Keluh kesah kisah makhijau.

Wednesday, 31 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, Jumaat lepas entry jiwa kacau. Lupakan-lupakan. Hari ini, Rabu sudah pun tiba malam 10 terakhir Ramadhan, sekejapan masa berlalu. 

Sabtu lepas, aku menyiapkan tugasan pengurus rumah tangga seperti biasa. Membersih rumah, menyusun atur semua dan clear dengan harapan si dia membawa kami ke IKEA, sudah hantar permohonan daripada minggu lepas lagi. Hrmmm...aku hanya mampu mengeluh apabila tiada IKEA. Muka, jangan kata sudah cemberut macam cencorot. Hodoh benar rasanya.

Tidak boleh aku yang mengajak, tangtangtangtu la abi dijangkiti demam. Demam sebab isteri mengajak pergi IKEA. Sabar je la. Tapi, disebalik tidak pergi IKEA tu aku belajar sesuatu. Memandu ke kedai bersama Auni, muehehe. Best juga, merewang dengan minah tu, mendengar dia potpetpotpet, kasihan Adli aku tinggal macam tu je dengan tangisan. Rasa hendak bawa juga tapiii, aku belum berani lagilah.

Ahad, aku memandu sekali lagi, kali ni malam. Hantar abi pergi klinik. Woahahaa, syabas untuk diri sendiri. Kali pertama dalam sejarah. Ngeee...best juga, dapat bersiar memalam minggu walaupun sesat barat menuju klinik. Lantakla orang lain sudah lali rutin begini, bagi aku ianya baru permulaan.

Isnin, akhirnya...dapat juga merasa berbuka puasa di luar rumah bersama team PERKEP, ikut kawan satu tempat kerja abi. Haruslah aku gembira pasal dapat keluar daripada rumah. Memang la best berbuka di rumah, masakan hendak dalam rumah sahaja. Bagi aku yang tempat kerjanya di rumah, mestila bosan. Bagi mereka yang berkerja of kos la suka berbuka di rumah sebab dah lelah seharian di opis.

Memangla best berbuka di rumah, aku pun perlukan juga kawan-kawan bercakap, perlukan juga ruang untuk aku bersosial dengan kawan-kawan yang masih ada, masakan hanya hendak berbual di laman sosial semata-mata. Memangla best berbuka di rumah, orang yang hari-hari berkerja juga suka apabila menghabiskan masa bersama anak-anak bila ada ruang masa, bagi aku yang di rumah ni, masakan hanya di rumah sahaja, aku perlukan juga udara luar daripada rumah. 

Bagi aku yang sudah merasa bagaimana berkerja dan merasa bagaimana duduk di rumah, sudah tentu-tentulah semuanya masih baru bagi aku. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bergelar pengurus rumah tangga, sudah tentu aku akan membezakan dengan zaman aku makan gaji dahulu. Gelaran kita sama cuma kisah dan perasaan kita belum tentu sama.

Suka tengok anak-anak dibelakang tu. 

Dorang kata, empat sebelah kanan ialah duta Maajun Anggun Bistari. Anggunkan kami? Ye, termasuklah aku, muehehe. Kaki aku macam ranting kayu je.

Well, aku pakaikan oren untuk askar bertiga tu, aku macam biasa kena adil sama dengan abi, sama dengan anak-anak. Mudah untuk cari mereka sekiranya tidak duduk diam. So far, alhamdulillah. Semua orang jadi kagum dengan mereka bertiga yang baik-baik sahaja. Adli diam dan makan, Auni diam dan main game, Arrizqi diam dan tidur. Waktu sudah makan pun, mereka masih juga baik ikut siapa sahaja yang sudi menjaganya. Aku dapat makan dengan tenang. Abi dapat makan dengan tenang dengan sedikit demam bersisa.

Tinggalkan mereka diruang pentas, mereka lekas sahaja berkawan. Baik Auni, baik Adli. Arrizqi pun diam sahaja malah suaranya langsung tidak kedengaran. Aku? macam biasalah dapat jumpa kawan setahun sekali macam-macam cerita la. Tahun lepas aku joint dengan tiba-tiba mengandungkan Arrizqi. Tahun ini, tiada lagi kisah pregnant tiba-tiba. Kami berbuka di Kampung Pengantin, dengan menu nasi Arab melayu, sedap.

