It's all about friendship 2.

Wednesday, 6 August 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, macam mana sambutan Aidilfitri? aku percaya semua orang menyambutnya dengan gembira. Syukur, aku juga berasa gembira menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan cara bersederhana sahaja, biasa-biasa tetapi agak rapi sedikit berbanding tahun lepas, mungkin faktor kematangan dan juga anak-anak yang sudah membesar, kian mengerti apa ertinya Aidilfitri.

Sebagaimana yang diketahui, aku berjaya menghadirkan diri ke majlis Iftar Reunion bekas pelajar Sek. Men. Keb. Tun Habab (SMKTH) 1997-2001 kali ke...errr tidak ingat, setahu aku kami bermula seawal 2009/2010 mungkinlah. Dan acara iftar bersama ini akan diadakan setiap hujung minggu terakhir bulan Ramadhan setiap tahun. Syukur, pada tahun ini kami dapat berkumpul dan mengumpulkan ahli yang lebih ramai daripada biasa. 

Bertempat di Restoran Warisan Asam Pedas dan Seafood Kampung Senibong, terletak di atas laut di Johor Bahru kami memenuhi tiga barisan meja disusun memanjang. Bila sudah penuh semua kerusi dengan kehadiran seorang demi seorang, keluarga demi keluarga, pasangan demi pasangan makanya suasana akan jadi riuh secara automatik. Tidak kirala pada masa yang sama, ada yang masih makan, ada yang sudah makan, ada yang sudah duduk bermenung, kemeriahannya bertambah gamat dengan kehadiran seorang yang sangat pakar bercakap, mujur juga ada Maslina atau dj Leen, hadirnya dia kami hanya perlu mendengar arahannya seorang sahaja, yang bagusnya semua akur walaupun banyak ekor bunyi suara-suara sumbang mengkritik, Leen...ada mak kisah! hahahaaa daya tarikannya sangat terserlah daripada aku sampai hinggalah aku pulang sehingga suami aku pun gelakkan dia.

Aku sengaja memakaikan trio dengan kuning menyala, untuk makan di restoran yang punya ramai orang ditambah dengan trio yang sudah pandai main sendiri, adalah sangat wajar aku memakaikan sedondon warna terang supaya semua orang alert itu anak kami, hihiii. Ya, kawan-kawan aku sangat sporting, mereka sama-sama menjaga anak kawan-kawan, bila aku terleka mereka ada untuk perhatikan. Keretapi aku je yang berlari sakan berpusing satu restoran, ngeri juga aku membayangkan jika ada yang terlepas masuk ke laut. Baru betul ke laut namanya. 

Ini memori kami untuk tahun 2014. Aku rasa, tidak perlula aku perjelaskan lagi suasana setiap kali perjumpaan, sudah pastinya tidak lari atau lekang dengan usik mengusik, bahan membahan, perli memerli, senda gurau, sakat menyakat, bla...bla...bla...dan aku pasti setiap pertemuan akan ada memorinya tersendiri.

Mereka, mereka, mereka dan mereka meskipun kami bukan bestfren forever namun bila kami berkumpul kami menjadi satu dan sekata. Bila kami berkumpul perkara yang mustahil hendak jadi pun boleh menjadi, bila kami berkumpul, walaupun saling bertingkah kata namun kami boleh juga mencapai kata putus atau keputusan yang paling baik. Aku percaya, sesiapa yang hadir reunion sekolah atau tempat belajar sudah pasti akan berasa kemeriahan luar biasanya. Betul?

 Meja 1, cari aksi tersembunyi. Ye, Aaron Anaqi dan pinggan, mummy Aaron, Jedt sedang bersilat menenangkan si anak.

Jedt pernah sound boyfren aku masa kami terserempak, aku tengah dating-tak tahu ko ingat lagi ke tak Jedt, kat the mines masa tu, and thanks boyfren aku tu dah jadi bapa kepada tiga orang anak aku. 

Hujung sini, Amoi. Kawan seperjuangan bergeladangan tengah padang. Kami ialah pelari rumah Tuah (merah). Moi, ko larat lagi tak nak berlari ngan aku? Ihihihihi...Amoi comey sedang mengandung anak ke empatnya. Cayalah!

Siti Fairus, nampak mata sahaja. Hrrrmmm...ini kali pertama aku jumpa dan bertegur siapa dengan dia, Siti sangat gila-gila, risau pula aku dia menginja sedangkan kandungannya nampak sudah sarat benar. Masa sekolah kami tidak satu kelas dan kami tidak saling bersangkut paut untuk berurusan. Pokoknya, kami di haluan sendiri-sendiri. Kenal camtu-camtu je.

Meja 2, cari aksi tersembunyi. Ya, kakak Alya bersama sudu dan sejug, sejug air laici. Emaknya, Nana retis hanya fokus dengan kamera. 

Nana retis, hahaha. Ini juga salah seorang partner aku bergeladangan di padang. Quatet 4x100m. Seorang lagi, rakan india rasanya. Sebelahnya Maslina, dj Leen, sesuai benar dengan jawatan dipegang. Dia pengawas berdedikasi masa di sekolah. Ye ke Mas?

Meja 3, tiada aksi yang mencuit hati nampaknya. Semua orang fokus makan dan bersilang tangan bertukar lauk pauk, ngehehe.

Ini baklava, untung dia dapat naik kapal terbang, hihiii. Rezeki kami dapat merasa. Aku makan tiga, Adli makan dua. 

