Pantai.

Monday, 22 December 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai Disember, 
FAMILY...where life begins and LOVE never ends.

Aku sudah lama berangan untuk mengajak tn Erwandi membawa trio ke pantai, bermain korek pasir, bermain di gigi air, membuat istana pasir, berhempas dengan ombak, menikmati angin pantai dan bergembira. Bila berangan menjadi kenyataan, hrmmm apalagi, jom kita lupakan apa yang kita kerjakan sekarang. Ayuh! kita gagah berlari dan berselfie, harinya telah tiba.

Kebetulan Hari Keluarga Hj, Tohalus (pertama kalinya diadakan) serentak dengan Hari Keluarga Jabatan Multimedia (tempat kerja tn Erwandi), sudah semestinya aku memilih untuk pergi yang pertama kalinya diadakan, ditambah diadakan di Pantai Batu Layar berbanding dengan tempat lagi satu di kampung halaman tn Erwandi. Mulanya memang gelabah hendak memilih yang mana satu, tapi aku memikirkan aku sudah kerap kali juga join hari keluarga tempat kerja tn Erwandi jadi, kita ubah pilihan pada tahun ini.

Lagipun, banyak objektf yang kita boleh dapat bila ikut serta program hari keluarga begini. Barulah betul erti makna hari keluarga. Keluarga.

Makanan sedap, bebas bersembang dan beraktiviti, berkenalan dengan susur galur emak dan bapa saudara, berjumpa dengan sepupu yang pertama kali bertemu mata, bersembang sampai pagi, bercerita yang tidak berkesudahan, hari keluarga memang menyeronokkan.

Aktiviti untuk setiap peringkat umur juga diseliakan dengan baik sekali, sekali pun terdapat kekurangannya akan tetapi yang paling penting ialah pergaulan dan pertalian antara peringkat umur itu sendiri. Yang cucu, yang cicit, yang sepupu, yang sepapat, yang ipar, yang biras, tidakkah itu menyeronokkan.

Apalagi melihat trio yang bergembira sakan dengan pantai, tidak jemu-jemu untuk mengorek pasir tanpa memikirkan panas terik mentari mencacak atas kepala. Mengorek pasir sahajala yang diorang suka, bila Auni masuk laut aku kena pegang dek kerana dia terlalu ringan dan kurus, takut pula hilang dilambung ombak. Adli, Arrizqi, tidak jemu terus mengorek pasir, membaling pasir, kejar-buli-kejar-buli sesama sendiri dek berebutkan pengorek pasir yang dibelikan oleh tn Erwandi. Mereka berdua sedaya upaya menyorokkan kefobiaan terhadap ombak, hahahahaa...takut ombak.

Adli: Tak nak, ombak tu kejar abang. Abang tak nak.
Arrizqi: Naaanak, tu...tu...akut. (tunjuk ombak dengan muka paling takut)

Owh! anak jantan emak takutkan ombak rupanya. 

Puas jugalah aku dapat beriadah dengan cara begini, setiap kali turun kami akan sedondon, bukan apa senang untuk cam anak-anak bila sudah berjumpa dengan anak-anak sepupu. Mereka lupa emak bapa dan bermain sakan. Memang gelihati, bila terlalu leka berbual, bila hendak makan, bila hendak pulang ke bilik, mulalah mengira bilangan anak masing-masing, tercari-cari. 

Alhamdulillah, walaupun hanya dua hari satu malam, tetapi ianya sangat menggembirakan. Serius, aku suka sungguh, dapat bercuti, dapat jumpa family, dapat apa yang diingini. Jom kita tengok album pula ;)

 Pasukan merah. Ahahaha, semua kena dera pakai merah.

Korek-korek-korek.

 My precious family. Not in photo, my little brother and his wife.

Best photo ever.

Saranghae...!

Ok, time is up. Kena sambung kerja lain pula, see next time. Daaa...

Dia, istimewa.

Tuesday, 25 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih-sengih, ah tiba-tiba terbayang Go Nam Soon, watak drama School 2013. Ye, saya sudah tidak gigih untuk mencabar diri dalam cabaran 30 days blogs challenge. Maafkan hamba, sobs. Ini semua Kim Woo Bin dan Lee Jong Suk punya pasal. Pula. Well, sibuk sangat dengan siri drama terbabit menyebabkan bloghijau ini, terbengkalai. Tambahan lagi, disebabkan masa sekarang begitu singkat, saya hampir sahaja tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Argh! Klise.

So, tinggalkan tentang drama Korea, tinggalkan tentang cabaran. Saya hendak meluahkan rasa terharu paling dalam, saya hendak luahkan rasa tidak percaya,  saya hendak meluahkan rasa entahla di luar jangkaan barangkali kepada satu-satunya anak perempuan saya, kakak Auni.

Sekarang ini, amat jarang bercerita tentang kakak Auni, kakak Auni yang bisa meningkat darjah kemarahan emak naik mendadak, kakak Auni yang bisa buat emak huru-hara, kakak Auni yang bisa buat emak kelu tidak berkata apa, kakak Auni yang ergh! buat emak rasa memandangnya besar-kecik-besar-kecik. Kakak Auni, berumur 5 tahun berjaya menghabiskan sesi persekolahannya.

Walaupun tidak menghadiri majlis rasmi konvokesyen namun pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan tamat persekolahan sesi 2014, sekali meraikan cikgu kakak Auni yang akan berpindah, sakali meraikan anak-anak yang berumur 5 tahun serta meraikan AJK-AJK yang terbabit dalam pelbagai majlis sepanjang 2014.

Sedang sibuk melayan Adli pada malam terbabit sambil telinga mendengar dan mata terarah ke hadapan ruang kelas, acara penyampaian hadiah sedang berlangsung. Satu persatu nama anak-anak dipanggil untuk menerima hadiah akhir tahun yang berupa beg galas berisi barang peralatan sekolah serta sijil tamat persekolahan. Saya senyum bangga dalam hati, that's my Auni. Baru lima tahun sudah pandai mengira, sudah pandai mengeja, sudah pandai membaca perkataan-perkataan ringkas, sudah pandai doa-doa pendek, sudah tahu alif ba ta. Dia sudah mengalahkan saya, di mana saya mula mengenali huruf waktu 6 tahun. 

Menambahkan lagi rasa sebu dalam perut, namanya dipanggil sebagai penerima 5 tahun terbaik, Norerdina Auni. Hampir sahaja air mata saya gugur, mujur ada Adli menyebabkan perhatian saya beralih sedikit. Kakak Auni buat sehingga jayanya. 

Saya seperti rasa bersalah pula kepadanya, kerana saban hari me'naga' dengan perangai yang mengalahkan adik-adiknya, kerana saban hari dia kerap terganggu dengan saya meminta pertolongannya, kerana saban hari dia rela membantu menjaga adik-adiknya, kerana saban hari dia tetap membantu dengan rela hati membuat kerja rumah tetapi dia membuktikan dia boleh buat saya menangis kerana bangga dengan kejayaannya.











Saya berterima kasih kepadanya dan berharap hubungan antara kami dapat dipulihkan dengan keadaan yang lebih baik lagi. Saya mahu dia tahu betapa bermaknanya pelajaran dalam kehidupan, dan betapa bermaknanya kehidupan dengan pelajaran. Setiap hari kita belajar, walaupun kita bukan dalam waktu persekolahan. Kakak Auni, you make my day. Sekurang-kurangnya, saya berasa sedikit lega dengan penat lelah mengendalikan kakak Auni di rumah. Saya juga perlu lebih berusaha gigih untuk terus belajar selepas ini. Kalau Go Nam Soon dan Park Heung Soo yang malas belajar itu pun boleh tersengih menerima pelajaran, kenapa pula saya tidak boleh bukan?

Ok, tiba-tiba dah kuar drama Korea pula, let's kita mulakan tugas hari ini, walaupun rumah telah bersapu, almari buku sudah menjadi semakin tinggi-ubah lagi, muehehe. Tinggal mandikan trio and saya kena pergi kedai hari ini, bekalan makanan sudah habis. Jumpa lagi, daaa...

Selamat cuti sekolah, oh kerja saya masih kekal sama ;)

Kesukaan.

Tuesday, 18 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya akan mengambil masa memerhati anak-anak sambil menonton televisyen. Auni, bila sudah besar, bila sudah pandai alih rancangan kegemaran, dia pula buat syarat untuk emak. 
"saya punya tv waktu pagi" katanya.
"awak punya malam je" sambung Auni lagi. Terkebil-kebil saya dibuatnya. Namun, pasrah sahajalah demi dia tidak mengganggu saya buat kerja di meja kerja.

