Feeling.

Wednesday, 30 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, hehe. Maafkan aku kerana telah skip satu minggu punya cerita, alkisahnya aku sangat sibuk pada minggu lepas. Klise betul bunyinya. Mungkin kerana aku kurang sihat membuatkan masa dan keadaan sekeliling bagaikan mengejar sahaja, bila sudah buru-buru membuat kerja mulalah emosional. Hendak marah, hendak merajuk, hendak memberontak, hendak menangis, senang kata mood positif memang zero.

Apapun, ada juga dua tiga perkara yang membuatkan aku gembira yang bukan calang-calang, dalam pada aku merajuk masuk pula wassapp daripada penulis majalah ibu&anak, Fiza menyatakan bahan bakar aku telah pun diterbitkan. Terharu sangat sampai semua medium sosial aku update. Terharu sangat sampai semua contact listed aku beritau. Terharu sangat sampai saudara mara jauh dan dekat aku war-warkan, haha. Jakun. 

Kebetulan diterbitkan pada keluaran bulan keistimewaan aku, manalah aku tidak teruja, boleh jadi hadiah paling istimewa dalam sejarah hidup. Iya, walaupun ceritanya berkisar ibu dan anak, ceritanya tentang aku dan keluarga, sebagaimana yang diketahui aku hanyalah pengurus rumah tangga. 

Ok, boleh dapatkan dipasaran sekarang ye. Majalah ibu&anak keluaran Mei.

Minggu membawa Arrizqi mendapatkan imunisasi yang terakhir, 18bulan. Diam tidak diam, sedar tidak sedar dia sudah pun pandai segala macam benda, paling aku sangat geram bila dia merajuk, haih! dia akan pergi jauh daripada aku dan menangis sungguh-sungguh. Mujurlah masa ke Klinik Kesihatan, dia baik-baik sahaja. Kena cucuk pun tidak menangis cumanya dia mempamer riak muka cuak yang aku dengan nurse tu pun boleh ketawa. Muka cuaknya sangatla comel. Bila sudah dapat kaki, aku hanya heret sahaja dia, lekas sahaja kakinya ke arah tempat jual mainan, tunjuk bola tiga biji. Sebelah tangan heret bola, sebelah lagi pegang emak, berjalan keluar daripada klinik, cer bayang kejap, tidak ke comel dengan berbaju hoodie.

Upah sebab dia berkelakuan baik sepanjang di klinik, lagi-lagi bola yang ada di rumah pun sudah kempis dikerjakan. Aku pun confuse macam mana dorang ni main bola, kesian melihat keadaan bola tu yang telah lembik tidak bermaya. Bola sebelum ni, ada dua tiga biji. Teruja sangat melambung bocor terhiris bilah kipas. Ada yang bocor sebab masing-masing buat eksperimen, cucuk dengan hijabpin emak. Tahu-tahu sudah bengkok pin tudung berkepala bunga ros hitam aku tu. Mengganas sungguh.

 Heart, Love and Soul.

 Arrizqi mewarisi perangai suka tidur merata-rata kakakAuni.

Melayan ragam superkids ni, sangatla peluh ketiak.

Sudah masuk minggu kedua, bola masih elok tetapi mainan lain pula yang habis ranap tidak sampai dua hari. Hujung minggu lepas meladeni rasa tidak puas hati dengan si abi dorang, abi memujuk aku berjalan di uptown Kota Damansara. Happening jugala, dia berusaha memujuk aku bertanya aku jika hendak beli apa-apa. Aku, bila di aju soalan begitu, sangatla blur. Buntu. Lagi-lagi mood belum berapa hendak pulih, melayan pula si trio makanya semua ke laut. Beli untuk puaskan hati anak-anak sahaja. Tiga-tiga dapat, semuanya mainan berbeza, konon hendak bagi pelajaran supaya main bersama-sama. Hrmmm...harapan je la. Masuk kereta, Adli sudah berebut mainan Arrizqi, yang Arrizqi pun sama naik tidak mahu mengalah. Buat muka benci sungguh-sungguh orang hendakkan mainan dia. Gelak aku dengan abi tengok perangai Arrizqi. Yang Adli mereka macam-macam idea untuk ambil mainan Arrizqi, kepetahan dan pelat bercakapnya sungguh buat aku gelihati. Comel betul.

