Pembukaan.

Monday, 15 September 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku meregang jari jemari, setelah sebulan berehat daripada menaip di papan kekunci, kini aku memulakan semula. Badan aku laraskan dengan selesa untuk menaip entry yang bakal panjang buat tatapan pembaca setia bloghijau cantik ini. 

Entahla, di mana harus aku mulakan. Entry sebelum ini, hanya mempunya tiga komen sahaja, makin lama trafik makin menurun, berharap akan naik semula sebagaimana semangat aku untuk kembali ke alam maya bersama bloghijau cantik ini, fighting! Aku harus mulakan dengan sesi melawat blog ke blog, mulakan semula mencari teman dan kawan dan pembaca setia yang saban hari menanti entry terbaru, menanti khabar berita daripada aku, menanti apalagi keletah tiga askar aku yang sedia aktifnya-apasalahnya hendak mempoyo sekejap.

Aku menggunakan laptop pemberian suami, HP berikutan laptop Compaq aku totally out of service. Cakera keras, organ penting laptop sudah kong ibarat jantung manusia yang mengalami strok teruk. Harddisk kong, sila ucapkan selamat tinggal kepada segala mak nenek ibu saudara pakcik saudara data dan maklumat di dalamnya. Beratus keping gambar, berpuluh template projek, bersusun draft cerpen terbengkalai semuanya dipaksa untuk lupakan buat selamanya. Tutup buku lama, ikat ketat-ketat, terus bakar tanpa kesan dan buka buku baru, mood baru, cerita baru paling penting semangat baru.

Mengeliat, sambil otak berfikir apalagi yang patut aku taip. Hari ini merupakan permulaan cuti sekolah, Auni sudah pun pelik kerana aku mengejek 
"kenapa Auni tak pergi sekolah hari ni?" dengan muka separuh hendak menangis dia diam sambil membelek buku matematik yang separuh isinya telah pun disiapkan. She love math so much. Tambah tolak, mengira bahasa melayu, bahasa inggeris, kiraan menaik, kiraan menurun, bagaikan di hujung jarinya sahaja cuma sedikit malang apabila, dia menulis arah nombor terbalik, aku menggandakan usaha untuk dia menulis arah nombor dengan betul. Mungkin kerana dia Kiri Dari Lahir, kidal maka semua arah nombor pun terbalik, moga-moga enam tahun nanti dia boleh kuasai arah nombor dengan betul sebagaimana dia menguasai arah huruf dengan betul. 
"kenapa umi tidak siapkan dan hantar saya ke sekolah?" dia bertanya kembali apabila aku sudah pun leka dengan kerja lain.
"Auni cuti sekolah satu minggu, Auni duduk rumah sahaja, buat latihan" aku menjawab sambil menekan-nekan butang remote astro. Sebaik sahaja aku menukar channel kartun dengan channel kesukaan aku, drama korea aku dengar Auni menangis. Ni la part yang aku malas bila Auni ada di rumah, kami akan berebut remote astro, grrr-grrr-grrr....

Itu belum masuk part dia membuli balik Adli, Arrizqi, isklaaa. Memang gempar rumah dengan suara mereka bertiga, aku mengerjakan dapur dorang memunggah ruang tamu, aku kerjakan ruang tamu, mereka punggah tingkat atas pula, pergh! berasap rasa. Baik Auni, baik Adli mahupun Arrizqi. Mereka akan sepakat dengan terbaik. Bila senyap sahaja di tingkat atas, aku kena bersegera naik meskipun tengah memasak, kerana mereka sudah mula memanjat almari pakaian mereka dan...dan...dan....punggah keluar semuanya. Diulangi dengan jelas punggah keluar semuanya, semua baju yang sedia berlipat cantik dan bersusunan elok untuk mudah diambil. Aku sudah terkena dua kali, lipat semula, susun semula, satu almari phew!

Bila kata anak-anak, letak barang tinggi mana pun bila sampai sel-sel otak mereka berhubung, makanya mereka akan berfikir secara kreatif untuk mencapai juga barang yang diletak tinggi. Almari solek master bedroom hanyala terbina daripada papan biasa sahaja, bukan jenis terbina terus lekat didinding, mereka gegarkan sahaja dengan kaki maka, botol-botol ringan di balik cermin akan jatuh. Satu botol minyak rambut, satu botol losyen habis dikerjakan. Satu bilik berbau wangi semerbak, lantai melekit dilap dengan teddy bear besar yang berbulu tebal. Wangi katanya. Teddy bear baru lepas mandi. Hrrrmmm...baiklah anak-anak jom kita pergi mandi.

