Menghabiskan masa.

Wednesday, 24 September 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cara emak menghabiskan masa, macam biasa layan drama Korea atau baca novel atau buat art atau tidur. Ahah! yang terakhir tu sangat best kebiasaannya dibuat ketika abi trio berada di rumah, take turn please.

Cara anak-anak emak menghabiskan masa? hrmmm...hrmmm...(menggumam) nak taip atau tidak ni, aku rasa pastinya semua orang tahu bagaimana anak-anak atau kanak-kanak menghabiskan masa lelebih lagi cuti sekolah. Dorang memang sangat membuli emak, konker tv, konker fikiran emak, konker ruang rumah, konker suara emak, konker kesibukkan emak, bila ada tiga yang sedang membesar bersama, gabungan tu menjadi luar biasa hangatnya.

Projek cuti sekolah? untuk anak-anak, just stay at home. Untuk emak, mulala pening kepala, fikirkan menu, fikirkan aktiviti, fikirkan emosi anak-anak, fikirkan rumah, fikirkan suami, fikirkan kampung halaman, fikirkan bla...bla...bla...namun bila tekanan emosi tidak dapat dielakkan, emak nangis dalam hati dan membebel-bebel-bebel sampai bertukar jadi hijau, haha.

Hasil daripada aktiviti cuti sekolah kali lepas, Auni sudah pun masuk bilik tidur sendiri, aku tidak sangka pula dengan rela hati dia mahu tidur sendiri-sendiri. Oi! terasa aku sudah tua la, anak sudah berjauhan dengan aku-ceh statement macam anak duduk tempat lain. Lepas ini, kena tunaikan janji untuk lebih mem pink kan biliknya. Almaklumlah, basic cat untuk bilik hijau belaka, haha. Mahu cadar pink, mahu langsir pink, mahu tikar pink, adeih!

Adli, dalam proses latihan ke tandas, dia tidak mahu dipanggil Adli atau Aie, dia membahasakan dirinya "abang". Siang bebas pampers, sudah berjaya hampir satu minggu. Teruk jugalah hendak melayan sakit manja yang ada pada dia. Seluar yang biasanya boleh buka sendiri, tiba-tiba jadi tak boleh nak buka, baju yang biasanya sesuka hati pandai buka tiba-tiba boleh jadi isu air mata pula. Geram saja aku menengoknya. 

Arrizqi pula yang melebih-lebih, tahu-tahu tidak berseluar, tahu-tahu pampers sendiri sudah dalam tong sampah padahal baru sahaja ditukar. Dia buat kerja sendiri, eeeee kecik besor-kecik besor je aku tengoknya. Arrizqi si kaki bodek, pandai sungguh part pujuk memujuk. Sejak pandai cakap berpatah-patah ni, dia berlawan dengan abang Adli. Kejap dipanggilnya abang, bila geram dia panggil Aie sahaja. Marahkan kakak Auni pun sama, Ni...Ni... Bila baik panggil kakak. Aku memang perhatikan Arrizqi dan Adli bila tiba bergaduh. Arrizqi suka ajak abang bergumpal, abang tak kacau dia pun dia saja cari lawan, ambil bantal busukla, rampas basikal abangla, kadang tengah baring dia saje je bergolek-golek tindih badan Adli. 

Adli, bila dia tengah ralit tengah asyik main atau buat aktiviti memang jangan di kacau, sama ada dia balas balik atau dia menangis cari emak, dia cengeng sedikit banding yang lain-lain. Bila Adli menangis, memang Auni tidak akan layan sangat. Arrizqi nangis, Auni akan tolong, haha. Tapi bila main, memang Auni lebih suka ajak Adli, kalau ajak Arrizqi, Arrizqi tak mau Auni akan dapat cop gigit. Kakak borek adik rintik, tu la dia. Pangai sama betul. Kental. Kena marah buat bibir terbalik, kejap je buat muka, dia main angkat-angkat kening pula, eeee memang minta kena picitla.

Satu hari tu, tahap kebosanan melampau aku bawa pergi taman main. Amboih tak cukup tanah memasing berlari sakan, habis seluruh pelosok taman dijelajah tiga beradik tu, cukup masa aku ajak balik pasal emak nak layan Korea pula, turn emak. Auni sudah ambil tugas mandikan adik-adik, aku hanya tunggu dengan baju bila semua habis mandi, haha. Senang kerja emak. Makan pun masing-masing sudah tidak mahu bersuap.

"saya nak makan sendiri"-Auni
"takpe, abang boleh buat sendiri"-Adli
"nak-nak-nak"-Arrizqi. "umi suap Arrizqi"-emak.
"nanak!" sambil geleng-geleng kepala. So, lepas makan emak la kerja lebih sikit, macam biasa, haha.