Selasa, jam sudah menghampiri 11 malam, bawa Arrizqi ke klinik sebab sakit mata. Huh, aku sudah menguap berkali-kali, abi ajak juga pergi sebab Arrizqi takut sungguh hendak buka matanya.Woah! doktor tu memang sempoi, gila-gila. Dia terus bagi ubat cecair dan titis di mata, alhamdulillah hari ini beransur sihat budak aktif tu.

Tu belah kanan, budak sakit mata. Meligat tetaplah meligat. Mentanglah sudah dapat kaki, suka.

Rabu, aku gigih buat biskut makan sendiri untuk anak-anak. Hujung minggu lepas tidak keluar belanja, jadi menggigih juga la emak ni kan. Ok, sekian sahaja update untuk seminggu. Hadoiii. Jumpa lagi lain episod. Buka posa sorang-sorang balik semula, sabo je la.

Biskut mentega (atas) dan biskut milo ciptaan sendiri.

Selamat menyambut Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Kasi wish awal, tatau bila dapat update bloghijau lagi. Jaga diri dan berhati-hati semasa beraya. Sayang semua daripada: Aku, Abi dan Askar tiga.



Rumahku syurgaku.

Friday, 26 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah pun 17 Ramadhan, nuzul alQuran. Wall FB, penuh dengan mereka update majlis berbuka bersama kawan-kawan, keluarga di hotel, di restoran, di gerai, di mana sahaja asalkan bukan di rumah. Baik yang bersendirian, berkeluarga, beranak-pinak dan bergeng jamboria, majoritynya berbuka bersama. Hrmmm...

Tahun pertama aku tidak berpeluang berbuka di mana-mana pun. Jika sebelum ini, ada jugala jemputan daripada tempat kerja, sekarang tiada lagi. Jemputan ada, akan tetapi hendak sampai ke tempat yang disebutkan memang aku tiada daya, apatah lagi memandu sendirian. Sudah menjadi pengurus rumah tangga ini, aku rasa bersalah betul jika mendapat jemputan daripada kawan-kawan. Aku jadi tersangat merendah diri.

Orang cerita pasal kerja, pasal bonus, pasal gaji, pasal kenaikan pangkat, pasal bisnes, pasal tempat bercuti, pasal suasana kerja, pasal jalan raya, sedangkan aku? melopong. Langsung tiada kaitan dan kena mengena. Aku rasa macam kredibiliti aku jauh tertinggal daripada orang. Siapa je la hendak mendengar keluh kisah alkisah seorang emak yang menguruskan rumah tangga, sedangkan mereka juga membuat kerja surirumah yang sama seperti aku, malah mereka berkerjaya lagi. Hrmmm...

Abi pun, lebih mudah menyolokan diri bila jemputan di luar Selangor. Tidak kuasa hendak berulang alik rumah ke bandaraya KL tu, sudah penat memandu kena pula melayan anak-anak yang sentiasa bergerak cargas. Aku? sudah tentulah akan berjamboria menyembang tidak ingat dunia. Sesekali jumpa kawan, mau tidak cerita segala yang berbuku. Bukan selalu. Lebih baik kami di rumah sahaja.

Kebanyakan hari aku berbuka dengan anak-anak, namapun makan dengan anak-anak, yang mana sempat je la aku makan. Tidak dapat hendak feeling lebih bila makan dengan anak-anak ni. Maklumlah, masing-masing ada perangai sendiri.

Akhirnya Arrizqi dapat mandi kolam dan demam selsema selepas itu.
Main suap-suap, auta sajala tu.

Siapa yang lebih ligat, Arrizqi atau Adli? hrmmm... Arrizqila.

 Si cinta, si hati, si jiwa. Peneman setia emak.

 Sweet dream korang. Jangan lupa mimpi umi tau. Ngeee...

Setakat ini memang tiadalah yang sudi hendak membawa kami berbuka di luar, tidak tahulah minggu akan datang. Setiap tahun bekas pelajar sekolah aku tidak lupa untuk iftar bersama hari akhir Ramadhan, in shaa Allah tahun ini, aku ada. 

