Karya awal Auni.

Wednesday, 29 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumpa lagi pada hari Rabu, bersama hos anda ch@hijaucantik. Setelah hampir satu bulan Auni bersekolah, rata-rata pembaca bloghijau ini kenal dengan Auni, si peramah, si banyak tanya, si banyak kerenah, si banyak cekadak, si banyak akal dan segalanya banyak la ada padanya, mesti hendak tahu perkembangan aktiviti dan perangainya pabila sudah bersekolah.

Sebagai ibu bapa kita mesti hendak melihat perubahan positif mereka kepada sekolah. Auni memang seorang yang macam-macam, normal kerenah anak yang baru hendak lima tahun, mereka cenderung menggeledah dan menjelajah sekalian alam, aktiviti bermain memang tidak dapat dipisahkan baik di rumah atau di sekolah.

Minggu pertama dan kedua, jawapan kepada soalan yang sering aku tanya sudah menampakkan perubahan. Serius, aku memang alert sangat, antara sebab mengapa Auni lebih suka mengambilnya pulang ialah aku suka bertanya aktivitinya di sekolah. Soalan sama sahaja, "Auni makan apa di sekolah hari ni?" atau "Auni belajar apa hari ini" dan pada minggu ketiga dia sudah bercerita sendiri tanpa aku bertanya, haha.

Awal minggu lalu, jawapannya ialah "main, main, main dan main" sampai aku pun naik konpius, apakah dia hanya bermain sepanjang hari? Namun, mengikut intipati mesyuarat JPTP yang lepas, cikgu lebih utamakan anak-anak berumur enam tahun didapati hampir separuh masih tidak mengenali huruf ABC, makanya tidak hairanlah Auni hanya bermain sahaja.

Masuk minggu seterusnya jawapan "hari ini saya belajar ABC". Dengan selamba dan tidak menyempat-nyempatnya dia hulur segala kertas bertulis tangan kirinya kepada aku, bila dia menulis tanpa titik-titik dia memikir bentuk-bentuk huruf yang kebiasaanya terbalik ialah B dan D. Huruf M dan W. Setelah dikerah berkali-kali barulah nampak kebolehannya menulis ABC huruf besar dan kecil dengan cemerlang. 

Now, jawapan kepada soalan aku yang sentiasa sama, "hari ini saya belajar anggota badan", "hari ini saya belajar nombor, umi", "hari ini saya makan cupcake", "hari ini saya makan nasi tapi ada daun, saya tak suka daun", "hari ini saya belajar anggota badan" dan perkataan yang dia sudah biasa sebut "thank you teacher", "tujuh hari satu minggu". Paling seronok dia sudah mengetuai meja makan dan bilik tidur dengan membaca doa untuk semua sebelum makan dan tidur. Hi5 Auni.

Mungkin, Auni juga mengikut jejak langkah emak yang suka art. Dia suka melukis rumah, pokok, matahari, tanah, awan, pelbagai jenis bentuk, merwarna dan menulis nama sendiri, wiii! 

 Ada titik-titik ni, jangan tertipu.

 Usaha Auni, suruh buat bulat enam biji, tangan lenguh katanya.

 No more titik-titik, buat sendiri hasil pantauan abi walaupun kertas sudah jadi seperti sampah.

Karya Auni, aku kata huruf A macam buai, betul-betul dia buat A jadi seperti buai. Rumah Auni tu salah, katanya lagi, "habis, rumah Henry Huglemonster macam ni". Ok, aku pun ajar buat rumah, sekali sahaja dia tengok terus dia boleh buat. Kertasnya? Jadi sampah sudah.

Owh! dia still suka buat ABC terbalik, ala-ala cermin. Sekarang, semuanya hampir berjaya ditunjuk ajar, anak-anak ni, sangat terang hati bukan...? Setuju tidak? Sekian sahaja bebelan hari Rabu, kekeke.

Menggalas tugas.

Wednesday, 22 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Muncul lagi tatkala orang lain wordless. Orang lain pengurus rumah tangga boleh je update blog pagi petang siang malam, aku ni anak baru seorang yang bersekolah punyalah berlapis-lapis kerja, apatah lagi masa tu bagaikan saje-saje hendak bergerak dengan lebih pantas daripada aktiviti aku.

