Rindu. Tiada siapa hendak marah.

Monday, 17 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari bandar Tun Razak, menuju Kelana Jaya,
kaki melangkah mengatur gerak, bersama kak Azi ke tempat kerja.

Menaiki LRT di pagi hari,
mata mengantuk dengar MP3,
ke Masjid Jamek bertukar LRT,
sambil berjalan mata memerhati,
pelbagai telatah manusia mencuit hati.
menceriakan suasana di awal pagi.

Bagaikan faham isyarat hati.
bagaikan tahu apa yang akan terjadi,
arah di lencong sesuka hati,
LRT Putra di biar pergi,
tinggalkan diri kami tegak berdiri,
dengan sengihan lebar bergigi.

Kami duduk di bangku LRT,
memerhati manusia mengejar masa,
tanpa menghirau mata yang memerhati,
kami selamba, kami ketawa.

Mencari tempat untuk bersarapan,
kedai mamak dan roti canai,
hendak ke opis tinggal harapan,
esok sahajalah in shaa Allah kami sampai.

Matahari sudah menunjuk diri,
suasana juga sudah berganti,
kami merancang pelbagai strategi,
strategi baik punya untuk sepanjang hari ini.

Bangunan SOGO tersergam gah,
bangunan pertama ada di sebelah,
Jln. TAR bertentang arah,
apa nak jadi, jadi sahajalah.

Sambil berjalan, sambil cuci mata, hendak shopping duit tak ada,
bersenda gurau, bergelak ketawa,  mari-mari tak payah fikir kerja.

Jalan-jalan cari makan, perut kenyang hati sakan,
orang tanya kita iakan, LRT stuck sebagai alasan.

Terimbau manis kenangan lama,
cerita tentang kak Azi dan saya,
kami berdua selalu bersama,
walaupun berwatak jauh berbeza.

Kenangan manis, kami pernah juga bertukar rancangan sebaik sahaja tiba di Stesen LRT Bdr. Tun Razak. Bila difikir semula, tindakan yang sengal sebab susah payah bangun pagi, mandi dan bersiap turun tingkat 5, berjalan kaki menuju LRT dalam suasana yang masih gelap. 6.45pagi. Bertambah gelap sekiranya hari hujan. 

Kebiasaanya bertukar rancangan sebaik sahaja turun LRT Star untuk bertukar ke LRT Putra dan menaiki bas di Kelana Jaya. Betul, hanya saya dan kak Azi sahaja yang meredah perjalanan jauh di antara ramai-ramai perkerja lain, hehe. Itu belum part pergi shopping or facial lepas waktu kerja. Pulangnya jam 10-11mlm begitu lewat untuk anak dara. Dapat tahu dek tunang saya, memang masak telinga.

Ok, sampai sini dulu hari ni. Best tak pantun yang tidak berapa hendak pantun tu, layankan je la.

Dasyat betul muka baru lepas nikah.

8 pasang kaki:

eima said...

perrggghh hebat siap ade pantun .. byk plak tu ...

kagum2 ...

kakak ni seopis ke dulu ??

ch@ said...

Eima: ha a, kami budak kilang. ada gmbr di IG, aku duduk sblh dia. satu kilang lain department.

Mama Kembar 3 said...

masa blum kawin boleh laa kan balik kul 10-11 mlm camtu. bila dah ada anak ni sharp 6pm hati dah kat umah dah. jeles ngan cha yg boleh 24/7 mengadap anak anak, untung cha...

Sweetmama said...

Best..pandai cha berpantun..

Nazayiena Ayiena said...

pandai berpantun cha,bestkan kenangan masa2 blm kahwin dgn BF...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

best pantun..enjoy jek baca..hihihihi

mamaarifakeem said...

Ihiks..panjangnya pantun dia.. ;)

Rindu bertandang ye...

ch@ said...

kakNani: best tu, jenjalan tgk lampu. kalo g dating lg best, tgk late night movie. late night, balik rumah jam 3pg. ho'o.

kakLily, Nazayiena Ayiena, kakEija: harharhar, bosan takde kerja.

kakIeyna: eh, kalo tak rindupun dtg la jugak! ngehehe.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in