Bila kakak sudah masuk tidur, habis Adli kerjakan mainan kakak, mainan adik. Tercabut semua bateri mainan, kepala lori pecah kena pijak, kucing elektronik habis lemah, demam tidak bermaya. Sekejapan mainan sudah tidak berupa asalnya. Sabar je la.

Suka buku, suka novel, suka art, suka alat tulis.

Esoknya ke Tesco pula untuk menambah semula barang dapur, apa hendak buat di sinila tempat paling aku suka. Sebelum itu haruslah menyenarai penuh segala benda yang hendak dibeli. Soalan semalam di aju lagi dan seperti biasa aku menggeleng sahaja, aku tidak tahu apa yang aku hendak beli melainkan jika soalan itu diguna pakai di kedai buku. Ahaaa, aku suka stationary, aku suka bookstore, aku suka MPH, aku suka Popular dan impian aku ingin membeli belah di Kinokuniya KLCC. Ada duit berkepuk dalam poket, beli segala benda berkaitan art dan buku.

Koleksi fridge magnets untuk tiga orang customer. Ada dua customer lagi menanti. 

Aku dapat kejutan daripada abi ni, masih lagi mood terkejut dan tidak sabar, hehe. Kerja terkejut je la kan. #bukan pregnant. Makanya, aku akan berhenti seketika untuk membuat sebarang art. April, Mei, Jun, Julai, September, Oktober dan Disember merupakan bulan-bulan istimewa untuk aku. 

Kepada anak-anak ahli KuTuppy 2014, nanti emak akan updatekan barang-barang yang hendak di letgo, tunggu emak habis bayar dulu ye, hihii. Sebahagian barang shopping kalian, sudah pun emak pos dua hari lepas. Terima kasih kepada abi kerana sudi menguruskan mengeposan barang-barang kalian, sebagai upah dia menyuruh emak temankan dia ambil kereta kelisanya yang dicat 'skirt' nya menampakkan lebih sporty. Hrmmm, makin mudala abi trio tu, tidak boleh jadi ni, aku kena minum kolagen semula nampaknya, hahahaaa.

Kesimpulannya, perasaan pada minggu lepas sehingga ke hari ini ialah, bercampur aduk antara negatif dan positif. Sebolehnya, negatif tu tidak perlu ada pun namun kita hanyala manusia biasa, tidak lari daripada sedih, marah, suka, gembira atau menyampah, yang pasti mesti ada cara untuk mengatasinya, kan semakin hari semakin sayang, aku rasa aku sudah mahu mula perangai aku masa zaman bebujang balik. Siapla perangai gila novel dan kaki shopping sudah mula hendak mendatang ni. Isk!

Ajaran kakak Auni, Arrizqi is blue, Adli is green yellow.

Cukup tak cerita ni? ihihiiii...ooo kejutan daripada abi? tunggu entry menyusul. Follow la IG, sya2ablatib. Biasanya aku update IG dahulu kemudian bloghijau. Jangan lupa dapatkan majalah ibu&anak keluaran Mei, aku ada disana. Daaa and salam sayang. Yang feeling cam retis :)

Kerja pengurus rumah tangga.

Wednesday, 16 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mula-mula sekali, aku hendak beritahu entry ini berkisah tentang aku sahaja, aku tidak tahu apakah kerjaan pengurus rumah tangga jiran sebelah, jiran depan, jiran belakang atau lebih kepada orang lain. Hanya aku.

Masa aku tengah taip ini, Arrizqi tengah feeling korek telinga dengan kabel earphone netbook. Eh? panggil kabel ke tu? ke wayar? Best agaknya korek telinga dengan benda tu. Aku pula sendang menaip menggunakan laptop yang kebanyakan butang kekunci telah hilang. Hangin je rasa hendak menaip bila terkena huruf yang tiada butang kekuncinya tapi demi entry seminggu satu kali, aku tabahkan juga hati. Struggle.

