Beg tangan.

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaannya saya hanya membawa purse dan handphone sahaja apabila keluar ke kedai ataupun berulang alik mengambil dan menghantar Auni ke sekolah. Beg tangan diperlukan apabila keluar jauh daripada kawasan rumah sama ada membeli stok barang dapur atau pun pulang ke kampung atau pun menghadiri kenduri, eh lamanya tidak pergi jemputan perkahwinan.

Day 10, apa di dalam handbag anda?

Jenama beg tangan, tidak kisah. Paling mahal pernah saya beli-suami membayarnya RM170. Paling murah RM15, yang paling bertahan saya gunakan ialah yang berharga RM15, hahaha.


Ini sahaja isi dalam beg tangan saya. Nampak macam ringan je, tapiii ketahuilah sebaik sahaja turun dari kereta ianya akan menjadi berat dengan pertambahan ahli lain, towel tangan kecil, air mineral, jajan, mainan, novel dan terkadang, barang peribadi suami saya pun ada sekali. Macam poket doraemon, hehehe.

Apa isi dalam beg tangan pembaca? marilah share dengan saya. Ringkas je kan entry hari ini? hahaha. Saya sudah kebuntuan idea lah. Jumpa lagi di entry akan datang, daaa.

7 pasang kaki:

eima said...

ai tak suka HB kecuali bw pi pejabat klu tak ade org perli ... pi kerja melenggang je .. huhuu
klu keluar jejalan ai bw beg simple simple isi brg anak2 je .. brg sendiri takau wristlet je

sal ya said...

Kalau ke kedai mmg bwk purse dgn hp je. Duit ltk dlm flip cvr hp. Purse tu sbb ada lesen dgn ic bagai. Kalau jalan jauh bwk bagpack je. Handbag ada tp mcm leceh je nk bwk skg. Bagpack sng. Skg ada 3 bagpack kaler biru, ungu dgn coklat. Dlm bagpack mmg ada wet tissue, towel kecik, hp, kain lampin spare, botol susu. Nnt2 mmg bertambah la adanya. Hoho...

Kdg2 rs mcm nk pakai handbag tp last2 x beli pn. Just tgk je. Handbag plg mahal handbag hantaran la. Murah ke mahal kw semua husben bayarkan. Haha...

Mama Kembar 3 said...

hampir sama! plus inhaler utk asma, tisu, buku nota kecik & pen

ch@ said...

Eima: tengok ko pun sudah tahu, ringkas.

kak Sal: backpack, masalah kita kalo bawa backpack mmg confirm berat, sebab segala benda nak sumbat.

kak Nani: yeay! haha, simple la ni kan-kan-kan.

mamaarifakeem said...

Akak betmbh sket, tab 10inc dgn beg kecik brg makeup..ooh makeup la sgt, bedak dn seangkatan dgnnya je pun, tp wajib juga ada..so beg kecik di dlm beg beso, mmg berat la.. itu la diusung klu ke mana2..tp klu g kedai or kaw dekat2 bw beg duit dgn hp jer...;)

Masya said...

seriously .. plg x suka bwk handbeg .. tp pg kerja mesti nak kena bwk ermmm ... keluar dgn hubby lg lah .. kena bawak.. dah mcm hapa je dlm beg tu.. besra pun x muat² isi brg.. agak² penat soh hubby bwk kuikuikuikui ...

ch@ said...

kak Ieyna: akak ni stail my mom. bila punggah hb dia, siap ubat2an, bedak sikat, myk rambut, aduhaiii seisi rumah disumbat dalam. berat.

sis Yana: hahahaaa, ini kelakar. terpaksa bawa ye sis? redhakan je.
abi trio pnh gak bw kan beg silang masa tu, zmn blaja x bw handbag lagi, bw sbb ada harddisk 80g. berat nak mamp, kot tak mmg takla dia nak bw.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in