Adik-adik dia pasrah sahaja, apa rancangan pun boleh. Adli suka Mickey Mouse, Arrizqi  suka Boboiboy. Kalau yang dua tu sebut rancangan kegemaran memang saya sengih, comel. Auni sudah tidak gemar menonton Disney Channel, itu kartun untuk adik je-katanya. Macam la dia sudah besar sangat.

Menyebut tentang siri tv kegemaran saya, sudah semestinya Runningman. Salah satu rancangan hiburan Korea. Betul, ada orang tidak gemar siri ini, terpulanglah kepada mereka. Saya menyukainya kerana siri ini benar-benar buat saya ketawa berdekah-dekah, siri ini benar-benar buat stress saya menurun kepada zero. Siri ini, walaupun rancangan hiburan, variety show namun masih boleh diambil pengajarannya pada setiap episod. Hrmmm, jangan tidak tahu teruja menonton siri ini apabila mereka menampilkan artis-artis Korea di luar set penggambaran drama atau pentas, hehe.

Selain Runningman, rancangan variety Korea juga, Roommate. Entahla, saya tengok sahaja, mereka dikumpulkan dalam satu rumah dengan pelbagai perangai masing-masing. Nama pun rancangan hiburan, sudah sahla menghiburkan. Menonton tv kan untuk hilangkan stres jadinya kita carila rancangan yang betul-betul melegakan kepala, yang tidak perlukan pemikiran jalan cerita yang berbelit-belit. Yang tidak perlukan kita jadi pengulas pada ending drama dan yang tidak perlukan kita menyimpulkan apa yang akan terjadi, hehe.

Siri lain, ialah drama Korea. Sama juga, drama yang simple-simple, siri yang tidak meleret-leret, siri yang kelakar, romantik sikit. Bukan saya tidak menonton drama Melayu, tonton juga antara drama Melayu yang masih baru ialah Suamiku Encik Sotong. Tetapi kebanyakan siri tv kesukaan saya apabila menonton tv adalah Korea, hehe. 

Jadual saya untuk tv hanya pada waktu malam, hanya beberapa jam sahaja. Kebiasaanya 45minit hingga ke satu jam. Lain-lain, suami berebut remote dengan anak perempuannya. Paling untung Auni la, apabila saya sibuk dan suami main ps3 dia akan konker tv. Jam 12mlm tv akan berhenti beroperasi, semua masuk tidur. Auni akan tidur lebih awal kerana dia sudah tidak tidur pada siang hari. Simpan tidur sebaik sahaja lepas makan malam hingga esok paginya. 

Gaya menonton tv masing-masing. Bila macam ni, memang lega sesangat.









Sekian sahaja, entry pendek dan simple. Pendek? hahaha, panjang jugak. Jumpa lagi di entry akan datang, have a nice day. Daaa...

Rindu. Tiada siapa hendak marah.

Monday, 17 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari bandar Tun Razak, menuju Kelana Jaya,
kaki melangkah mengatur gerak, bersama kak Azi ke tempat kerja.

Menaiki LRT di pagi hari,
mata mengantuk dengar MP3,
ke Masjid Jamek bertukar LRT,
sambil berjalan mata memerhati,
pelbagai telatah manusia mencuit hati.
menceriakan suasana di awal pagi.

Bagaikan faham isyarat hati.
bagaikan tahu apa yang akan terjadi,
arah di lencong sesuka hati,
LRT Putra di biar pergi,
tinggalkan diri kami tegak berdiri,
dengan sengihan lebar bergigi.

Kami duduk di bangku LRT,
memerhati manusia mengejar masa,
tanpa menghirau mata yang memerhati,
kami selamba, kami ketawa.

Mencari tempat untuk bersarapan,
kedai mamak dan roti canai,
hendak ke opis tinggal harapan,
esok sahajalah in shaa Allah kami sampai.

Matahari sudah menunjuk diri,
suasana juga sudah berganti,
kami merancang pelbagai strategi,
strategi baik punya untuk sepanjang hari ini.

Bangunan SOGO tersergam gah,
bangunan pertama ada di sebelah,
Jln. TAR bertentang arah,
apa nak jadi, jadi sahajalah.

Sambil berjalan, sambil cuci mata, hendak shopping duit tak ada,
bersenda gurau, bergelak ketawa,  mari-mari tak payah fikir kerja.

Jalan-jalan cari makan, perut kenyang hati sakan,
orang tanya kita iakan, LRT stuck sebagai alasan.

Terimbau manis kenangan lama,
cerita tentang kak Azi dan saya,
kami berdua selalu bersama,
walaupun berwatak jauh berbeza.

Kenangan manis, kami pernah juga bertukar rancangan sebaik sahaja tiba di Stesen LRT Bdr. Tun Razak. Bila difikir semula, tindakan yang sengal sebab susah payah bangun pagi, mandi dan bersiap turun tingkat 5, berjalan kaki menuju LRT dalam suasana yang masih gelap. 6.45pagi. Bertambah gelap sekiranya hari hujan. 

Kebiasaanya bertukar rancangan sebaik sahaja turun LRT Star untuk bertukar ke LRT Putra dan menaiki bas di Kelana Jaya. Betul, hanya saya dan kak Azi sahaja yang meredah perjalanan jauh di antara ramai-ramai perkerja lain, hehe. Itu belum part pergi shopping or facial lepas waktu kerja. Pulangnya jam 10-11mlm begitu lewat untuk anak dara. Dapat tahu dek tunang saya, memang masak telinga.

Ok, sampai sini dulu hari ni. Best tak pantun yang tidak berapa hendak pantun tu, layankan je la.

Dasyat betul muka baru lepas nikah.

10 tahun.

Sunday, 16 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, entry ringan-ringan sahaja. Entry cuci mata setelah asyik sangat baca esei, entry pepanjang belaka sebelum-sebelum ini. Jom-jom.

 Ini saya, 1984. 
Auni kata, ini Arrizqi.

Saya in 1994.
Boleh agak yang mana satu saya, hrmmm gambar blur habis. Ingat cerita ustaz tempoh hari? itula ustaznya :) saya darjah empat dan bersekolah agama darjah tiga.

Saya in 2004. Gigi tu trademark ye :D

2014 latest of me. 

And 10 years after, saya 40 tahun. Yang pasti still pengurus rumah tangga. Masih menguruskan rumah, anak-anak dan suami. Bilangan anak? mungkin satu atau dua lagi jika ada rezeki. Bertambah sibuk dan mungkin lupa untuk menguruskan diri sendiri.

Jadi, belanja selfie untuk 20 akan datang terus, muahaha.


Ok, babai.


Warkah pertama.

Saturday, 15 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ch@Syasya binti Ab Latib.
cha@syasyaablatib|diariumi|hobbiesart.
IG: sya2ablatib.
(patut letak alamat)

15 November 2015.

     Kehadapan sahabatku Lia yang berada jauh nun di Sarawak. Semoga Lia dan keluarga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.

Lia,
     Tujuan Sya menulis surat ini ialah untuk meminta maaf kepada Lia kerana sudah lama benar tidak menulis warkah lisan untuk mu, selain tulisan tanganku yang bagaikan cakar ayam, Sya juga ingin meminta maaf kerana... kerana... kerana sudah kehilangan warkah-warkah kenangan kali pertama kita berutus surat.

     Ingin menangis rasanya setelah seisi ruang rumah diselongkar namun warkah Lia tidak jua ditemui. Sya akan kembali mencari semula warkah pertama, salam perkenalan Lia pada Sya pada tahun 1996. Sya berasakan ianya masih ada dalam simpanan cuma di mana, itu Sya tidak ingat. Dek kerana ingin mengelak daripada di sentuh atau di jadikan kertas contengan anak-anak, Sya telah menyimpannya di satu tempat yang Sya sendiri tidak ingat. Aduhai, pilu.

     Ketahui olehmu Lia, Sya tidak akan mensia-siakan hubungan baik antara kita ini (eh, jiwangnya), dan terima kasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan Sya di instagram dan bloghijau ini walaupun tiada lagi istilah sahabat pena satu tika dahulu. Lia, ketahui olehmu juga bahawa Sya saaangaaat rindu mahu tulis surat selalu untuk Lia, entah mengapa hanya mampu layangkan sekeping kad itupun khas semasa hari lahirmu pada bulan April. Maafkan Sya ye.

