Aktiviti yang tidak boleh elak.

Friday, 30 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Shopping. Hari tu masa berkerja memang galak membeli online, semuanya dihujung jari. Cukup bulan, abi jadi mangsa sebab ketidak cukupan duit. Ngeee. Ku fikir jadi pengurus rumah tangga nanti, maka terhentilah aktiviti shopping online ni, namun harapkan impian yang tinggi melangit, jangan haraplah nak mencapainya dengan tangankan? aktiviti tu diteruskan juga malah dengan abi-abi sekali terjebak, muehehe.

Jelak sudah posmen poslaju tu asyik datang rumah aku je, jemu dia asyik muka aku je yang menerima barang, kesudahannya bila aku keluar sahaja pintu dia terus minta nombor kad pengenalan aku, hahaa. Nama aku dia dah tulis siap-siap dalam borang bukti penerimaan. Aku suka shopping online baju anak-anak, baju aku, barang-barang yang terpaksa memilih lama di kedai, aku beli sahaja di rumah.

Selain tu, jika keluar membeli barang dapur aku suka buku. Aku suka kedai buku, kedai yang ada majalah atau kedai alatulis. Sah-sah, mesti ada sahaja yang aku akan beli. Tidak barang-barang art, novel, tidak pun suratkhabar, buku Auni atau apa je la, janji beli. Abi memahami juga, dia tahu bila aku sudah masuk kedai buku, jangan harapla hendak kejap-kejap.

 Aku perlukan sebuah meja simple dan sama tinggi dengan almari novel tu. Atas almari tu la tempat aku buat art.

 Selesai 10 pcs birthday cards.

Art, entahlah susah hendak tinggal, syukurnya ramai juga yang berminat dengan seni kertas ni, terutamanya quilling. Di Malaysia ni, ada juga pakar-pakar seni kertas, cuma pencinta seni je la yang layan kot macam aku. Suka mencari sesuatu yang jarang ditemui. Design pun limited edition, tidak pernah sama dengan yang lain sebab tu aku ada blogoren untuk dijadikan kenangan.

Aktiviti yang asalnya cuci mata akhirnya jadi peminat dan penyimpan. Tidak juga simpan, mostly aku guna hari-hari. Tupperware brand. Aku suka yang hijau-hijau sahaja, sekarang ini popular warna merah jambu dan ungu. Dan, sekarang aku handle kutu tupperware pula. Adoi, jadi mak kutu aku ni. In shaa Allah tahun depan aku buka untuk booking kutu tupperware, ada yang minat tak? RM40 sebulan. Dapat 10 orang jadilah. Tiga dah terisi. Dapat juga aku buktikan pada abi, aku boleh bisnes. Aduh statement.

Jomla, tidak rugi sebab ianya memang sangat kemas dan tidak makan ruang yang banyak.

Ini sahaja la yang aku benar-benar suka bila berada di rumah sendiri ini. Orang perempuankan? mana boleh mengelak daripada bershopping, muehehe. Terima kasih abi.

Kurang sihat.

Wednesday, 28 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini riang tidak terkira, kali ini melepek tidak sihat. Yang susahnya emak, sebab semuanya hendak melekat dengan emak. Satu apapun aku tidak boleh buat kecuali duduk or tidur bersama mereka bertiga. APTB! Bila seorang demam, mula la berjangkit seorang demi seorang sehingga abi pun terkena. Alhamdulillah emak juga sedikit kebal, masih mampu menanganinya. Cuma...lelah emak tiada siapa yang tahu.

Semoga lekas sembuh pelangi hati umi.

Nota hijau: Berkat senaman buat kerja-kerja rumah dan jaga diet.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabar je la mak!

Friday, 23 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Errr, marah-tak marah, marah-tak marah, marah-tak marah, ambil Samsung S2 yang sedang di cas baterinya, pilih butang kamera, snap-snap-snap mengabadikan moment indah dalam aktiviti hari-hari. Kelakar betul jadi emak zaman sekarang ni. Edit sikit di photogrid kasi nampak lebih sibuk dan post Instagram. Sekejap sahaja hampir mencecah 15likes (sebab tiada ramai follower) untuk dua keping gambar.