Ini pun, hendak menaip entry, mata asyiklah menjeling-jeling rak duduknya pelbagai jenis warna kertas serta barang-barang art. Buku order tu, bagaikan melambai-lambai menyuruh aku membukanya. Haish! Fokus-fokus.

Sejak dua menjak ni, jadual harian aku terasa padat sangat-sangat. Sabtu lepas, aku ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) di sekolah Auni sebelah petang. Waktu pagi, berkerja macam biasa, mengemas rumah, masak tengah hari, siapkan anak-anak. Bawa Auni je, abi menjaga dua lagi di rumah. Kali pertama menghadirkan diri, alamak! aku seorang one and only perempuan dikalangan ibubapa yang hadir. Tersipu-sipu aku dengan Auni. 

Masa terus bergerak, datang dua lagi kaum ibu, lega sedikit di situ namun tetap juga aku yang paling muda, macam tidak sesuai jadi emak saja. Auni, asyiklah kena sakat dengan bapa seorang kawannya, bertanyakan aku ini samaada emak atau kakaknya, haha. Selagi Auni tidak menjawab pertanyaannya selagi itulah bapa itu bertanya, sehingga usai mesyuarat waktu hendak balik Auni menjawab juga "ini umi sayalah!" terus melompat naik kereta. Sabar sajalah.

Balik mesyuarat tu, sambung buat hal-hal di rumah sebelum membawa anak-anak ke taman pula. Jalan kaki sahaja sambil menikmati angin petang. Berpeluh juga aku di taman permainan kanak-kanak, kerja hendak mengangkat Adli sahaja. Udahlah semangat-isk!

 Gambar blur sebab buai laju-laju, kata Adli.

Hari-hari selepas itu, aku sibuk dengan order. Aku hendak habiskan semua order yang masih ada. Selepas itu mahu sambung projek lain pula. Memang betul-betul bersambung apabila kakMai datang hantar Tupperware. Nah! Barang Tupperware untuk KuTuppy 2014 giliran pertama dan kedua. Pitams!

Alamak assistant aku tu...!

Semalam, sebaik sahaja hantar Auni ke sekolah, amboi riang sungguh makcik tu, tak sabar-sabar hendak turun kereta sampai kaki tersangkut tali beg Micheal Kors I, habis bag makNyah mujurla tidak jatuh tersembam. Nampak sahaja dia masuk kelas, aku terus ke Klinik Kesihatan Sg. Buloh untuk pemeriksaan Arrizqi ke setahun tiga bulan. Pakcik tu diam sahaja dengan muka comelnya. Behave sangat bila sampai klinik. Arrizqi, kebolehan paling ketara ialah mengikut jejak langkah Auni, suka menyakat Adli, pusarnya dua, matanya, kulitnya, semua mirip kakakAuni. Tidak kisahlah janji dia sihat sahaja, perkembangannya juga sangat bagus apabila dia pandai mengejek "ha...ha...taktau" cute je bunyi, lagi-lagi bila dia mengejek abi, haha.

Melayan dia ni, isk-isk-isk memang kerja lain delay.

Balik klinik, siapkan Adli, Arrizqi then keluar balik ambil Auni, haih! tinggal mesin basuh cuci pakaian, tinggal ayam nyahbeku dan Arrizqi dengan abi kerana dia tidur dan bawa Adli pula. Mujurla Auni request ayam goreng sahaja, senang kerja emak. Pening kepala pekerja yang sedang renovate rumah jiran sebelah tengok aku keluar masuk-keluar masuk-keluar masuk.

Lepas ambil Auni, hrmmm sambung kerja macam biasalah. Sidai baju, masak tengah hari, meladeni kerenah anak-anak, siapkan order jika sempat, layan tv, jam 11 malam je aku sudah mula lalok. Cakap apapun mata, kepala, badan, terus fokus tilam, bantal dan bilik tidur. OMG, where is my bed. Too tired lor! Esok paginya, rutin sama sahaja tolak Arrizqi pergi klinik, ngehehe.