     Sya minta maaf sekali lagi andainya surat ini mengganggu rutin kerja Lia saat ini, dan Sya berjanji akan berusaha mencari kembali warkah-warkah Lia yang entah di mana selitnya. Semoga ada jodoh dan rezeki kita akan bersua kembali sebagaimana kita berjumpa di Pavillion, KL dahulu. Bestnya. Sekian dahulu untuk kali ini, semoga Lia sentiasa gembira hendaknya. Jumpa lagi.

     Sekian terima kasih, wassalam.

Bekas sahabat penamu:
syasya ab latib.


Ini kisah benar, saya betul tidak ingat mana duduk surat-surat Lia tu. Saya pernah ceritakan kisah kami berdua yang hanya berutus surat selama 11 tahun tetapi tidak pernah berjumpa sehingga kami berjumpa buat pertama kalinya. Ini kisahnya boleh baca Sahabat Pena. Harap sangat surat Lia jumpa semula. Kena selongkar balik almari buku ni, adeih! Ok, sekian dulu untuk hari ini, daaa...

Aku sepasang kasut.

Friday, 14 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berwarna kelabu, kelabu ala baldu yang tidak berapa hendak gebu. Sebenarnya, aku sudah lama mendiami tingkat tiga rumah 6 tingkat ini, aku duduk bersebelahan si gojes turquoise ala diva. Rasa rendah diri betul duduk di sebelahnya.

Awal pagi lagi aku telah disergah, hrmmm tuan aku berlenggang sahaja dengan purse dan handphonenya, terkocoh-kocoh pula anaknya si Auni mendapatkan si princess comel, kasut untuk ke sekolah. Aku fikir mesti dia tidak mahukan aku pagi ini, sah-sah dia mencari pak cik selipar tua tu. Aku nampak semalam pakcik tu ada di bawah buai sana selepas diperkotak-katikkan dek hero tuan aku yang dua orang lagi itu. Seram juga melihat rumah tingkat atas kena punggah keluar dengan mereka berdua. Berdegup kencang jantung aku menanti nasib yang sama, rupanya tidak sempat berikutan tuan aku sudah mula me'naga'.

Turun naik dadanya, berasap-asap kepalanya, merah matanya menahan amarah sambil bersandar di muka pintu. Eh, aku tipu je hehe. Selepas itu mereka semua masuk ke dalam rumah tanpa mengusik atau menegur atau menyapa aku. Hrmmm, lamanya lagi aku hendak keluar daripada rumah ini. Jengkel dengan budak turquoise seorang ini. Bersih je, cantik je, macam baru sahaja. Memanglah baru, aku jarang sangat nampak tuan menggunakan dia. Asyik-asyik aku sahaja yang kena keluar, ke Tesco la, outstation ke Langatla, paling mengharukan dan letih apabila kena ke Johor. 

Sakit badan bila kena pijak tidak dipedulikan. Nasib tidak baik kena air hujan, sejuk betul. Paling tidak tahan kena pancaran matahari, aduhaiii boleh mengelupas baldu I ni. Tersopak sana-sini. Yang selesa sikit bila dapat tempat dua teratas anak tangga, rasa selamat dan suhunya pun nyaman sahaja walaupun panas, walaupun hujan. Feeling mahu diva juga seperti turquoise. 

Turquoise tu? ahahaha, dia ada hanya duduk dalam bonet kereta. Dia berkawan dengan si handbag Micheal Kors sebab mereka punya warna yang sama. Bila tuan aku tidak bawa handbag MK, makanya dia duduk sahaja dalam kereta. Sebab itula sentiasa cantik dan berkilauan mutiaranya. Tidak mengapa, aku lebih suka digunakan tuan aku, dapat pergi jalan jauh-jauh. Dapat tengok dunia luar dan cuci mata. 

Turquoise si diva.

Makwe? malula, aku suka dengan si turquoise tu sebenarnya. Tapiii siapalah aku. Dapat duduk sebelah dia pun sudah cukup buat aku gembira. Aku dapat cuci mata dengan batu-batunya yang berkilauan. Sekali hari tu tuan aku membawanya ke Cameron Highland, kesian melihat ia sedih dan malap kerana badan ala baldunya bersalut lumpur apabila ia kembali ke sisi aku. Dua minggu selepas itu tuan aku memandikan dia, geli katanya pada masa tuan aku membersihkan badannya. Untunglah dia, di mandi dan wangi, tidaklah seperti aku yang warnanya kelabu, kotor pun tidak nampak. Tidak mengapa, aku anak jantan, gagah dan kuat. Comot sedikit tidak jadi masalah asalkan jasaku akan dikenang. Harap-haraplah.

Lebih pada itu aku tidak tahu kerana aku masih lagi berkhidmat pada tuan aku. Jadi, aku masih dalam jagaannya. Semoga pembaca dapat manfaat daripada cerita aku ini. Hehehe, ok sekian sahaja cerita aku sepasang kasut...

Belanja selfie satu, hahahaaa. 

Blog kegemaran.

Thursday, 13 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya pembaca mesti hendak tahu blog siapa yang paling saya suka baca bukan? Senarai teratas blog pilihan saya ialah sudah semestinya, sila perhatikan side bar, siapa yang rajin update? itula yang saya suka baca. Apa? tertipu? hehehe, sabar-sabar. Antara mereka-mereka yang empunya blog di senarai bloglist saya ialah mereka-mereka yang pernah bercerita tentang saya dalam blog mereka sendiri. Apa? Poyo? tidak kisahlah, sebagai tanda menghargai mereka, saya listkan blog mereka istimewa di bloglist hijaucantik.blogspot.com

Istimewa juga, mereka di bloglist itu adalah kawan-kawan awal saya aktif dengan blog dan ada di antara mereka yang pernah bertentang mata dengan saya. Berkenalan di alam maya, berjumpa di alam realiti. Saya suka baca kisah-kisah mereka, mereka rajin berkongsi harga hotel, resipi, tips rumah tangga, tips jaga anak, cerita-cerita lucu, idea-idea bernas tentang apa yang saya tidak pernah terfikir langsung. Ada yang saya tinggal komen, ada yang baca sahaja. Ada yang saya ambil pengajarannya. Dan hobi saya bila membaca blog orang lain ialah menelek apa sahaja yang ada di page tersebut, hehe. Saje.

Habis saya mengerah mata berkerja, time for eye rest, cuci mata. Oh! say no for shopping online (sebab saya sudah punya kedai online kesukaan sendiri), saya cuci mata di page art otai-otai. Mari saya kongsikan 5 terbaik yang saya suka.

Sifu seni Quilling saya Lin Handmade Greetings Card merupakan blog pertama yang saya terpikat dengan seni Quilling. Dan saya telah membeli 4 batang Sloted Quilling Tools dengan kakLin, muahaha.

Saya sangat bercita-cita untuk menjadi seperti Miyyah@Kertas dalam mereka bentuk quilling. Entahlah, jauh benar lagi pelajaran dan pembelajaran saya. Saya rujuk blog ini apabila pertama kali saya membuat quilling typography.

Saya juga berangan untuk membuat buku tetamu, entah bagaimana mahu hasilkan buku tetamu, belum lagi habis saya mengkaji blog Simple Rhyme. Lembutnya tangan dia, mencabar. Saya berjaya buat muka depan sahaja, itupun separa hendak menangis give up. Adeih!

Disebabkan suka sangat dengan kertas, pen dan barang art yang cecomel, kebanyakan barang-barang art, saya dapatkan di blog Crafty Diva's, kakAziha sangat membantu, dan saya suka beli pada ketika dia rajin buat sale, hahahaa. 

Oleh kerana sudah suka dengan kertas makanya, makanya blog kegemaran saya yang terakhir ialah HOBBIES ART. Tertipu lagi? Eh, tidaklah. Betul, saya suka tengok dan buat rujukan balik semula pada hasil art yang sebelum-sebelum-sebelum ini. Kan saya sudah kata, art saya limited edition, ikut permintaan atau pun tidak pernah sama dengan sebelum-sebelumnya walaupun kena buat yang sama, ia tetap jadi tidak sama. Sebab itu la saya kumpulkan di blogoren. Ia sebahagian daripada kenangan saya juga sebenarnya.

Dulu limited art, sekarang HOBBIES ART.
Inilah Sloted Quilling Tools. Yang ni sudah patah.

Quiling typography.
Ikut suka-suka je bentuk tulisan tu kan...

Muka depan sahaja, buku tetamu.

Mini shredder daripada kedai kakAziha. Comeykan?

Koleksi saya.

