Gembira.

Wednesday, 30 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


"Are you ready kids? A...yey captain"
Anak-anak, kanak-kanak, budak-budak, perkataan lain perangai lebih kurang kegemaran sama, bermain. Serius, aku cuak bila abi kata dia balik kerja macam biasa, bila dia kata dia on the way, ada apa-apa pesanan ke?, bila katanya nak balik rumahla ni...

Rumah? Ye balik rumah, rumah yang sangat tunggang langgangnya, rumah yang sudah tidak nampak lantainya, tiada ruang untuk dipijak, rumah yang bagaikan hampir hendak terbalik dikerjakan anak yang tiga ini. Tiga orang bagaikan ada sepuluh orang. Gila kentang.


Dengar sahaja bunyi pintu pagar, yang namanya anak-anak ini bagaikan histeria, terjerit, terpekik, teriak "abi-abi-abi" grill di pintu, di pintu longsor bergegar, nyaring bunyinya bagaikan hendak runtuh digegar, seorang harus lolos keluar, seorang panjat naik seorang tukang gegar. Aduhaiiii anak.

Aku? Berguling, berlari, berlari anak, macam buat warm-up sebelum berlari 100 meter, mengutip, membaling, menyimpan, menyapu, mengemas mainan dorang. Tidak sanggup melihat abi mengeluh letih sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah. Kebiasaannya, apabila abi masuk aku sedang mengacau air minuman di dapur, hehe.

Ruang yang tunggang langgang tadi kembali bersih dan kemas, walaupun hanya seketika. Jika abi balik lewat pagi, aku cuma mengemas alakad, biar hatinya lega meskipun dia tidak pandang persekitaran ruang tamu, terus sahaja mendaki anak tangga ke bilik dan tidur. Bagus juga, bila aku bangun pagi sedia untuk memulakan tugas, hati jadi lega sedikit kerana tidak banyak yang perlu dikemas. Hihiii. 

Trio ini, memang aku bagi kelonggaran bermain apabila aku sudah sibuk dengan art atau pun melayan drama di tv. Banyak drama yang aku layan bila mood tiada untuk membiskut or membuat kek (poyo) maksudnya, prepare untuk minum petangla. Drama Indo tv3, Love In Paris - owh, jatuh cinta sama itu Dimas Anggara. Tagalog tv3, Be Carefull With My Heart, drama Filipina yang banyak sangat pengajaran. Tagalog Astro Bella, Jade. Pun sama tentang kekeluargaan yang penting hero kacak, huahuahua. Drama melayu tv3, setiap jam 4-5pm, banyaklah. Aku memang suka menonton tv.

Yeah, Disney Channel Junior pun aku layan, Princess Sofea tu, Adli pun tau "Ya, umi Ya" - katanya. Arrizqi suka Hi-5. Dia akan setia dengar lagu dengan kaki tangan badan bergoyang, yeah! dia menari tau sambil gelak-gelak. Trio ni major suka Pocoyo dan Taiyo. Adli Auni nyanyi lagu Taiyo, Arrizqi goyang badan. Kadang-kadang aku sampai berhenti buat kerja gelakkan dorang bertiga. Kelakar. Bagi la satu kiss seorang sebab tidak bergaduh. 

Bila Auni pancing Adli naik atas, Arrizqi akan ikut sama, dari bawah aku dengar kekekan ketawa. Lunak dan lemak, hati pun digamit-gamit untuk melihat apa keadaannya. Alahaiii, main babacak balik langsir je pun, kemain gembira bunyinya. Happy sangat tapi jangan ditegur, baik atau jaga adik atau tengok adik sebab tidak lama lepas tu karang adalah yang menangis. Jadi biarkan je walaupun selepas itu aku yang menangis tengok keadaan selepas mereka bermain, hewhewhew!

Adli, dia memang adil, dengan adik dia ok dengan kakak pun dia ok. Auni, dia konker mainan. Leader, bila adik-adik tidak ikut apa dia kata, siaplah tangannya mencakar-singa betina. Betul-betul cakar, Adli dapat, Arrizqi pun dapat. Tidak dapat cakar, dia gigit. Betul-betul gigit. Buat masa ini Arrizqi, ikut sahaja apa abang kakak buat. Banyak bersendirian dan lebih suka dengan abang. Pegang atau jumpa mainan, dan orang ambil apa yang dia pegang, dia akan lari sorokkan. Paling kelakar, dia sakat ambil bantal busuk Adli sampai menangis abang tu dikerjakan. Tidak padan kecil.