Ni la keadaan waktu malam, guaner emak hendak rehat cukup-cukup.

Kalau tengok keadaan aku sekarang, memang sudah seperti emak-emak. Umur pun hampir je nak 30 tahun, phew!

Tutup kedai sekejap.

Friday, 17 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kedai? tang mana...hahaa. Bukanla kedai, operasi art atau kerja hasil tangan di blogoren tu. Aku sudah berkira untuk cuti membuatnya, bermula hari ini, sehinggalah habis bulan Februari nanti, ahaaa cukup lama tak tu? kuikuikui. Bukan apa, aku akan sibuk sama menguruskan badan dan menguruskan hal-hal untuk meraikan majlis perkahwinan satu-satunya adik aku si Mois tu. 

Sebarang tempahan selepas bulan dua amatla dialu-alukan, sekarang adalah masa untuk menghabiskan atau menyiapkan order yang masih ada. Macam banyak sangat kan...hahaa. Bagi peluang untuk aku memantapkan skill-skill yang baru nanti.

Dengan rasa rendah diri, aku menjemput kawan-kawan bloghijau untuk sama-sama meraikan hari bersejarah Mois dan pasangannya bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Sg, Sibol. Terletak di Bdr. Tenggara, Kulaijaya, Johor. Manalah tahu, ada yang tersesat ke sana pada 15 Februari nanti. Ihiks. Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Layar Selera, Taman Selasih. Dimanakah? bertempat di Kulim, Kedah. Haaa, ni percintaan Selatan-Utara namanya.

Jadi, dengan ini aku sebagai satu-satunya kakak, haruslah membantu mensibukkan diri juga, hihiii. Sibuk cari baju sedondon, pening pala makcik ni. 

Jadi untuk tidak memeningkan kepala jom cuci mata dengan koleksi limited edition daripada blogoren, ngehehe.



Ada lagi di http://orencantik.blogspot.com/2014/01/tutup.html macam biasa. Makin hari makin aku suka buat art ni. Ihiks... Sampai sini dulula ye, daaa...

Melayan ragam 2.

Wednesday, 15 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jengah kalender sebab hendak mengira hari sampainya hari bersejarah untuk satu-satunya adik lelaki aku. Aik! hari ini sudah masuk setengah bulan, oh my....! kejapnya masa berlalu. Auni sudah pun ke sekolah di hantar oleh abi. Anak bertuah tu, baru dua minggu bersekolah dia sudah pun tunjuk macam-macam perangai.

Kalau minggu sudah, dia membebelkan emak, dia mengajar adiknya teknik-teknik pelik lagi aneh penggunaan gam, gunting, pensil warna, minggu ini dia tunjuk pula perangai bila seorang telah ke sekolah. Minta manja, kuat merajuk, jadi singa memang sudah semestinya dan paling sangat ketara ialah kerjanya asyik tidur sahaja. 

Lega jugalah dia tidur sebab adik-adiknya pun akan ikut tidur sama, emak pun apalagi layan je la, lagiii suka. Tapi satu part yang tidak syok apabila dikejut bangun pagi, dia langsung tidak buka mata, sedar tapi malas hendak buka mata agaknya, aku mandikan, aku siapkan dia, kemaskan beg sekolahnya, bagi milo dan buka kartun. Hidangan pagi dia. 

Kadang dia celik, bila celik tu lega sikitlah dia kemaskan beg sendiri, pakai kasut sendiri, masa dia tidak celik tu, payah bebenar. Dua hari lepas si anak tu buat hal sampai depan pintu sekolah. Waktu tu, abi yang hantar dengan menaiki motosikal. Ingatkan sedarlah sebab kena angin pagi, aku diberitahu abi bahawa dia tidur sampai depan pintu sekolah. Abi tinggalkan dia atas kuda mainan depan pintu kelas. Cikgu memang sudah ada. Entah macam mana keadaan lepas tu, aku memang tidak tahu.

