Lelaki pilihan.

Sunday, 9 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Janganlah terperanjat bila ada entry pada hujung minggu begini, hehe. 

Setiap perempuan punya kriteria lelaki pilihan masing-masing. Alahai masa zaman solo dahulu, saya pun sama. Pantang tengok drama yang punya watak lelaki menarik, mulalah hendak berangan overdose. Berangan sahaja, free.

Day 9: 5 lelaki yang menarik perhatian saya. 

Isk! soalan. Jawab laju-laju eh. Satu, macam Kim Woo Bin. Dua, macam Nazim Othman. Tiga, macam Ustaz Kazim Elias. Empat, macam Baim Wong dan lima, macam Hazama. Perfecto, semua pakej ada. Tapiii saya sedar, siapalah diri ini, ukur baju di badan sendiri jadi 5 lelaki menarik perhatian saya telah bertukar kepada satu pilihan yang Allah sudah suratkan untuk diri saya. Walaupun pada awal perkenalan, kami tidak begitu sweet. 

Tidak begitu sweet, tidak begitu romatika de amor macam kisah cinta dalam novel. Hangat, sebab asyik perang dan kami jarang bertegur mesra sebenarnya. Pensyarah pernah beritahu saya, supaya membawa dia ke pakar komunikasi untuk perbaiki mutu bahasa percakapan dia.

Entahla awal-awal tu dia langsung pun tidak menarik perhatian pun, katanya dia tertarik dengan saya pada mula-mula dia bukakan pintu untuk masuk ke kelas. Saya tahu dia suka saya pun sebab kawan saya yang beritahu. Saya mula tertarik dengan dia? hrmmm bila ye...(pergi buka album). Sejam kemudian.

Senyum, hrrrmmm manisnya memori itu. Hihiii.

Lelaki yang paling menarik perhatian saya sudah tentulah dengan beraninya saya nyatakan suami kesayangan saya, haaa sweet tak? hehe.

5 of us.

Cinta saya, hati saya, jiwa saya inilah...kekasih sehidup semati saya, in shaa Allah.

Ok saya hendak sambung berangan, hari ini hari minggu, kita enjoy. Daaa, jumpa lagi. Terima kasih kerana masih setia membaca. Muah ciket!

4 pasang kaki:

sal ya said...

Dlu2 mmg x suka husben. Dia pun sama. Dia tkt ada komitmen. Walhal peminat keliling pinggang. Dah tersurat jodoh... Yg plg x suka tu la jdk plg kita syg...

ch@ said...

kak Sal: betul.

Masya said...

org kata mmg btlkan yg salu kt gaduh tu lah jadi suami kikikiki ..

ch@ said...

sis Yana: orang kata lg, jgn benci sgt kat org. jodoh tu. ngehehe.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in