Sayang dan kepercayaan.

Friday, 3 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, hari ini hari kedua Auni ke sekolah, syukur sangat aura positifnya kekal daripada pagi hingga balik sekolah. Hari ini, tiada lagi drama pintu pagar sebagaimana semalam, puas hatinya, lebar senyumannya sebaik sahaja dia terpandangkan aku bersama Arrizqi menunggunya di luar pintu pagar sekolah. 

Ya, beginilah perasaannya, berginilah rasanya, beginilah keadaannya untuk hari-hari mendatang, perasaan yang sangat sukar untuk digambar, berbaur gembira, terharu, sebak dan semestinya sangat teruja. Rasa yang sangat susah untuk difahamkan, rasa tidak percaya, rasa sayang, rasa dia masih perlukan insan tersayang disisi untuk membantunya. Keadaan aku yang tidak ditemani celotehnya waktu pagi, aku yang perlu hantar dan ambilnya pergi pulang sekolah. Aduhaiii! harapnya perasaan ini berlalulah sebaik sahaja entry ini habis ditaip. Mungkin panjang berjela, maafkan aku.

Hari ini, abi tiada untuk menjaga Adli, Arrizqi yang masih tidur. Aku perlu mengangkut dua orang ini sekali untuk menghantar Auni ke sekolah. Masakan, aku mahu tinggal sahaja mereka begitu sahaja? Owh! itu adalah satu-satu perkara yang aku tidak akan buat. Tidak sama sekali. Jika boleh, aku juga tidak mahu meninggalkan mereka berdua di dalam kereta. Mungkin, Allah dengar permintaan aku agar dipermudahkan hari ini. Selesai menguruskan Auni, aku uruskan Adli dan Arrizqi tukarkan pampers dan bagi minum susu. Mereka celik dan ikut sama teruja. 

Sampai sahaja di sekolah, Auni sudah meluru turun, meluru ke pintu pagar sekolah, meluru masuk tanpa salam dan selamat paginya meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh menguruskan adik-adiknya. Kemain lagi dengan riang-rianya mulut bernyanyi-nyanyi. Sabar je la. 

Sempat aku menyuruhnya menyusun kasut sendiri di atas rak, sebelum minta kebenarannya untuk balik rumah. Dia angguk sahaja, apa yang dipesan. Dengar cakap cikgu, hendak kencing beritau cikgu, tak mahu nangis, tak mahu bergaduh, main sama-sama dengan kawan. 
"Ye umi, sayakan dah besar, saya tahu" Itulah ayatnya seperti biasa. Sebelum dia menyambung dengan jari telunjuk ke muka aku. Dia mula buat muka.
"umi janji eh, jangan bagi abi datang nanti" hihiii...aku gelak dengan reaksi mukanya. Anak-anak, bila dijanji wajib ditepati. Dia akan ingat dan simpan dalam memori. Itu yang aku belajar dari kejadian semalam. 

Semalam, sebaik sahaja dia turun daripada kereta abi, betul-betul dipintu pagar dia bercekak pinggang dengan muka cemberut sambil berkata "umi...kenapa umi balik rumah? Kenapa umi tak tunggu saya, nyanyi dengan saya?". Terdiam juga aku yang sedang menanti dipintu rumah, terkedu. Erk! Kebetulan abi hendak keluar, makanya abi offerla untuk ambil dia balik dari sekolah. Sememangnya pagi itu aku yang berkata akan mengambilnya, nanti. Hihii! 

Balik menghantar Auni, aku menguruskan rumah dan dua lagi hero yang masih di awang-awangan. Mamai. Rumah aku sunyi sahaja tanpa Auni walaupun ada dua hero yang kebiasaannya dalam kategori lasak. Adli tidur sebaik sahaja aku mandikan, Arrizqi terus menyambung tidur yang terganggu pagi tadi dan bangun ikut waktu macam biasa. Kan...? sunyi.

