Hari ulangtahun kelahiran.

Wednesday, 29 October 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cahaya petunjuk rezeki sedang bermain babacak dengan abang Adli. Pandai pula abang Adli menghiburkan Arrizqi pabila kakak Auni ke sekolah. Kejap baik, kejap gaduh, baik balik semula, bergaduh lagi, biasalah abang Adli hendak conquer semua mainan, malangnya Arrizqi pun mahu juga. Ye, seorang sudah tiga tahun seorang lagi sudah dua tahun, anak-anak saya sudah besar. Membesar bagai juara, membesar depan mata, membesar saya dan suami yang jaga.

Saya pesan pada suami, jangan lupa beli kek untuk Arrizqi, memang saban tahun sambut ulangtahun kelahiran, kami sambut satu family sahaja, belum berani hendak buat besar-besaran. Gugup. Apapun, tahun ini tiada hadiah istimewa untuk Arrizqi, tidak seperti abang Adli pada umur dua tahun, mainan dapat, kek aiskrim Baskin Robin pun dapat. Untunglah! Merasa juga bila suami balik bawa kek aiskrim Baskin Robin. Memang mantapla rasanya, well siapa tidak suka aiskrim bukan?

Tidak banyak hal sangat yang berlaku dan berlalu. Semuanya berjalan macam biasa, siap masak tengah hari, kita makan kek pula. Yummy-yummy-yummy. Arrizqi, turns two. Kakak Auni dan Abang Adli turns two sudah punya adik, Arrizqi? still adik baby. 

Cute, ensem, mata cantik, banyak cakap, banyak kerenah, suka ketawa sampai mata sepet, sepet, gigi cantik, putih, bulu mata lentik, ah! siapa yang tidak suka puji anak sendiri bukan? Arrizqi si manja, abang kakak sibuk buat projek dia boleh duduk menebeng atas top kabinet dapur temankan emak. Kakak abang sibuk atur tempat tidur, Arrizqi cari pangku emak. Kakak abang sibuk dengan mainan, Arrizqi suka dengan sudu emak. Kakak abang sibuk dengan channel kartun, Arrizqi layan Korea sama dengan emak. Arrizqi, memang anak emak walaupun sepatutnya gelaran itu untuk abang Adli. Apapun, semuanya memang anak emak, hehee.

 Kek tu, haih!





Perjumpaan di meja makan.

Overall of the special day, macam ada tema pula, hahaa.

 Ulangtahun ke dua Arrizqi.

 Ulangtahun ke tiga Adli.

Ulangtahun ke lima Auni.

Sambungan entry kali lepas, kami (saya, Arrizqi dan Adli) ke klinik untuk pemeriksaan 2 tahun Arrizqi. Biasanya, suami membantu menjaga Adli di rumah, disebabkan suami ke Sabah untuk beberapa hari makanya saya perlu membawa Adli bersama. Owh! memujuk Adli sangat mudah, dia angguk sahaja apa yang saya pesan. 
"ye, abang tahu" walaupun dalam kepada saya, memikir apa akan jadi. Dalam hati saya berasa gemuruh tidak terkira. Entah apa yang orang kata, melihat dua beradik itu berjalan kiri dan kanan saya. Kembarkah?, abang adikkah?, sepupukah?. Mereka berdua memang mencuri perhatian orang, apabila kami didatangi seorang doktor pelatih yang sedang buat soal selidik. Soalan awal yang biasa juga saya kena jawab "iya, saya emak dioranglah" dan "30 tahun" dan "muda sangat ke?" di jawab dengan soalan juga dan rasa tidak percaya, poyo kan? boleh agak soalan apa yang ditanya bukan?

Habis sesi soal dan jawab, saya teman dorang bermain sementara menunggu giliran masuk bilik. Penat uols, menyesal pun ada pakai inner ninja dengan shawl. Berpeluh walaupun duduk sahaja bawah pondok berhadapan bilik pemeriksaan. Apa tidaknya, bila Arrizqi ada geng berlari, satu taman dia berlari pusing keliling, Adli jatuh sekali, Arrizqi jatuh sekali, haaa....tidak serik jugek! masuk bilik rawatan, berpeluh-peluh dengan bau asham. Itu belum lagi hal dalam bilik rawatan, macam-macam soalan keluar daripada mulut yang berdua tu. Sampai nurse pun tolong layankan. Biasanya bila Arrizqi seorang sahaja dia akan tidur tetapi tidak pada hari itu.

Upah mendengar kata emak, saya bawa mereka membeli barang dapur sehingga penuh troli. Mereka ikut sahaja belakang emak. Berpimpin. Lepas beli barang dapur, saya bawa mereka ke kedai mainan pula. Pilih jangan tidak pilih. Macam biasa, tetap mencuri perhatian orang. Pegang mainan masing-masing boleh pula berborak dengan staf di kedai. Aduhaiii, peramahnya mengalahkan emak. Jangan hairan bila mereka memanggil orang dengan panggilan "mama". Jika lelaki mereka akan panggil "atok", mereka tidak kisah bangsa, mereka tidak kisah bahasa. 

Balik rumah, saya tukar baju dan keluar semula ambil kakak Auni pula, satu hari yang sangat luar biasa penatnya. Keesokkan hari, abi mereka pun pulang. Lega? hahahaa, sikitla. Hakikatnya sama sahaja, kekeke. Apapun, saya suka je pekerjaan saya sekarang ini.

Ulangtahun pertama mereka.

Ok, rasanya cukup sampai di sini sahaja. Macam mana entry ni? ada nampak yang berbeza? hihiii, salam sayang jumpa di lain entry daaa... 

8 pasang kaki:

Fizah said...

bezanya pada 'saya'..??

hehe comel!!

rajin sambut birthday dgn kek..nk tirulah! ;p

mamaarifakeem said...

Santai tapi cukup bermakna =)

Terasa2 nak jd semacam kamu juga, tapi kena tmbh bb ke3 kot baru boleh sepenuhnya menjaga anak2 dirumah..hiii...

Happy birthday rizqi dan abg adli!

eima said...

hmmm beshnye membesarkan anak2 tanpa bantuan org lain ... klu la aku mampu sr segi kewangan dan tak byk hutang nk dibyr dah lama dah aku jd cam ko

Cik Jue said...

happy birthday si nakal yang comel...
acik jue doakan moga jadi anak yang soleh serta baik2 selalu ye

bestnya setiap tahun ada je kek ye...
klu akak pulak ikut apa yang dia request...hehehehehe

Salina@IbuAqil said...

Happy birthday syg anak ibu..
Semoga kamu diberkati dunia akhirat..
Aamiin!!
To umi in shaa Allah x ada apa aral pintu rumah kami buka minggu dpn..
Nnt umi bwk adik2 dtg ziarah ya..
Salam syg dr kami yg jauh dimata dkt dihati..
Muahxxxxx!!
**bulu mata lentik mcm abg aqil yer...

ch@ said...

Fizah: Pandaiii. Tirula. Saja mkn kek santai2.

kak Ieyna: in shaa Allah. ada rezeki akak nnt. Terima kasih wish.

Eima: in shaa Allah, ada rezeki ko nnt mek, tak apa berkerja pun bkn nya satu perkara yg teruk sgt.

kak Jue: hahaa, thanks akak. ooo mcm tu eh. ikut apa yg dia request, best gak mcm tu.

Nur Farzana said...

hapyy birthday :)semoga menajdi anak yang soleh dan solehah aminn

ch@ said...

Nur Farzana: terima kasih, in shaa Allah, amiiin.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in