Sibling.

Wednesday, 19 March 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cerita lagi tentang mereka bertiga, yang aktif, yang kreatif, yang manja, yang sentimental, yang lincah, yang peramah, trio empunya hijaucantik. Aku tengah tarik nafas panjang apabila melihat Arrizqi berjaya melolos diri di grill pintu. Adli memang sedia boleh lolos ikut lubang atas dan Auni memang tidak lolos tetapi sudah pandai buka pintu dengan kunci. 

Sangat-sangat-sangat tidak boleh leka dan mesti diperhatikan apabila mereka sepakat main di halaman luar. Paling aku menyampah dorang main atas kereta, ye bukan dalam kereta tapi atas kereta, cermin depan dan belakang jadi papan gelongsor. Calar? memang tidak boleh hendak kata, bergaris-garis hasil seni tiga pasang tangan. Satu hal lain, main buai. Bukan duduk berbuai macam biasa, tetapi buat badan jadi buai. Kebiasaanya memang Auni akan leads mengajar adik-adik. Dia suka bergayut atau panjat atau terbalikkan buai ikut sesuka hati dia, sampai aku dengan abi pun naik pelik macam mana dia main buai. Beza memang berbeza.

Jika tidak berbuai, mereka sepakat mengerjakan polisterin alas aquarium milik abi, salji katanya. Habis dikokah oleh enam tangan. Mereka akan memuatkan diri masing-masing, berbahagi ruang seorang sedikit di bawah aquarium dan memulakan kerja. Aku memang naik tanduk bila masa hendak menyapu polisterin yang bersepah, memang macam salji, lagi-lagi bila ditiupkan angin, aku pula jadi berhangin sebadan.

Kerja lain yang paling aku hilang sabar, menyepah kasut dalam almari. Biasalah, almari kasut macam retis, letaklah kasut di ruang paling tinggi, hrmmm...kan ke sel otak berhubung, tangan tidak sampai ambil pula kusyen sofa, susun tinggi-tinggi maka dapatla menyepah semua kasut sampai habis satu ruang jadi kosong. Gila pening, pitam aku hendak buat banyak kerja, susun kasut plus susun sofa, grrr...grrr...grrr...

Paling aku tidak jangka, Auni boleh pula panjat pagar pembahagi rumah. Adik-adik tunggu di bawah memerhati, menyimpan dan bakal melaksanakan misi pada masa akan datang. Kadang, aku sampai keliru, Auni ni lelaki atau perempuan. Disebabkan perkara-perkara di atas makanya aku lebih rela mereka duduk dalam rumah sahaja. Bila aku sudah bersedia mental dan fizikal barula mereka diberi peluang main di halaman luar. 

Puas hatila kan, dapat 'pow' umi, beli gula-gula.

 Masa baik, mood baik. Kiri: Ngam, tidur pun hendak sebelah menyebelah. Kanan: Ngam bila rasa hendak kawan bermain, tak ngam bila tengok sorang terlebih atau melebih-lebih.

Ngam yang sangat-sangat. Auni memang sayang Arrizqi. Ini masa Arrizqi training hendak keluar lubang tu, sakarang dah berjaya, takleh lepa tau-tau dengar dia punya gelak jahat daripada luar.

Baru tiga, belum empat, lima, phew!

Superman, I need you!

Wednesday, 5 March 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumpa lagi kita dengan episod ragam yang malas sudah hendak dilayan, abaikan sana emak sudah letih dan sakit gigi. Sekejap tadi sudah menjadi naga, singa, harimau dan yang terakhir ialah hulk, semuanya buat tidak hairan sahaja makanya ambil langkah paling efisyen, wechat superman yang kali terakhir berjumpa dua hari lepas, mrAbi ler siapa lagi, haha.

Mentangla tidak dibukakan Disney Junior Channel, korang protes ye. Mentangla emak tengah layan Korea, tidak kasi peluang langsung emak feeling-feeling ye. Mentangla abi tiada, korang naik tanduk ye. Sempat juga la aku bagi sedas dua seorang, tiga-tiga sekali kena, yang sulong lebih sikit pasal diala yang buat kerja paling awal. Yang kedua tu, pantang orang buat dulu dia tukang ikut siap ajak adik sekali, seronok betul korangkan sampai kosong ruang rak komik tu, sudahlah port paling banyak komiknya, haish!

Masa sepakat bawa turun komik, aku dengar je dorang gelak-gelak, suka ye. Tunggula, tunggu jap lagi abi balik-emak mengugut. Hrrrmm harem, emak pula sakit perasaan bila dibohlayan tidak dipedulikan. Ok, takpe-takpe, aku pun abaikan dorang buat kerja. Telinga dengar juga, kemeriahan kenduri komik tiga beradik tu, masih lagi ada yang belum nangis. Melihat emak yang makin tidak peduli, komik yang tadinya dilonggok tiba-tiba bertukar jadi UFO. Pitam weih pitam. Berterbangan satu demi satu. Komik, bila sudah terbang-terbang makanya kulit luar akan terbuka. Kalau sudah satu port kosong, semuanya bertaburan dengan kulit terbuka, jatuh pula celah-celah meja, kerusi, sofa, ini boleh mendatangkan marah.

Yang lagi sakit mata dibuatnya apabila komik tu dinaikkan atas meja makan dan yang pasti orangnya pun naik sekali, sekali lagi komik jadi hujan komik pula. Itu yang buat kerjanya yang kedua dan paling bongsu. Kakak tunggu di bawah, bagi komik yang sudah sedia bersepah. Hadoi!

Bila perasaan sudah sakit, dengan mainan satu ruang tamu tidak nampak lantai makanya langkah menghantar pesanan melalui wechat kepada superman. Terbeliak mata abi, tengok rumah penuh komik dan syukurnya dia offer diri untuk mengemasnya sendiri. Lega sangat bila dia bersetuju untuk mengemasnya, aku menanti dengan penuh rasa tidak sabar dan rindu (dalam hati je). 

Aku ni beria la hendak menanti dan menengok sendiri abi mengemas komik, terbongkok-bongkok dan mulut membebel sambil mengemas, itulah yang aku bayangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan pun. Yang aku bayang itu rupanya ialah aku sendiri, haha. Lepas abi bagi lagi sedas pada Adli dan Arrizqi, dia hanya duduk depan rak buku sambil mengerah dan mengarah si berdua tu kutip satu persatu komik yang bersepah sehingga habis. Gila senang. Yang berdua tu, setia pula mengikut perintah, tune suara abi lembut je menyuruh dorang mengutip sambil abi tunggu untuk kemas semuala naik atas rak. Aku sudah layan Jebat.

Tidak sampai 30 minit semuanya selesai dan kemas seperti sediakala, anak bertuah sungguh anak-anak ni, emak ni guna tune suara daripada lembut sampai jadi hulk, langsung tidak berkesan pun, isklaaa. Memang emak kena sabar lebih. Auni? dia lagi main ngelat, dia tidur dahulu sebelum abi balik, lagilah anak paling bertuah tu. 

 Kata home sweet home kan, sweet sangat-sangat ni!

 Baris kemas!!! 

Tu, sampai kosong habis port tu, isk!

Satu hal yang lain. Paling bongsu punya kerja. 

 Ke, sebab aku suka pakaikan baju yang sama, makanya perangai pun dedekat nak sama je. 

That's my litle hero, membesar dengan penuh bertenaga, sihat dan bersaing hebat. Aku pula yang hendak cari tenaga lebih. Sabar je la. Rindu ke dengan dorang ni? hahaa. Ok, nak pi sidai baju pula, see you all next time, daaa salam sayang...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in