Supermom daripada kakNad.

Thursday, 30 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nadia Irwani Hamidi atau mamaZN, nama yang tidak asing daripada arena blogging, shopping, facebooking, instagram, holiday, resipi. Hah! apo laie, seorang yang kelakar, sporting, sempoi. Tidak lupa seorang yang rajin, kami pernah bertemu sekali. Sekali sahaja namun, ikatan persahabatan terus bersambung hingga kini. 

Bersungguh kakNad tidak bagi aku pergi jenjalan hari semalam. Mulanya, dia hendak buat kejutan tidak langsung memberitahu aku namun biasalah perkara yang tidak dirancang ni kebiasaannya sukar hendak berjaya. Manalah tahu, hari semalam aku keluar bawa Arrizqi pergi checkup ke kan...mana tahu. Melepas aku sebiji kek.

Biasanya pos laju akan sampai petang, jadi awal-awal pagi memang aku sibuk menguruskan hal-hal rumah, tiba-tiba sahaja ada orang tekan loceng, ting-tong. Terpinga-pinga kejap. Auni yang lebih dahulu berlari keluar pintu, aku masih lagi melayan Arrizqi dan Adli. Boleh pula encik abang tu tanya Auni, "Syasya Ab Latib, ada di sini ke?" hahaa, habis kantoi satu kejiranan.

Serius aku tidak perasan bunyi lori tu, sama dengan bunyi kereta jiran depan so aku tidak pedulila, hiks. Terus bukala apalagas (kakNad punya trademark). Wow! Wow! Wow! tergamam. Serius tergamam sekejap. Tergamam, terharu, terkedu, ter-ter-ter. Aduhai, terima kasih kakNad. Terima kasih sangat-sangat-sangat.



Kata kawan-kawan aku S untuk Syasya, Super mom!!! terharu. Inila kek paling istimewa sempena ulangtahun kelahiran aku ke-29. Suka sangat. Jom menjamu selera :)

Tengah aku duduk rilekskan, melayankan Arrizqi aku pun conteng diari macam biasa. Membuat penyenaraian kerja yang aku lakukan setiap hari.

Aku seorang pengurus rumah tangga. Peace yaw.

cinta, hati dan jiwa.

Yummy, habis pada budak bertiga. Arrizqi makan laju betul.

Ketenangan yang dicari, belum ku temui.

Hajat terlaksana.

Tuesday, 28 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeay, lamanya tidak update blog, gila ketui. Bukannya sibuk sangat pun cuma tidak berkesempatan untuk menaip. Alasan, tidak habis-habis kata je la malas. Hiks.

So pisang keju yang aku teringin sangat hendak makan tu, sudah pun habis. Dua bungkus, aku dengan Adli ngejakan. Orang lain tidak minat sangat. Auni, cepat je kepala dia menggeleng tidak mahu, Arrizqi belum ada gigi, baru hendak naik sebelah bawah, keras. Adli sahajalah yang teman emak habiskan.


Pisang keju, from Bandung. 
Siapa ke Bandung, jangan lupa ni ye ;)

Terima kasih kakRetna, siap ada cenderahati lagi, walaupun aku bukanlah peminat tegar fridge magnet tapi aku tetap menerimanya. Menyerikan peti sejuk dengan sebuah beg serbaguna. Mula tu, tidak faham juga fungsi benda hitam tu,setelah dibelek dan terbayang ada seseorang yang menggunakannya maka jadilah ia sebuah beg.

Ok habis cerita pisang keju, next ialah mesin pengisar kertas yang menjadi idaman. Yeah! telah selamat sampai dan aku menerimanya dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk terus belajar berquilling. Bisa menjadi tegar ni. Hiks. Ada satu lagi yang belum terbeli, hehee. So misi seterusnya membuat kad hari raya versi bloghijau, hehee. Ada orang mahu terima ke yang buatan tangan punya? tahun lepas pun masih berbaki lagi, hiks.


Terima kasih kakAziha, kamu sungguh peramah. Oh ini bukan dia bagi ye, tapi aku beli. Aku beli pengisar kertas di berinya aku penanda buku quilling serta kad untuk hasil seni buatan tangan yang telah dipotong. Terima kasih untuk free gift tu.

Semoga aku terus bertabah untuk memulakan langkah seterusnya.

Nota hijau: Minta pendapat kawan-kawan, [klik sini]

Puding roti choc chip [bakar].

