Dia, istimewa.

Tuesday, 25 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih-sengih, ah tiba-tiba terbayang Go Nam Soon, watak drama School 2013. Ye, saya sudah tidak gigih untuk mencabar diri dalam cabaran 30 days blogs challenge. Maafkan hamba, sobs. Ini semua Kim Woo Bin dan Lee Jong Suk punya pasal. Pula. Well, sibuk sangat dengan siri drama terbabit menyebabkan bloghijau ini, terbengkalai. Tambahan lagi, disebabkan masa sekarang begitu singkat, saya hampir sahaja tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Argh! Klise.

So, tinggalkan tentang drama Korea, tinggalkan tentang cabaran. Saya hendak meluahkan rasa terharu paling dalam, saya hendak luahkan rasa tidak percaya,  saya hendak meluahkan rasa entahla di luar jangkaan barangkali kepada satu-satunya anak perempuan saya, kakak Auni.

Sekarang ini, amat jarang bercerita tentang kakak Auni, kakak Auni yang bisa meningkat darjah kemarahan emak naik mendadak, kakak Auni yang bisa buat emak huru-hara, kakak Auni yang bisa buat emak kelu tidak berkata apa, kakak Auni yang ergh! buat emak rasa memandangnya besar-kecik-besar-kecik. Kakak Auni, berumur 5 tahun berjaya menghabiskan sesi persekolahannya.

Walaupun tidak menghadiri majlis rasmi konvokesyen namun pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan tamat persekolahan sesi 2014, sekali meraikan cikgu kakak Auni yang akan berpindah, sakali meraikan anak-anak yang berumur 5 tahun serta meraikan AJK-AJK yang terbabit dalam pelbagai majlis sepanjang 2014.

Sedang sibuk melayan Adli pada malam terbabit sambil telinga mendengar dan mata terarah ke hadapan ruang kelas, acara penyampaian hadiah sedang berlangsung. Satu persatu nama anak-anak dipanggil untuk menerima hadiah akhir tahun yang berupa beg galas berisi barang peralatan sekolah serta sijil tamat persekolahan. Saya senyum bangga dalam hati, that's my Auni. Baru lima tahun sudah pandai mengira, sudah pandai mengeja, sudah pandai membaca perkataan-perkataan ringkas, sudah pandai doa-doa pendek, sudah tahu alif ba ta. Dia sudah mengalahkan saya, di mana saya mula mengenali huruf waktu 6 tahun. 

Menambahkan lagi rasa sebu dalam perut, namanya dipanggil sebagai penerima 5 tahun terbaik, Norerdina Auni. Hampir sahaja air mata saya gugur, mujur ada Adli menyebabkan perhatian saya beralih sedikit. Kakak Auni buat sehingga jayanya. 

Saya seperti rasa bersalah pula kepadanya, kerana saban hari me'naga' dengan perangai yang mengalahkan adik-adiknya, kerana saban hari dia kerap terganggu dengan saya meminta pertolongannya, kerana saban hari dia rela membantu menjaga adik-adiknya, kerana saban hari dia tetap membantu dengan rela hati membuat kerja rumah tetapi dia membuktikan dia boleh buat saya menangis kerana bangga dengan kejayaannya.











Saya berterima kasih kepadanya dan berharap hubungan antara kami dapat dipulihkan dengan keadaan yang lebih baik lagi. Saya mahu dia tahu betapa bermaknanya pelajaran dalam kehidupan, dan betapa bermaknanya kehidupan dengan pelajaran. Setiap hari kita belajar, walaupun kita bukan dalam waktu persekolahan. Kakak Auni, you make my day. Sekurang-kurangnya, saya berasa sedikit lega dengan penat lelah mengendalikan kakak Auni di rumah. Saya juga perlu lebih berusaha gigih untuk terus belajar selepas ini. Kalau Go Nam Soon dan Park Heung Soo yang malas belajar itu pun boleh tersengih menerima pelajaran, kenapa pula saya tidak boleh bukan?

Ok, tiba-tiba dah kuar drama Korea pula, let's kita mulakan tugas hari ini, walaupun rumah telah bersapu, almari buku sudah menjadi semakin tinggi-ubah lagi, muehehe. Tinggal mandikan trio and saya kena pergi kedai hari ini, bekalan makanan sudah habis. Jumpa lagi, daaa...

Selamat cuti sekolah, oh kerja saya masih kekal sama ;)

8 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

tahniah kakak auni

Masya said...

auniii kamu sentiasa diluar jangkaan ibu .. cam amir jugak, tp bezanya amir kat rumah takdalah aktif sgt .. tp bila jumpa kawan² mmg dia lah ketua walaupun mula² malu kemahin... teruskan usaha cha .. moga auni lbh cemerlang thn depan ... amin..

Mama Kembar 3 said...

Congrats Auni! Unty tumpang bangga :-)

eima said...

tahniah auni .... hebat tau 5 thn dah pandai membaca...

Sweetmama said...

Alhamdullillah, tumpang bangga tahniah auni :)

Salina@IbuAqil said...

Tiba2 mata ibu pn panas membacanya..
tahniah auni syg..
dimana saja tahap mu ttp menjadi kebanggaan semua..
syg kamu ketat2....
abg aqil pn dh daftar drjh 1 dh msk ujian saringan..
abang plg last siapkan soalan umi..
kata cikgu Aqil Naim boleh jawab betul jawabnya tp dia perlahan..
huwaaaaaaaaa!!!
risau umi anak yg sorang ni..
slow motion orgnya budget cool sgt..

nurfadilah suardi said...

Tahniah Auni. Semoga menjadi anak yang membanggakan keluarga

ch@ said...

kakNad, kakNani, kakEija, Dila: terima kasih, semoga kakakAuni terus cemerlang dlm tumbesarannya.

sisYana: itula halnya, aktifnya tidak tergambar dgn kata2.

Eima: bolehla dia membaca sesikit, dia taktahu, dia tanya.

ibuAqil: don't worry ibu, Aqil tetap boleh dibanggakan, dia punya kelebihan dia sendiri. inikan baru permulaan. in syaa Allah, everything will being ok.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in