Style makan Maggi.

Tuesday, 30 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saat entry ini published, aku dan Arrizqi berada di Klinik Kesihatan Sg. Buloh macam biasa. Pemeriksaan bulan ke enamnya jadi aku tinggalkan kawan-kawan dengan dua orang lagi askar yang sangat syurga bila dapat makan sup.

Ahaaa, katanya sup sebenarnya Maggi Ayam. Sesekali, didedahkan dengan menu ringan begini terasa enjoy dengan aksi dua beradik ini menikmatinya. Abang tiru kakak, kakak tiru abang. Apatah lagi diberi pelepasan makan sendiri-sendiri, biarkan berterabur, lantai melekit, berbau telur, baju seluar comot, janji dorang puas hati. 

Aku ambil gambar sambil mendukung Arrizqi demi aksi-aksi yang pelbagai dan menarik. Aksi yang diluar jangkauan kepala otak emak sendiri. Biasanya mereka makan bersuap demi mengelakkan bersepahnya rumah. Ehehehe...

Kakak: OSO umi, OSO. 

Pengaruh agent OSO makan spegetti dengan garfu, tak boleh guna tangan saja yummm...masuk mulut. 

Abang: Tarik-tarik dulu, masuk mangkuk balik semula dan kacau sehingga sebati.

Oiii, janganla main abang, masuk mulut makan.

Kakak: Eeeuuuuu...cantik, yummm.

Bagus kakak, pandai sudah makan sendiri.

Abang: Susah sangat guna sudu garfu, tangan je sudah. Yummm... (sambil jengah kakak di sebelah)


Amboiii, suka ya. Sangat suka gambar abang Adli yang terakhir ini. So lovely. Abang kakak kuat makan, lepas ini ajar adik pula ye. Adeiiih! Kesan daripada aksi menarik ini, aku menjalankan aktiviti membersih, menyapu dan mengemop lantai pada jap 12 tengah malam. Macam Cinderella.

Nota hijau: Emak mood baik je boleh buat canni. Bila emak tidak ada mood, jangan haraplah.

Puri jagung Adabi.

Monday, 29 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil mikir menu makan tengah hari, hujung minggu yang membosankan. Peti mula kosong dan abi kerja, ergh! buntu-buntu. Buat biskut, pulun dengan Auni, Adli dan Arriqi, kalaula dapur tu diperbuat daripada bahan mudah runtuh, memang sah runtuh. Kelam-kabut.

Baru bakar batch kedua, batch pertama sudah pun habis. Grrr-grrr-grrr, sudahla tiada mixer lenguh keti hendak memukul butter. Bertabah betul.

Tengah membelek peti ais, ternampak jagung manis dalam tin berjenama Adabi. Ooo, ni niat hendak buatkan puri Arrizqi, lepas je aku kukus suku tin aku makan, hahaa sedap weih!. Mujur Adli tidur, kalau tidak suku jadi setengah. Puri Arrizqi pun sudah tinggal puri epal sahaja. 

Puri kali ini kisar kasar sikit, orang sudah pandai mengunyah katakan, so puri halus tu memang semangkuk rasa tidak cukup. Puri jagung ni bakal di lawan dengan puri nasi sahaja. Aku taktau hendak campurkan dengan puri apa. Ahahaha, minggu depan sudah boleh masuk stok ayam dan ikan, huuuwiii...cayalah Arrizqi.

Menarik sangat warnanya.

Mula mendaki-daki. 

Kutip Arrizqi, kutip. 

 Inila biskut mentega namanya, hahaa. Interframe.

Nota hijau: Kena menjadi lebih rajin. Mop lantai, sapu sampah, phew!
Nota hijau lagi: Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat orang jauh dimata tetapi sentiasa diingatan, Encik Zaiful Nizam bin Wagiran atau Along atau suami bondaQWP. Semoga sentiasa sihat untuk menjalani ibadah harian. Sayangi keluarga anda ya :)

Berhimpit-himpitan.

Sunday, 28 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat masa ini sebiji almari novel aku terpaksa dikorbankan untuk meletak komik abi, gara-gara sebiji almari komik telah dikuarantinkan. Almari kedua komik abi pun bagaikan sudah berjangkit dengan kehidupan anai-anai sebagaimana almari pertama. Waaaaaa...

Aku sentiasa berpada-pada dan berusaha untuk menjauhkan almari novel aku dengan almari komik abi. Aku tidak rela mereka memakan koleksi kesayangan dan kesukaan aku pada masa lapang ini. Tiiidaaak.

Sebelum ini.

Yang tinggal hanya dua rak tiga tingkat. Sempit.

Aku menyusun mengikut penulis buku secara membaring.

 Zaman ke'best'an. Bilala hendak dapat yang baru ni. Ahahaha...

Nota hijau: Belum nampak bayangan untuk pergi ke PBAKL 2013. Maaakkk...nak pergi.

I'm not a nobody.

Friday, 26 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


I’m not a nobody.

Aku suka quote ni, aku berasa ia sangat kena dengan aku. Perubahan dahulu dengan sekarang, membuat aku berasa sangat kecil dan berjauh diri. Aku berasa, macam tidak sesuai untuk berkawan dengan orang lain, terutamanya mereka-mereka yang berkerjaya. Aku pernah berasa aku punya segalanya, apa yang aku mahu aku boleh peroleh sendiri, baik barang itu mahal atau pun murah.