Thursday, 23 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku makan puding roti seperti yang diidam-idamkan, sangat memenuhi citarasa, langsung tidak kecewa dengan hasil percubaan pertama. Terima kasih www.ceritaindahkami.com, hasil carian Google. Disebabkan permintaan ramai, poyo! maka aku kongsikan resipi 'puding roti choc chip' gittu versi empunya hijau cantik.

4 keping roti [Gardenia]
1 sudu besar butter dicairkan
2 biji telur 
1/4 cwn gula ising
1 cwn fresh milk [DutchLady]
1 sudu kecil esen vanila 
Ikut citarasa choc chip


Prosedur seterusnya.


1. Bakar roti guna kuali leper, carik-carikkan dalam loyang pembakar.
2. Tabur choc chip dicelahan roti yang dicarik.
3. Tuang butter yang dicairkan.
4. Pukul telur, gula ising, susu dan esen vanila bersama sehingga rata dan masukkan pada roti dalam  loyang pembakar.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah, 20-25minit. 

Siap!!! Dua kali pusing habis sudah. Aku, Adli, Auni, Arrizqi kerjakan pusingan pertama dan kami bertiga pada pusingan kedua kerana Arrizqi tidur. 

Aku suka dia rangup sedikit, maka biarkan lama guna api atas bawah semasa membakar. Pergh! rasa macam wafer pun ada, ahaks!

Macam disuruh untuk buat lagi sekali je.  

Ahaaa, sayangnya mau habiskan. 

Gila melampaukan, makan dalam loyang, hahaa. Buruk pangai sungguh.

Ala loyang aku kecil sedikit saiz pinggan plastik IKEA tu, lagi pula aku memang suka buat pangai gila sekali-sekala kalau tahap malas hendak cuci pinggan bebanyak. Makan megi dalam periuk, pernah sekali dulu makan megi dengan abi dalam mangkuk hidangan nasi tu, bahahaaa. Best tau, barula ala-ala Korea drama FullHouse. Pengaruh lagi? Adeih!

Dengan ini, hendak ditambah ke'over'an lagi, aku telah rasmikan mixer ELBA, gajet baru di dapur hijau, mmmuah...bagi satu kiss. Buat puding roti je, gila meroyan hendak guna mixer. Jakun, hahaa.


Nota hijau: Projek seterusnya, tungguuu...oh, masa buat ni? macam biasalah, banyak anak banyakla ragamnya. Yang manjat, yang tunggang basikal yang melalak. Emak gigih juga macam biasa sampai penamat.

Semangat Arrizqi.

Wednesday, 22 May 2013

# Bersemangat macam Arrizqi, esok lusa badan pula keluar. Haish!
# Pertama kali tunaikan. Jakun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yaw...hari ini aku terpaksa juga membuat puding roti yang menggunakan oven. Mesti, wajib sebab tarikh luput roti terbabit pada hari ini, beli kemain tamak tidak pilih yg pendek maka kalau tidak digunakan, sudah menjadi pembaziran pula.

Minggu ini merupakan permulaan yang sangat baik bagi aku, aku isytiharkan juga bulan bertuah, selain bulan ulangtahun kelahiran, bulan ini juga merupakan bulan Islam yang banyak mendatangkan rezeki.

Jika tempoh hari, abi membelikan aku mixer dan iron seperti dalam senarai impian aku, dua hari lepas aku cuba membuat order pengisar kertas mini untuk terus bergiat dalam penghasilan kad buatan tangan seni quilling dan keputusannya, aku sedang menanti kehadiran mini paper shredder tersebut sampai ke rumah, aku bayar menggunakan wang daripada tempahan penanda buku Nurul Shuhada yang lalu. Suka sangat.

Semalam, aku minta abi cashkan cek nuffnang pula hasil berblogging setelah masuk tahun ke enam aku menulis di bloghijau. Kebanyakan menulis perihal anak-anak, tidakla banyak mana, bersesuaian dengan kerajinan aku, maka hasil ini aku akan kongsikan dengan anak-anak dan pembaca setia yang lain.

