaman aku baru masuk asrama makanya dia sudah tahu aku seorang yang bagaimana diberinya aku novel Sayang  Awak, Sayang dan novel Dia dan, bermakna sangat sebab ada autograph daripada dirinya, kekanda yang aku panggil along itu, dia seorang penulis juga berkawan rapat dengan abang Ramlee Awang Mursyid, atau berkawan dengan penulis novel, hrmmmm ye ke? berkawan dengan siapa sahajalah sebab, pensyarah aku dulu pun pernah kenal dengan dia. Aku memanggilnya usop sontorian gara-gara tak mahu surat aku terkantoi, namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kantoi juga. Dia bagi aku berlembar-lembar, berkaler-kaler pen yang digunakan naik pening aku membaca tulisan doktornya, aku balas dengan nota kecil dengan ayat berbaur sedikit menyampah, malas betul aku nak layan, hihii. Namun aku masih ingat katanya, dia memang tidak lupa hari ulangtahun aku sebab ulangtahunnya seminggu sebelum ulangtahun aku. Terima kasih kakLong, terima kasih Along.


Nampak tarikh cheque tu? kebetulan pula dapat bonus daripada Tupperware, hasil usaha penat lelah berkempen Tupperware bulan lepas. Terkejut juga tengok nilainya, sudah tahulah bahawa duit ini untuk bayar hutang kakMai, jadilah untuk kepuasan diri sendiri, muahaha.

Hrmmm, ada lagi yang hendak beri aku hadiah? hahaha, sajelah. Aku harap agar mereka dan kawan-kawan semua agar dikurnikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harian dan kehidupan yang makin mencabar. Terima kasih kepada kalian semua kerana masih mengingati aku, terima kasih kerana sentiasa menyokong apa sahaja yang aku lakukan. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Semoga ikatan antara kita kekal hingga ke syurga, insyaaALLAH. Sekian sahaja bebelan panjang lebar, pada hari orang lain wordless. Salam sayang dan jumpa lagi, daaaa. Aku yang rasa disayangi...

Tupperware 12 Mei hingga 31 Mei.

Tuesday, 13 May 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kempen kali ini sekejap sahaja, katalog pun nipis sahaja namun barangnya menarik macam biasa. Aku, pantang ada katalog baru, pantang nampak yang hijau sokmo,berjaga-jagalah RM nya pula, muehehe. Check it-out!















Untuk keluarga KuTuppy2014, katalog akan dipos sepantas yang boleh, bulan ini giliran Suraya. Harap anda semua tidak serik untuk sambung bermain tahun akan datang. InsyaaALLAH. Barang siapa yang berkenan bolehla wassapp kosong satu sembilan tiga tiga kosong lapan empat enam tiga, atau email nsahida@gmail.com Sekian sahaja, entry tupperware untuk kali ini, daaa. Selamat bercuti dan bershopping :)

Kasih ter'erat' di Cameron Highlands.

Wednesday, 7 May 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood hendak senyum sampai telinga, mood hendak rasa bahagia sampai bila-bila, tatkala bunyi handphone menandakan ada pesanan teks wechat masuk, "nanti, beritahu cikgu, Auni cuti sampai 7hb, kita pergi holiday di Cameron Highlands". What? Cameron Highlands? tempat yang ada pokok teh tu? petik stoberi? errr...err...err...terkedu. Dua hari selepas itu mood senyap membuatkan situasi dalam dilema, pergi atau tidak. Apatah lagi diberi pilihan, hendak hari Sabtu atau Isnin. Tanya aku, mestilah aku pilih Sabtu, dapatla berlama sedikit di sana, berasa kemeriahan Cameron Highlands yang baru kali ini hendak pergian genap aku berusia 30 tahun. Hendak menyampaikan Sabtu, sampai melalut-lalut aku buat kerja, sampaikan termimpi-mimpi aku sudah berada di sana. Gila.

Cameron Highlands, satu tempat yang aku sangat bermimpi hendak pergi. Entahlah, kenapa Cameron Highlands pun aku tidak tahu. Mungkin, aku sering diimaginasikan dengan cerita dalam novel, sering rasa menikmati keindahan dengan gambar-gambar kawan yang sudah sampai ke sana. Indahnya bila impian menjadi kenyataan, indahnya bila selama ini bermimpi menjadi realiti. Syukur dengan rasa yang tidak sabar.