Saya juga suka explore blog yang lebih ke arah seni kertas, buat kad ucapan, buat frame, buat fridge magnet, bla-bla-bla... menjahit bukan kelebihan saya, memasak-saya sedang berusaha kuat. Bercucuk tanam-bolehla, hehe.

Kan sudah saya katakan saya suka membaca, jadi jangan rasa menyampah dengan saya bila saya tidak blogwalk, jangan rasa saya bajet retis sampai tidak sudi membalas lawatan. Bukan begitu, saya peruntukkan masa berhadapan dengan komputer hanya tiga jam. Sejam setengah pagi dan sejam setengah malam. Itupun, jika suami dan anak-anak membantu menjaga diri memasing. Jika tidak, berhabuk bersawangla semuanya kerana saya menguruskan mereka dahulu. Biane.

Terkejut saya lihat bilangan entry bulan ini. Syabas Syasya, November yang rajin, hehehe. Sekian sahaja untuk hari ini, diharapkan pembaca masih larat untuk membaca entry akan datang. Salam sayang muah ciket....

Harapan.

Wednesday, 12 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bercerita tentang wishlist, untuk masa terdekat ini saya hendak beli skirt yang cecantik tu. Yang kekembang tu. Yang memacam warna tu. Yang murah-murah je. Kenapa? saya hendak tukar penampilan saya sedikit, saya sepertinya sudah segan hendak pakai seluar jeans. Jelasnya ia sudah sempit dengan kaki saya, Sobs! Okla, saya mengaku, saya sudah berisi berbanding anak dua dahulu.

Di rumah, saya hanya memakai baju kurung. Selesa. Mudah untuk keluar dan masuk sama ada ke kedai atau ambil dan hantar Auni pergi dan pulang sekolah.

Hendak minta saya segan,
Hendak beli saya tiada simpanan,
Hehe, saya utamakan mana yang perlu dahulu, maklum sahajalah kakitangan awamkan telah bergaji awal tempoh hari, jadi saya kenala sedar diri. Keperluan anak-anak dan rumah mesti yang pertama.

Lepas skirt, saya hendak kasut sukan. Owh! hendak buat apa? saya ada family day bulan Disember nanti, saya hendak masuk acara, saya hendak berlari satu padang, saya hendak hiburkan hati bersuka dengan keluarga, jadi pakai kasutkan mudah.

Lagi, saya hendak khatam Al-Quran. Saya perlu bertekad bersungguh-sungguh sehingga ke akhirnya. Saya hendak belajar tajwid semula untuk mengajar Auni pula. Perlu. Sangat perlu.

Lain, saya hendak habiskan hutang piutang keliling pinggang, pening kepala bila hutang tidak habis-habis ini. Dalam kurungan, hutang tupperware, hutang baju anak-anak, hutang-hutang-hutang dan hutang.

Last, saya hendak sediakan barang atau bahan atau kelengkapan untuk memulakan KuTuppy 2015. In shaa Allah.

Ok, ini sahaja entry untuk hari ini. Semoga dengan izin Allah, saya diberikan kesihatan yang baik dan dapat mencapainya dalam tahun ini juga. Doakan saya ok. Wishlist tahun depan, nanti sahajalah. No idea, sampai jumpa lagi. Terima kasih ceriakan hari saya. Daaa...

Zaman kanak-kanak.

Tuesday, 11 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pesanan: entry ini sangat panjang berjela!

Melihat trio membesar, seronoknya ada ramai adik-beradik. Main kejar-kejar, makan sama-sama, tidur himpit-himpit, walaupun sekali sekala bercakaran, jerit-menjerit, pekik-memekik. Jujurnya, saya suka suasana yang riuh rendah. Punya adik beradik yang sharing is caring. Saya anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Kami berpasangan dan membesar bersama-sama.

Masa enam tahun, saya ke tadika dia tunggu di rumah, saya main dengan dia tapiii tidak tahu mahu panggil dia apa, saya tidak tahu namanya. Bila main kami bahasakan diri saya-awak-saya-awak. Walaupun dua-beradik, saya suka menyakat dia. Conquer mainan dia, makanya dia akan jerit "mama-mama-mama-dan mama" kuat mengadu betei. Yang selalu menjadi mangsa rotan, pembaris kayu panjang patah 4, tali pinggang, dawai penyangkut langsir, penyangkut baju ialah saya, muahaha. Padanla muka, siapa suruh buat adik menangis, kan sudah kena.

Sampai satu part, saya so cemburu sebab adik suka benar me'ngempeng' dengan mama. Menyampah pun ada, memang dengki sangatla pada dia. Tapi air dicincang tidakkan putus, saya memang kawan baik dia. Masa dia darjah satu, saya darjah tiga. Tahun 1993 kami satu sekolah. Bangga punya adik satu sekolah dan satu sesi yang sama. Seronok masa ini apabila ada pertandingan mewarna, nama kami dua beradik selalu terpilih untuk dapat hadiah, kami bersaing sesama sendiri, berebut untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. So sweet. Balik sekolah, saya pengawas akan tunggu barisan adik keluar dan dia sama-sama keluar dengan kakaknya yang comel ke pintu pagar. 

Bila saya darjah enam, 1996 dan dia di darjah empat, kami di bawah satu sesi yang sama lagi, kali ini memasing sudah besar, saya kena jaga tingkah sedikit pasal ada reporter, udahla aktiviti saya kebiasannya di padang, ada je yang tidak kena sampai ke pengetahuan mama. Kaki report betei.

Bestnya waktu itu, masa tidaklah berlari dengan pantas. Balik sekolah pun sempat lagi pergi bermain dengan anak-anak jiran sebelah dan depan rumah. Best, keluar rumah kering. Balik pukul 6.45ptg sudah lencun meredah paya, pergi sungai tangkap anak ikan. Berselut, berpasir satu badan. Yang kena bebel, macam biasalah, saya. Ajak adik pergi bersama mendapat la padahnya. Bersiap untuk pergi mengaji pula, anak jiran juga yang ajak. Mama tidak kasi pergi, gadik mahu pergi juga, tidak kira badan sudah letih meredah paya siangnya malam gagah lagi hendak pergi mengaji rumah ustaz yang agak jauh jugalah. Seronok berlaga suara bila mengaji. Tiada lagi drama air mata macam selalu apabila mengaji dengan mama.

Seorang kawan, saya panggil dia Ajah sahaja, emaknya meminta mama ajarkan dia mengaji sebab tengok saya boleh mengaji dengan lancar. Saya punya hendak lari daripada mengaji dengan mama, saya kata pada Ajah "hari ni takyah mengaji, takde ngaji" Ajah pun balikla ke rumah tanpa diketahui oleh mama, hehe. Mama pun tidak kisah Ajah datang atau pun tidak. 

Balik mengaji jam sudah 9.30mlm, saje jalan lambat-lambat lengah-lengahkan masa supaya tidak kena buat kerja rumah depan papa. Papa garang betei, suka tanya-tanya macam cikgu sekolah. Jalan gelak bergurau ketawa-ketawa, pakej kejar mengejar dengan baju kurung kain terangkat, haha. Baju kurung sembat selalu koyak tepi kiri kanan, kena lagi membebel. Saya je yang memang lain dengan anak teruna mama yang manja tu. 



Adik lelaki saya, satu-satunya.
Saya pernah di cop sebagai girlfren adik oleh kawan-kawannya.

Bila tersampai rumah awal, buat homework dengan cikgu Ab Latib, papa saya la tu. Dia bukan cikgu pun, tapi dia mengajar aduh, terseksa emosi. Menggigil-gigil kena lukis gambar peta Malaysia, mengalir air mata bila kena sergah dengan suara tingginya, paling menyampah kena soal bab Alam Dan Manusia, bukan masuk UPSR pun. Tidak dapat jawab, memang kena libas. Badan saya la yang selalu berbirat, mama rajin sapukan minyak. Kena baik juga esok nak kena sandang beg sekolah pula. Sobs!

Sebab itu saya suka keluar daripada rumah, cuak hendak mengadap papa. Tapi keluar pun, saya ke tusyen malam, tusyen rumah teacher, tusyen rumah cikgu BM, tusyen rumah cikgu Matematik, tusyen di sekolah. Oh! masa darjah enam saya sudah tidak mengaji, saya khatam Al-Quran darjah tiga. Disebabkan khatam awal, ustaz, guru kelas sekolah agama ajak saya kawen dengan dia, muahaha. Kelakar. Dia tanya saya, "Syasya, awak mengaji sampai mana?" sewaktu ujian lisan Al-Quran sekolah agama. "saya dah khatam Al-Quran, belajar dengan ustaz Yazid", ustaz Yazid sudah arwah- Al-Fatihah. "ooo dah boleh la kawen dengan saya ni". Gulp. Satu kes lain, dia murah hati tumpangkan balik sekolah, saya diarah untuk menjalani ujian lisan solat giliran terakhir sekali. Adeih! Esok-esoknya, saya lekas-lekas angkat kaki cabut balik dengan kawan-kawan, melarikan diri. Malu digelak dek kawan-kawan. Ustaz tu baik je sebenarnya, tiada niat apa-apapun disebabkan rumah saya hampir dengan rumah dia jadi di tumpangkanla saya sekali. Ok lettew.