Then, menjelang petang bila barang dapur sudah menyusut mulalah emak pening kepala. Memikir, apa hendak di buat. Ke kedai, malas. Cookies, melempeng, nasi goreng, jejemput bilis, kek milo choc chip, habis keluar skill emak yang selama ini tersimpan. Anak-anak tengah membesar, kena layankan. Bila tak dilayan, sendiri yang stres balik semula.

Ruang tamu rumah agak bersih sedikit sebab mainan semua sudah dipindah masuk bilik Auni, makanya seram juga bila tiga beradik tu di atas, risau dorang main benda-benda yang tidak ingin aku lihat, aku tawakal je la dengan barang-barang yang hanya tinggal botol kosong sahaja, huhu. 

Macam biasa, konker tb. Terpaksa aku buat jadual masa tengok tv.

 Lelaki da macam pempuan, pempuan da macam lelaki. Adli, Arrizqi, Auni. 

Lagi. Basikal roda tiga inila yang selalu jadi aktiviti rampas merampas. 

Beratur. Tunggu turn ambil kek yang baru keluar kukusan.

Jujurnya, menjadi seorang pengurus rumah tangga ini, tidak sama seperti yang dilihat dalam televisyen, punya maid, punya driver malah aku sendiri yang buat semua tugas-tugas nan tersebut walaupun aku manager, muahaha (nak jugak). Apapun, aku ok je. Tidak ok pun ok saja. Ok-ok saja, gittu. Oh! maaf entry tentang my trio again. Jumpa lagi di lain entry, daaa. 

10 pasang kaki:

Fizah said...

susah pula nak pastikan auni mana satu bila dah rambut pendek ni...simpan pjg sket pasni k...hehe...yg penting tetappp comeyyy...

nurfadilah suardi said...

Seronok mereka bermain dan membuli umi ye. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Makin keciklah umi diorang ni

Siti Fatimah Yusoff said...

Itu la susah nak cam auni.kena perhati betul2 baru cam..saya pun pengurus rumah tangga macam akak.tapi saya baru 2 hero.itu pon dah pening

illa rahman said...

welcome back...jgn putus asa tulis blog...simple tp best...santai style... used to be ur silent reader..opss...

Masya said...

satu pencapaian besar cha .. satu pencapaian besar tau .. manager house abi hihihihi .. ingat senang .. suka baca entry ni .. sambil senyum².. walaupun tau sebenar cha nak meluahkan rasa terbuku tak dapat berjalan cuti sekolah .. nanti tunjuklah bilik auni kalau dah deko tukar warna pink...

Iryns Ahmad said...

hehe cecomey semuanya...lelaki dh mcm perempuan,perempuan dh mcm lelaki..caption akk paling best!!

Sweetmama said...

hehe..itulah kan x ok pun kena ok kan jgk, mmg hari² kena hadap penat mcm mane pun..

wah bagusnya auni dh nak tido sendiri dalam bilik, kami ni masih lagi bergelimpangan tido depan tv anak beranak...huhu.

ch@ said...

Fizah: ha a, mmg insaf da. no short hair. dia x mau p tindik pula hr tu.

Dilaz: in shaa ALLAH, thanks dila.

Siti Fatimah Yusoff: Really? tahniah sebab berjaya menggalas tugas.

Illa Rahman:
terima kasih kerana sentiasa support sy, simple tapi best ye, hihii. tqtq.

sisYana: ini yg mls nk tulis entry ni, sisYana ni pandai menerka perasaan penulis ketika menulis. hahahaa.
nota: tlg taipkan entry sy pasni.

Iryns Ahmad: satu pattern sampai emak pun naik konfius.

kakEija: dia da masuk bilik sendiri. mmg tak kasi da adik2 dia masuk melainkan dia yg ajak masuk.

ch@ said...

Fizah: ha a, mmg insaf da. no short hair. dia x mau p tindik pula hr tu.

Dilaz: in shaa ALLAH, thanks dila.

Siti Fatimah Yusoff: Really? tahniah sebab berjaya menggalas tugas.

Illa Rahman:
terima kasih kerana sentiasa support sy, simple tapi best ye, hihii. tqtq.

sisYana: ini yg mls nk tulis entry ni, sisYana ni pandai menerka perasaan penulis ketika menulis. hahahaa.
nota: tlg taipkan entry sy pasni.

Iryns Ahmad: satu pattern sampai emak pun naik konfius.

kakEija: dia da masuk bilik sendiri. mmg tak kasi da adik2 dia masuk melainkan dia yg ajak masuk.

Nad MamaZN said...

mcm2 peel mcm2 ragam. comel jek semuanya.. :)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in