Nota hijau: Namapun surirumah, semua pun di rumah sahajala... redha je la.

Bila rasa gembira, tepuk tangan.

Monday, 22 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Grrr...grrr...grrr... saat aku taip entry ini, askar aku sedang bergelumang dengan pakaian bersih sebakul penuh, marahkan Auni-Adli munggah bakul, marah Adli-Arrizqi pula munggah, sudahnya tidak kuasa kubiarkan sahaja, maka bergelak riang-ria la mereka bertiga mengerjakan baju-bajan yang sudah bersepah. 

Lelah memang lelah, mana hendak marah, mana hendak mengemasnya semula dengan sisa makanan yang tadinya kenduri bertiga, kesemua kusyen sofa sudah tidak berada di kedudukan sepatutnya, kenderaan berterabur, fuuuh! bukan takat tumbuh tanduk badan pun hijau, lebih daripada itu peratus kemarahan aku meningkat. 

Apapun, bila dengar keriuhan gelak ketawa, bermain kejar mengejar, bermain sama-sama, sepakat membawa berkat maka tidak jadila aku hendak marah. Selagi tiada yang menangis, jatuh terhantuk di mana-mana maka teruskanlah dengan aktiviti. Apa yang aku nampak, dorang ni cukup sepakat, bila seorang hendak minum semua hendak minum, bila hendak mandi semua hendak mandi, aku paling suka tiba part makan, suap tiga-tiga bagaikan anak burung. Sangat comel.

Paling aku pening tiba part tidur, rasa hendak saja melenyapkan diri sebab masing-masing hendak emak pangku. Jangankan Adli, Auni yang dah empat tahun tu pun hendak pangku juga, Arrizqi memang sudah tentu-tentulah. 

 Aktifnya, memang ikut kakak. Tapi, dia sangat baik dengan abang.

Muka soft sudah pandai banting adik, tetap suka kawan dengan adik.

Penglipurlara adik-adik. Tidak ceria adik tanpa dia. Seribu satu macam perangai sedang merekrut adik-adiknya untuk sama aktif.

Aku pun tidak faham, sorang main semua hendak mainan yang sama. 

Ini belum masuk bilik air, cer bayangkan macam mana aku handle tiga orang ni dalam bilik air, dengan sabun, dengan buih, dengan yang tidak reti duduk diam, yang takut air. Bila naik mandi, satu hal lagi mengejar seorang demi seorang. Phew! 

Mengejar Arrizqi yang kemain laju naik tangga. Betapa kaki aku ngilu tengok dorang bergelak sakan di atas tu. Macam tiada apa-apa je kan. Makin aku kejar bertempiaran naik sampai atas. Now, abi sudah pasang pagar semula. Ngeri.

Aku pun tidak pastila sama ada orang lain serupa macam aku aktivitinya. Satu hari memang aku pulun buat kerja rumah, belah pagi sebelum dorang bangun aku pastikan rumah bersih, disapu dan di mop. Ruang tamu, dapur, cuci bilik air, sidai baju. Bila dorang bangun, aku hanya perlu melayan dorang sahaja, mandikan, makan, susu, cuci berak, lipat baju dan sebagainya.

Art? buatla ketika sudah lapang-lapang, masa untuk bersendirian. Bilala hendak ada SOHO sendiri ni. Bestnya, kalau ada. Berangan.

Istimewa Aidilfitri.

Thursday, 18 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masih ada kawan, muahaha. Buat entry ringkas je la, untuk dijadikan kenangan dan diulang baca ketika kebosanan. Sebenarnyakan, aku tidak sabar hendak beraya. Dua hari lalu, hari aku yang sangat gembira kerana, ada kawan yang masih mengingati diriku yang jauh terasing kini.

Istimewa Aidilfiitri, pemberian daripada cikMot atau kakIzan. Rakan mesra Instagram, Facebook dan Blogspot, aku suka sangat tengok dia gigih mengumpul fridge magnet (fm), sebagaimana dia gembira melihat fm-fm nya. Kali pertama aku mendapat kad raya bentuk badge magnet. Ye, sesuaila dengan hobinya berserta dengan duit raya untuk askar aku yang bertiga itu. Terima kasih cikMot.

cikMot ada dua bunga, satu kumbang.