Tidak tahula tahun hadapan bagaimana. Masing-masing sudah besar, in shaa Allah kakak Auni sudah pun ke sekolah pertamanya. Mesti dua orang ini akan rindu kakaknya. Ihiks! Kita tengok nanti. Moga-moga aku masih lagi berblogging waktu itu. In shaa Allah.

Phew! Pagi-tengah hari dan malam. 

Membalik fungsi basikal.

Berkhemah sebelah meja makan.

 Kakak Auni dan Arrizqi.

 Abang Adli dan Arrizqi.

Throw back, kakak Auni dan abang Adli.

Ok, ini sahaja. Tiada nada mengeluhkan? hahaa, aku dah biasa la. Saja je hendak cerita kisah anak-anak aku yang makin besar, makin potpetpotpet dan sebenarnya kuat bergaduh juga dorang ni. Adik beradikkan? air dicincang tidakkan putus. Kejap je pastu sudah berlari main buaya-buaya. 

Aku hendak layan dorang baca buku kejap, dengarnya tadi Auni sudah berbunyi katak, Adli sudah pun melompat seperti katak, Arrizqi gelak sahaja, hahaa. Daaa...

Hobi sahaja.

Tuesday, 29 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai menyiapkan beberapa order, rata-ratanya tertarik dengan Quilling Fridge Magnet. Entahla, aku buat yang termampu. Hendak fikir banyak sangat, kusut pula kepala aku nanti. Aku menaip entry ni pun, sambil bertemankan rancangan Star King 393-OneHD. Dengan trio yang tidur ala bintang, kepala bertemu kepala kaki menjulur ke arah luar.

Kepada kawan-kawan yang suka dan sudi dan berminat dengan hasil tangan tidak seberapa ini, boleh sahaja roger di nsahida@gmail.com. Isk! tidak pandai betul aku hendak buat promosi. Ngeee... tiba-tiba kekok dengan product sendiri. Aku buat hanya bila ada kelapangan, jila ada due date aku akan usahakan untuk siap mengikut jangka masa. In shaa Allah.





Quilling frame: RM15-RM20

FM yang telah aku hasilkan setakat ini.

Aku budak baru belajar, jika serba kurang harap di maafkan. Banyak juga kan? ngehehe. Ok, boleh email aku di nsahida@gmail.com dan cuci mata di Hobbies dan #hobbiesart di Instagram. Aku hendak berterima kasih juga kepada mereka yang pernah dapat hasil tangan kayu ku ini, harap anda semua gembira. Sepertinya, aku udah tidak larat hendak ambil gambar setiap kali sebelum proses packing, phew!

Ok, hendak angkat trio one by one naik bilik. Daaa...

Berdikari.

Monday, 28 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Konon, hendak update blog setiap hari, haih! lap peluh. Barula sedar tangan cuma ada sepasang sahaja. Kiri dan kanan, hihii. Banyak sangat aktiviti yang hendak dibuat, lelebih lagi kalau sudah mula 'menurun' memang lupa segala. Syok sangat bila sudah dalam dunia buat 'projek' memang kerja lain akan tolak tepi lelebih lagi bila trio masih mood senyap. Tidur.

Ramai juga yang pelik melihat aku masih mampu buat art disamping menjaga trio tu. Kerja rumah, sememangnya tidak pernah habis, apatah lagi bila keseorangan tanpa abi meladeni kerenah anak-anak. Letih memang letih tetapi bila melihatkan pending order yang tidak surut-surut kena ada inisiatif dan kena curi-curi masa untuk membuatnya.

Sudah namanya pun hobi, makanya kita buat jika punya masa terluang sahajalah. Bila sibuk dengan anak-anak memang aku tidak akan sentuh langsung art, kadang-kadang masak, cuci pakaian pun aku tolak tepi, anak come 1st. Anak-anak ni pun ada mood, kena bagi apa yang dorang hendak, kena layankan, macam Adli Arrizqi bila paksa dorang tidur, dorang akan cari pangku emak. Berebut. Tetapi jika tune dorang memang hendak tidur, bagi sahaja susu terus sahaja tidur syaratnya Adli mesti sebelah Arrizqi atau sebaliknya. 