 Namanya Zamalulkhair, aku panggil Karim sebab dia yang kata nama dia Karim, hahahaaa. Karim orang yang berkuasa total menerbangkan baklava, from Iraq with love katanya. Sekarang, dah stay je di Malaysia. Terima kasih sudi bagi rasa.

 Oih tu bukan makcik punya pinggan ye. Ini Rahifah, dia ialah kawan betul-betul duduk sebelah aku dalam kelas. Belakang tu suaminya, Yazid pun satu kelas dengan aku, dalam diam dia mengurat Rahifah, hiiiii.

Min, Rahifah dan Aziahana. Min manusia paling pendiam dalam kelas, kali pertama aku jumpa dengan Min, aku tak suka dia, hahaha. Lama-lama dia jadi kawan paling tip top dengan aku. Lepas SPM ada juga kami bertemu. Min sangat nice.

Aziahana, yang selalu kirim salam or usik dia ialah along atau suami bonda QWP, sangat lemah lembutnya dan kami pernah terjumpa sekali masa aku sedang berdating. Ya, orang yang dating ngan aku tu la bapa kepada anak aku yang bertiga tu ha.

Dari kiri Hasdi, nampak maintain tapi macam berisi pula mungkin sebab dia pakai warna putih. Hasdi, kang cakap lelebih nama aku kena bahan pula, hrmmmm kasi ayat klise je la, aku takde apa-apa pun peristiwa best dengan dia, (tangan ke bahu, mata ke atas). Larikkkk!

Yazid, suami Rahifah. Dulu, suka sangat tidur dalam kelas. Sekarang, dia jadi burung hantu. Dia berkerja dengan pdrm. Sebelahnya Asyaari atau Imam, kawan aku daripada darjah 4. Nama je kawan, tapi aku jarang sangat berborak mesra alam dengan dia. Aku kan pemalu-pergh statement.

 Man atau PakTua, sesi memberi cenderahati yang tidak seberapa.

Yani (isteri Hasdi), Rahifah, Reen, Amoi, Dj Leen, Nani (isteri Imam), Nana, Aziahana, Siti, aku, Ikin (isteri PakTua), Lea (isteri Pudin) dan Intan (isteri Agypt).
Reen, dulu...aku bukan geng dia. Dulula. Sekarang, kami buddies takkan terpisah-inshaaALLAH.

Gambar bawah dari kiri. Hanafi, dia kreatif. Tak cakap banyak tapi tangan suka melakar benda aneh-aneh. Sorry Han. Hasdi. Karim. Ajib-geng aku study biologi. Yazid. Pudin-tokey ketam, hahaha. Imam. Zulqarnain-mulutnya kus semangat, katanya berbisa dulu, kini dan selamanya (mungkin). Suka belanja kawan-kawan dominos (aku dapat free tak nanti) dan Pak Tua, he is an organizer cum cameraman. Tanpanya, kami tidak meriah berkumpul.

 Five of us. Yellow theme in the restaurant, hihiii. 

Semoga ikatan persahabatan kita semua berkekalan selamanya dan sentiasa di bawah redha Allah. Terima kasih pada yang sudi hadir. Terima kasih kerana sudi menerima cenderahati iftar tahun ini daripada aku dan partner, Man atau PakTua. Terima kasih kepada Reen kerana sudi memberi rasa biskut raya buatan sendiri dan Yot (tidak dapat hadir) atas tasbih yang dihias manik cantik juga Karim atau Malul, yang membawa baklava (kali pertama aku makan, rasa nak dua kali, tiga kali, kali keempat aku dah tak jumpa kotak baklava tu) jauh daripada Abu Afif Sweets, Al Karradah, Baghdad. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih.

Entry di atas ini sekadar pandangan aku sepanjang perkenalan kita. Mana yang terlebih, mana yang terkurang harap maafkan aku, aku tidak begitu pandai menilai tentang erti persahabatan secara mendalam. Kepada yang terasa, yang berkecil hati, aku minta maaf banyak-banyak. Kesimpulannya, kenangan dengan kamu semua merupakan sebahagian kenangan untuk diri aku sendiri. Terima kasih kawan.

Kehidupan tanpa kawan atau sahabat ibarat mati tanpa diketahui orang. Sekian, salam jumpa lagi, daaaa...

7 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

best!
moga persahabatan terus berkekalan..
anak2 plak penyambung ikatan, in shaa Allah :)

syawalsimpsons said...

seronok dapat jumpe kengkawan sekolah ni balik..

eima said...

bgs la hang ni Ch@..klu aku abis semua dah aku lupa ...
kami mmg tak penah contact pun ...
even budak lps spm dulu ... teruskan hargai persahabatan ch@

Sweetmama said...

meriah n srnoknya berjumpa kawan² lama. semoga ikatan persahabatan kalian berkekalan selamanya.

terasa lama dah k.eija xde agenda iftar bersama kawan² sekolah, last tahun 2011 rasanya..rindu la plak dkt kawan² baik masa school dulu..

LYAfrina said...

bestner..
rindu kat kwn2 zaman sekolah dulu..
rasa nk kumpul ramai2 camni..
tp susah nak plan..masing2 duk jauh2..

sal ya said...

sahabat selamanya...

ch@ said...

kak sal ya, kak nad- in shaa Allah.

sue- dorg gila2. meriah sgt2.

eima- agaknya sebab aku x ramai kwn, so siapa yg sudi nk kwn ngn aku, aku sgt hargainya. in shaa Allah.

lya, kak eija- dorg ni still keep in touch. kes cari sampai dpt. guna semua medium yg ada. stakat ni, berjaya jumpa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in