Hari ini, jika tiada halangan melintang abi akan berjumpa dengan salah seorang blogger sumber inspirasiku, kakRetna. Supporter aku menulis sewaktu awal-awal aku berkisah di bloghijau ini. Dia baru sahaja pulang daripada Bandung dan membelikan aku pisang keju yang aku teringin benar hendak makan. Disebabkan tempat kerja abi berhampiran dengan tempat kerjanya maka aku utuskan abi untuk pergi berjumpa dengannya. Aish! Kan best kalau aku yang pergi sendiri. Isk!

Bulan Mei tahun ini juga merupakan bulan semangat baru buat aku, aku bangkit membuktikan bahawa pengorbanan aku bukan sia-sia. Allah sudah aturkan yang terbaik buat aku. Hilang satu punca, diganti dengan punca yang lain. Syukur sejuta rahmat. Mulai saat ini juga, aku mahu menjadi seorang pengurus rumah tangga yang disegani orang bukan surirumah yang kering idea, dunia hanya di dalam dapur sahaja. Eh? Riak dah ke ni? Ihiks...saja bagi aura positif pada semua orang. Daaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terapi Isnin.

Monday, 20 May 2013

# Esok lusa Arrizqi ajar adik pula ye.
# Love them so much.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seronoknya hujan awal pagi begini, sangat seronok diulit selimut bantal dan anak-anak. Peluk sana, peluk sini, peluk sinun. Rasa tidak mahu bangun langsung tapi memikir keadaan di ruang tamu itu, phew! Bangkit-bangkit.

Tidak ada cerita yang menarik sangat pun sebab hari Jumaat lepas terlupa tengok runningman. Wuhuuu. Hari Sabtu, melayan dengan Auni yang marathon punya. Kelakar betullah, asyik hendak ketawa sahaja.

Ahad, awal-awal merajuk dengan abi, ahahaa ngada je kan, habis semua kerja rumah aku buat, mop lantai je tidak sempat sebab sudah letih sangat. Aku, kalau merajuk memang balas dendam buat kerja rumah. Pastu baru nangis dalam bilik air, hahaa. Tidak sempat nangis, abi ajak beli barang dapur.

Mula, muncung hendak ke depan juga, tiada destinasi lain ke selain shopping barang dapur akan tetapi setelah mendapat sebiji mixer dan sebiji iron berat yang diidamkan, makanya merajuk sekerat jalan sahaja, bahahaa. Siap, beli bahan buat kuih sekali, troli penuh macam biasa dan, aku tidak beli Drypers macam selalu, sebab ada lagi satu plastik belum guna.

Susu anak-anak, empat paket untuk Auni/Adli, tiga paket untuk Arrizqi, murah sungguh, RM19.24/paket tidak silap aku. Padan dia tulis hanya 5 paket setiap keluarga di rak. Sumbing senyum aku depan rak susu tu.

Bila troli sudah penuh, mohla kita balik. Aku dah letih dukung Arrizqi, siaplah sakit badan balik karang. Hendak mengejar Adli Auni aku tidak larat, hendak pilih barang lagi. Bawa stroller malas, hendak tolak troli lagi. Kecoh, bila pergi belanja anak beranak ni, hahaa.

Nota hijau: Terima kasih abi. Nak buat puding roti dulu ni. Cari resipi-cari resipi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Karya buatan tangan.

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hati bunga-bunga, hari ini Jumaat esok cuti. Macamla aku ada cutikan? hahaa. Layankan aja. Siap sebagaimana jangkaan. Main aci redah je, kali pertama buatkan permintaan orang. Gementar usah dikata, kali pertama kot. Seram jika tidak menepati citarasa namun tetap kuatkan semangat juga.

Seseorang telah email kepada aku untuk menempah 25 keping penanda buku berquilling untuk majlis Aqiqah pada hujung minggu ini. Bagi orang yang biasa, ianya hanyalah biasa-biasa sahaja namun bagi aku yang langsung tidak biasa membuat karya yang ada due date, merupakan satu perkara dan pengalaman pertama sepanjang kehidupan.

Biasanya aku offer diri untuk buat, ataupun just for fun. Mana tau, ada pula yang betul-betul terpikat. Simple je, ikutkan hati memang hendak kutangankan semua, malangnya memikirkan askar aku tu, aish! minta bantuan abi sahajalah. Abi pun rela je hati untuk menunaikan permintaan aku, printkan apa yang aku sudah siap edit. Alahai, tidak puas betul hati edit guna netbook ni, halus bebenar. Gigih juga.

