Karya awal Auni.

Wednesday, 29 January 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumpa lagi pada hari Rabu, bersama hos anda ch@hijaucantik. Setelah hampir satu bulan Auni bersekolah, rata-rata pembaca bloghijau ini kenal dengan Auni, si peramah, si banyak tanya, si banyak kerenah, si banyak cekadak, si banyak akal dan segalanya banyak la ada padanya, mesti hendak tahu perkembangan aktiviti dan perangainya pabila sudah bersekolah.

Sebagai ibu bapa kita mesti hendak melihat perubahan positif mereka kepada sekolah. Auni memang seorang yang macam-macam, normal kerenah anak yang baru hendak lima tahun, mereka cenderung menggeledah dan menjelajah sekalian alam, aktiviti bermain memang tidak dapat dipisahkan baik di rumah atau di sekolah.

Minggu pertama dan kedua, jawapan kepada soalan yang sering aku tanya sudah menampakkan perubahan. Serius, aku memang alert sangat, antara sebab mengapa Auni lebih suka mengambilnya pulang ialah aku suka bertanya aktivitinya di sekolah. Soalan sama sahaja, "Auni makan apa di sekolah hari ni?" atau "Auni belajar apa hari ini" dan pada minggu ketiga dia sudah bercerita sendiri tanpa aku bertanya, haha.

Awal minggu lalu, jawapannya ialah "main, main, main dan main" sampai aku pun naik konpius, apakah dia hanya bermain sepanjang hari? Namun, mengikut intipati mesyuarat JPTP yang lepas, cikgu lebih utamakan anak-anak berumur enam tahun didapati hampir separuh masih tidak mengenali huruf ABC, makanya tidak hairanlah Auni hanya bermain sahaja.

Masuk minggu seterusnya jawapan "hari ini saya belajar ABC". Dengan selamba dan tidak menyempat-nyempatnya dia hulur segala kertas bertulis tangan kirinya kepada aku, bila dia menulis tanpa titik-titik dia memikir bentuk-bentuk huruf yang kebiasaanya terbalik ialah B dan D. Huruf M dan W. Setelah dikerah berkali-kali barulah nampak kebolehannya menulis ABC huruf besar dan kecil dengan cemerlang. 

Now, jawapan kepada soalan aku yang sentiasa sama, "hari ini saya belajar anggota badan", "hari ini saya belajar nombor, umi", "hari ini saya makan cupcake", "hari ini saya makan nasi tapi ada daun, saya tak suka daun", "hari ini saya belajar anggota badan" dan perkataan yang dia sudah biasa sebut "thank you teacher", "tujuh hari satu minggu". Paling seronok dia sudah mengetuai meja makan dan bilik tidur dengan membaca doa untuk semua sebelum makan dan tidur. Hi5 Auni.

Mungkin, Auni juga mengikut jejak langkah emak yang suka art. Dia suka melukis rumah, pokok, matahari, tanah, awan, pelbagai jenis bentuk, merwarna dan menulis nama sendiri, wiii! 

 Ada titik-titik ni, jangan tertipu.

 Usaha Auni, suruh buat bulat enam biji, tangan lenguh katanya.

 No more titik-titik, buat sendiri hasil pantauan abi walaupun kertas sudah jadi seperti sampah.

Karya Auni, aku kata huruf A macam buai, betul-betul dia buat A jadi seperti buai. Rumah Auni tu salah, katanya lagi, "habis, rumah Henry Huglemonster macam ni". Ok, aku pun ajar buat rumah, sekali sahaja dia tengok terus dia boleh buat. Kertasnya? Jadi sampah sudah.

Owh! dia still suka buat ABC terbalik, ala-ala cermin. Sekarang, semuanya hampir berjaya ditunjuk ajar, anak-anak ni, sangat terang hati bukan...? Setuju tidak? Sekian sahaja bebelan hari Rabu, kekeke.

15 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

baguih auni ni tau..lama2 nampak hasil dak aktif ni tau

Zura@Iwan said...

betui2...
anak2 ni mmg terang hatinya
banding kita yg dh berumor ni..
kalau bljr lg..agak2 dpt ingt ntah tk..haha..

jaja_NorLiza said...

wah....dah pandai lukis...syabas auni!

asyifa mustaffa said...

Cantik kaler2nya...mmg anak pun ikut jiwa art la ni ya...

Cik Jue said...

lukisan auni lagi cantik berbanding kak farisyah...
bijak budak nie...

Nad MamaZN said...

Alhamdulillah.. Baru lg
Blum pun pertengahan tahun :)
Akhir tahun nnt in shaa Allah auni jd pelajar cemerlang
Tak mustshil :)

Fizah said...

wewit bijak anak solehah auni!!

mama lieyna said...

Good job auni! Memberangsangkan... budak2 kalau nmpk minatnya ada utk belajar sgt bagus, takla kita sebagai emak ni risau kan..
Waaah kreatif auni, mcm umi jugak ye... syabas!
*er.. n3 akak pasal arif@skoll schedule keluar hari ni..hehe.. sama pulak :-)

Masya said...

alhamdulillah moga diterangi hatinya amin... auni kan kakak.. mesti jd contoh yg baik pada adik².. silap² cha ajar lbh sikit.. dia ajar adik² pulak kikikiki

:: Mrs.SyahNia :: said...

ikut jejak langkah ummi ni besar nanti..kreatif.. ;)

eima said...

hebat tuk hanya sebulan .. terbaik ..
auni pandai mewarna .. fahim suka hati je terkeluar2

ch@ said...

Ain, Asyifa Mustaffa, kakJaja, Sue:
habis segala kertas art emak dikerjakannya, nak yg colour2 pula tu. erk!

kakZura:
blur kak blur. hari tu je training ms excel, dgr penerangan langsung...satu hapah tak masuk.

kakJue:
tulisan kidal. tah ikut siapa.

Fizah, kakNad:
inshaaAllah, tak cemerlang pun tak apa, janji dia hendak belajar dan dia dapat apa yg dipelajari tu.

kakIeyna:
ada juga dia kata cikgu tu garang sangat, marah kawan dia, mujurnya dia still hendak lg pergi sekolah.
*kebetulan sama. no problem.

sisYana:
kita ajar dia, dia kata kat sekolah buat mcm ni, walhal kita ajar tu sama je kat skolah dia sendiri yg salah, tak mengaku. jadi geramla pulak.

Eima:
dia drpd kecil suka mewarna, baya Adli dia dah kenal semua warna, Adli? hrmmm mmg taklah.

Sweetmama said...

ok la Auni hendak bercerita perihal sekolah bila ditanya, zaquan x suka kita tanye dia, tp kitaorang tanye jgk w/pun xdpt jwpn, tp kalau dia betul2 nak bercerita kita x tanye pun dia akan cerita sendiri..

lepas ni auni mesti makin bijak..

LYAfrina said...

auni punya minat y sama mcm asya..lebih kpd art jugak..

ch@ said...

kakEija:
lelaki kan pemendam, skali terluah habis semua keluar.

Lya:
anak-anak mmg suka art kot.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in