Bila saya masuk asrama, semua sudah tidak sama. Kawan-kawan pun sudah lain. Sekolah pun sudah letak jauh pinggir bandar. Serasa saya itu je la kisah zaman kanak-kanak saya. 

Kebanyakan memori kelakar, bila part main dengan anak-anak jiran cuti sekolah. Pelan pukul 4.45ptg atau lepas Asar, mulala terhendap-hendap, tunggu geng datang. Mencicit lari keluar rumah pergi port tanah lapang. Main baling selipar-selipar naik atas bumbung, main badminton-tangkis sangkut atas pokok, main rounders-bola hilang tidak dapat dikesan, main guli-memasing tidak mahu kalah, main galah panjang-main dengan budak lelaki, kalah sokmo, main sembunyi-sembunyi, habis rumah kosong punah ranah dikerjakan, main police-centry-bercalar kaki tangan berlari tidak tentu arah. Itu antara aktiviti outdoor. Aktiviti indoor akan berjalan juga-main tetap main, berjalan apabila hari hujan. Kebiasaannya mereka berkumpul di rumah saya berikutan, mama papa sediakan halaman yang luas. Ada lantai simen yang berbumbung dan padang rumput menghijau untuk aktiviti pondok-pondok. 

Batu seremban-macam-macam gaya bila tiba batu 6 hingga 10, timbang penutup botol-permainan yang tidak habis-habis, Saidina-berebut tanah. Congkak-berebut guli. Dan pondok-pondok semua hendak jadi emak, kena masak dapat main tanah. Bestnya zaman kanak-kanak, saya anak Felda. tapi kawan saya kata saya anak pegawai Felda, bukan anak Felda. Whatever. Atfer 25-26years, papa berpindah ke rumah sekarang. Suasana 100% bertukar. Jiran-jiran yang dulu bermain bersama semuanya sudah berpindah ke luar. Zaman kanak-kanak tidak lagi sama. Port main dedulu sudah tiada. Sunyi. Jiran-jiran saya, Zana, Ira, Abg Uda, Elin, Kerol, Fikah, Jean, Zaaba, Along Zaki, Angah Khair, Alang, Abang Adi, Ain, Chacha, Abang Amy, As and my little brother Moiz, kalian semua merupakan sebahagian kenangan manis saya. Terima kasih kerana memberikan kenangan teringah dalam penghidupan zaman kanak-kanak saya.

Life is a song- Sing it
Life is a game- Playing it
Life is a challenge- Meet it
Life is a dream- Realize it
Life is a sacrifice- Offer it
Life is LOVE- Enjoy it
-by Sai Baba

Zaman mereka membesar sudah berbeza.

Ahaaa, amacam? terima kasih kerana sanggup membaca hingga ke noktah terakhir. Zaman kanak-kanak is so best. Kenangan itu memang tidak ada tolok bandingnya bukan?. Sampai jumpa lagi, salam sayang, Daaa.




Beg tangan.

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaannya saya hanya membawa purse dan handphone sahaja apabila keluar ke kedai ataupun berulang alik mengambil dan menghantar Auni ke sekolah. Beg tangan diperlukan apabila keluar jauh daripada kawasan rumah sama ada membeli stok barang dapur atau pun pulang ke kampung atau pun menghadiri kenduri, eh lamanya tidak pergi jemputan perkahwinan.

Day 10, apa di dalam handbag anda?

Jenama beg tangan, tidak kisah. Paling mahal pernah saya beli-suami membayarnya RM170. Paling murah RM15, yang paling bertahan saya gunakan ialah yang berharga RM15, hahaha.


Ini sahaja isi dalam beg tangan saya. Nampak macam ringan je, tapiii ketahuilah sebaik sahaja turun dari kereta ianya akan menjadi berat dengan pertambahan ahli lain, towel tangan kecil, air mineral, jajan, mainan, novel dan terkadang, barang peribadi suami saya pun ada sekali. Macam poket doraemon, hehehe.

Apa isi dalam beg tangan pembaca? marilah share dengan saya. Ringkas je kan entry hari ini? hahaha. Saya sudah kebuntuan idea lah. Jumpa lagi di entry akan datang, daaa.

Lelaki pilihan.

Sunday, 9 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Janganlah terperanjat bila ada entry pada hujung minggu begini, hehe. 

Setiap perempuan punya kriteria lelaki pilihan masing-masing. Alahai masa zaman solo dahulu, saya pun sama. Pantang tengok drama yang punya watak lelaki menarik, mulalah hendak berangan overdose. Berangan sahaja, free.

Day 9: 5 lelaki yang menarik perhatian saya. 

Isk! soalan. Jawab laju-laju eh. Satu, macam Kim Woo Bin. Dua, macam Nazim Othman. Tiga, macam Ustaz Kazim Elias. Empat, macam Baim Wong dan lima, macam Hazama. Perfecto, semua pakej ada. Tapiii saya sedar, siapalah diri ini, ukur baju di badan sendiri jadi 5 lelaki menarik perhatian saya telah bertukar kepada satu pilihan yang Allah sudah suratkan untuk diri saya. Walaupun pada awal perkenalan, kami tidak begitu sweet. 

Tidak begitu sweet, tidak begitu romatika de amor macam kisah cinta dalam novel. Hangat, sebab asyik perang dan kami jarang bertegur mesra sebenarnya. Pensyarah pernah beritahu saya, supaya membawa dia ke pakar komunikasi untuk perbaiki mutu bahasa percakapan dia.

Entahla awal-awal tu dia langsung pun tidak menarik perhatian pun, katanya dia tertarik dengan saya pada mula-mula dia bukakan pintu untuk masuk ke kelas. Saya tahu dia suka saya pun sebab kawan saya yang beritahu. Saya mula tertarik dengan dia? hrmmm bila ye...(pergi buka album). Sejam kemudian.

Senyum, hrrrmmm manisnya memori itu. Hihiii.

Lelaki yang paling menarik perhatian saya sudah tentulah dengan beraninya saya nyatakan suami kesayangan saya, haaa sweet tak? hehe.

5 of us.

Cinta saya, hati saya, jiwa saya inilah...kekasih sehidup semati saya, in shaa Allah.

Ok saya hendak sambung berangan, hari ini hari minggu, kita enjoy. Daaa, jumpa lagi. Terima kasih kerana masih setia membaca. Muah ciket!

Lagu kegemaran.

Saturday, 8 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Daripada tempat saya menaip ni, terdengar hiruk pikuk tiga beradik sedang mandi. Dalam kekecohan, jerit pekik, terdengar lagi suara lantang Adli bermelodi lagu twinkle-twinkle little star. Melodi sudah ada, butir perkataan masih tidak fahami. Sedang Adli bergalak, jeritan Arrizqi pula bergema, sudu plastik kesayangan di ambil orang la tu, Arrizqi budak sudu, dia suka pegang sudu. Sebelum dihentikan dengan jeritan kakak Auni yang mengatasi kelantangan suara dan kebisingan suasana.

"Aaaaiiieee...bosanlaaa lagu tu" bajet sudah besarla, tidak main la menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Ok kita dengar pula apa yang dia mahu nyanyi...

"tanggal 21 bulan lapan enam puluh tujuh, bendeka-bendeka...." hahahaaaa terbahak-bahak saya ketawa dalam senyap. Saya senyum masa manaip. Aigooo Auni, semua sudah kasi tukarkah? Lepas tu, terdengar lagi melodi yang bercampur aduk, menambah bingit suasana. Ok, saya bangun sergah masuk bilik air dan siapkan seorang demi seorang.