Sebelum-sebelum ini memang aku sahaja yang ambil hantar, sebab abi pergian empat hari, ke kedai bawa tiga anak tu pun sudah pernah, satu yang aku belajar daripada anak-anak aku ni, bila masuk kedai upah sahajala mainan satu seorang untuk bagi mereka diam. Pilih sahaja yang murah untuk bagi dorang leka dan tidak berlari sana-sini. Auni sudah boleh diharap, sebab dalam kereta aku sudah bagi ceramah emak-emak. Pesanan demi pesanan, peringatan demi peringatan.

Kalau esoknya dia berkata "hendak pergi kedai, hendak beli roti" aku gunalah psiko pula. Balik rumah, makan dulu, tidur, petang kita pergi taman. Bila waktu petang, hujan pun turun jika nasib kurang baik dan emak pun dapat faedah, duduk rumah sahaja, ngehehehe.

Pergi taman dengan tiga orang anak ni pun sudah pernah, so far demi kebaikan diri sendiri agaknya, mereka baik-baik sahaja. Pada mereka, buat baik dengan umi nanti umi bawa lagi pergi taman. Hrmmm, cemerlang pemikiran anak-anak aku ni. 

Pagi tadi sambil aku berbuai dengan Adli, sambil menanti abi aku ceramah pagi seperti selalu,
"Auni, kat sekolah taknak tidur ya, batuk tutup mulut dengan sapu tangan tu" 
"Macam ni" dia buat macam yang disuruh. Emak sambung lagi,
"taknak bergaduh dengan kawan" angguk.
"dengar cakap cikgu"
"taknak buka stokin tu, kasut letak atas rak" sebab dia baru sahaja pakai kasut dua hari. Payah benar cari saiz kasutnya, sudahnya beli kasut pun hendak ada pink. Hari pertama dia berkasut, lintang pukang kasut satu ke timur satu ke barat. Aku menunggu dia di luar pagar, nampak dia keluar kelas then masuk balik pakai stokin, tahula aku bahawa dia buka stokin dalam kelas.
"kaki saya terlalu panas la umi" alasan dia. Dia memang tidak biasa berkasut. Sepanjang aku membebel, abi sengih sahaja. Mujurla dia tidak buat perangai seperti abi yang tidak mahu ke sekolah. Aku suka sekolah. Auni suka pergi sekolah.

 Menanti abi, dorang meng'pow' emak. 

Banyak sangat anak ni belajar. 

 Anak yang ni, sudah tahu kakak pergi sekolah.

 Main, emak sudah duduk tengok daripada tepi sahaja.

Kemain, semua atas bantal. Berkelah katanya.

 Wajah Auni hari ini, tu kasut pun mau pink. Barbie lagi-isk!

Sebaik sahaja dia pergi dengan abi, aku layan Adli pula. Rumah sudah siap dikemas, sambil menunggu kain baju habis pusingan aku update blog. Sekarang, aku agak busy dengan order sebab tu la entry bloghijau ni, macam chipsmore. Tambahan pula aku sedang siapkan sedikit cenderahati untuk adik lelaki aku yang akan bernikah tidak lama lagi. Next entry la ye. 

Jumpa lagi nanti. Thanks masih sudi lagi datang bloghijau ini. Aku sangat menghargainya, apatah lagi sudi baca entry pada hari Rabu begini, kata wordless, but aku? sangat suka hari Rabu.


Tiada kad untuk tahun ini.

Friday, 10 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, tertunai juga hajat aku berkehendakkan abi memotong kek hari ulangtahun kelahiran pada tanggal 31 Disember yang kebiasaannya bersambut pada 1 Januari atau 2 Januari atau tidak bersambut langsung, ahahaha.

Dan semacam biasa, dalam pada aku merangka-rangka hendak menggigihkan diri ke kedai kek, hujan pula turun bagai tidak mahu berhenti, apalagi aktiviti selongkar kabinet pun bermula. Dipermudahkan, Kek Coklat Krim Keju pertama kali keluar pengukus. Yeay! sedap uols. Cumanyakan, aku memang gagal untuk topping. Nampak, nampak je lawa, tapi pahitnya ya tuhan. Bak kata chef Zubir, rasa tu combine la, dengan yang lemak manis kek-sedapkan hati sendiri, bahaha.