Lima hari tanpa abi, tidak pula abi hantar ke kampung makanya aku berdikari sendiri. Huaaa, struggle. Jika hari biasa struggle, hari tanpa abi menjadi berganda strugglenya. Sabar je la, emak tidak biasa ditinggal sendirian begini. Hendak menangis pun ada. Akan tetapi, alah bisa tegal biasa. Jika tidak bermula sekarang, esok lusa kena lalui juga, makanya kena kuat mental dan fizikal lebih daripada hari biasa.

Tambahan lagi abi bukanla seorang yang suka melaporkan aktivitinya bila pergian. Jika dua minggu dia kerja di luar, dia hanya akan beritahu aku sebelum dia pergi dan ketika dia pulang. Itu sahaja. Sedih juga, tapi hendak macam mana, aku mengadu pun bukan dia boleh datang dengan bersegera, sama ada hendak atau pun tidak, kena lalui jugalah. Hihiii.

Cemburu juga bila melihat orang lain ke sana ke mari pergi bercuti, ikut suami pergi bertugas, suami rajin membantu menguruskan rumah, anggap sahajalah rezeki masing-masing, lain orang lain rezekinya, lain pasangan, lain caranya. Mungkinlah. Aku? hanya menunggu pelangi indah selepas hujan, pelangi yang kadang ada, kadang tiada, kadang nampak jelas, kadang hanya samar, tapi tetap cantik dipandang mata. Pelangi ada tujuh warna. Positif.

Pelangi emak.

Yeah, aku ok je. Cuma anak-anakla yang biasanya buat aku touching lebih, bertanyakan abi. Lelebih lagi Auni, dia rasa macam lama sangat dia tidak berjumpa abi. Anak yang tidak biasa ditinggal abi lama-lama, jemu agaknya asyik tengok emak sahaja. Abi tidak muncul-muncul. Hari kedua, baru berani hendak bertanya mana abinya. Aku jujur sahajalah menjawab. Setiap petang bagi peluang main di luar, biarkan mereka sibuk hingga lupa untuk rindukan abi.





Akhirnya, abi balik juga. Hrmmmm...lupala kepada emak, sibuk bercerita dan mengadu hal masing-masing. Yang bergaduh, yang bercakar, yang dahi bocor, yang potong rambut sendiri, yang lebam dahi, cerita, cerita semuanya. Aku hanya mampu menarik nafas kelegaan. Kali pertama belajar berdikari sendiri tanpa abi. Alhamdulillah aku berjaya lalui dengan penuh rasa sukarnya, haih! 

Once again, tolong...jangan samakan aku dengan orang yang sudah biasa suaminya kerja luar lama-lama, serius aku baru belajar. Aku baru hendak tahu bagaimana perasaannya, baru hendak tahu bagaimana aku hendak aturkan hidup aku yang juga baru setahun dengan jawatan pengurus rumah tangga. Dahulu, jika abi pergian aku masih ada kakAna, kakTi, (pengasuh anak-anak) dan aku kerja untuk hilangkan stres yang melanda. Now, lone ranger. Buat sendiri. Dan, ok ianya masih boleh aku lalui dengan sisa gagah yang ada. Syukur.

Froggie kesayangan emak.

Tuesday, 22 October 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, selesai tugasan memasak, mengemas rumah, menyapu lantai, memandikan trio dan membawa Arrizqi untuk ambil suntikan satu tahunnya. Sekejap je bayi rezeki yang baru diketahui kewujudannya pada minggu 27. Kewujudannya merupakan kali pertama aku membuka buku merah, kali pertama juga aku membawanya ke pemeriksaan setiap bulan selepas kelahirannya. Kali pertama buku merah aku bertulis di klinik kesihatan, dia lahir di Hospital Sultan Ismail, JB membuatkan pertama kali juga aku dibawa menaiki ambulan selama 29 tahun ini.

Arrizqi, kekal namanya mengambil pendapat mamaEda (mamaDanishDeena) nya, supanya membezakan sedikit nama akhirnya. Mengekalkan makna "Rezeki" dan ditambah AR dihadapan supaya sedondon dengan kakak Auni dan abang Adlinya. Tidak lupa abang Aqil (anak ibuAqil) yang juga berpangkal A. 