Bersemangat waja aku pulun kemas rumah, packing barang macam biasa, sukanya hati, gembiranya perasaan sampai tidak boleh gambar dengan kata-kata, boleh dikatakan ini percutian pertama bagi kami berlima. (aku, abi dan anak-anak sahaja). Aku tidak mahu memikirkan apa yang menanti di sana kerana menguruskan anak-anak sendirian, itu sudah memang pasti. Kami bertolak tengah hari Sabtu, melalui jalan bengkang-bengkok, naik bukit membuatkan yang menumpang pun rasa tercabar. Yang memandu apatah lagi, rasa bagai tidak sampai-sampai. Mujur trio aku tidak buat hal sangat, aku memangku Arrizqi di kerusi penumpang hadapan memberi ruang Auni dan Adli berbaring di kerusi belakang.

Hari pertama, layan pasar malam Berincang, hohohoo...gilala. Meriah sangat-sangat. Berjalan, ambil gambar dan bergilir dukung Arrizqi sambil mengejar Adli yang suka benar main sorok-sorok. Berjalan cuci mata, meredah orang dan shopping makanan, hahahaa. Aku sudah ditawan keenakkan cendawan goreng Cameron Highlands. Pantang jumpa gerai jualan, pasti aku singgah sampaikan Adli pun terikut sama. Auni, dia pulun makan stoberi cicah coklat, berlidi-lidi dia seorang sahaja yang habiskan. Mula-mula beli 3 cucuk, up naik 5 cucuk, up lagi 7 cucuk, sudahnya abi belikan satu bekas stoberi dan satu coklat pencecah untuk Auni, hahahaa. Aku? macam biasalah, makanan dan fridge magnet, da jadi tokey pun still cari fm kan, sukala tengok. Cantik-cantik.

Malam itu, makan steamboat di restoran berdekatan hotel, hrmmm. Kali kedua aku makan steamboat tapi kali pertama makan dengan suami. Licin, walaupun berlaga sudu mangkuk senduk dengan anak-anak, dorang buat konset di meja, sudu garfu mangkuk terbang ke bawah, bikin havoc saja sampai orang meja sebelah pun turut sama tumpang berhibur dengan keletah dorang, yang kagum bila tiba masa makan, kesemuanya baik menghirup sup satu mangkuk seorang.

Hari kedua, jalan-jalan cari ketenangan. Ketenangan? takyah harap sangatla pabila berjalan dengan trio tu, sorang ke hulu sorang ke hilir sorang ke barat, sabar je la. Buat lawatan di Bee Farm. Farm dalam Melayu panggil apa eh?
"umi, itu Willy" Auni menjerit bila nampak patung lebah.
"umi, aya umi, aya" kata Adli.
"Maya la, Adli" balas Auni balik, da sudah bergaduh pula di tempat lebah tu.
Satu hal lain, bila sudah dapat berjalan sendiri asyikla kerja hendak melencong. Tabah je la yang mengejar, hendak jadi mamarazzi lagi, hendak possing lagi. Isk!

Seterusnya ke ladang teh, abi bawa ke BOH. Huaaaa...seronok bila nampak hijau sesaja. Sepanjang jalan aku sibuk merakam gambar lagak jurugambar profesional. Lantakla mutu gambar nanti, janji ada kenangan. Selepas ini entah bila lagi hendak sampai semula ke Cameron Highlands.

Habis pusingan, kami ke tempat rama-rama pula, memuaskan hati anak-anak, nyata mereka gembira. Ada benda yang boleh Auni cerita. Berjalan menyelusuri jalan-jalan kecil menikmati keindahan dan kedinginan udara, wah! rasa macam dalam drama. Best!

Letih turun naik-turun naik, kami balik berehat sebentar sebelum keluar semula mencari makan dan jalan-jalan. Auni macam biasa dengan stoberi cucuknya, Adli dengan perangai suka berlari dan menyorok, Arrizqi pantang nampak mainan yang bergantung-gantung, jarinya comel mengimbal balik permainan.