Itula suasana bila masa Auni ada di rumah, dia siapkan adik-adiknya dahulu barula dia paling akhir bersiap. Mudah memang, tapi lepas tu mulalah saya pening memeriksa bilik air yang tunggang langgang. Nanti sudah mandi, konset lepas mandi pula, seoarang dengan gitar mainan, seorang dengan piano, gempar tapi sila jangan puji. Kebiasaannya selepas di puji, konset yang tadi meriah akan bertukar medan wwf, haaaa sarang tebuan jangan di jolok, bersiaplah kalian semua apabila emak menjadi pengadil. Kan pepatah ada kata:
Having one child make you a parent,
Having two makes you a referee,
Having more than two make you a bouncer!
-you e cards-
Itu kisah trio saya. Saya melodramatik, jadi lagu kesukaan saya ialah yang (sila sambung sendiri) pembaca pun boleh agak saya suka lagu yang bagaimana, betul tak?

Day 8, 5 lagu cinta kegemaran anda.

1- Percaya padaku by Ungu.
2- Ku ada kamu by Adira.
3- Dengarlah bintang hatiku by De' Meisis.
4- Aku ada kerna kau ada by Radja.
5- My boo by Usher ft Aleycia Keys.

Itu top five lagu cinta yang saya suka hendak dengar, kalau dapat nyanyi tang chorus dalam kereta yang dipandu suami, itu adalah memory paling sempurna. Bila part tersalah lirik, memang blushing tidak hengat ditambah dengan gelak suami, hahahaaa. Sebenarnya, saya suka je dengar lagu apapun, nasyid pun suka, lagu omputih pun suka, lagu Korea pun suka, lagu patriotik pun boleh, dengar sahaja. Penghibur halwa telinga, saya tidak suka keadaan yang sangat sunyi. My mama selalu bising, kata saya belajar tak khusyuk, buku di hadapan mata kedudukan saya berhadapan radio atau televisyen, hehe. Bila membaca, telinga tersumbat earphone macam mana hendak masuk, so far alhamdulillah habis juga diploma saya. 

Saya lebih over feeling apabila mendengar lagu secara akustik atau lagu yang dimainkan dengan satu sahaja alat muzik, gitar atau piano atau seksefon. Saya lebih kepada piano. Alahaiii, tangkap leleh lagi-lagi lagu cinta top 5 saya dimainkan, bestnyaaa.

By the way, lagu nombor 4 dan 5 itu ialah lagu cinta saya dengan suami, owh! rasa macam muda semula bila terdengar dua lagu tu berkumandang. Terbayang zaman awal pertemuan kami berdua. Awww! hahahaaa. 

Jerih saya memujuk dia membuatkan satu kad istimewa untuk saya. 
Gambar fail, lagu dia untuk saya, lagu saya untuk dia. Saya lekat dalam album perkahwinan kami.

Daripada saya, ada lagu, ada pantun, ada sajak, ada esei, ada quote, ada gambar, ada warna, ada kartun, ada tikar, ada hati...wow! on that time love is in the air uols...
Owh, semua daripada bahan terbuang ye, majalah dan komik terutamanya.

 Hasil tangan dia kepada saya, saya saaangaaat menghargainya sebab saaangaaat susah hendak dapat.
Betul, saya simpan hingga sekarang. 11 tahun berlalu.

Eh, minta maaf saya terover cerita pula, patut cerita lagu sahajakan? da termasuk the whole life story pula, hehehe! Biane. Oklah, cukupla untuk hari cuti ni, salam sayang jumpa lagi. Daaa...

Pendidikan.

Friday, 7 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Ilmu pelita kehidupan. Definisi tentang ilmu sama seperti definisi cinta, sangat meluas maknanya sangat banyak kegunaannya sangat penting dalam kehidupan. Justeru itu, pendidikan awal menuntut ilmu adalah penting untuk masa hadapan. Ceh! ayat bagaikan pakar sangat je, hehe. Payah juga hendak huraikan kepentingan pendidikan dalam kehidupan saya.

Almaklum sahajalah, saya hanya belajar tahap diploma. Diploma Kejuruteraan Komputer, gittu. Dua tahun juga saya bagaikan belajar tidak belajar, belajar tetapi tidak menumpukan perhatian, belajar tetapi lain pula bidang masa berkerja, belajar sehingga sudahnya duduk di dapur sahaja, adeih!

Day 7, sejauh mana pendidikan penting bagi anda.

Macam hendak pilu sahaja menjawab persoalan ini, rasa bagai tidak layak benar untuk huraikan topik besar ini, rasa tidak mahu kata apa-apa pun ada, akan tetapi mari kita cuba sehabis daya. Saya akan huraikan mengikut pengetahuan yang tidak seberapa. Bagi saya pendidikan begitu penting lebih-lebih lagi pendidikan awal zaman kanak-kanak, ini akan menentukan ke mana arah kanak-kanak itu akan pergi. Auni sendiri, saya cuba bergabung tenaga dengan guru sekolahnya untuk memahirkan dia menggunakan ilmu yang dia pelajari dalam kehidupan.

Pendidikan seorang pengurus rumah tangga secara tetap, walaupun pemegang diploma saya masih lagi belajar mendidik diri untuk menimba ilmu rumah tangga, bagi saya pendidikan ini tidak boleh dipelajari atau diperolehi dengan sikap malas. Kita malas, makanya apa pun tidak boleh dan kita pun tidak akan dapat apa-apa. Even, menonton drama Korea (perangai), banyak juga yang boleh kita perolehi pengajarannya. Usah menonton drama hanya bermenung kosong depan televisyen-kadang saya buat juga tetapi untuk rancangan hiburan.

Begitu juga dengan sesi mengemas rumah, jika hari ini kita menyapu, mencuci pakaian dan mencuci tiga buah tandas sekaligus hingga keluar semua peluh jantan dan letih, mengapa tidak akan datang kita kurangkan kerja, usahla buat kerja mencuci tiga tandas dalam satu hari, kan boleh satu hari satu tandas. Daripada situ kita belajar menguruskan kerja dan masa.

Walhal sebelum ini, saya hanya belajar Kemahiran Hidup Bersepadu sahaja, ilmu yang sedikit itulah saya aplikasikan dalam kehidupan. Kan pepatah ada kata practice make perfect, janganlah jemu berusaha, buat je banyak kali meskipun banyak kali gagal memenuhi citarasa, daripada situ kita boleh belajar untuk menambah baikkan apa yang kita sudah buat. Jika sebelum ini, saya buat sambal tumis udang tanpa mengopek kulitnya, sekarang tidak lagi. Saya telah belajar sesuatu daripada suami, dia hanya makan udang yang sudah siap dikopek kulitnya, manja betei. Pendidikan juga tu, pendidikan mengenali rakan serumah anda, hehe.

Pokoknya rendang, eh? pokoknya jangan buat kerja sesaja membuta tuli, tetapi buat kerja dengan berfikiran positif, ambil faedah daripada kerja yang kita buat, secara automatiknya kita dapat belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya pendidikan tidak kira status tinggi rendahnya -  hanya pendapat saya, bila ada usaha, bila ada minat, bila-bila sahaja, bila-bila dan di mana saja kita boleh memperoleh pendidikan. Berpendidikan rendah tidak semestinya tidak boleh berjaya. Saya memang tidak mahu berpendidikan tinggi, mengapa? entahlah, pendidikan diploma ini pun telah dipaksa oleh ibubapa setelah berkali-kali memujuk saya. Mungkin saya tahu tahap kecekapan dan kebolehan hanya takat situ sahaja sehinggalah saya menjadi seorang pengurus rumah tangga.

Pendidikan awal menjadi isteri.

Pendidikan awal ber'anak satu'.

Pendidikan awal ber'anak 2'.

Pendidikan awal ber'anak' tiga.

Sekiranya pembaca berpeluang berpendidikan tinggi, jangan lepaskan peluang. Belajarlah. Rezeki di bumi Allah meluas, tuntutlah ilmu. Sekian sahaja pesanan penaja. Gila mencabar entry hari ini. Sekali lagi saya hendak minta maaf sekiranya ada yang terasa hati di kalangan pembaca, ini hanyalah pendapat diri saya sahaja. Saya tidak punya ilmu yang tinggi. Saya hanya yang biasa-biasa sahaja. Sampai jumpa lagi, daaa.

Makan.

Thursday, 6 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maafla tajuk entry satu hari satu perkataan, tidak pandai sungguh hendak mereka tajuk panjang-panjang walaupun Bahasa Melayu Penulisan dulu pernah mencapai 92%, bila mikirkan tajuk mulalah pening. Esei BM pun buat eseinya dahulu barula rangka dan barulah tajuk. Lemah sungguh. Apapun mari kita teruskan cabaran hari ini.

Day 6: Apa yang anda makan hari ini.