Siap teman pergi beli reben lagi, bermacam warna aku beli, cantik pula rasanya. Sebelum tu, mestilah aku siapkan quilling butterfly dahulu, selagi kertas kisar tu masih ada, cuma tidak banyak warna menarik yang tinggal. Kertas keras pun sudah hampir habis, suka sangat hendak mengisi masa lapang dengan satu aktiviti kegemaran.



Terima kasih Nurul Shuhada, nama pun lebih kurang aku je. Tiada blog tetapi tetap pembaca blog orang lain. Terima kasih kerana menghargai dan terima kasih kerana percaya untuk aku meneruskan aktiviti kesukaan ini keperingkat yang lebih luas. Terima kasih yang tidak terhingga banyaknya.

Simple sahaja sekeping kad dengan quilling butterfly, rasa macam tidak puas hati tapi separuh lagi rasa ok, then yang penting orang di sana turut puas hati dan suka. Aku juga minta maaf sekiranya tidak dapat buat yang terbaik. Itu sahaja bahan yang masih ada, aku gunakan sehabis daya. Ihiks. 

Nota hijau: Sedang gigih menyiapkan Khat Kufi Murabbah berquilling untuk hiasan dinding. Pergh! bila zaman hendak siap. Adeih!

Tidak tetap pendirian.

Thursday, 16 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mama aku suka ubah-ubah posisi kedudukan perabot di rumahnya, agaknya tabiat tu turun kepada aku pula, hahaa. Khabarnya orang yang suka ubah kedudukan sesuatu ini dilabel sebagai yang tidak tetap pendirian. Hrrrmmm, iyakan sahajala janji kita gembira dengan sesuatu yang lebih segar dan berbeza, tidaklah asyik menatap ruang lingkup dan pemandangan yang sama sahaja.

Belum genap sebulan, aku sudah dua kali ubah kedudukan sofa di ruang tamu, dua kali juga aku ubah kedudukan meja makan selain almari buku abi. Hahaa, bukan senang hendak melihat suasana sedikit berbeza. 

Betapa luasnya mata memandang. Lapang.

Ini kedudukan sofa duo, depan sliding door. Menjadi kegilaan Auni dan Adli bila letaknya di situ menjadikan sliding door kerap tersangkut dan tersekat [rumah lama]. Pelbagai gaya menarik digayakan, tahap panjat grill belah luar, sampai naik letih hendak melarang. Tambahan pula menghalang pengaliran udara baik untuk masuk ke dalam rumah, meskipun ruang sebelah meja makan menjadi lebih luas. Hrmmm, pusing balik kedudukan asal, sebelah meja makan.

Begitu juga meja makan, kononnya hendak lebih nampak kepenuhan dan memberi ruang luas tempat anak-anak bermain makanya aku alih berhadapan dengan almari buku. Tukar, tempat bermain dan meja makan. Bertahan hanya tiga hari je kot sebab Auni suka benar memanjat mengambil pen, pensil dan bersepah. Ergh! agak tough kat situ. Tidak dapat untuk mengawal bila Adli sendiri yang panjat meja. Alih kembali kepada kedudukan asal, biarkan sahaja begitu. Lebih nampak jelas sekiranya seseorang menyentuh buku-buku kesayangan abi. Akhirnya semua kembali seperti asal semula, hahaa.

Tenangnya waktu pagi sahaja. Askar bangun, memang tiadalah suasana ni. 

Aku berdiri di hadapan almari buku keluasan satu tikar buluh. Bayang je la betapa luasnya hendak mop tu kan. Dapur lagi, bilik lagi, atas? pengsan.

Biarkan sahajala lapang begini, lebih mudah udara baik keluar dan masuk, lebih mudah untuk memantau anak-anak bermain daripada menyentuh buku-buku abi. Juga, lebih senang jika semuanya menunggang kenderaan masing-masing. Lapang. 

Nota hijau: Rumahku biasa-biasa sahaja. Kata kakJue, rumah aku comel. Ada ke?
Nota hijau: Selamat hari guru kepada kawan-kawan yang bergelar guru :)

Wangi.

Wednesday, 15 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ihiks, bau tak-bau tak? hahaa, bila sakit sengal sudah datang mulalah merepek meraban. Hari tu, masa hari istimewa aku, alaaa 6hb Mei lepas, aku tidak dapat makan kek pun, hahaa. Kesiankan? On that day pun, aku bakarkan biskut mentega untuk anak-anak. Haaa, menggigih tau.

