Insan biasa.

Wednesday, 2 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pemberitahuan, ini entry empunya blog hendak interframe, hahaa. Awak rindu saya tak?

Hi, skip seminggu lepas kerana berada di kampung halaman selama satu minggu. Ambil peluang cuti sekolah, seminggu sahaja tapi sempat juga ternak lemak. Habis seminggu, mengadapla sesi susah hendak pakai tudung, sesi seksa hendak menyarung jeans dan buat-buat tidak endah bila saiz kasut berubah kepada yang lebih besar. Mengembang dengan baik punya.

Papa aku pula memang bijak sesangat menggunakan alasan sayangkan cucu, layankan cucu, ambil masa dan ruang dengan cucu, mengajak cucu jalan-jalan cari makan. Bila balik rumah bawa makanan yang bukan calang-calang, memang menggoda iman tekak, jam pun dah dekat tengah hendak malam, dan-dan-dan itu jugalah baru hendak makan malam.

Cukup seminggu, memberi impak maksima terhadap saiz kasut makanya kena menjalan aktiviti gaya hidup sihat secara tidak langsung merindu akan tangga di rumah sendiri. Tangga 18 mata, saban hari naik-turun-naik-turun, rindu akan aktiviti melakukan kerja rumah sampai peluh berjejeran, dan-dan-dan teringat PB yang sudah sekian lama terselit dalam almari, hahahaaa. Insaf.

Syukur, balik Sg. Buloh masih diberikan kesihatan yang baik dan perjalanan kehidupan kembali seperti sebelumnya malah menjadi sangat sibuk lagi, phew! Tu yang macam hendak pejam mata sahaja dengan bloghijau akan tetapi bila ada yang bertanya khabar, bertanya tentang anak-anak, terasa...terasa...terasa...diriku begitu berharga, cellamak!

Hi, sayalah empunya bloghijau, peace.

Saya, bukan siapa-siapa :)




Salam sayang daripada penulis bloghijau yang kejap timbul dan kejap tenggelam :)

7 pasang kaki:

Masya said...

hai .. sy lah pembaca setia hijau cantik tu hik hik hik hik >___<

Sweetmama said...

Rinduu..♥
geram tgk 3 beradik comel dan aktif ni..
srnok la cucu2 tok papanya rajin melayan.

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah sihat, cantik dan cergas adanya.. hehe..

Jgn tinggalkan selalu blog ye... pasti ramai yg merindu..hehe...

eima said...

a'ah la tembam sikit la..syoknye .....
enabi dpt cuti jg ke

Nad MamaZN said...

serius, kak nad rasa rindu tetiba kat cha :'(
sebak plak tetiba... jgn tinggalkan lama sgt ek blog ni.. kt blog la kak nad bleh dpt berita terbaru dr cha.. klu kat IG cha x tulis panjang2 camni, xbest. lgpun kak nad jarang bukak ig tu. kak nad suka baca ayat2 cha yg mcm dlm novel ni... dpt baca berita terbaru smggu skali pun jadik la, dpt gak lepaskan rindu :(

syawalsimpsons said...

rindu mek ngan mung...kikikiki....dalam whatssapp je la dapat baca celotoh mung ni haa

ch@ said...

kakIeyna, sisYana: terima kasih kerana setia.

kakEija: hilang rindu, habis serata alam dibawanya berjalan.

Eima: 50kg da wei. cuti sekolah je dpt cuti lama skrg ni.

kakNad: RINDUUUUUU kakNad juga. ini yg membangkit semangat nak tulis blog balik ni.

Sue: haha, ye la kan. tapi takleh la nak celoteh selain tuppy.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in