Awal pagi begini, memang belum makan besar-besaran lagi, celik mata bersiap, mandikan Auni, turun bawah kemas rumah, minum air masak dan Qaseh Gold Adinda, jus manis madu dan kurma. Hampir dua minggu jugala saya minum Qaseh Gold Adinda ni dek kerana terpengaruh dengan promosi iklannya yang besar-besaran. Tambahan pula, kawan-kawan sekeliling punya cara tersendiri mempromosi kaw-kaw, haruslah menarik tertarik terbeli dan amalkan setiap pagi. 

Khasiatnya? siapa yang sedang membaca wajarlah boleh menyambil Google. Barangan sudah fames ames, barangan sudah hangat di pasaran mudah sahaja untuk mendapatkannya. Saya? sejak amalkan Qaseh Gold Adinda ini, so far ok. Tiada lagi sakit badan bila bangun pagi. Anak-anak pun saya beri mereka Qaseh Gold Junior, mereka menjadi berselera makan. Sebelum ini, saya masak nasi tiga pot siap sampai esok pagi bikin nasi goreng, now kena masak empat pot untuk 5 orang makan. Habis licin, clean and clear.

Mungkin mereka menggunakan tenaga yang banyak menjadikan lekas lapar, kekadang saya baru sahaja mencuci periuk nasi, mereka sudah pun bersedia dengan pinggan masing-masing. Itu belum part mereka mengambil ikan yang baru sahaja digoreng sedangkan saya masih lagi terhegeh-hegeh menggoreng batch seterusnya. Bila tengok sebelah hanya pinggan kosong sahaja, rupanya mereka sudah meratah seekor seorang depan tv. Kemain.

Sehingga jam 10pagi lepas sahaja tunggang langgang mengemas rumah, saya hanya minum segelas air manis sambil mengadap kerja art tergendala. Masa untuk saya berkerja sebelum Adli dan Arrizqi bangun pagi. Bila mereka sudah bangun, saya akan layan mereka berdua pula, sebelum keluar ambil Auni pulang dari sekolah. Saya akan singgah kedai untuk membeli roti atau biskut untuk kudapan mereka bertiga-sesi kena paw. 

Pulang daripada ambil Auni, saya sibuk di dapur, anak-anak sudah mula memunggah rumah. Ruang tamu, ruang tempat suami saya main ps3, ruang atas, bilik, dapur yang pagi tadi berkemas cantik kini berubah menjadi ruang yang menggerunkan. Bila tinggal saya dan anak-anak, menu kami simple-simple sahaja, bila ada suami menu up sikit, meja makan pun penuh je, hehe. Sebab suami rajin melayan anak-anak makan di meja, saya yang agak malas ni suap je sambil masuk juga mulut sendiri sesuap dua, betul-betul saya dapat makan dengan tenang apabila anak-anak tidur waktu petang.

Mereka bangun sahaja, saya kembali sibuk meladeni mereka main, mandi dan kembali masak untuk menu makan malam pula (macam sebelah siang juga), siap bersihkan dapur saya akan layan drama Korea, saya betul-betul dapat makan malam apabila suami saya take turn jaga anak-anak atau pun anak-anak sudah masuk tidur. Kebiasaannya, saya makan roti sahaja sebelum masuk tidur. Senang dan pantas, hahaha. Malam, mata sudah mengantuk jadi yang ringkas sahaja sudahlah. Esok pagi, ulang semula rutin yang sama, haha.

Betul, entry ini langsung tiada kena mengena dengan tajuk, hahaha. Jauh terpesong, sebenarnya hendak saya beritahu, sejak menjadi pengurus rumah tangga ini, pemakanan saya memang langsung tidak terurus, itu belum part saya makan sambil memasak, hahaha. Cuma, bila saya dapat makan dengan serius, saya ambil lauk yang ada ikan/ayam dan sayur atau ulam. Bagi saya seimbang dah tu sebab ada sayur, muahaha. 

Angkat sudu.

Beratur. 

Pencuci mulut. 

Jajan. 
Makan-makan-makan-makan dan makan.

Okla, saya hendak sambung kerja. Semoga entry ini tidak mengganggu rutin harian pembaca sekalian. Maklumla tiba-tiba sahaja bloghijau ini ada entry setiap hari, hiii. Jumpa lagi entry esok. In shaa Allah. Salam sayang, daaa...

Kenangan.

Wednesday, 5 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Parah, ini betul-betul parah, betul-betul mencabar minda akal namanya namun pembaca sekalian mesti ternanti-nanti entry pada hari ini bukan? saya menaip dengan senyuman paling manis sekali, hahahaaa. Bekas kekasih eh? Oleh kerana sedang mencabar diri untuk 30 days blogs challenge makanya kita perlu deal dengan tanpa mengelat.

Pitams saya macam ni, hahaha. Ok tidak mengapa, mari kita teruskan sahaja dengan penuh berharap suami tidak membaca entry ini, muahaha. Bekas kekasih? Jujurnya, saya tiada bekas kekasih. Sabar-sabar, mari saya ceritakan. Bagi saya, kekasih itu ialah kawan lelaki istimewa yang saling menjaga, saling memahami, saling memikirkan apa akan jadi pada masa akan datang, saling lengkap-melengkapi, saling nasihat-menasihat, saling-saling-saling dan saling. Kekasihkan? Ok, saya tiada itu. 

Jika mereka yang lebih dahulu mengenali diri saya ialah mereka yang berada pada zaman persekolahan lebih dikenali sebagai cinta monyet. Kenapa cinta monyet tidak pula saya tahu, istilah ini memang popular digunakan kan? Kawan lelaki cinta monyet ni adalah beberapa orang, amboi over kan? hahahaaa, tapi kesemua mereka sudah pun berumah tangga dan punya keluarga sendiri. Begitu juga, pada kawan lelaki istimewa masa saya sambung belajar sebelum saya berjumpa dengan suami, dia juga sudah mempunyai dua orang cahaya mata. 

Day 5, 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.

Walaubagaimanapun, untuk memenuhi kriteria entry pada hari ini, saya ingin katakan "move on". Apa yang kita pernah lalui, just jadikan kenangan manis sahaja. Oleh kerana semua sudah berumah tangga maka jagalah keluarga masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Usah di tanya kenapa kita tidak bersama. Kan jodoh itu di tangan Allah?, percaya pada jodoh yang Allah berikan, pasti dia pasangan terbaik buat kita. Tidak kiralah terlalu banyak kekurangannya, terimalah seadanya, manusia mana ada yang sempurna.

Jadikan kenangan manis. Kenangan zaman sebelum berumah tangga ialah kenangan paling manis, kita budak-budak, kita kanak-kanak, kita remaja, kita belia, kita dewasa, semua itu boleh jadikan cerita hebat untuk anak-anak kita nanti. Satu hari nanti, mereka akan lalui apa yang sudah pernah kita lalui walaupun zaman mereka semakin canggih, boleh juga diambil sedikit pengajarannya. Mereka pasti hendak tahu apa yang kita lalui dulu-dulu. Indah bukan?

Saya gembira dengan kehidupan sekarang, sederhana dan biasa-biasa sahaja. Betul, saya bersyukur juga kerana diberi peluang untuk mengenali pelbagai karektor kawan-kawan lelaki sebelum berumah tangga sehingga akhirnya saya memilih yang berani, yang tidak romantik sangat, yang berdikari, yang menyayangi, yang memahami, yang sanggup terima saya seadanya diri saya. Saya masih boleh buat aktiviti yang digemari, saya masih menjadi diri saya sendiri, saya masih buat perkara gila-gila walaupun sudah beranak tiga. Kekasih sehidup semati ialah suami saya, in syaa Allah.

Kesimpulannya, suami saya ialah kekasih paling istimewa sekali dalam hidup saya. Walaupun permulaan perkenalan kami, tidaklah sebaik mana. Kami musuh dalam kelas, hahahaa. Saya pasti pembaca sudah pun mengetahui kisah bagaimana kami berdua bertemu. Disebabkan itu saya benar-benar menggelarkan dia kekasih. Kekasih-suami. Cinta-Auni. Hati-Adli dan Jiwa-Arrizqi.

2004

2014

Ok, done untuk hari ini. By the way, terima kasih sudi baca entry panjang-panjang bloghijau ini, entahlah saya pun hendak taip sedikit sahaja namun ayat yang keluar tetaplah menjadi panjang berjela. Saya berhenti di sini dahulu ye, jumpa entry esok. In shaa Allah. Salam sayang, daaa...

Buku.