 Yummy!


Nampak macam waktu malamkan? jam 12.05am 31 Disember lebih tepatnya sebaik sahaja aku hendak menghias kek, dia pun balik daripada tempat kerja. Terus sahajalah. Ha a, kek tu memang kecil sahaja sebab, loyang dan pengukus aku tersangatla comelnya macam tuan empunya, erk! Satu adunan resipi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese...Mudah dan Sedap!..daripada CMG, aku buatkan dua biji kek yang comel. Satu untuk abi satu untuk Auni.

Thanks abi sudi juga makan sepotong kek buatan sendiri ini, bukannya tidak sedap tetapi dia memang bukan hantu kek semacam isteri dan anak-anaknya, sebab tu kami manis-manis belaka. 

Abi, wishlist...kita nak pengukus besar sikit! ;) Sekian sahaja entry ringkas hari Jumaat. Oit! kejap sangat masa berlalu ni. Auni...!!! esok cuti hujung minggu ajak la abi pi shopping. Diakan baru balik Kota Kinabalu, kikiii!

Baik-baik sahaja.

Tuesday, 7 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, kali pertama Auni bangun sendiri. Bangun dan rela hati hendak mandi, hendak gosok gigi sendiri, hendak sekolah dengan semangat berkobar-kobar dengan hidungnya yang sedikit tersumbat. Dia masih bersemangat, kena layankan dengan cepat sebelum drama queen terjadi.

Aku buatkan susu dia mengemas begnya dan bersiap, teringat dia berkata dua hari yang lepas "macam comel je, macam cantik je, macam comel je" mana dia dengar aku tidak tahu. Dan, hari ini dia ialah seperti kata-kata tersebut. Hari ini dia rambutnya berikat dua dan bersepit pink. Masuk kelas, susun kasut, bersalam dengan aku, ambil kerusi sendiri dan duduk. Bila tengok dia behave macam tu, lega rasa hati, aku pula yang sayang hendak lepaskan. Semoga dia baik sahaja hari ini. 

Aku pun pulang awal daripada semalam. Semalam? hahaa. Best juga rupanya bila ke pasar sendirian. Sediakan sahajalah wang secukupnya. Lepas hantar Auni, aku ke pasar dan akan bermulala rutin begini dua hari sekali atau tiga hari sekali melihat keadaan. Mudah, jika abi ada untuk menunggu Adli dan Arrizqi yang masih tidur di rumah. 

Adli rindu tapi taktau nak kata. Kena macho. 

 Saja emak nak interframe juga. Masa ni angkut semua trio pi sekolah.

 Emak membawal je kerjanya. Lepas hantar Auni, gi pasar.

Balik hantar Auni, mengadap blog dan buat kerja rumah seperti biasa. Uruskan yang dua lagi, uruskan kain baju kotor, uruskan hal-hal harian. Sediakan bahan-bahan untuk masak dan masak nasi sebelum ambil Auni jam 12 tgh hari. Lepas ambil Auni, merayau lagi jika berkesempatan. Habislah, emak kaki jalan. Hero dua tu pun kemain suka bila diajak ambil kakak. Baik je perangai.

Balik ambil Auni, masak ala masterchef dan back to normal rutin as before. Petang tiada apa sangat, sebab Auni pun akan tidur sebaik balik sekolah. Waktu tidurnya sudah back to track, syukur sangat semuanya baik. Bila disuruh tidur dia akan tidur. 

Perubahan besar jadual apabila aku bangun awal dan bersiap awal pagi, sebelum Auni. Feeling kena pergi kerja macam dulu-dulu je, then hantar anak ke pengasuh, ihiks. Alah bisa tegal biasa, malam siapkan order pagi bangkit macam tiada apa-apa, jangan mata jadi panda sudah! 

Dua beradik yang tinggal tu? setakat ni, dorang pun baik-baik aja. Adli pun tidak kisah sangat kakak tiada, sebab bangunnya dia jam 10-11pg malah Arrizqi yang kebiasaannya bangun dahulu. Cumanya, akula yang tidak berhenti membuat kerja. Berterusan dan bersambung-sambung. Sedang aku menaip ni pun, dalam kepala merangka pelan hari ni. Phew!