Kelahirannya pada minggu ke 36, membuatkan aku berasa tempoh mengandungkannya singkat dan aku diberikan peluang merasai bagaimana pecah ketuban itu berlaku. Dihospital juga dia mudah dikendalikan cumanya waktu berpantang, aku sangat struggle. Walaupun ada mama, tetapi aku mesti juga belajar untuk buat sendiri, belajar membahagi masa dengan kakak dan abang Arrizqi.


Sekelip mata, Arrizqi sudah pun berjalan, tumbuh gigi, tepuk amai-amai, makan, pegang botol sendiri, menari, menyanyi, berlari, menjerit, marah, sedih dan pandai merajuk. Paling penting, Arrizqi sangat menggoda, hahaa. 

Dapat juga meraikan hari ulangtahun Arrizqi yang lepas, tokPapa bersungguh mencari sebijik kek untuk Arrizqi meskipun, hari lahirnya jatuh pada 10 Zulhijjah 1434h. Tahniah Arrizqi, kamu membesar bagai juara. Berlumba-lumba dengan kakak dan abang. 

Hari untuk Cahaya Petunjuk Rezeki.


 Kami suka kamera. Kesayangan Norerwandi bin Sumardi. 

Kegunaan kabinet tinggi.

Monday, 21 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahahaha, ye ingat lagi gambar kabinet tinggi aku yang terletak di tinggkat atas? Kabinet yang mempunyai 9 pasang pintu, 8 laci yang boleh memuatkan 2 paket Drypers yang belum dibuka dan 26 ruang penyimpanan barang-barang yang sangat besar. Percaya atau tidak, setelah setahun aku di sini, masih lagi terdapat ruang kosong di dalamnya. Haaa...

Ini dikira entry membuka rahsia aktiviti aku di rumah, aku ialah seorang yang mudah dan malas hendak buat benda yang remeh temeh lama-lama, jenis yang malas hendak over tekun bila buat sesuatu. Apa yang penting sekali ialah, mesti buat kerja sehingga siap dan kemas dan tidak pening untuk kegunaan akan datang.


Betul, bila dapat kabinet yang tinggi begini, pabila kemalasan tahap maksima makanya campak sahaja ke dalamnya dan tutup. Itu juga yang aku buat pada khasnya 4 laci drawer paling bawah. Merupakan juga tempat kesukaan trio bila bermain, hehee. 4 lagi di atasnya tempat letak, Drypers, Cloth-Diapers, beg abi dan beg aku yang jarang-jarang digunakan. Ruang paling kiri merupakan tempat letaknya toto, barang-barang yang tah, masih elok tetapi belum fleksibel digunakan, juga kotak baju lama yang memang tidak langsung akan dipakai. Baris paling atas, kosong. Ruang paling kanan, letaknya tudung dan shawl yang biasa guna dek kerana ada ruang penyangkut.

Ok, habis part yang tidak berapa hendak penting sangat. Now, kita buka pintu paling besar yang ada pada kabinet ini. Tadaaa...kerja orang malaskan. Baju trio, muehehe. Satu ruang, kumpul semua, hendak ambil pun senang pasal susun ikut sedondon dan warna. Masa angkat dari ampaian dan lipat sudah asingkan siap-siap baju dan seluar. Rutin waktu pagi, ambil tiga pasang letak atas katil lepas tu turun buat kerja rumah.

Semua rapat ke dinding pasal tak kasi tumbang.

Sebelah almari trio, baju bajan aku. Aku suka lipat baju cecomel je, boleh muat banyak. Bawal dan shawl letak sebelahnya, mudah jika hendak keluar pilih baju, pilih shawl or bawal yang senada. Ruang bawah jeans, skirt, baju jalan, baju kurung dan melayu yang jarang dipakai trio serta seluar harian aku. Itu pun ada kosong lagi.

Simple je. 

Pintu atas ialah, cadar, tuala, selimut, telekung disusun ala-ala kat hotel gittu, perasan lebih ni-hohohooo. Ok, tu je la. Oh, baju abi. Ye baju abi di dalam almari pakaian set bilik tidur dalam bilik utama. Sekali lagi kerja orang yang tidak berapa hendak rajin, sudahla sekarang ni kejap gosok, kejap tidak gosok, harap susun ikut warna je la dah tu semuanya guna penyangkut baju, muehehe. Efisyen ke tak ni? Dua almari semua abi punya, aku tumpang sikit je untuk isi baju kurung.