Tuesday, 4 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah saya katakan, saya suka membaca. Tidak kisah apa bahan sekalipun semua akan saya baca, my mom pernah kata, masa kecil dahulu saya membaca tidak kira tempat, paling suka sekali apabila pulang ke rumah nenek. Disebabkan saya suka benar tidur apabila menjadi penumpang kereta papa makanya rutin sebelum mata lelap ialah membaca papan tanda di sepanjang perjalanan. Papan tanda sepanjang lebuh raya, papan tanda iklan dan juga papan tanda kedai. Kesukaan itu membuatkan saya lebih gemar memilih jalan-jalan kampung atau jalan-jalan lama berbanding lebuh raya.

Saya tidak boleh membaca dalam kereta, entahlah. Bukan takat membaca malah buat kerja lebih sikit tunduk bangun-tunduk bangun-tunduk bangun pun lekas sahaja sakit kepala atau pening datang. Mulala nampak bintang-bintang pusing kepala then ting tong, tidur, hehe.

Jadi, tidak hairanlah rumah saya terdapat pelbagai koleksi bahan bacaan. Suami saya juga seorang pembaca walaupun membaca komik, muahaha. Selain daripada novel sebagai bahan bacaan wantu senggang saya, buku yang paling saya suka ialah diari bertulis.

Day 4, buku kegemaran anda.

Lapuk? hrmmm tidaklah. Bagi saya, diari bertulis merupakan satu perkara paling best. Kategori buku jugakan? boleh je la. 

Saya mula menulis diari sejak daripada sekolah rendah lagi, sila percaya. Akibat kegemaran yang satu ini, adik saya menggelarkan saya puteri kembang cina. Memang spontan sahaja dia bagi gelaran khas itu untuk kakaknya berikutan saya suka duduk memerap dalam bilik, berangan, membaca novel, membuat art kertas dan menulis diari. Oh! ya, saya juga gemar menulis cerpen pendek, hahaaa. Eh? kenapa gelak eh? kelakar bukan? betul, saya menulis cerita saya sendiri pada buku latihan sekolah yang tidak digunakan lagi. Kuat berangan sungguh.

Berbalik pada diari tadi, saya akan mencatat segala yang berlaku dalam satu hari, peristiwa yang kelakar, gembira, sedih, memalukan, suka gila-gila, dan sesi meluah perasaan. Termasuklah, geram, sakit hati, dengki, menyampah, bosan terhadap seseorang dalam diari yang saban tahun bertukar nama gelarannya. Papa ialah seorang yang pemurah dengan diari. Setiap tahun dia akan beri satu daripada diarinya kepada saya untuk saya memuatkan vocabulary yang saya pelajari hari-hari. 

Betul saya ingkar dengan arahan, diari vocabulary pada awalnya sahaja, masuk part perut diari ianya sudah bertukar menjadi cerita panjang peribadi, muahaha. Diari saya berubah apabila berumah tangga, disebabkan cuak dengan istilah terkantoi, diari bertukar menjadi buku nota yang akan saya bawa ke mana jua saya pergi. Betul, saya masuk dalam handbag. Isi dalamnya juga berubah kepada penggunaan ayat yang pendek-pendek, isi penting dan paling banyak ialah gambar. Saya lebih kepada melukis pelbagai bentuk emosi, lebih banyak kartun, lebih banyak huruf blok yang di besarkan, lebih banyak warna. Pernah sekali seorang teman pejabat mencari pensel warna dan dia terkejut kenapa saya ada pensel warna dalam handbag, hehe.

Apabila saya bergelar pengurus rumah tangga, isi diari berubah lagi. Selain menyatakan emosi, ianya boleh menjadi penyata akaun keluarga, menjadi tempat nota pesanan kawan-kawan yang inginkan art kertas, menjadi tempat pesanan pembelian tupperware dan juga boleh menjadi apa sahaja yang saya inginkan, hahaa.

Gambar fail, saya sudah pernah buat entry tentang diari peribadi.


Ini ialah diari saya sepanjang tahun 2014, ehsan daripada adik saya. Lusuh sangat dah. Well, sekarang pun sudah akhir tahun. Cemburu dengan mereka-mereka yang rajin DIY diari, saya berazam untuk DIY diari saya juga, disebabkan isinya bukan lagi cerita peribadi maka ianya bergelar buku nota.

Memperkenalkan buku nota DIY kegemaran saya pada tahun 2015, taaa...daaa. Colourful uols. Belum habis touch-up lagi berikutan kesuntukan waktu. Busy gamaknya.


Oklah, sekian sahaja cerita saya pada hari ini, Jumpa entry esok hari, Daaa...

Kekuatan.

Monday, 3 November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah taip setengah entry, delete. Sebab, entahlah seram sejuk pabila ada yang terasa dengan bait-bait ayat dalam tu. Ok, kita mulakan dengan yang baru. Kisah lain. Banyak juga perkara yang berkaitan dengan kekuatan diri ini. Bagi diri saya, sesuatu yang menguatkan diri saya ialah, gelaran saya sebagai pengurus rumah tangga. Terlebih dahulu saya beritau, entry ini hanya berkaitan dengan diri saya sendiri sahaja, tiada kena mengena dengan pihak-pihak yang lain. Lagi sekali, diri saya sendiri.

Day 3, Sesuatu yang menguatkan anda.

Berkenaan dengan sesuatu, setelah dua tahun saya bergelar pengurus rumah tangga atau surirumah sepenuh masa atau stay at home mom, saya sudah boleh dikatakan agak cekap dalam mengendalikan seisi rumah. Kenapa? banyak sangat perubahan yang berlaku apabila saya berkerja, menghantar anak ke pengasuh, pergi dan pulang kerja, bergaul dengan kawan-kawan semasa tempoh berkerja, mendapat cuti dan bergaji tiba-tiba, keesokkan harinya saya hanya di rumah, meladeni kerenah anak-anak. Esoknya lagi juga bergitu, hari esoknya juga bergitu. 

Jika sebelum ini saya menghitung jam untuk pulang dari kerja, menghitung tarikh untuk menerima gaji, menghitung cuti tahunan untuk bersama dengan anak-anak, sekarang...ianya tidak lagi berlaku. Saya sentiasa dengan anak-anak, saya sentiasa bergerak dan berkerja di rumah, saya sentiasa memikirkan apa yang akan berlaku pada setiap saat akan datang. Saya perlu memanfaatkan masa yang saya ada dengan sebaik-baiknya.

Pada mulanya, saya tidak hairan sangat dengan gelaran pengurus rumah tangga itu namun semakin lama apabila anak-anak membesar depan mata, membuat pelbagai perangai yang boleh menguji tahap kesabaran, memberikan ciuman dan pelukan, barulah saya sedar bahawa saya adalah yang paling beruntung. Tidak boleh terusan melayan emosi kerana tidak bergaji, tidak ada cuti kerana hikmahnya terlalu besar. 

Saya hendak menjadi seorang pengurus rumah tangga yang boleh menguruskan perkara mengikut kadar kemampuan diri, saya belajar menguruskan masa, saya belajar mengagihkan kerja, saya belajar meningkatkan skill memasak, saya belajar meladeni kerenah anak-anak, saya belajar membahagi kasih sayang antara anak-anak-anak dan suami supaya adil dan sama rata, saya belajar mengawal emosi, dan percayalah sehingga sekarang saya masih belajar-belajar-belajar dan belajar.

I'm not a perfect person.
I make a lot of mistakes.
But, I really appreciate those people who stay with me after
knowing how I really I am.
-learnlovelivelife

Sebenarnya saya belum boleh digelar supermak kerana saya masih banyak kekurangannya, manusia memang tidak ada yang sempurna, saya masih lagi mengeluh apabila keletihan mencapai tahap maksima cuma pada masa sekarang apabila letih, saya akan tidur, hehe. Apa yang saya dapat selama dua tahun ini apabila, kawan-kawan terdekat menghubungi saya bertanya bagaimana saya boleh buat semua perkara. Buat kerja ikut cara sendiri, rasa malas tak perlu buat kerja tapi merasalah padahnya pada saat akan datang, kerja bertambah. Bila saya malas memang satu apapun saya tidak buat tapiii saya kena redha selepas itu buat kerja berganda, haha.

Gambar fail, my family and I.

Sekian entry untuk kali ini, jumpa esok ye. Semoga pembaca dapat manfaat daripadanya, semoga juga tiada sesiapa yang berkecil hati dengan isi entry ini, saya percaya setiap orang punya kekuatan diri tersendiri untuk kelangsungan hidup mendatang. Saya hanya berkongsi sedikit apa yang ada. Salam sayang...daaa.




 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in