Then, sebelah petang sedikit lagi abi pula wakil diriku menerima parcel pos laju, pemberian daripada kakYanti atau seorang guru, seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Baru pulang daripada menunaikan umrah. Terima kasih kakYanti. 

kakYanti ada tiga bunga dan dua kumbang.

Syukur alhamdulillah, aku masih diingati teman-teman, masih disayangi kawan-kawan (eh, ye ke?) korang sayang aku kan? ihiks. Meh, siapa lagi hendak bagi hadiah padaku, aku suka.

Geng baru.

Sunday, 14 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lelah. Tidak dapat aku bayangkan jika sofa lama masih digunakan. Sedangkan Auni seorang mampu mengumbah kesemuanya turun ke lantai meninggalkan sofa togel semata-mata, apatah lagi bila ada pembantu. Aktiviti mesti makin meriah.

Sebelum ini, sofa lama aku letakkan betul-betul di hadapan pintu bilik air, kedudukannya tidak begitu strategik kerana menimbulkan bau yang ashem dan kurang enak kesan daripada pengudaraan yang tidak begitu lancar. Akukan memang suka alih-alih kedudukan perabot ni jadi aku alihkan almari buku dahulu, susun secara berjemaah bersama-sama sebelum aku mengalihkan sofa lama ini menggantikan ruang almari buku abi.

Dan seperti biasalah, pantang ada perubahan lekas sahaja askar buat projek. Masa mula aku susun hari tu ada tiga sofa. Single dan kembar dua. Dek kerana Auni dan Adli suka benar bergayut di almari buku sehingga habis barang-barang kepunyaan aku digeledahnya, aku tukar lagi kedudukan yang single balik ke tempat asal dan tinggal yang kembar sahaja. Itu pun, di ajaknya si Arrizqi munggah sama.

Tidak di beri main, pakat duduk geledah almari buku tu. 

Tengok-tengok, siapa yang ada di atas sofa tu? Itu Arrizqi. 

Hrmmm, muka bahagia Auni. Kemain. 

Inilah, senang hati emak bila tiada yang menangis.

Masa berdua.

Dia seorang tapi...macam hendak terbalik rumah dikerjakannya.

Memang muka syurga je memasing, aku memang malas hendak marah. Hari pun sudah lewat malam dek emak melayan running man, tidak dapat tengok kartun dorang pun buat hal lah. Jadi, aku kena juga redha walau hakikatnya aku sudah menyusun balik semula sebanyak 5 kali dalam sehari.

Itu baru sofa yang kembar, belum lagi kerusi meja makan berhampiran. Habis kesemuanya beralih, disusun memanjang Auni dan Adli di atas, Arrizqi di bawah, belum pandai memanjatkan jadi hanya mampu menggelakkan sahaja apa yang kakak dan abang buat.

Arrizqi pun menjadi, lega sangat tengok dia membesar dengan baik. Suka makan macam abang suka bergambar macam kakak dan sangat melasak macam abang dan kakak. Suka la kakak Auni pengikut bertambah.

Suka sangat bila tengok sorang main sama-sama, Auni sememangnya menghiburkan. Dia suka buat adik-adik gelak dengan perangainya.

Sekali lagi.

Wednesday, 10 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur siap pada masanya, tahun ini lebih mudah lebih ringkas lebih comel [ok, aku perasan] muehehe. Tahun ini aku lebihkan lagi 10 keping, tahun lepas dapat buat 40 keping, tahun ini menjadi 50 keping. In shaa Allah akan sampai kepada mereka yang disayangi, dirindui, dekat di hati dan setia memberi semangat serta dorongan.