T-shirt, ruang bawahnya pakaian kecil, stokin dan seluar abi. 

Kemeja dan uniform, ruang bawahnya pakaian kecil dan baju kurung aku.

Masa mencuci aku asingkan baju anak dan baju kecil manakala baju dewasa untuk pusingan lain, jadinya bila masa menjemur aku dapat asingkan siap-siap. Bila sudah kering masuk dalam bakul kena tune malas letak bakul tinggi-tinggi untuk mengelakkan trio mengucar-ngacirkan kedudukan baju yang menanti rajin untuk dilipat. Itu sahaja, sesi aktiviti mendobi dan aku. Mencuci baju ikut ketinggian bakul hijau ini, memang aku tiada jadual efisyen macam pengurus rumah tangga yang lain, hahaa.



Banyak-banyak part berkaitan dengan mendobi, aku paling suka jemur baju. Hehee... Ok, itu sahaja. Daaa...

Whitey Mommy, BFF and talkative mummy.

Saturday, 19 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Persamaan antara tiga orang di atas memang tiada. Seorang sedang dalam proses diet yang sihat, seorang sudah agak berisi dan seorang lagi very the friendly, sangat-sangat-sangat peramahnya. Perkaitan antara tiga kawan itu? Tupperware.

Pertamanya hendak berterima kasih sangat pada Whitey Mommy yang sudi datang ke rumah aku beberapa minggu lalu walaupun sesat barat. Seronok sangat dapat bertemu mata, berbual, makan-makan, bergosip dengan pereka bentuk template bloghijau sekian lama ini sambil memerhati keletah anak-anak. Khalis, dia sangat behave. Aku sangat kagum dengan sifat dia yang masih aktif tetapi sangat bersopan. Sangat jauh beza, kontra habis dengan Auni. 

Sha or Whitey Mommy mudah sahaja diajak berbual mesra. Topik pun rambang sampai ke gosip artis. Seperti yang aku bayangkan, Sha teguh dengan prinsip, mudah sensitif, tegas dan jika kena gaya dia mudah sahaja didampingi. Tujuan dia datang adalah untuk mengambil Freeze Water Bottle 2L 2 biji. Aku let go kepada dia sebab hanya tersimpan tidak diguna. Lagipun, aku target hendak beli yang hijau, hiii. 


Next, kak Azi my beloved friends and sister. Datang terjah malam-malam buta dek kerana hendak ambil sendiri hasil menjadi anak kutu Tupperware RM150. Set Mosaic Keeper, Thin Stor dengan Medium Square Round. Berbaloi tengok orang kecil bawa barang tidak cukup tangan, hahaa. Aku dapat shawl, sayang lebihla pada you sister. Hihiii...

See? anak ke laut, emak over acting.

Balik Johor AidilAdha lepas, rumah aku bagai hendak roboh dikerjakan dek Suraya. Ma'ai, ingatkan aku sorang cakap tidak berhenti rupanya, nah!!! tidak sempat aku hendak mencelah Jemah punya membebel, ya tuhan. Aku rasa kalau dibiar dia bercerita mahu tiga hari tiga malam dia boleh bercerita tanpa henti sesuai sangatlah dengan Akob si suaminya yang sangat pendiam tapi sporting tu. Gila ko Jemah oi, aku suka bangat kau datang. Aku suka bangat kau sudi jumpa aku. Serius wei, kau memang sangat best. Aku rasa kalau kau jumpa kakJue, kakNad, mau hingar bingar rumah, tidak akan cukup seharian duduk sembang menggebang. Banyak sangat ceritanya. Aku tukang gelak je la, bila sudah ramai-ramai aku redha je jadi pendengar setia. Ngeeee...

Izz tu, bikin aku geram je. Sudahla taknak dengan aku, saje je dia kan? Syawal memang bawa haluan sendiri, buat don't know je dengan askar aku, sebaliknya askar aku pula yang over hendak berkawan. Perangai melebih-lebih daripada kebiasaannya. Jemah, nanti kau datang rumah Sg. Buloh aku pula ye. Suka la ngan ko, best.

Dan sangat kebetulannya, kau datang malam tu esoknya hari ulangtahun kelahiran kau sama dengan Arrizqi, makanya kita memang geng. Jemah datang sebab saja, sudah alang-alang dia pulang ke Ulu Pengeli yang tidak berapa meter daripada Sg. Sibol jadi singgah saja-saja. Harap Jemah kenyang dengan hidangan terbaik air tangan mama aku tu, hihiii. Habis semua orang terpengaruh hendak makan bila duduk dengan Jemah. Jemah salah seorang anak kutu Tupperware tahun hadapan. Tupperware lagi kan? hehee.