Sampai ke hari ini, aku masih lagi belum potong kek, alaaa teringin betul hendak makan kek tapiii malula hendak minta-minta. Kalau dengan papa ni, saban tahun dapat makan kek, setiap kali hari lahir sesiapa pun, mesti ada kek. Alaaa rindu.

Apa? makan malam istimewa? hahaa, apakah itu? perlu ke? hrmmm, lama sudah tidak berdating-datingan dengan si dia, seperti biasala baru sahaja mengutarakan kata hendak dating atau hendak jenjalan dengan si dia, perkara pertama dalam kepala siapala yang larat hendak jaga askar mak yang bertiga tu. Ketiganya ada perangai yang sukar dijangka. Jadi, tunggu sahajalah.

Sejak aku duduk rumah ni, ruang lingkup hanyalah ruang tamu, dapur, bilik air dua, bilik tidur tiga, bilik pakaian, ampaian, hahaaa. Ya tempat idaman semua para emak dan isteri. Hrmmm...

So, hari istimewa hari tu aku dapat apa? jap-jap-jap aku post gambar aku jap. Saja nak mengada interframe, muaskan hati.


Lawa tak kakTon? bahahaaa, gelak-gelak jangan tidak gelak. Wah! lama betul tidak interframe. Phuiii! So, kali pertama pakai tudung bawal blink-blink ni, pemberian my lovely inspirations sisYanti yang ada lima orang anak dan seorang wanita berkerjaya, dia seorang guru. Thanks kakYan. Oh ya, kali pertama juga aku menyembur wangian termahal untuk diri sendiri, poyo lagi.

Tepi-tepi-tepi, bagi laluan kepada minyak wangi pemberian suami tersayang, gila tak sayang? anak tiga tu, Donna Karan New York-be delicious katanya. Aduhaiii, wanginya sampai tiga hari melekat-tipu. Selalu aku suka hijau, syukur abi beri warna merah jambu. Kenapa? warna hijau buat aku terkenang seseorang yang aku tidak gemar. 

Satu-satunya wangian yang paling wangi pernah aku dapat, jakun. Terima kasih suami. Hihiks-ngada.

Inila dia si dia yang wangi tu.

 Tidak dapat hendak bayang, gigihnya abi membalut dengan wrapping paper polis ni. Adeih!

Nota hijau: Terima kasih sebab habiskan entry poyo tidak hengat ni, hahaa. Gila ketui!

Keluhan yang berpeluh.

Tuesday, 14 May 2013

# Rumah luas pun terasa sempit.
# Budak paling kecoh seantero dunia.
# Ikan bawal kukus sudah jadi puri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isklaaa pakcik ni, bikin emak kalut saja. Macam mana hendak masak, kemas rumah, mop lantai, kalau Arrizqi hanya mahu pelukkan emak saja. Serba salah betul bila tengok muka kasihan Adli dan Auni yang minta manja sama tapi terpaksa mengalah demi adik yang menjerit bagaikan hendak runtuh rumah.

Isklaaa, tell me why Arrizqi, why you do this to me? Hahaaa. Menyusu sudah, makan sudah, main sahajala seperti biasa, usahla kamu mahu melekat dengan emak saja. Kurang sudah tenaga emak hendak memujuk Arrizqi. Kamu nampak emak sedang.menyapu bukan? Kamu ada bila emak sedang masak, kamu lihat emak sedang mengemas di sekeliling kamu, emak ada sentiasa disekeliling kamu di tempat yang lamgsung tidak terlindung, langsung...kenapa kamu merengek lagi.

Isklaaa Arrizqi, sakit ye. Kakak buat atau abang buat? Atau sakit perut, sakit kaki, sakit badan? Emak urutkan Arrizqi dengan minyak angin, emak bacakan selawat sambil jadi tukang urut, emak peluk Arrizqi, tepuk-tepuk sambil nyanyi lagu pujaan emak, tidur. Letak Arrizqi di atas tilam, layan pula abang dan kakak yang berkelahi.

Isklaaa korang ni, jangan bergaduh boleh? Abang janganla usik barang kakak tu, kakak...kalau tidak mahu main dengan adik janganla keluarkan mainan tu. Abang, janganla nangis bila kena gertak dengan kakak, jelir saja lidah, tidak pun tunjuk buku lima abang yang demok-demok tu. Abangkan lelaki. Sikit-sikit abang nangis, abang bukan nangis pun lebih kepada menjerit sengaja minta sayang lebih. Alaaa, janganla macam tu emak.banyak kerja ni sementara adik tidur.