Gambar apa? hahaa, gambar apa lagi...askar makcik yang menghijau ni la. Jom tengok, apa yang dorang telah buat bila emak bagi peluang selongkar. Asalnya, hendak mujuk Arrizqi saja. Pakcik tu, pantang betul, lekas sahajalah dia buat kerja, memang tidak padan dengan kecilnya, gaya dia selongkar tu memang gengster, siap dengan kaki lagi. Habis keluar sebaris mangkuk hidang, dia masuk dalam kabinet tolak yang baris kedua daripada dalam, muntah periuk, bakul, mangkuk kesemuanya.

Bergaya Arrizqi, busy sangat! hot chick betul.

Arrizqi sudah letih, memerhati abang kakak pula. Testing-testing. 

"besar sangat tu Aie, cuba yang ni pula" - Auni. 

 "ini lebih sesuai" - Auni. Sebelum Adli buat benda yang sama kepada Arrizqi. Terhuyung-hayang Arrizqi berjalan, nampak gigi besarnya sahaja.

Adli datang, melihat emak tidak kisah, dia pula duduk sama mengadap Arrizqi, tunggu daripada luar. Kecoh sudah, abang mengajar adik bergendang periuk belanga. Mendengar kekecohan, Auni pula datang terhegeh-hegeh, terus memeriahkan projek. As a great team leader, bila turun padang sepakat membawa berkat, hrmmm...emak mampu mengeluh di tepi sajalah. Memerhati.

Ini sahajalah yang buat hati gembira, bila bergabung bertiga sangatlah berkerjasamanya. Kadang tu, aku terlelap, kakak bagi coklat, biskut, roti pada adik-adik, makannya di celah-celah, di sudut-sudut yang jauh daripada emak, takut emak marah (walhal, aku tak marah pun, bila dah buat kerja bersama-sama). Suka lagi ada, sebab kakak pandai jaga adik.

Hiburan seorang emak, bila anak-anak tidak buat hal. Sebab, bila seorang buat hal, yang lain pun mood habis swing. Yang jadi mangsa? emaklaaa. Sabar je la mak!
 * Msjbox hijaucantik (sidebar) sudah boleh digunakan :) 

Kalut.

Wednesday, 21 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, orang bercuti raya mood pun ikut beraya bersama. Sudahnya, kerja yang patut boleh siap kesemuanya jadi terbengkalai. Bulan ini kena struggle, menyiapkan pending order kad ucapan buatan tangan aku ni. Alhamdulillah ada juga yang sudi menghargai karya aku yang tidak seberapa.

Sebelum hari raya tempoh hari, aku telah mengubah suai balik buku skrap Auni Adli. Ingat lagi ke tidak kepada buku skrap budak berdua ni? 


Ini yang asal, terpaksa aku buka semula untuk menempatkan Arrizqi punya pula. Tukar kepada yang lebih mudah sekiranya ada pertambahan lagi selepas ini. Gunakan semula apa yang ada. Antara isi yang aku punggah semula, ujian kehamilan, tag penanda dan tali pusat. Bubuh semua jadi satu muka surat, hahaa. Ada pertambahan, tambah je lagi satu muka surat, itu lebih mudah.

Muka depan belum siap masih tidak jumpa apa yang bersesuaian. Seperti tertera, tom and jerry yang suka bergaduh-gaduh sayang but kali ini ada tiga, apa ye? ke letak je gambar mereka bertiga? sampai sekarang terbengkalai, aku sudah sibuk dengan order daripada pelanggan, eh! macam poyo je statement ni, ngeee..

 Kad ulangtahun kelahiran untuk pelanggan pertama. RM10.

Sudah selamat sampai ke tuannya. Syukur siap dan dapat dihantar pada masa dan waktunya, maklumla musim raya kan. Risau juga tidak sampai. Kad ini, aku buat dengan penuh cabaran, maklumlah pelanggan pertama, mestilah menarik tertarik dan kebabom. Quilling diluar, pop-up di dalam. Harga boleh runding (nsahida@gmail.com) sebab buat mengikut tahap kesukaran untuk rekabentuk serta kertas yang digunakan. 