Ringkas dan errr... cantik [sambil kelip-kelip mata ;)]

 Random saja, macam-macam saiz pun ada. Sebab tu la ianya istimewa, tidak pernah sama. Adeih!
Buka untuk tempahan tahun hadapan :p

Untuk yang paling istimewa juga, fridge magnet quilling katanya, handmade. Suka tak-suka tak? But, ada 20 pcs sahaja semuanya sudah ada pemilik ;) tehehehe, siapa tu? biarlah rahsia. kikikiii... ada yang mahu order? sila email nsahida@gmail.com. wiii!

Macam cantik pula bila sudah banyak begini, lekat di whiteboard sahaja.

 Kad raya 2012 in memory.

Tengah berfikir, hendak update bloghijau ke tidak sepanjang Ramadhan ni, tahun pertama berpuasa di rumah sendiri, tahun pertama berpuasa dengan status pengurus rumah tangga, tahun pertama berpuasa dengan askar tiga. Alhamdulillah, sahur dengan tenang. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Ramadhan kali ini.

Monday, 8 July 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan menjelang lagi, tahun lepas aku baru sahaja dapat berita pregnantkan Arrizqi, menjelang Aidilfitri, dia sudah pun berusia 7 bulan, muehehe. Tahun ini tiada surprise mengandung lagi, in shaa Allah beraya dengan askar tiga sahaja. Persiapan pun alakadar sahaja, yang penting anak-anak gembira.

Tahun pertama Arrizqi beraya, cute sangat baju raya dia, hihiks. Semua orang teruja hendak buat dengan Arrizqi, belikan baju, belikan mainan terutama tokPapa dan tokMama. Best.

Suka sangat bila dapat berjalan.

Semalam shopping barang dapur, gila ketoi jejak RM600, takut aku tengok jumlah angka tu tapi hendak buat macam mana, semuanya keperluan. Bukan takat RM600 ada plus lagi beli periuk nasi dengan thermo pot. Ganti yang sudah rosak. Sayangnya periuk nasi warna biru, gara-gara abi dah peluk dahulu kotak periuk nasi Panasonic tu. Aku macam biasalah cuci mata port dulang pembakar. Geram je rasa. Banyak pula pilihan sampai aku malas hendak memilih. Thermo pot Elba aku warna hijau, yeay! Suka-suka.

Siap aku beli persiapan Ramadhan untuk anak-anak. Stock kalau-kalau emak malas hendak memasak nanti. Ye la, sah-sah sudah skip makan tengah harikan? Jadi, pada kesempatan ini aku hendak.menyusun sepuluh jari sekiranya setiap bait ayat dan perkataan ada menyentuh sensiviti individu-individu tertentu. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. In shaa Allah.


Selamat berpuasa kepada pembaca hijaucantik.

Suka la korang.

Thursday, 4 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap timbul kejap tenggelam entry hijaucantik ni, muehehe. Kelihatannya seperti dua tiga hari baru update satu entry, alahai tiada yang menarik sangat untuk dikongsi, hanya melalui kehidupan harian yang biasa-biasa sahaja. Sama seperti isteri dan surirumah yang lain juga. So, entry kali ini kerenah anak-anak macam biasa.

Pantangkan? pantang diberi peluang depan mata, sakan mengambil kesempatan, alaa dorang bukan tahu pun apa itu peluang sebab sudah memang begitu kehidupannya. Menjelajah sambil belajar. Biarkan sahaja. 

Semalam, abi off dia pergi ambil kereta. Hrmm, bikin kereta Mini dia balik semula. Daripada Mini cute tu tukar balik kelisa tapi warna merah, aku memang takde hal sangat janji apa aku hendak beli jangan kata tiada bajet, nahas aku bebel berapi-api. Balik dia ambil kereta beli kek. Sudah hidup dengan aku makanya setiap hari istimewa mesti ada kek. Tidak ada makan malam istimewa pun tidak mengapa janji ada kek. 

Naik pening aku dengar Auni membebel, 
"umi, bila abi nak balik ni bawa kek Auni"
"umi, nyanyila lagu bebeday untuk Auni, hari ni beday Auni" - adoi!!!
"umi, abi balik beli kek party untuk Aunikan?"
"umi, bila abi nak balik ni?" orang dah pandai bercakapkan? memang bebel gaya emak betul.