Aku sedang menanti mesin basuh habis buat pusingan pertama, sementara ia berpusing aku sudahpun buat banyak kerja, hantar Auni sekolah, kemas rumah, dan melayankan hero nan dua ini. Hrmmm tidak tidur pula mereka berdua ni. Sarapan? aku simple je, roti atau biskut dan air panas, teh o ke, nestum ke, nescaffee ke, aku seorang sahaja pun yang makan, suami sudah pun ke pejabat (skema tak) sebelum Auni ke sekolah, dia hanya minum secawan air sahaja.

Sebaik sahaja entry ini publish, aku perlu menyidai pakaian, mandikan hero, layan mereka makan, siapkan order #hobbiesart (IG) dan menyediakan bahan untuk masak tengah hari. Keluar semula ambil Auni balik sekolah dan siapkan order lagi sambil layan Korea. Ahaaa, ye aku suka layan Korea. Oleh kerana laptop ni harap je besar dan clear malangnya gagal berfungsi dengan baik apabila aku loading drama Korea, makanya netbook yang kecil-kecil cili api ambil peranan, muahaha. Kan? nampak macam tamak sangat tak? hahaa.

Bila Auni sudah balik bolehla mengharap dia menjaga adik-adik walaupun adakalanya dia ajak adik-adik tidur sahaja. Bila dorang bangun tidur, perut lapar, aku suapkan makan tengahari pula. Aku akan bergilir dengan Auni untuk menonton tv. Pun, layan Korea juga, muahaha. Menjelang petang, aku mandikan dorang yang sudah pun berpeluh main di luar. Boleh je hendak bagi dorang mandi sendiri tetapi maklumla, bila tinggal dorang bertiga, bukan mandi sahaja wajib plus main sekali. Bila sudah main, air terbazir-bazir sebab tu la aku mandikan sendiri. Kejap je dapat duduk dalam bilik air, padan muka.

Malam, bila mood malas order sahaja dengan abi untuk makan malam, jika tidak aku still kena masak berikutan abi bukan jenis yang suka makan di luar. Masakla aku sambil layan askar nan tiga tu. Aku punggah kabinet atas dorang punggah kabinet bawah. Sakit perasaan tengoknya, tapi hendak buat macam mana.

Sebelum masuk tidur, aku kena pastikan air masak, air panas dalam kuantiti penuh, sebab bila bangun pagi mamai-mamai kena buat susu, air habis, gila stres. Bila rajin, terkemas la rumah sebelum tidur, kebiasaannya malam untuk rest sambil Korea lagi, muahaha. Abi pun da mengalah je, isteri suka Korea. So, inilah kerja aku hari-hari, perubahan aktiviti tertakhluk kepada tenaga dan peratusan kemalasan.

Baru sahaja selesai membuat 100pcs quilling fridge magnets, itu pun ada selit 20pcs means 120pcs. Phew! Dapat lagi order untuk membuat 50pcs lagi. Busy weih!

Meja kerja aku.


The best drama Korea yang aku pernah tengok. My Love From The Star, tak ke ensem alien tu? haih!

Oh ye, sebelum aku tamatkan entry meh nak promosi sikit, harga boleh nego lagi tu. Tupperware la, apalagas. Ada banyak lagi, nanti aku publish kat sini. Patut, tuppy entry hari Selasa, dah sibuk sangat semalam. Lupa. Jika berminat, emailla aku ye nsahida@gmail.com

Moh beli moh, nak bancuh kek pun boleh. Besar gila.

Lawa sangat-sangat. Harga sebenar RM41 sebiji. 
Amacam sibuk tak? hahaa. Buntu, taktahu hendak buat entry apa, kesimpulannya aku kena buat jadual dan kena patuh tanpa gagal. Kena improve untuk arrange masa dan kerja. Sini dulula, jumpa lagi nanti, daaa.

Trio hijau dan bahasa pertuturan.

Wednesday, 9 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada seorang kawan pesan pada aku untuk update blog seminggu sekali, satu entry satu minggu, jadila untuk dia mengetahui khabar berita aku dan anak-anak. Katanya lagi, dia gemar sangat cara aku menaip dan menyusun tatabahasa dalam entry, bagaikan membaca novel. Wah gittu! Bagus punya pendahuluan.