Trio yang aktif kemain, duo yang cantik tu ngikut je.

Aku berharap semakin hari perjalanan kehidupan aku semakin baik, inshaaALLAH. Terima kasih kerana membaca, aku kongsikan sedikit perubahan jadual kehidupan aku secara rambang sahaja. Jumpa lagi nanti, entry tah bila-bila, daaa. Nanti aku blogwalk ye, lama juga tak blogwalk secara meluas ni. Isk!

Hari ni punya gambar? takde, muahaha. nanti orang jemu lak emak je yang over.

Tupperware 2 Jan - 15 Feb 2014

Monday, 6 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jom cuci mata. Katalog 1/2014. Perhatian untuk KuTuppy2014 giliran pertama dan kedua, katalog akan dipos secepat yang mungkin, tq :)

Merah. Biskutnya sedap.

Sangat cantik. Aku sudah milikinya.

Wishlist.

  Ungu time.




 Ungu dan hijau.

 Hijau time.



Back to basic.







Sedar tidak sedar, banyak juga aku sudah beli Tupperware ni, muahaha. Eh! Lets shopping. KakLia dan kakAzi, boleh lah memilihnya sehingga RM400. Wiii!!!

Sudah, cepat buat kerja rumah, kejap lagi sudah hendak ambil kakakAuni balik sekolah. Busy sungguh jadi fulltime housewife ni. Ihiks!

Jangan lupa email nsahida@gmail.com jika mahu pesan apa-apa, wassapp pun boleh 0193308463.

Sayang dan kepercayaan.

Friday, 3 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, hari ini hari kedua Auni ke sekolah, syukur sangat aura positifnya kekal daripada pagi hingga balik sekolah. Hari ini, tiada lagi drama pintu pagar sebagaimana semalam, puas hatinya, lebar senyumannya sebaik sahaja dia terpandangkan aku bersama Arrizqi menunggunya di luar pintu pagar sekolah. 

Ya, beginilah perasaannya, berginilah rasanya, beginilah keadaannya untuk hari-hari mendatang, perasaan yang sangat sukar untuk digambar, berbaur gembira, terharu, sebak dan semestinya sangat teruja. Rasa yang sangat susah untuk difahamkan, rasa tidak percaya, rasa sayang, rasa dia masih perlukan insan tersayang disisi untuk membantunya. Keadaan aku yang tidak ditemani celotehnya waktu pagi, aku yang perlu hantar dan ambilnya pergi pulang sekolah. Aduhaiii! harapnya perasaan ini berlalulah sebaik sahaja entry ini habis ditaip. Mungkin panjang berjela, maafkan aku.

Hari ini, abi tiada untuk menjaga Adli, Arrizqi yang masih tidur. Aku perlu mengangkut dua orang ini sekali untuk menghantar Auni ke sekolah. Masakan, aku mahu tinggal sahaja mereka begitu sahaja? Owh! itu adalah satu-satu perkara yang aku tidak akan buat. Tidak sama sekali. Jika boleh, aku juga tidak mahu meninggalkan mereka berdua di dalam kereta. Mungkin, Allah dengar permintaan aku agar dipermudahkan hari ini. Selesai menguruskan Auni, aku uruskan Adli dan Arrizqi tukarkan pampers dan bagi minum susu. Mereka celik dan ikut sama teruja. 

Sampai sahaja di sekolah, Auni sudah meluru turun, meluru ke pintu pagar sekolah, meluru masuk tanpa salam dan selamat paginya meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh menguruskan adik-adiknya. Kemain lagi dengan riang-rianya mulut bernyanyi-nyanyi. Sabar je la. 

