Zaman kanak-kanak.

Tuesday, 11 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pesanan: entry ini sangat panjang berjela!

Melihat trio membesar, seronoknya ada ramai adik-beradik. Main kejar-kejar, makan sama-sama, tidur himpit-himpit, walaupun sekali sekala bercakaran, jerit-menjerit, pekik-memekik. Jujurnya, saya suka suasana yang riuh rendah. Punya adik beradik yang sharing is caring. Saya anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Kami berpasangan dan membesar bersama-sama.

Masa enam tahun, saya ke tadika dia tunggu di rumah, saya main dengan dia tapiii tidak tahu mahu panggil dia apa, saya tidak tahu namanya. Bila main kami bahasakan diri saya-awak-saya-awak. Walaupun dua-beradik, saya suka menyakat dia. Conquer mainan dia, makanya dia akan jerit "mama-mama-mama-dan mama" kuat mengadu betei. Yang selalu menjadi mangsa rotan, pembaris kayu panjang patah 4, tali pinggang, dawai penyangkut langsir, penyangkut baju ialah saya, muahaha. Padanla muka, siapa suruh buat adik menangis, kan sudah kena.

Sampai satu part, saya so cemburu sebab adik suka benar me'ngempeng' dengan mama. Menyampah pun ada, memang dengki sangatla pada dia. Tapi air dicincang tidakkan putus, saya memang kawan baik dia. Masa dia darjah satu, saya darjah tiga. Tahun 1993 kami satu sekolah. Bangga punya adik satu sekolah dan satu sesi yang sama. Seronok masa ini apabila ada pertandingan mewarna, nama kami dua beradik selalu terpilih untuk dapat hadiah, kami bersaing sesama sendiri, berebut untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. So sweet. Balik sekolah, saya pengawas akan tunggu barisan adik keluar dan dia sama-sama keluar dengan kakaknya yang comel ke pintu pagar. 

Bila saya darjah enam, 1996 dan dia di darjah empat, kami di bawah satu sesi yang sama lagi, kali ini memasing sudah besar, saya kena jaga tingkah sedikit pasal ada reporter, udahla aktiviti saya kebiasannya di padang, ada je yang tidak kena sampai ke pengetahuan mama. Kaki report betei.

Bestnya waktu itu, masa tidaklah berlari dengan pantas. Balik sekolah pun sempat lagi pergi bermain dengan anak-anak jiran sebelah dan depan rumah. Best, keluar rumah kering. Balik pukul 6.45ptg sudah lencun meredah paya, pergi sungai tangkap anak ikan. Berselut, berpasir satu badan. Yang kena bebel, macam biasalah, saya. Ajak adik pergi bersama mendapat la padahnya. Bersiap untuk pergi mengaji pula, anak jiran juga yang ajak. Mama tidak kasi pergi, gadik mahu pergi juga, tidak kira badan sudah letih meredah paya siangnya malam gagah lagi hendak pergi mengaji rumah ustaz yang agak jauh jugalah. Seronok berlaga suara bila mengaji. Tiada lagi drama air mata macam selalu apabila mengaji dengan mama.

Seorang kawan, saya panggil dia Ajah sahaja, emaknya meminta mama ajarkan dia mengaji sebab tengok saya boleh mengaji dengan lancar. Saya punya hendak lari daripada mengaji dengan mama, saya kata pada Ajah "hari ni takyah mengaji, takde ngaji" Ajah pun balikla ke rumah tanpa diketahui oleh mama, hehe. Mama pun tidak kisah Ajah datang atau pun tidak. 

Balik mengaji jam sudah 9.30mlm, saje jalan lambat-lambat lengah-lengahkan masa supaya tidak kena buat kerja rumah depan papa. Papa garang betei, suka tanya-tanya macam cikgu sekolah. Jalan gelak bergurau ketawa-ketawa, pakej kejar mengejar dengan baju kurung kain terangkat, haha. Baju kurung sembat selalu koyak tepi kiri kanan, kena lagi membebel. Saya je yang memang lain dengan anak teruna mama yang manja tu. 



Adik lelaki saya, satu-satunya.
Saya pernah di cop sebagai girlfren adik oleh kawan-kawannya.

Bila tersampai rumah awal, buat homework dengan cikgu Ab Latib, papa saya la tu. Dia bukan cikgu pun, tapi dia mengajar aduh, terseksa emosi. Menggigil-gigil kena lukis gambar peta Malaysia, mengalir air mata bila kena sergah dengan suara tingginya, paling menyampah kena soal bab Alam Dan Manusia, bukan masuk UPSR pun. Tidak dapat jawab, memang kena libas. Badan saya la yang selalu berbirat, mama rajin sapukan minyak. Kena baik juga esok nak kena sandang beg sekolah pula. Sobs!

