It's all about friendship.

Wednesday, 23 July 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah pun hampir ke hujung bulan ramadhan (azab betul menaip, tanpa butang kekunci laptop ni). Hari ini bakal menjadi hari sibuk kerana aku akan terbabit dengan persiapan raya dalam rumah besar ini, tambah-tambah hendak pulang ke kampung halaman dan bercuti lama, bagi aku sangat perlu untuk mengemas rumah daripada hadapan hingga belakang, daripada atas hingga ke bawah, daripada kiri hingga ke kanan. Bersiap-siap.

Terasa bagaikan lama sangat menyepi tanpa khabar-argh statement kemain lagi maka pada kali ini aku mahu luahkan rasa sangat gembira dan sangat berterima kasih kepada kekasih aku, suami kerana sudi membawa aku keluar untuk berbuka dengan kawan-kawan semasa zaman kami belajar dahulu. Adtec, TKC 1/2004. Pertemuan yang menemukan, super senior, kawan perempuan dan kawan lelaki (suami aku sendiri). Kami berkumpul di rumah kawan aku merangkap sifu merangkap kawan baik. 

Aku tidak percaya juga suami aku boleh layan kerenah aku untuk sama-sama pergi, hiii. Kami orang yang pertama sampai di rumah Izma atau Eima, macam biasa indahnya berbuka dalam rumah berbanding dengan berbuka di restoran ialah anak-anak. Masuk sahaja rumah sudah dihidangkan dengan mainan terus lupa emak dan bapa. Syukur anak-anak aku sudah pandai bawa diri maka urusan untuk aku membuat aktiviti sendiri tidak begitu terganggu.

Waktu hampir berbuka sampai lagi tiga buah keluarga, inilah masa untuk party. Kami berbuka bersama-sama dengan pelbagai keletah, telatah. Bila kawan lama berjumpa secara automatiknya rumah tidak akan sunyi, penuh dengan hilai tawa, senda gurau, usik mengusik, perli-memerli, tuduh-menuduh, cerita tentang dia, dia, dia dan dia. Bertukar cerita, itu memang sudah pasti apatah lagi, anak-anak memang tidak masuk campur urusan emak, bapa. Seronok bukan?

Bercerita sambil mulut tidak berhenti mengunyah-aku la tu, mereka yang bercerita aku hanya menjadi pendengar dek kerana mulut aku sangat sibuk dengan aktiviti sendiri, ekekeke. Izma masak memang sedap, ha a sepanjang di sana memang tiada satu pun yang fokus pada hidangan yang penuh semeja. Kenapa? kami sibuk berborak, bercerita, berborak dan bercerita. InshaaALLAH semoga pertalian persahabatan antara kami kekal hingga bila-bila. Buat Izma dan Azura khasnya, kalian berdua memang yang paling terbaik. Juga termasuk suamiku, kita paling lama bertemu seawal 2002 lagi. Thanks to be my friend forever dalam pada tidak sedar.

Masih mengekalkan kesukaan yang sama seperti dahulu. 

Kindergarden. Meriah dan kecoh! 

Emak-emak dan lelaki berbaju kuning belakang tu, kami satu kelas yang sama. 

Bapa-bapa dan anak-anak. 

Anak-anak. Ours precious kids. Ye, keretapi pajang tu la aku punya. Contohi mereka, kali pertama bersua, terus mesra. Mereka hebat.

 All of us. 

Baca lagi kisah kami di:
Baby Hanan: [Masih lagi membahan.]
Terkini: [Lets potluck!]

Berbuka kali ini, merupakan kali pertama aku di bawa untuk berbuka di luar daripada rumah sendiri, macam tidak percaya tetapi itulah kenyataannya dan hujung minggu nanti akan ada satu lagi majlis berbuka bersama kawan sekolah yang aku sangat nanti-nantikan saban tahun, inshaaALLAH aku dan keluarga akan hadir ke majlis paling havoc sepanjang Ramadhan.

Di kesempatan ini juga, aku mengucapkan salam aidilfitri kepada pembaca bloghijau ini, dengan rasa rendah diri aku mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang aku menulis di blog ini, ada nya kekasaran bahasa dan terlajak bicara menjadikan kalian kecil hati dan terasa. Lebaran ini, semoga kita dapat manfaat dan berkatnya bersama. Kalian semua sudah aku maafkan, inshaaALLAH. Aku juga mohon maaf kepada yang ternanti-nanti kad raya aku setiap tahun, tahun ini tiada kad raya berikutan kekangan masa yang sangat melampaunya, terasa lain macam bila aku tidak buat berdemikian.

Sekian, salam aidilfitri dan jumpa lagi. Daaa...

6 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

bestnya!

salam aidilfitri utk cha & famili jugak
maaf atas salah dan silap kalau ada ya!

eima said...

selamat hari raya ch@ ... maaf zahir batin

Rohani Hashim said...

Cha seronokkkk kan berkumpul cmni. Betol kalau dgn anak anak ni better buat kt rumah la. Senang nak pantau kan.

Selamat hari raya cha... In advance gitu ;)

nurfadilah suardi said...

Seronoknya bersama kawan2
Selamat hari raya cha. Maaf zahir dan batin

Sweetmama said...

Selamat Hari Raya Cha..
Maaf Zahir Dan batin..

Meriah n srnok ikatan persahabatan masih kekal utuh.

ch@ said...

kak eija- in shaa Allah. terima kasih doanya.

dilaz- happy :D

hany- yups. pnh juga buat di kedai mkn, mkn pun x.tenang...risau hr hujannya, risau anak2nya yg berlari...

eima, kak nad- kosong-kosong ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in