Sempat aku menyuruhnya menyusun kasut sendiri di atas rak, sebelum minta kebenarannya untuk balik rumah. Dia angguk sahaja, apa yang dipesan. Dengar cakap cikgu, hendak kencing beritau cikgu, tak mahu nangis, tak mahu bergaduh, main sama-sama dengan kawan. 
"Ye umi, sayakan dah besar, saya tahu" Itulah ayatnya seperti biasa. Sebelum dia menyambung dengan jari telunjuk ke muka aku. Dia mula buat muka.
"umi janji eh, jangan bagi abi datang nanti" hihiii...aku gelak dengan reaksi mukanya. Anak-anak, bila dijanji wajib ditepati. Dia akan ingat dan simpan dalam memori. Itu yang aku belajar dari kejadian semalam. 

Semalam, sebaik sahaja dia turun daripada kereta abi, betul-betul dipintu pagar dia bercekak pinggang dengan muka cemberut sambil berkata "umi...kenapa umi balik rumah? Kenapa umi tak tunggu saya, nyanyi dengan saya?". Terdiam juga aku yang sedang menanti dipintu rumah, terkedu. Erk! Kebetulan abi hendak keluar, makanya abi offerla untuk ambil dia balik dari sekolah. Sememangnya pagi itu aku yang berkata akan mengambilnya, nanti. Hihii! 

Balik menghantar Auni, aku menguruskan rumah dan dua lagi hero yang masih di awang-awangan. Mamai. Rumah aku sunyi sahaja tanpa Auni walaupun ada dua hero yang kebiasaannya dalam kategori lasak. Adli tidur sebaik sahaja aku mandikan, Arrizqi terus menyambung tidur yang terganggu pagi tadi dan bangun ikut waktu macam biasa. Kan...? sunyi.

Kebetulan aku bersiap hendak ambil Auni, abi pun balik. Aku tinggalkan sahaja Adli yang masih tidur dan bawa Arrizqi bersama. Senang hati tengok Auni senyum lebar, dengan mulut kembali bercerita. Aduhaiii, banyaknya cerita dia berbanding semalam. Aku bawanya ke kedai kerana dia sangat berani dan kental di sekolah. Dia tidak menangis, dia suka sekolah. Dia hendak ke sekolah lagi kerana ada ramai kawan, walaupun aku dengar suara cikgunya kemain melantang. Hihiii. Lagi garang daripada aku. 

"umi, ini cikgu bagi" disuanya aku resit pembayaran yuran pendaftaran sekolahnya.
"umi, tadi saya makan mi, tengok ni baju saya" sambil tangannya mengembangkan t-shirt dengan sedikit kotoran.
"umi, saya suka sekolah. Saya hendak pergi sekolah" dalam kereta dalam perjalanan balik rumah.
"umi, saya suka kawan. Sekolah saya ada banyak kawan" betul-betul. Nyata, ceritanya pada hari ini lebih banyak daripada semalam.

Sampai di rumah, dia bercerita tentang pelajarannya apabila abi bertanya. Aku sudah tidak larat hendak layan. Pasti dia tetap akan cerita lagi esok, lusa, dan hari seterusnya. Hati aku yang mula sarat dengan rasa berkecamuk mula tenang dengan ekspresi yang dia sendiri tunjukkan. Terima kasih Auni, kerana memberi umi kepercayaan untuk melepaskan Auni. Umi sangat bangga dengan Auni kerana umi sendiri mula bersekolah pada enam tahun. You go girl!

Umi rela sahaja melayan kerenah Auni sebelum ke sekolah, memandikan Auni, menggosok gigi Auni walaupun mata Auni tertutup. Auni hendak dukung bila sudah bersiap untuk ke sekolah. Tidak mengapa, bagi umi itu bukanlah apa sangat pun. Enteng sahaja.

Esok Auni cuti, hari Isnin kembali ke sekolah lagi ye. "ok" diikuti ikon senyum.

 Tengok, meja dia paling bersepah sekali.

 Balik rumah dan di malam hari.

My Precious Love, Auni.

Nota hijau: Semalam, dia angkut pensil warna dan pensil kawan, habis dikoreknya depan dan belakang benda tu, "jadi lebih banyak" katanya. Hari ini, pensil box dia hilang, pensil warna kawan yang baru dibawanya balik. "kawan tu ambil, biarlah dia pinjam je" katanya. Adeih!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in