Kebetulan aku bersiap hendak ambil Auni, abi pun balik. Aku tinggalkan sahaja Adli yang masih tidur dan bawa Arrizqi bersama. Senang hati tengok Auni senyum lebar, dengan mulut kembali bercerita. Aduhaiii, banyaknya cerita dia berbanding semalam. Aku bawanya ke kedai kerana dia sangat berani dan kental di sekolah. Dia tidak menangis, dia suka sekolah. Dia hendak ke sekolah lagi kerana ada ramai kawan, walaupun aku dengar suara cikgunya kemain melantang. Hihiii. Lagi garang daripada aku. 

"umi, ini cikgu bagi" disuanya aku resit pembayaran yuran pendaftaran sekolahnya.
"umi, tadi saya makan mi, tengok ni baju saya" sambil tangannya mengembangkan t-shirt dengan sedikit kotoran.
"umi, saya suka sekolah. Saya hendak pergi sekolah" dalam kereta dalam perjalanan balik rumah.
"umi, saya suka kawan. Sekolah saya ada banyak kawan" betul-betul. Nyata, ceritanya pada hari ini lebih banyak daripada semalam.

Sampai di rumah, dia bercerita tentang pelajarannya apabila abi bertanya. Aku sudah tidak larat hendak layan. Pasti dia tetap akan cerita lagi esok, lusa, dan hari seterusnya. Hati aku yang mula sarat dengan rasa berkecamuk mula tenang dengan ekspresi yang dia sendiri tunjukkan. Terima kasih Auni, kerana memberi umi kepercayaan untuk melepaskan Auni. Umi sangat bangga dengan Auni kerana umi sendiri mula bersekolah pada enam tahun. You go girl!

Umi rela sahaja melayan kerenah Auni sebelum ke sekolah, memandikan Auni, menggosok gigi Auni walaupun mata Auni tertutup. Auni hendak dukung bila sudah bersiap untuk ke sekolah. Tidak mengapa, bagi umi itu bukanlah apa sangat pun. Enteng sahaja.

Esok Auni cuti, hari Isnin kembali ke sekolah lagi ye. "ok" diikuti ikon senyum.

 Tengok, meja dia paling bersepah sekali.

 Balik rumah dan di malam hari.

My Precious Love, Auni.

Nota hijau: Semalam, dia angkut pensil warna dan pensil kawan, habis dikoreknya depan dan belakang benda tu, "jadi lebih banyak" katanya. Hari ini, pensil box dia hilang, pensil warna kawan yang baru dibawanya balik. "kawan tu ambil, biarlah dia pinjam je" katanya. Adeih!

6 pasang kaki:

asyifa mustaffa said...

Bnyk kisahnya...layan kan aje kan...lepas ni mmg x de dah moment mcm ni...😊

PUANSTOBERI said...

tumpang baca keseronokkan cha :)

Fizah said...

pantas sungguh terasa masa berlalu..

Nad MamaZN said...

tumpang hepi jugak :)

Masya said...

alhamdulillah auni kaka yg bijakkan .. mmg pandai berkwn dia yer... cube cha carik gambar cha tadika dulu bandinkan dgn auni .. alahai sweetnya auni gegirl ni.. lps ni umi jgn mungkir janji .. dan bertabah yer.. klu auni mintak upah blk sekolah setahn dah merasainya tahun lepas hihihihihi

ch@ said...

Ashifa Mustaffa:
boleh layankan, tapi no lebih2 pelis, nnt mnja. gi sekolah asyik minta upah je. payah jg.

kekDa, kakNad:
saje nak buat coretan perasaan kali pertama. dulu, mama yg uruskan kita. now, kita uruskan Auni. sobs!

Fizah:
30yrs old this year. Owh! Myself and I.

sisYana:
rambut lurus, depan atas dahi belakang cicah bahu, kemeja putih, skirt biru tua. muahaha. mostly gambar sudah rosak sis, taktau pehal tah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in