Banyak kekurangan untuk pelanggan pertama ni, kawan sekolah dedulu yang tempah. Memang banyak tulis tangan banding komputer terutama tang ucapan bahagian dalam, gunting love is in the air kesemuanya tangan sendiri, dari depan ke belakang semua original handmade, nampak je simple tapiiii, phew! jenuh tak jenuhla kan.

Bila tiba kepada yang empunya, suka dengar dia mahu repeat order dan berpuas hati. Begitu juga tempahan untuk goodies card untuk majlis aqiqah tempoh hari, awal-awal sudah berpesan hendak order bila anaknya setahun nanti. 

Dan yang lagi kalut kelibut, tiba-tiba aku berminat untuk cebur diri dengan tupperware, huaaaa...dengan bulan yang singkat ini, aku telah arrange untuk kutu tupperware RM30 seramai lima orang, OMG bolehkah aku wei? aku budak baru belajar, tolong-tolong.

In sya Allah, masing-masing sudah berhasrat untuk main lagi tahun depan, struggle Syasya, u can do it! fully support from abi. Thanks love. 

Arrizqi semakin suka berjalan, syukur perkembangannya cukup memuaskan hati aku, Adli juga semakin petah bercakap dan dia sudah pandai makan tanpa bersuap, makan berpinggan-pinggan. Auni my daughter, kepoci yang maksima, kawan aku sampai bila-bila. Bersembang mengalahkan orang tua. Love them all.

Syukur, rezki rahmat Allah. Alhamdulillah, cukupla dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah.

Aidilfitri 2013.

Sunday, 18 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur, Aidilfitri tahun ini amat sederhana tetapi kemeriahannya tetap dirasa. Aku juga gembira melalui hari-harinya walaupun sejujurnya terasa sedikit kecil hati namun rasa yang sedikit itu terubat dengan keletah anak-anak.

1 Syawal 1434H disambut penuh kenyukuran.

Auni berubah total apabila tidak lagi berperangai tidak mahu bersalam. Mungkin dia sudah sedikit matang dan memahami kemeriahan hari raya, pakai baju cantik, cari kawan bila bertandang ke rumah orang, makan gula-gula banyak serta duit raya.

Tahun kedua Adli berhari raya sudah pandai berlari, melompat, makan-makan-makan. Muka jangan kata memang terpeta raut garang dan nakalnya, namun begitu Adli tetap menjadi pujaan hati semua orang dengan perlakuannya yang tersendiri. Baik dia atau pun Auni sangat menjaga diri dan mendengar kata. Lasak budak-budak, itu perkara biasa.

Si peramah Arrizqi, oh tuhan...sesungguhnya dia memang seorang yang pembawa rezeki dan rahmat Allah. Jika Adli menjadi pujaan ramai, Arrizqi pula romeo hati ramai. Dia punya aura membuatkan orang jatuh suka dan rela untuk menjaga dia. Punya sikap ramah dan suka ketawa emak, punya gigi besar emak, punya mata cantik dan most important dia sangat behave seperti Adli dan Auni yang tidak susahkan orang. Walaupun aku yang menjaganya sendiri namun bila orang lain take over, dia tidak ada masalah. Main-main-main. Dengan semangat jitunya, melihat abang dan kakak main, Arrizqi sudah boleh turun tangga dengan cekap dan berjalan dengan lebih kerap. Perkembangan yang lebih cepat daripada Adli.

How cute they are... abi punya kerja.

Menggayakan kaca mata bersama baju tradisional keluaran Jkid. Dah macam pentas peragaan pun ada.

Tahun ini beraya di Hulu Langat, agak sunyi dan hening kerana hujan turun pada Syawal yang pertama. But, habis juga melawat makcik, pakcik, nenek yang tinggal sekeliling kampung. Menjelang petang barula mencari jalan pulang sebelum bersambung sebelah malam.