Mandi bertiga, lain pula kisahnya. Bagi sebuku sabun, hanya berbaki setengah sahaja, selebihnya berbuih bilik air, beri pula ubat gigi dengan harapan menggosok gigi, habis sahaja gosok gigi, berus gigi di jadikan berus lori mainan. 
"acuh lori, umi" kata Adli. Huuuu...
Bagi ubat gigi pada Arrizqi, habis dikunyah makan begitu sahaja.
"hmmmm, dap umey dap" kunyah-kunyah tiub ubat gigi. Aduhaiii anak-anak. Korang memang terbaik.
Bila ada hero, kebanyakan ibu, emak akan mula pening kepala termasuklah aku. Bila Arrizqi sudah hampir sama dengan Adli, sesi buli balik bermula. Adli pukul, Arrizqi pukul, Adli tarik, Arrizqi tarik, Adli nangis, Arrizqi akan menguasai secara veto. Begitula selalunya sebelum Auni masuk campur, Konon kakakla meleraikan adik-adik. Cara dia meleraikan, taktik rampasan diguna kepada adik, sudahlah rampas adik akan dapat cakar rimaunya, hadiah khas, huaaa. Manalah aku tidak pening meladeni kerenah mereka, aku akan berasa lega apabila kesemuanya tidur. Akan tetapi, berkehendakkan semuanya tidur, merupakan satu perkara yang agak mustahil. Biarlah Adli atau Arrizqi sahaja yang tidur, keadaan jadi lega sedikit.

My love, my heart and my soul.


Auni pun dah macam boy, lepas ni takyah potong rambut lagi.

Apapun, aku tetap berasa bahagia menjadi pengurus rumah tangga sepenuh masa. Melihat mereka, membesar, berlawan cakap, bermain bersama, makan bersama, mandi bersama, sudah cukup buat penat aku hilang sebentar. Aku masih tidak terfikir untuk berkerja semula. Aku senang begini, aku senang hidup dengan biasa-biasa sahaja. Terima kasih kepada suami aku yang menjadikan aku begini, impian setiap wanita (betul ke?) hiiii...

Sekian sahaja entry pembukaan untuk aku kembali bersama dengan bloghijau, suka tidak ni? panjang bukan? puashati? hiiii, terima kasih sudi berkawan dengan aku, terima kasih masih setia. Salam sayang ketat-ketat. Jumpa lagi nanti daaaa... 

8 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah... puas hati sangat dpt baca!!!!! baca sambil bayangkan kerenah anak2 cha.. adoi, dapat kan aunty nad ni mmg menyinga la aunty nad, haha! xdapst nak bayangkan...zakwannayli je cukup la, jgn ditambahhhh hahahah

Rohani Hashim said...

Cha, tiba2 xleh cari mana Auni ni haha sepesen muka diorang ni ;)

Fizah said...

fewiitttt....lama tak dgr cite...hehe...

smoga terus tabah meladeni anak2...doakan aku pun sama ya...kdg rasa nak collapse dah....;D

Masya said...

SAMALAH BZ LAH SKRG NI X SEMPAT NAK KOMEN SGT ... SEMPAT BACA JER, MAK AIII PNJG GILER ENTRY .. NI MMG BETUL² PUAS BACA BAIT2 KATA2 DALAM TU HIHIHIHIHIHI .... SELAMAT BW KEMBALI DAN MENJADI BLOGGER TEGAR .. CHAIYOKKK... MOOD KT KELAUT OGOS HARI TU SBB BZ SUDAHNYA ENTRY PUN X BAPE NAK ADO.. NI BARU BERNAFAS BALIK..

eima said...

auni ngan rizki muka sama la ... seyes mmg iras bila auni rambut pendek cam tu

Sweetmama said...

nasib baik jgk ada laptop pemberian suami, boleh update blog.., nasib baik jgk masih boleh mengikuti perkembangan trio cha ni di IG..:))

ch@ said...

kak nad: ala tmbh la lg, satu je-satu je. jom sesaing nak? eh? haha.

eima, hany: siblingkan, auni mmg sama arrizqi. auni potong rambut sendiri, tokak sana-sini, terus potong di kedai.

sis yana: maintain je sis update blog. bloghijau ni, isk!

kak eija: terus bg daku sokongan ye kak eija, smg terus sudi jd kwn kita. lebiu.

ch@ said...

fizah: kaaaaaannns, mek free2 wassapp yo la, nak borak2.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in