Bertukar kedudukan lagi.

Wednesday, 25 June 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, ini hal kalau tahu dek Fizah si penyusun atur tu, habis aku kena bahan. Biasalah benda baru, bila turun daripada tingkat atas mata terus fokus pada suasana baru. Apakah? Almari buku ler, saja suka nak ubah kedudukan supaya semua ruang almari dapat digunakan selain itu hendak memendekkan lagi jangka hayat almari tersebut dengan harapan akan ditukar dengan yang baru, wiii.

Baiklah, ruang tamu aku yang macam padang futsal pada asalnya, aku bahagikan kepada empat bahagian. Ruang tamu, ruang berkerja, ruang makan dan ruang anak-anak. Itu pasalla aku lelah setiap kali yang anak-anak ini menyepah. Bukan tidak mahu buat bilik untuk anak-anak, mahu tetapi waktunya belum bersesuaian kerana tetamu yang keluar masuk rumah bertandang lebih suka menggunakan bilik bawah di mana bilik yang aku fikir sesuai untuk anak-anak. Bilik atas ada tetapi (alasan lagi) kata Auni "kat atas tak best" ahaaa acaner tu. Aku memang sudah berangan ruang atas akan dijadikan ruang ala taska. Berangan.

Fokus, ruang bawah tangga aku sudah jadikan ala taska bersebelahan meja makan. Ruang kerja bersebelahan dengan ruang tamu dan dijaga oleh aku sepenuhnya, sudah gaya pengawas perpustakaan pun ada. Asalnya almari tingkat ini ada tiga buah dan mempunyai 9 ruang. Almari berharga RM19.90 ini memuatkan kesemua buah novel milik aku, ok memang aku tamak. Sejak bertukar sebelum ini, sebuah almari tidak aku gunakan dengan efisyen, dan untuk tidak membazir ruang kosong begitu sahaja, maka aku ubah posisi kedudukannya.

Dua rak naik atas almari komik abi, syukurnya sebab ngam-ngam dan sama tinggi rupanya, lega. Dan, susun novel secara menegak, aku sangat suka sebab kesemua ruang sudah pun digunakan sehingga ruang paling atas. Memang aku berangan hendak mempunyai almari buku ala-ala drama Korea-walaupun aku tahu dorang buat almari buku yang palsu semata-mata. Almari buku tinggi sampai ke bumbung gittu. Hasilnya.

Satu almari lagi, aku letak atas meja untuk barang-barang art, puas hati. Susun dengan senyuman dan lega sebab apa yang aku rancangkan telah menjadi. Setelah siap, aku menyusun semula kesemua kedudukan dan siri komik suami, ada yang bertaburan di tandas atas dan tandas bawah aku tidak mampu untuk kutip. Letih.

Almari komik dan almari novel. Kedudukan asal bawah tangga.

Masih lagi di bawah tangga, dengan adanya set meja kerja.

 Transform, bertukar ruang dengan meja makan. Rasa baru sahaja mewujudkan sebuah bilik. Almari novel sebelah kanan, yang bawah masih kosong dan tersorok.

Ruang kerja bersebelahan ruang tamu.

Tunggu dan lihat sahaja ketahanannya sampai bila, tiga buah rak tiga tingkat digunakan sepenuhnya. 

 My own port. Green's everywhere :)

Sekarang, inilah ruang yang paling aku suka macam biasa, ihihihi. Ok tak? Lain kali aku akan kongsikan ruang dapur pula. Ruang kedua yang sudah banyak kehijauannya, poyo! Sampai sini sahaja, jumpa lagi.

8 pasang kaki:

Masya said...

bagi idea utk rumah kita pulak plss.. pls... sonok ruang mcm ni penuh dgn terisi kesukaan ... abi bkk pintu pun suka suasana lain hihihihihi.....

Nad MamaZN said...

ok sangat...kemas bebeno
kak nad plak, kalau buku2 paling tak suka letak dekat dgn ruang tamu, sbb tak suka klu ada org dtg dorg pi sepah2 kan, haha..! kemut kan? kedekut pun ye jugak, kekeke..

safurara said...

kemasnyaaa! sejuk je mata memandang.

eima said...

klu pi rumah ko ni .. sure aku terjah mini library komik tu dulu .... hihihi

fazilzura said...

kemas btl .. bnyk btl komik2 yew.. dlu adik suke kumpul , now dh kwin .. dia x berkomik dh

ch@ said...

sisYana: eh, sis lagi kreatif. kita ni, lekas bosan.

kakNad: ihiks, itu je port yg paling cun, letak kat tempat game abi trio, akan difikirkan kelak. bagus juga idea tu. kena tambah beli perabot barula nampaknya nnt :)

safurara: terima kasih.

eima: baca sahaja tau lps tu pulang semula :)

fazilzura: suami punya, salah satu kegemaran dia, sampai komik dah habis keluaran pun.

LYAfrina said...

waa..kemas je.. lg2 tgk buku tu tersusun kemas di rak..

Sweetmama said...

ok sgt, kemas dan sgt teratur..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in