Keesokkan paginya terus bergerak balik Johor serentak keluar dengan mertua yang pulang ke Terengganu. Aku hanya sempat memandikan Auni dan Arrizqi sahaja, Adli yang masih tidur mandikan di RnR waktu abi berhenti untuk tidur seketika. Tidak lama aku sampai keluarga bonda QWP datang ke rumah mama. Syukur, pertemuan ini berlangsung dengan suasana cukup mengharukan. Insan yang selama ini jauh sudah kembali kepangkuan. Kemeriahan Syawal kali ini terkesan juga dihati aku. Tersentuh melihat anak-anak kami mesra bagaikan mereka bersua hari-hari. Bergelak ketawa walaupun hati emak bapanya bergalau dengan perasaan berbaur. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tutup buku lama buka buku baru. Ini pertemuan pertama kami selepas peristiwa jauh hati, makan hati, patah hati dan kecil hati beberapa tahun lalu. Tidak pasti, apakah yang aku seorang yang berperasaan begini? hrmmm...

That's it, kami bertemu. Link blog bonda QWP lihat sidebar bloghijau. Lama menyepi blog bonda. Pertemuan pertama kakakWiya dan Auni.

Hari seterusnya beraya lagi, rumah makcik, pakcik dan kawan-kawan pihak Johor pula. Habis satu hari dan macam biasa trio tetap sedondon walaupun pakaian di sponsor tok papa dan tok mama. I love sedondon. Yeah! Masih lagi ada yang bertanya darimana datangnya Arrizqi. Ngeee... Soalan cepuemas kenapa emak tidak besar-besar dan tua sedangkan trio sudah besar. Adeih!

Dua hari selepas itu, kami kembali ke Sg. Buloh. Sempat singgah di Negeri Sembilan melawat kawan opis abi, team Perkep je ada, kawan abinya kerjala. Giliran berhari raya di rumah sendiri pula. Jemputla datang, aku sudah di rumah untuk menyiapkan order handmade card untuk pelanggan. Kecil-kecilan aja, promote quilling tu kan? Dan, tiba-tiba berminat hendak jadi duta tupperware. Wiii...jom-jom beli tupperware.

Jom tengok apa yang aku ada:

Tok papa dan tok mama pun dah terpengaruh sedondon, ngeee...

Like always baju daripada cuties gergous, Arrizqi je daripada tok papa mama.

Ni pun sama dengan yang atas, Arrizqi daripada Anakku, baju Adli.

Sama juga daripada cutiest gergous. Adli tidur masa ni, sama dengan Arrizqi.

Hero-hero dalam hidup aku, love they all damn much!

Cuti raya ni memang pusing area Selangor dan KL sahajalah. Saudara mara sebelah abi memang merata. Seronok juga bila orang asyik lupa anak aku sudah tiga, hiks. Tau-tau sudah pandai jalan. Bersyukur sangat-sangat Syawal tahun ini boleh aku kata sangat istimewa dan penuh kemeriahan.

Dua tahun aku pakai baju brand Puteri daripada AEON, best dan selesa.
Dengan Arrizqi tu, baju kakIzan aka cikMot. Merasa pakai shawl radiusite. Beli sendiri, memang tidaklah.

Eh, tuan tanah nak interframe juga, ingat gambar masa hendak puasa hari tu, haaa masa 1 Syawal berat aku 46kg, turun. Menjelang je raya pesta makan penuh semeja, orang yang nampak aku kata aku gemuk, hahaa. Yang penting baju aku boleh muat S size lagi. Muehehe. Ingat aku diet? tak ada maknanya.

Ini saja cerita raya 2013 aku, simple sajakan? Tahun pertama beraya dengan gelaran pengurus rumah tangga, aku rasa teruja juga.

Terima kasih anak-anak.

Tuesday, 6 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur sangat aku dikurniakan tiga orang ini, semakin hari semakin terserlah lasaknya, nakalnya, manjanya, comelnya, cerdiknya dan everything la yang boleh dikaitkan dengan anak-anak ini. Di kala hatiku gundah, dikala jiwaku kacau, dikala perasaanku galau, mereka membuat hatiku ceria dan berbunga.

Keletah yang berbeza tetapi masih boleh bersatu, saiznya yang berbeza tetapi masih boleh duduk bersama, karektornya yang berbeza bagaikan serasi bila bersama. Seorang yang menghiburkan, seorang yang rajin dan suka memujuk, seorang lagi yang manja dan berdikari membuatkan hatiku kembang-sekembangnya.

Lihatlah mereka menggunakan sofa lama milik emak dengan gembiranya. Yes, mereka berjaya memujuk emak di saat orang lain bergembira menjelang hari raya. 