Masuk pula bahagian isi, kisah kali ini ialah pertuturan anak-anak aku yang semakin membesar di rumah. Arrizqi, sudah pun 18bulan. Cergas, bijak, peramah, kuat mengusik, suka menggoda dan pandai buat muka minta kena gomol. Dia ialah tempat abang dan kakaknya melampias geram, jangan disangka dia kecil dia hanya mengalah, Arrizqi akan balas balik apabila kakak atau abang sedang leka atau tidur. Modalnya? tidak ketuk dengan mainan yang dipegang, dia akan gigit. Confirm yang dua tu akan melalak dan mengadu.

"Aki gigit aye (Arrizqi gigit saya)"- Adli.
"Umiiii, adik gigit saya"- Auni.

Perkataan yang paling pandai Arrizqi sebut dengan nada mengejek "hahaa, tak tahu", bila orang tanya dia, itu sahaja jawapan yang boleh dia beri dengan muka minta gomol. Masih pelat dengan sebutan 'akak (kakak)' dan kedengaran jelas bunyi sebutan 'Aie', kakak love him so much but Arrizqi love abang so much, ahahaha. Perkembangan lain, dia sudah boleh disuruh dan berdikari, gemar akan buku juga menumpu sepenuh perhatian terhadap satu permainan. Suka berangan, suka bercakap, suka menjerit, suka melempar barang, suka mengusik Adli, suka mengorek telinga sendiri dengan apa sahaja benda yang dipegang siap dengan memek muka cemberutnya sekali.

Adli, orang melihatnya seperti dia anak emak. Iya, dia memang anak emak, manja, suka minta dukung, suka minta peluk, kadang aku pun konpius siapa yang adik kerana, bila dalam kereta adik dengan kakak dibelakang tetapi emak pangku Adli duduk di depan. Kan...? bila aku duduk belakang, situasi sama juga. Adik tidur di bawah yang atas pangku harus Adli. Dia memang sudah pun pandai request bila pandai bercakap dengan nada sedikit pelat. Bahasanya, sama juga seperti kakak, bahasa kartun.

"Umi, nak coh tang (umi nak basuh tangan)". Aku je yang paham cakap Adli ni. Abi, langsung satu dia tak paham. 
"Nak do, umi (nak tidur dengan umi)". Ini kes, sampai bergaduh dengan abi dia, berebut aku kadang sekali Arrizqi masuk campur. Adli sedang belajar, sambung dan susun perkataan untuk jadi satu ayat. Perkataannya tunggang terbalik namun boleh difahami. Bila bergaduh, dia paling lekas menangis. Sangat sensitif dengan kehilangan bantal busuknya, lagi-lagi bila diambil Arrizqi. Itu kalu memang rasa hendak roboh rumah dengan jerit pekik Arrizqi kesukaan, Adli yang menangis ketewasan. Sangat kurang dengan buku, tetapi bila berbaik dengan kakak, secara automatiknya dia boleh jadi kawan baik. BFF. Gelak, makan, tidur, main everything is kakak. Pantang kakak ajak, Adli pasti tidak menolak.

My little superheroin, ahahaha. Macam biasa, seorang yang cakap banyak, cekadak pun banyak, cakap coner-coner pun dia boleh, pakar memujuk, banyak pertanyaan, banyak idea, banyak emosi, pokoknya segalanya banyak. Auni, boleh jadi penyanyi, penari, cikgu, doktor, pengalih bahasa, chef dan pengajar yang baik. Ye, she is only 5 years old. Bila aku tanya, Auni belajar apa di sekolah?

"saya baru 5 tahun la umi, hari ni saya tak belajar ABC, saya belajar nombor"
"Afifah pukul saya kat sini tapi saya tak nangis pun, saya pukul dia balik". See? anak siapa?
"hari ini Iman kena diri atas kerusi"
"hari ini Shaza pakai cekak rambut" 
"umi tolong angkat beg saya ye" Bila dia tengah makan aiskrim.
"hari ini kita tak payah beli jajan sebab saya dah dapat gula-gula"

Semua dia akan cerita apabila sampai di rumah, masuk stokin dalam kasut, tukar baju, mulakan operasi di rumah pula. Jika dia letih, minta susu terus sahaja tidur, jika tidak dia akan tidur lepas mandi petang sampai esok paginya. Sedikit sebanyak, Auni boleh diharap untuk ringankan sedikit beban. Like I said before, Auni love Arrizqi so much. Dia paling banyak bergaduh dengan Adli, well Adli pun sudah pandai lawan cakap kakak maka beremosila si kakak.