Isklaaa, kakak tidak sayang adik ke? Kalau suka sangat dengan cik su, kakak pergila sendiri. Ambil kunci kereta ni, eh buka pintu tu dulu. Setahu emak, kakak pandai buka pintu pagar saja, hahaaa. Atau, kakak mahu duduk dengan aunty depan tu, main cakar-cakar adik pula persis anjing aunty tu, mahu? Haaaa tidak mahu pula, dudukla diam-diam, tengok tv, main handphone. Kakak kan dah pandai tulis ABC, tu tandanya kakak dah besar. Tahun depan kakak sudah sekolah tau?

Isklaaa, baru anak tiga kecohnya usah dikata. Bila bergelak ketawa rasa lega, bila mengamuk emak jadi naga. Payah juga bila semua kena guna pendekatan psikologi ni, maigrain emak pula yang datang. Itu kalu, bukan naga lagi dah, jadi incredible pula. Isklaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Luar kebiasaan.

Monday, 13 May 2013

# Rasa segar.
# Abang belajar buat peace.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yuhuuu, rindu kawan-kawan semua. Sihat? Aku beransur sihat, mengalami migrain yang bukan calang-calang, huhuuu.

So, ada satu malam lalu kan aku bosan tau, lagi-lagi pula kondisi tidak begitu baik, muka memang tidak cun langsung sebab asyikla menyinga sahaja, aku mengadap almari baju anak-anak. Termenung sebab tidak larat untuk mendobi dan sebakul lagi belum mampu berlipat. Baju dalam almari sudah.menyusut.

Tiba-tiba, idea bengong datang, hahaa siap korang bertiga jadi bahan.eksperimen. Baju bee (oren) dipadan.dengan seluar pororo (hijau) maka jadilah hijau dan oren cantik, secara tidak sengaja. Kehkehkeh.

Gambar dirakam sebaik sahaja selesai.mandi dan abang Adli sedang belajar buat peace dengan kakak Adli. Arrizqi, biasalah tumpang menyibuk, manjat semua orang. Sampai ke hari ni aku buat benda yang sama. Seluar bee (belang-belang) dipadan dengan tshirt basahan warna hijau, muahahaaa.

Sesekali buat benda yang mengarut ni, best juga. Menyidai di ampaian pun seragam sahaja susun ikut warna. Gila betul pengaruh drama Korea ni. Cuti dua hari, balik Hulu Langat...ya Allah kepala aku kronik betul. Cuba juga bertahan sebab aku sedang menyiapkan 25pcs penanda buku untuk seorang pelanggan. Cewah!

Nota hijau: Musim colour-block belum.habiskan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saya comel.

Wednesday, 8 May 2013

# Saya comel. Nampak besar tapi slim. With my bff, abang Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya Arrizqi. Sekarang enam bulan tapi bulan ni tujuh bulanla kiranya. Saya suka umi, dera dia supaya dia hanya duduk saja layan saya.

Sekarang ni saya suka dengan almari, sofa, katil yang sama tinggi dengan saya sebab saya dah boleh diri sendiri. Saya tepuk-tepuk sampai terlupa saya belum terror lagi. Umi pun dah malas hendak layan bila saya tergolek dok.

Saya sudah boleh join abang dengan kakak main, abang suka tidur dengan saya, mandi dengan saya, makan dengan saya. Kakak suka menyanyi, bila saya nangis kakak pujuk saya macam umi buat. Umi lagi bestla, hehee. Abi?, dia jarang saya nampak.

Oklah, saya nak pergi kacau umi macam biasa, dia tu susah hendak berhenti buat kerja. Hendak buat susu saya pun dia sempat cuci baju, magik betul. Saya jeles betul, kalau dia tidak datang kepada saya, saya pergi kepada dia. Pastu saya kutip semua benda yang saya nampak, jumpa dan masuk mulut. Nanti umi datang la kepada saya, haaaa taktik tu.

Daaa, jumpa lagi ye kawan-kawan umi, yang benar Arrizqi anak kepada [...sambung signature...]

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ringkas.

Monday, 6 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Rasanya, entry ni ringkas je kot. Ringkas ke tak, jom kita tengok ye, hahaa.