Dengar je bunyi pagar terbuka dia berlari serbu abi, sekali dengan adik-adik ikut.
"abi, kenapa kereta ni?" dia nampak lain macam. Abi keluar bawa kek.
"abi beli kek, abi beli kek, umiii...abi beli kek" tak menyempat-nyempat. Bersorak-sorak macam dapat apa. Seronok tengok dia gembira sampai macam tu.

Untuk birthday girl Auni, kek coklat kegemaran. Puas hati dia bila dapat nyanyi lagu harijadi, tiup empat batang lilin dan potong kek sendiri. Ok, noted. Tahun ni Arrizqi setahun kita buat birthday bash. Suka? In shaa Allah masuk dalam wishlist. Buat sekaligus dengan Adli bulan September. 

Marilah layan dorang. Meriah sangat dapat kecahkan meja, sepahkan rumah. Tak apa-tak apa [emak sambil urut dada]

Gangster betul Adli.

 Menjadi Arrizqi.


Party started. 

Hero on that day.

Little princess, satu-satunya.

Semoga sentiasa sihat, cergas, bijak, rajin, sayang adik-adik, pokoknya menjadi anak yang solehah dan baik untuk umi dan abi serta adik-adik. Proud to you Auni. Love u always and forever.

Selamat ulangtahun kelahiran, kakak Auni.

Tuesday, 2 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah masuk bulan Julai, sedikit hari lagi Ramadhan pula datang. Masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Ulangtahun Auni yang ke empat. Emak sudah 29tahun, abi masih 28tahun, Auni sudah pun 4 tahun mempunyai dua orang adik. Syukur.

Membesar dengan sangat baik, petah bercakap, suka membebel, suka art, suka buku, belajar-belajar dan terus belajar. Kadang-kadang dia lebih tahu daripada emak. Mendengar dia menyanyi saat mendodoikan adik, adoih...emak jadi serba salah, hendak marah atau hendak ketawa. Mendodoi dengan lagu 'Bintang di langit' tajuknya, bila dia nyanyi bunyi lagu twinkle-twinkle little star, tidak mengapa lagi cuma part menepuk adik tu, macam lepas geram saja lagaknya, terasa hendak tercabut jantung kawan tu. Sabar je la.

Ke tandas waktu siang sangat berjaya, waktu malam kadang-kadang sahaja terlepas. Kalau dia terlepas lekas sahaja dia masuk bilik air, mandi. Baju seluar yang basah direndam dalam besen gaya dialah. Kadang dibubuhnya shower cream, kadang tu berbuih besen dengan shampu siap dengan berus gigi masuk sekali. Janji wangi bilik air emak.

Lain-lain perkembangan seperti juga kanak-kanak sebayanya, bersifat lebih agresif dengan adik-adik, mainan dia hanya dia seorang, mainan adik-adik pun dia punya. Saat paling pening, berebut remote tv, bila tidak dapat mulalah adik-adik jadi mangsa cakaran singa dia. Sampaikan terkeluar gelaran singa betina. Dia tidak mengaku singa, katanya dia nakal macam lipas oggy saja. Walawei...menjawab tu menjawab, berasap je telinga emak ni mendengarnya.

Apapun dia tetap kakak terbaik, mintalah apa sahaja pertolongan Auni akan buat dengan rasa seronok syaratnya haruslah pandai gaya pujukan. Dengan puji-pujian, dasar perempuan suka dipuji, dengan lemah lembut. Hati budak-budakkan? Selembut tisu, setransparent kaca lutsinar.

Auni, kakak kepada Arrizqi dan Adli.

Sama je korang pose.

Aku bangga, Auni tulis nama sendiri.

Auni, walaupun kamu belum ke sekolah, kamu sudah menguasai banyak perkara, kamu hampir sahaja berdikari sendiri, kamu sangat suka belajar sendiri, kamu ialah sumber inspirasi Adli dan Arrizqi. Adli banyak belajar daripada kamu. Jadi, elok sikit perangai tu ye :)

Syukur pada Allah, aku terpilih untuk melahirkan mereka.

Selamat hari ulangtahun kelahiran Auni, semoga terus sihat, ceria, kelakar dan menjadi anak yang baik serta solehah. In shaa Allah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in