Sofa as playground in the house. Jangan tidak tahu, yang paling junior tu pun dah gedik nak beraksi juga.

Sofa as a cho-cho train. Tengok siapa yang paling gembira? Arrizqi.

 Playing together.

Aku sangat suka semua gambar ini. Kakak, abang dan adik.

Kesyukuran keadilanku. Kehormatan ketenanganku. Petunjuk rezekiku.

Syukur alhamdulillah, aku memilikinya.

Aku masih lagi di rumah sendiri, tahun ini berhari raya yang pertama di Hulu Langat sekali lagi. Hrmmm. Semoga aku cekal. 

Istimewa Aidilfitri kali ini.

Thursday, 1 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga sahabat-sahabat aku terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan Allah swt, in shaa Allah. 

Sedang aku berguling dengan Adli dan Auni, sebuah van membunyikan hon. Alamak, pos laju. Turun sahaja dia daripada van putih kuning, sebuah senyuman terukir dibibirnya. Manis dibulan puasa ini. Aku tidak menyalahkan dia pun kerana kelewatannya menghantar barang kiriman sahabat. Bukan salah dia pun, dia sudah komited dengan tugasannya. Fail ringkas berisi borang penerima diserahkan untuk aku tandatangan melalui celahan pagar sahaja, begitu juga barang aku yang sudah pun diserah pada Auni dan Adli yang mengejar. Terima kasih dan ucapan ringkas selamat hari raya aku hantar dia dengan sorotan mata. Vannya berlalu, barulah aku menutup pintu.

Semoga Allah berkati pekerjaannya dan sikap amanahnya menyampaikan pesanan. Terima kasih abang poslaju, sebab rasanya dia lebih muda daripada aku, muehehe.


Kiriman diatas untuk trio, askar bertiga. Pemberian daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga merangkap mentor aku, tempat aku menjadi rujukan seorang pengurus rumah tangga. Terima kasih kakNad aka mamaZN.


Kiriman berikut datang daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga seorang yang sangat suka berkongsi idea. Dia sudah pun kirim untuk askar, sekarang dia kirim untuk emak askar pula. Speechless. Bila aku buka sahaja bungkusan pos laju, terasa mata bergenang, aku terharu yang teramat. Hadiah ini untuk diri aku. Terima kasih kakIzan aka cikMot.


Seterusnya, jauh daripada Utara Semenanjung, puan Muna Hazwani. Seorang supermak dan juga mentor. Punya rangkaian perniagaan online, punya outlet sendiri, bakal punya branding sendiri. Seorang yang kental, beranak tiga dan seorang pekerja juga. See? betapa dia seorang yang kental dan memang mentor aku sebab dia isteri kepada pegawai polis seperti aku juga. Rangkaian bisnes Bear Chomel Tupper BizBear Chomel Baby& Kid  dan Bear Chomel Store.


Di atas, kawan aku satu tempat belajar. FB menyatukan kami. Aku memanggilnya kakSiti. Aku pun tidak percaya masih lagi boleh meluahkan apa yang berbuku di hati kepadanya bagaikan masa dahulu. Banyak kenangan kami. Dia orang pertama yang aku kenal juga rakan sebilik sebaik sahaja aku sampai di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Mungkin juga disebabkan aku suka shopping tudung di kedai onlinenya, Koleksi Sitiku (Macam-Macam Ada).


End, mungkin korang masih tidak percaya aku masih keep in touch dengan seorang sahabat sekelas pada tahun 1996, darjah enam. Kami dalam kelas yang sama sewaktu darjah empat lagi. Jujurnya, aku kurang sikit berkawan dengan dia masa tu, entah dia seorang yang sangat kerek, apatah lagi kawan sebelahnya seorang atlet. Jarang sangat aku dapat bercakap dengan dia. Terima kasih FB, terima kasih blogspot. Suzeliah, seorang pembaca tegar bloghijau. Terima kasih Sue. Aku tahu engkau mesti tengah terharu kan? hiks.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong. Terima kasih kepada sahabat dan semua pembaca bloghijau, dan semua yang mengenali diri aku. Sesungguhnya aku tidak rugi mengenali kamu-kamu-kamu semua. Terima kasih kalian.

Istimewa Aidilfitri.
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in