Sebab itu saya suka keluar daripada rumah, cuak hendak mengadap papa. Tapi keluar pun, saya ke tusyen malam, tusyen rumah teacher, tusyen rumah cikgu BM, tusyen rumah cikgu Matematik, tusyen di sekolah. Oh! masa darjah enam saya sudah tidak mengaji, saya khatam Al-Quran darjah tiga. Disebabkan khatam awal, ustaz, guru kelas sekolah agama ajak saya kawen dengan dia, muahaha. Kelakar. Dia tanya saya, "Syasya, awak mengaji sampai mana?" sewaktu ujian lisan Al-Quran sekolah agama. "saya dah khatam Al-Quran, belajar dengan ustaz Yazid", ustaz Yazid sudah arwah- Al-Fatihah. "ooo dah boleh la kawen dengan saya ni". Gulp. Satu kes lain, dia murah hati tumpangkan balik sekolah, saya diarah untuk menjalani ujian lisan solat giliran terakhir sekali. Adeih! Esok-esoknya, saya lekas-lekas angkat kaki cabut balik dengan kawan-kawan, melarikan diri. Malu digelak dek kawan-kawan. Ustaz tu baik je sebenarnya, tiada niat apa-apapun disebabkan rumah saya hampir dengan rumah dia jadi di tumpangkanla saya sekali. Ok lettew.

Bila saya masuk asrama, semua sudah tidak sama. Kawan-kawan pun sudah lain. Sekolah pun sudah letak jauh pinggir bandar. Serasa saya itu je la kisah zaman kanak-kanak saya. 

Kebanyakan memori kelakar, bila part main dengan anak-anak jiran cuti sekolah. Pelan pukul 4.45ptg atau lepas Asar, mulala terhendap-hendap, tunggu geng datang. Mencicit lari keluar rumah pergi port tanah lapang. Main baling selipar-selipar naik atas bumbung, main badminton-tangkis sangkut atas pokok, main rounders-bola hilang tidak dapat dikesan, main guli-memasing tidak mahu kalah, main galah panjang-main dengan budak lelaki, kalah sokmo, main sembunyi-sembunyi, habis rumah kosong punah ranah dikerjakan, main police-centry-bercalar kaki tangan berlari tidak tentu arah. Itu antara aktiviti outdoor. Aktiviti indoor akan berjalan juga-main tetap main, berjalan apabila hari hujan. Kebiasaannya mereka berkumpul di rumah saya berikutan, mama papa sediakan halaman yang luas. Ada lantai simen yang berbumbung dan padang rumput menghijau untuk aktiviti pondok-pondok. 

Batu seremban-macam-macam gaya bila tiba batu 6 hingga 10, timbang penutup botol-permainan yang tidak habis-habis, Saidina-berebut tanah. Congkak-berebut guli. Dan pondok-pondok semua hendak jadi emak, kena masak dapat main tanah. Bestnya zaman kanak-kanak, saya anak Felda. tapi kawan saya kata saya anak pegawai Felda, bukan anak Felda. Whatever. Atfer 25-26years, papa berpindah ke rumah sekarang. Suasana 100% bertukar. Jiran-jiran yang dulu bermain bersama semuanya sudah berpindah ke luar. Zaman kanak-kanak tidak lagi sama. Port main dedulu sudah tiada. Sunyi. Jiran-jiran saya, Zana, Ira, Abg Uda, Elin, Kerol, Fikah, Jean, Zaaba, Along Zaki, Angah Khair, Alang, Abang Adi, Ain, Chacha, Abang Amy, As and my little brother Moiz, kalian semua merupakan sebahagian kenangan manis saya. Terima kasih kerana memberikan kenangan teringah dalam penghidupan zaman kanak-kanak saya.

Life is a song- Sing it
Life is a game- Playing it
Life is a challenge- Meet it
Life is a dream- Realize it
Life is a sacrifice- Offer it
Life is LOVE- Enjoy it
-by Sai Baba

Zaman mereka membesar sudah berbeza.

Ahaaa, amacam? terima kasih kerana sanggup membaca hingga ke noktah terakhir. Zaman kanak-kanak is so best. Kenangan itu memang tidak ada tolok bandingnya bukan?. Sampai jumpa lagi, salam sayang, Daaa.




5 pasang kaki:

Masya said...

First part .. dah tau dah auni tu ikut perangai sapa kukuikui .. sbb umi dia pun suka menyakat masa kecik²kan.. cian adik kena buli ...

eima said...

wahhh sgt menarik ko olah cerita ch@ ....
kena tambah lg ni tau .. sbb ko cuma ber2 dah rasa sunyinye kurang adik bradik kan ... kena la tambah teman bermain anak2 hang wei ... hihihi


bj nikah adik mu tu sama ngan bj nikah adik ipar aku harhar har

ch@ said...

sis Yana: hahahaaa, kaaans. saya ambil je, tapi takla sampai cepuk-cepuk.

Eima: in shaa Allah, murah rezeki aku tambah ye. ko pun sama Manja, jgn harap aku je.

Oh ye ke, aku x tahula wife dia yg sediakan smuanya. manja sampai ke tua adik aku tu. cerewet lak tu.

sal ya said...

Zaamn anak2 skg x sama. Kalau blk kg suasana ada la skt perasamaan. Bezanya dia org xde geng kt kg kecuali sepupu sepapat. Kalu kt sini lg la ssh nk bg keluar. Keadaan x brp slmt. Bnd nk jdk ni even kita pantau pn jdk. Tp skrg2nya kita dh pantau kan?

ch@ said...

kak Sal: setuju dgn akak. rmh kita ni da berpagar pun still cuak hendak lepaskan dorg main di luar. smg kita dilindungi dan dijauhi dgn kejadian yg tidak diingini.in shaa Allah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in