Terima kasih kepada mama kerana melahirkan saya pada 29 tahun yang lalu.

Terima kasih kepada papa, adik dan ahli keluarga tersayang yang sentiasa membantu dikala diperlukan.

Terima kasih suami, kerana sentiasa berada di samping melayan kerenah daku yang kebiasaannya diluar jangkaan fikiran.

Terima kasih juga kerana, menjadi seorang bapa kepada anak-anak yang comel-comel belaka.

Terima kasih kepada sekalian kawan yang sentiasa memberi sokongan, pendapat, dan nasihat setelah sekian lama empunya hijau menulis di sini.

Just wana say:

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Penulis Diari Umi, Ch@

iaitu diri sendiri. muahahaaa... tiada orang wishkan, so wish sendiri je la. kehkehkeh! daku tetap mengimpikan yang best-best belaka, tapi tahu perlu bersyukur dengan apa yang ada. Itu pun sudah cukup buat hati gembira, amin.

Semoga aku terus sihat untuk menguruskan segalanya di samping menjadi pengurus rumahtangga, aku berharap supaya terus maintain dengan diri aku sendiri. Semoga aku sentiasa beringat bahawa aku merupakan insan paling bertuah dikelilingi orang yang menyayangi. Semoga mereka juga dibawah lindungan Allah. In shaa Allah.

Nota hijau: Kata ringkas, bahahaaa...biasa-biasa je, pagi dah kena mop lantai. Jap lagi askar bangun, jap lagi masak macam biasa, sama je. Adeih!

Rumah buku.

Friday, 3 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hati meronta-ronta hendak mengemas rak buku abi, argh! cerita bab ni lagi. Selagi tiada kesudahan, ok ni part last la kiranya. Habis mikir setelah memberanikan diri bertanya abi, apa yang dia hendak buat dengan rak buku setelah dibersihkan anai-anainya. Satu, buang je beli almari baru. Dua, aku hendak ubahsuai kedudukannya biar stabil sebab, kaki bawah sudah pun patah.

Confirm rebah jika aku sesuka hati mengalih lagi kedudukannya, percayalah memang aku tolak rak tu dengan isinya sekali, hahaaa. Tidak rajin hendak munggah isinya. Dan, oleh kerana satu bagaikan hendak rebah, satu lagi memang sudah berpaling tadah sebab dijangkiti anai-anai makanya, akulah yang mengerjakan sehingga ketitisan akhir.

Punggah, punggah semuanya sehingga dua rak benar-benar kosong. Kosong. Ok, kasi bersih, kikis segala habuk, lap kesemuanya, buang sarang anai-anai yang tertinggal, rapikan sehabis daya, pastikan tiada sisa kekotoran. Dan, gagah aku baringkan rak yang pertama, rak bekas dijangkiti anai-anai, diikuti angkat rak kedua, sudah patah kaki naik keatasnya, cun dan rapatkan ke dinding. Wassapp gambar kedudukan terbaru kepada abi.

" Jangan rapat sangat dengan dinding ", pesannya. Ok, tarik ke hadapan sedikit berjauhan dengan dinding. Goyang-goyang, kasi rasa kukuh. Rapikan dengan kesesuaian dinding. Wow!

Saat paling mencabar tiba, menyusun semula komik abi yang bertempiaran. Satu lot-satu siri komik, phew! banyaknyaaa... Arrizqi menangis, Adli dan Auni bergaduh, biarkan-biarkan. Susun sampai habis. Sampai hati rasa puas. Bila sudah siap, satu hal lagi. Rak novel aku pula. Satu rendah, satu tinggi tiada keseimbangan dengan kedudukan rak abi. Haish! Punggah lagi sekali.

Buka pintu, bagi peluang Auni dan Adli bermain di luar, jadi tidakla mengganggu menumpuan aku untuk terus menyusun. Arrizqi, aku dudukkan dalam car-seat, dan berinya biskut setin. Aku kena buat sehingga selesai. 

Rak pertama dan kedua, maintain. Rak ketiga naik atas dan baringkan. Susunan novel, kekal sebagaimana lama mengikut nama penulis. Majalah kekal asal. Alatulis, tukar tempat di atas rak buku abi. Susun-susun-susun. Akhirnya, lap peluh-lap peluh. Phew!

Betapa tunggang langgangnya. Lihatlah rak itu sudah baring dan menindih sesama sendiri. Gigih tau.