Syukur Alhamdulillah aku ditemukan dengan kawan-kawan yang boleh sama-sama menyokong antara satu sama dengan lain. Semoga persahabatan antara kita, dirahmati Allah dan kekal hingga bila-bila. Sayang kamu-kamu-kamu ketat-ketat.

In shaa Allah mood untuk update blog sudah mula datang. Sukakah kalian? hahaa. Poyo sangat ni. Daaa...

KuTupy 2014, Tupperware.

Friday, 18 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minta laluan untuk percubaan sendiri, mengambil gambar katalog untuk akan datang. Gigih buat sendiri tau. Ini kempen 1Oktober hingga 9November. Berminat? boleh email ye nsahida@gmail.com. Owh! ini untuk sesaja je, tayang katalog terbaru. Untuk KuTuppy 2014, ianya akan bermula pada awal Disember 2013 ini dengan katalog yang baru.

Kepada mereka yang confirm, boleh emailkan butiran nama penuh, nombor kad pengenalan, email, nombor telefon dan alamat surat menyurat ke nsahida@gmail.com. Berikut ialah giliran yang telah aku tentukan mengikut kepantasan mereka yang telah email, juga giliran untuk mendapatkan pilihan tupperware nanti. 

  1. Lily Zalia (kakLia) - Januari
  2. Hazirah (kakAzi) - Februari
  3. Juliana Johari (kakJue) - Mac
  4. MamaLiena (kakIeyna) - April
  5. Suraya (SueIzzSyawal) - Mei
  6. Masha (sisYana) - Jun
  7. Rahifah Aziz (Iffa) - Julai
  8. Nor Idayu Omar (kakAyu) - Ogos
  9. Zila - September 
  10. Bonda QWP (kakFai) - Oktober 

Terima kasih kerana sudi menyertakan diri ye. Aku sangat suka. Ihiks...kita akan bermula pada hujung tahun ini Disember 2013. Bayaran RM40 perlu dibuat sebelum 5hb berikutnya bermakna alarm mak kutu akan berbunyi untuk pertama kali pada 5hb Disember 2013 nanti. Pembayaran terus ke akaun Maybank Noorulsahida Ab Latib, 1510 7116 6785. Perlu emailkan bukti pembayaran kepada nsahida@gmail.com atau personal wassapp pun boleh. (lebih mudah rasanya).

Sebarang update atau pertanyaan bolehla email kepada mak kutu ni ye, hehe. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In shaa Allah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.





















Mutu gambar akan dipertingkatkan lagi tapi masih boleh nampak kemeriahannya kan? Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Sekian. Part pengaruh orang memang haibatkan? ngeee...

Ulangtahun yang pertama.

Tuesday, 15 October 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gambar daripada Instagram dan Facebook sahaja. Siap-siap edit.

1st of all, sudah tentulah selamat ulangtahun yang pertama buat Cahaya Petunjuk Rezeki keluarga aku. Merangkap jiwa emak yang kental, berani, bersemangat dan sentiasa ensem, ehehe. Maafla Arrizqi, tiada kek untuk ulangtahun 2013 ini, sudah serentak pula dengan AidilAdha 1434h makanya Arrizqi potong nasi impit sahajalah, terima kasih buat paksu juga kerana membacakan doa selamat untuk putera bongsuku ini.

Aku menyambut Aidiladha di Johor, kebiasaannya memang baju recycle Aidilfitri sahaja. Menyiapkan trio, dan mereka akan hilang sebaik sahaja selepas minum susu. Melihat suasana penyembelihan untuk pengalaman masing-masing tambahan pula masjid perkampungan letaknya berhampiran sahaja dengan rumah. Balik pada itu, kesemuanya flet tidur.

Itu sahaja bila menyambut AidilAdha. Sesungguhnya aku sangat bersyukur di kurniakan keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain. Syukur.

Selamat ulangtahun pertama buat Norersyad Arrizqi bin Norerwandi pada 15 Oktober 2013. Dan salam AidilAdha untuk semua pembaca bloghijau ini. Selamat bercuti :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in