Satu yang aku nampak dia mewarisi emak ialah menghafal dan tahu nama kawan sekolahnya, bila hendak pergian meninggalkan sekolah, dia buat lambaian. "bye Iman", "bye Damia", "bye Hakim, kita jumpa esok" daripada dalam kereta. Bila aku tengok name tag mereka, ya betul, Auni tidak salah orang, kagum jugala sebab aku ingat nama kawan-kawan pun sudah masuk darjah 1, pasal masa sekolah tadika aku enam tahun dan tah, aku hanya ingat nama 2-3 orang yang betul-betul rapat dengan aku sahaja.

Jika aku hantar dia, ramai juga yang menantinya di muka pintu kelas, "hai, Auni", "hai Ayuni" dah bermacam nama pula. Seronok sahaja melihat mereka masuk beriringan berseragam sekolah masuk ke kelas. Comel. Aku sudah tidak risau lagi. Malah lega sebab hanya menjaga dua orang sahaja di rumah yang masih tidur.

Bagaikan itik dengan ayam. Boleh je nak Hi 5, gunala bahasa isyarat.

 Nampak je bagaikan isi dengan kuku, hakikatnyaaaa...emak sahaja yang tahu.

 Barula muafakat membawa berkat, buat emak membanting tulang hapus semut sebab makan atas tilam. Arrizqi-tu la namanya muka nak kena gomol.

 Bagaikan aur dengan tebing. Berkerjasama, barula emak rasa aman. 

Kesimpulannya, aku agak lega sedikit berbanding sebelum ini yang terkejar masa sana, terkejar masa sini hendak buat kerja sendiri pun rasa macam tidak cukup masa. Kata orang alah bisa, tegal biasa. Awal-awal kita redah je lepas tu kita susun la jadual lepas tu kita buat hari-hari, lama-lama biasalah. Maka, tidak hairanla berat aku naik sejak akhir-akhir ni. Hati senang maaa.

Insan biasa.

Wednesday, 2 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pemberitahuan, ini entry empunya blog hendak interframe, hahaa. Awak rindu saya tak?

Hi, skip seminggu lepas kerana berada di kampung halaman selama satu minggu. Ambil peluang cuti sekolah, seminggu sahaja tapi sempat juga ternak lemak. Habis seminggu, mengadapla sesi susah hendak pakai tudung, sesi seksa hendak menyarung jeans dan buat-buat tidak endah bila saiz kasut berubah kepada yang lebih besar. Mengembang dengan baik punya.

Papa aku pula memang bijak sesangat menggunakan alasan sayangkan cucu, layankan cucu, ambil masa dan ruang dengan cucu, mengajak cucu jalan-jalan cari makan. Bila balik rumah bawa makanan yang bukan calang-calang, memang menggoda iman tekak, jam pun dah dekat tengah hendak malam, dan-dan-dan itu jugalah baru hendak makan malam.

Cukup seminggu, memberi impak maksima terhadap saiz kasut makanya kena menjalan aktiviti gaya hidup sihat secara tidak langsung merindu akan tangga di rumah sendiri. Tangga 18 mata, saban hari naik-turun-naik-turun, rindu akan aktiviti melakukan kerja rumah sampai peluh berjejeran, dan-dan-dan teringat PB yang sudah sekian lama terselit dalam almari, hahahaaa. Insaf.

Syukur, balik Sg. Buloh masih diberikan kesihatan yang baik dan perjalanan kehidupan kembali seperti sebelumnya malah menjadi sangat sibuk lagi, phew! Tu yang macam hendak pejam mata sahaja dengan bloghijau akan tetapi bila ada yang bertanya khabar, bertanya tentang anak-anak, terasa...terasa...terasa...diriku begitu berharga, cellamak!

Hi, sayalah empunya bloghijau, peace.

Saya, bukan siapa-siapa :)




Salam sayang daripada penulis bloghijau yang kejap timbul dan kejap tenggelam :)

Tupperware 1 April - 10 May 2014.

Tuesday, 1 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bulan baru. Ehem, panggilan untuk mamaIeyna dan SueSyawalIzz, katalog akan diposkan selaju yang boleh.


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in