Makan.

Thursday, 6 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maafla tajuk entry satu hari satu perkataan, tidak pandai sungguh hendak mereka tajuk panjang-panjang walaupun Bahasa Melayu Penulisan dulu pernah mencapai 92%, bila mikirkan tajuk mulalah pening. Esei BM pun buat eseinya dahulu barula rangka dan barulah tajuk. Lemah sungguh. Apapun mari kita teruskan cabaran hari ini.

Day 6: Apa yang anda makan hari ini.

Awal pagi begini, memang belum makan besar-besaran lagi, celik mata bersiap, mandikan Auni, turun bawah kemas rumah, minum air masak dan Qaseh Gold Adinda, jus manis madu dan kurma. Hampir dua minggu jugala saya minum Qaseh Gold Adinda ni dek kerana terpengaruh dengan promosi iklannya yang besar-besaran. Tambahan pula, kawan-kawan sekeliling punya cara tersendiri mempromosi kaw-kaw, haruslah menarik tertarik terbeli dan amalkan setiap pagi. 

Khasiatnya? siapa yang sedang membaca wajarlah boleh menyambil Google. Barangan sudah fames ames, barangan sudah hangat di pasaran mudah sahaja untuk mendapatkannya. Saya? sejak amalkan Qaseh Gold Adinda ini, so far ok. Tiada lagi sakit badan bila bangun pagi. Anak-anak pun saya beri mereka Qaseh Gold Junior, mereka menjadi berselera makan. Sebelum ini, saya masak nasi tiga pot siap sampai esok pagi bikin nasi goreng, now kena masak empat pot untuk 5 orang makan. Habis licin, clean and clear.

Mungkin mereka menggunakan tenaga yang banyak menjadikan lekas lapar, kekadang saya baru sahaja mencuci periuk nasi, mereka sudah pun bersedia dengan pinggan masing-masing. Itu belum part mereka mengambil ikan yang baru sahaja digoreng sedangkan saya masih lagi terhegeh-hegeh menggoreng batch seterusnya. Bila tengok sebelah hanya pinggan kosong sahaja, rupanya mereka sudah meratah seekor seorang depan tv. Kemain.

Sehingga jam 10pagi lepas sahaja tunggang langgang mengemas rumah, saya hanya minum segelas air manis sambil mengadap kerja art tergendala. Masa untuk saya berkerja sebelum Adli dan Arrizqi bangun pagi. Bila mereka sudah bangun, saya akan layan mereka berdua pula, sebelum keluar ambil Auni pulang dari sekolah. Saya akan singgah kedai untuk membeli roti atau biskut untuk kudapan mereka bertiga-sesi kena paw. 

Pulang daripada ambil Auni, saya sibuk di dapur, anak-anak sudah mula memunggah rumah. Ruang tamu, ruang tempat suami saya main ps3, ruang atas, bilik, dapur yang pagi tadi berkemas cantik kini berubah menjadi ruang yang menggerunkan. Bila tinggal saya dan anak-anak, menu kami simple-simple sahaja, bila ada suami menu up sikit, meja makan pun penuh je, hehe. Sebab suami rajin melayan anak-anak makan di meja, saya yang agak malas ni suap je sambil masuk juga mulut sendiri sesuap dua, betul-betul saya dapat makan dengan tenang apabila anak-anak tidur waktu petang.

Mereka bangun sahaja, saya kembali sibuk meladeni mereka main, mandi dan kembali masak untuk menu makan malam pula (macam sebelah siang juga), siap bersihkan dapur saya akan layan drama Korea, saya betul-betul dapat makan malam apabila suami saya take turn jaga anak-anak atau pun anak-anak sudah masuk tidur. Kebiasaannya, saya makan roti sahaja sebelum masuk tidur. Senang dan pantas, hahaha. Malam, mata sudah mengantuk jadi yang ringkas sahaja sudahlah. Esok pagi, ulang semula rutin yang sama, haha.

Betul, entry ini langsung tiada kena mengena dengan tajuk, hahaha. Jauh terpesong, sebenarnya hendak saya beritahu, sejak menjadi pengurus rumah tangga ini, pemakanan saya memang langsung tidak terurus, itu belum part saya makan sambil memasak, hahaha. Cuma, bila saya dapat makan dengan serius, saya ambil lauk yang ada ikan/ayam dan sayur atau ulam. Bagi saya seimbang dah tu sebab ada sayur, muahaha. 

Angkat sudu.

Beratur. 

Pencuci mulut. 

Jajan. 
Makan-makan-makan-makan dan makan.

Okla, saya hendak sambung kerja. Semoga entry ini tidak mengganggu rutin harian pembaca sekalian. Maklumla tiba-tiba sahaja bloghijau ini ada entry setiap hari, hiii. Jumpa lagi entry esok. In shaa Allah. Salam sayang, daaa...

6 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Anak2 ibu...
Ibu dgn abang nak join makan2 sekali boleh?!!
Mcm best jer..
Mcm meriah jer..
Hihihihihi
Ummi, abang Aqil rindu adik2nya.. ;,)

Whitey Mommy said...

I is terliur jajan tu ..
mulut tengah tawar payau ni cha..
demam.. huhu

eima said...

yg last tu tatahan ...aduhai ....kemas ch@ mengmas tanpa henti ni kan .. huhuhu

Cik JuE said...

gambar last tue...
melambangkan huru haranya dgn budka 3 orang tuekan...
jajan berterabur...dengan masing2 pakai stokin dan memandang ke tv..
sweet moment yag tak boleh beli kat mana2

Masya said...

rasanya sejak ada anak bila nak makan ni mmg x teratur .. apatah lg nak mandi .. koboi jer sdhh xde istilah nak scrub bagai ... makan pun ikut selera anak, betul² nak menikmati .. kalau pg kenduri .. sbb ada suami tlg lyn anak ...

ch@ said...

ibu Aqil: jom abang, came on-came on.

Sha WM: get well soon dear, kita tak suka sgt jajan, ini lebih kenduri adik hari tu, gmbr lama.

Eima: hahahaa, hobi Arrizqi ni weih, dia mmg pantang nmpk benda byk dlm mangkuk, senang hati dia bila dpt sepah.

kak Jue: on that time mmg tak sweet kak, jadi naga. da lama baru la sweet. syg mknn, membazir.

sis Yana: betulla tu. part mandi tu pun betul. haha. kenduri pun tak boleh nak menikmati sgt, kadang jmpa kawan2 nk borak. suami pun bising, cepat sikitla makan tu. isk!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in