Malam itu kami makan ikan  bakar dan sup ayam di restoran berdekatan juga. Macam biasa, konset di meja makan, membuatkan pakcik dan makcik meja sebelah rela hati membantu aku dan abi memerhatikan trio. Abi murah hati belanja pakcik dan makcik sekali malam itu, oh terasa nikmat makan. Malam terakhir, aku hanya melepaskan penat sahaja sambil sibuk berbalas wassapp dengan teman-teman.

Ok, keesokkan harinya, time to go, Auni paling suka bangun sambil menjengah tingkap hotel,
"bangun-bangun, hari dah pagi" lantang membuatkan abi pun turut sama bangun. Aku sengih sahaja, sambil mengemas barang-barang. Hari ini, jalan ke pasar pagi dan terus turun balik Sg. Buloh, sayangnya hendak menamatkan percutian yang singkat tapi penuh makna ini. Ok, shopping lagi. Sememangnya, menjadi pengurus rumah tangga ini, bershopping menggunakan wang suami sahajalah, macam-macam yang aku rengekkan, hendak itu-hendak ini, "ambil sahajalah, beli sahajalah, pilih sahajala" itula yang abi balas dan puas hati bila melihat aku tersenyum melebar, hehe.

Singgah di kebun kektus, rambang mata memilih pabila kuasa memilih di tangan aku. Aku hanya pilih yang berkenan sahaja selebihnya aku serahkan kepada abi, aku sudah sibuk berlari mengejar trio yang kaki sibuk bermain air, haih! Selesai berbelanja, kami turun dari Cameron Highlands, selamat tinggal Cameron, jumpa lagi 5-6 atau 7 tahun akan datang. Puas hati!

Sampai sahaja di rumah, back to normal routine, petang itu dikejutkan dengan sebiji kek daripada abi. Hrmmm, main ngelat sebab baru 5 Mei. Apapun, bila trio sudah teruja melebihi emak, selesaikan sahajalah. Beza satu hari je pun, apa hendak dikisahkan? Syukur aku masih berdiri dan sihat di kala umur 30 tahun pada 6 Mei, semalam. Terima kasih atas ingatan dan ucapan dan doa kawan-kawan di media sosial. Aku terharu sangat-sangat masih ada yang mengingati aku yang bukan siapa-siapa ini.

Aku sudah pun mendapat hadiah yang paling istimewa di Cameron Highlands, pasti sukar hendak aku padamkan satu-satunya kenangan paling indah sepanjang 30tahun ini. Klise. Terima kasih, abi kerana sangat membantu semasa di sana. Semoga, kehidupan aku yang seterusnya akan lebih bermakna. InshaaALLAH.

Jom kita layan gambar terbaik sepanjang di sana.

 Pergi waktu petang, masih belum ramai orang turun pasar. Menjelang malam, keadaan sesak sampai parking pun penuh, menjelang hari Ahad suasana sangatla aman dan damai malah beberapa buah kedai tutup.

Wajah-wajah ceria dapat berjalan jauh daripada rumah.

 Lebah, menjadikan anak-anak ingat kepada Maya dan Willy, Maya si lebah.

 Saujana mata memandang, cantik sampai tidak terkata. Aku suka tengok si bapa dengan anak-anak tu, macam keretapi. Manis je.

Rama-rama, Arrizqi dan Adli berjalan tanpa henti, Auni yang menikmati dengan mulut macam bertih goreng, letih dan terkesima hendak menjawab segala persoalannya.

Kami tidak dapat petik stoberi sebab sudah habis stoberi dipetik orang jadi kami makan aiskrim Malaysia stoberi sahajalah, hihiii.

 Makan ikan bakar, service lambat bangat.

Me, already 30th years old with beloved family.

The best family potret pada kali ini ialah, tadaaaa.

Dua kali snap, Arrizqi tidak juga pandang kamera, haih! Jadilah as memori.

Cukup panjang tidak ni? Ihiks. Maafkan aku kerana aku sangat tidak pandai buat entry percutian dengan terperinci, aku juga tidak pandai mengarang entry part by part dimana seperti biasa, aku pulun dalam satu entry, maafkan aku. Akhir kata, terima kasih kawan-kawan blogger yang banyak menyokong aku, terima kasih kawan-kawan yang sentiasa mengingati aku, terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada bila aku memerlukan. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih. Jumpa di entry seterusnya, daaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in