Sedaya upaya daripada berdiri tinggi, kini membaring pula, hahaa. Padan muka kau rak. Tidak dapat yang baru, engkaula yang aku kijakan.

Tepuk tangan-tepuk tangan. Gigih mak susun satu lot-satu siri komik. Ada lagi tu, dalam bilik tidur, dalam bilik air tingkat atas, malas nak kutip, mak bukan pengawas perpustakaan.

Yeah, novel kesayangan aku. Daripada tegak meninggi kini, rendah melebar. Comey-comey.

 Bagus juga baringkan rak ni, boleh letak buku lagi di tingkat atas sekali, pantang ada ruang, hahaa. VCD drama Korea kegemaran. Interframe.

So, berharap agar bertahan daripada askar bertiga ni. Maklum sajalah kalau sudah berbaris depan rak tu, mau tak pengsan emak. Mata aku sudah lega sekarang. Lekas sahaja wassapp gambar kepada abi, jawapan dia...

" Okla tu, cantik " huaaa...rasa melambung-lambung, kembang sana-sini kena puji. [orang jarang kena puji] hahaa. Aku tidak pasti abi perasan atau tidak, baju dia sudah aku susun ikut warna, muahahaa. Pengaruh drama Korea tidak sudah. 

Dapur banjir kerana peti ais pun aku tidak peduli sudah kerana mata asyik sangat dengan ubahsuai kedudukan almari komik milik abi ni, hahaa. Pandang-pandang-pandang.

Nota hijau: Sebelum ni susun bertahan sampai abi yang selongkar buru anai-anai, kali ini ada askar baru masuk training, tidak tahu la berapa lama boleh tahan. Hohooo. 

Ibu gila-gila dan periang.

Thursday, 2 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahahahaaa, serius macam kawan lama. Sekali bertanya khabar tidak sempat-sempat pintu pagar dibuka, sekali hendak bertanya soalan tidak sempat-sempat si anak bergayut di pintu pagar. Kelam kabut tuan rumah. Bikin havoc saja.

Aku rasa macam jumpa kawan lama sahaja sebaik tangan dijabat, pipi berlaga pipi. Mulut masih lagi, riuh menyuruh sepupu-sepupunya masuk sekali. Kecoh bagaikan terasa gegaran rumah aku. Adli terpinga-pinga melihat kawan yang ramai, lekas sahaja anak daranya hilang kembali semula dengan mengayuh basikal Auni. Oh Tuhanku, kakJue...kamu sangat periang dan peramah sebagaimana yang aku fikir-fikirkan.

Lagi, kita borak pasal apa ye kak? hari tu macam tidak cukup masa sahaja. KakJue tanya, aku jawab. Jawapan belum habis, kakJue sambung, belum habis kakJue cerita aku pula menyampuk, sama dengan juga tidak habis lagi, kakJue topup lagi, non-stop. Nafas pun bagaikan sayang untuk tarik, masa itu emas. Aku hidangkan air bujang sahaja, belum lagi belanja barang dapur. 

KakJue, jangan serik untuk kembali lagi ye, kita ajak orang lain juga untuk sembang panjang-panjang, untuk ketawa besar-besar, untuk makan tanpa henti, wooaaaa...sangat happening. KakJue, kamu sangat best. KakJue, memang seorang yang gila-gila. Sayang, Farisyah tiada geng sebab kakakAuni tidur, yang ada hanya Adli si serius yang pendiam dan Arrizqi si cekonit yang peramah. Sakan dia berguling dengan Faez. Jauh beza betul saiz mereka berdua walaupun sebaya, hahaaa.

Perbualan terhenti apabila suami kakJue menelefon, oh! sungguh aku belum puas masa mencemburui. Tidak mengapa, satu hari nanti kita bersua lagi. Sayang rasanya kakJue hendak meninggalkan aku, sayang rasanya untuk aku membiarkan kakJue pergian. Pertemuan ini, sungguh istimewa. Terima kasih kawan.

Argh! selebet betul rupa aku tu. Tangkap muat ja.
Here...kakJue [One Happy Familyhttp://anna-jueanna.blogspot.com/]

Gambar ehsan daripada kakJue, wuhuhuuu... 

 Love this moment so much. Muah-muah-muah!

Nota hijau: Ok, listed seorang lagi blogger ;) happy friends forever.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in