Memegang gelaran emak berkerjaya-walaupun kerja biasa-biasa sahaja, aku boleh memiliki apa yang hati hendak dengan sendiri, ke kedai pun dengan sendiri, ke pasar pun dengan sendiri, apabila aku di opis, aku boleh lakukan apa yang aku tidak boleh lakukan di rumah. Pokoknya, bila berada di opis, aku tidak perlu sibuk memikir apa aktiviti anak-anak yang sangat aktif tidak terkata.

Emak, kalau sudah namanya emak berjauhan macam mana pun mesti ingat pada rumah, rumah, rumah, keindahan yang aku kecapi aku tinggalkan dengan satu keputusan berhenti kerja. Jaga anak-anak sendiri, menjaga keluarga sepenuh masa, menguruskan rumah tangga. Nampak senang, namun untuk menerima hakikat itu memerlukan kekuatan hati, jiwa, emosi, fizikal, mental yang bukan calang-calang. Baru habis pantang, dengan anak tiga yang kesemuanya memerlukan perhatian, perlu pula menyesuaikan diri dengan rumah baru, suasana baru,  persekitaran baru-dahulu rumah setingkat sekarang dua tingkat, serius aku culture shock. Entry aku pada awal-awal untuk menerima gelaran baru, kesemuanya emosi belaka.

Minggu pertama, pengurusan masa aku sangat tunggang langgang, menguruskan rumah dengan anak-anak menjadikan badan aku penat sehingga membawa aku menangis bila waktu tidur. Tidur? Dapat 4 jam dengan lena pun sudah cukup bertuah. Sungguh, bila ingat semula aku rasa aku sudah jatuh tersungkur, hendak bawa diri lari jauh-jauh dan tidak mahu memikirkan orang lain langsung. Aku tidak dapat menerima kenyataan. Apatah lagi bulan-bulan awal aku berasa sungguh kekurangan kerana keletihan aku berkerja tidak ada gaji pada akhir bulan. Aku sudahla memang tidak biasa meminta-minta sangat, bila keadaan memaksa aku jadi serba salah. Masalah duit memang tidak pernah cukup. Nafsu tu...isk!

Lama kelamaan, aku berusaha membetulkan pengurusan masa, bagi aku bila memegang jawatan surirumah- tak bestnya nak sebut, pengurusan masa adalah penting bagi memastikan semua urusan dapat disiapkan dalam sehari. Mengemas rumah sahaja sudah terpecah kepada beberapa bahagian, ruang tamu, dapur, bilik, bilik air, itu belum masuk merapikan dan membersihkan lagi. Belum masuk menyusun atur setiap satunya lagi. Belum lagi ada yang ‘tolong kemas’ lain. Hrrrmmm…

Masak? Cuci baju? Uruskan anak-anak? Uruskan suami? Haaa… guana tu? Hendak dibandingkan dengan masa bujang, tenaga yang diperlukan ketika umur masuk 3siri adalah berkali-kali ganda. Boleh gila kalau tidak dapat sokongan yang betul-betul padu. Sedikit demi sedikit aku belajar menerima hakikat, aku uruskan satu-persatu, anak-anak pun makin besar sangat memahami. Auni walaupun sudah memahami sekeliling, masih memerlukan aku. Adli juga sudah pandai dan belajar. Arrizqi sangat cepat belajar. Sekarang dia sudah hampir boleh memapah. Kehidupan aku yang sebelum ini rasa darurat sudah mula nampak mudahnya. Aku masih boleh buat apa yang aku gemari. Art.

Aku sangat berharap, abi dapat menerima keadaan aku seadanya. Aku bukanla selincah dahulu, apabila hanya duduk dikelilingi anak-anak, inisiatif untuk memandang terus ke hadapan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka-mereka di luar sana, sama berpengetahuan, usaha sendiri amat diperlukan. Sebab itu, aku masih keep blogging. Sekurang-kurangnya kawan di alam maya dapat memberikan aku inspirasi dan aku masih lagi boleh berkongsi sebarang perkara yang bermanfaat. In shaa Allah.

Perasaan aku sekarang? Alhamdulillah, aku sudah bebas daripada zon tekanan yang teramat, kakNad…aku jawab soalan kamu, Ya aku sungguh gembira kerana sentiasa berada dekat dengan anak-anak dan menguruskan segalanya sendiri. Tahun depan, Auni sudah bersekolah dan aku juga akan mula sibuk mengatur jadual baru. Semoga keadaannya dipermudahkan. Syukur pada Allah, aku terpilih untuk melaluinya. Sekian.

Me and kids. 

 Me, kids and friend forever.

Me and family and friend forever family. [Gambar keluarga pertama]

Nota hijau: Just follow the flow. Aja-aja fighting.

CD, long time no story.

Thursday, 25 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan Compact Disk tapi Cloth Diaper.

Ahaaa, Auni sudah berjaya menjalani latihan ke tandas, sebelah malam pun sudah boleh dikatakan berjaya juga walaupun sekali dua ada bolos. Auni yang cerdik, bila kencing bolos dia gegas terus mandi dalam bilik air. Mandi sendiri, siap main sekali. Pilih baju pun sendiri. Jadi, bila dia turun bawah dengan muka berseri-seri maknanya dia kencing atas tilamla tu. 

Abi pun sudah daftarkan dia ke taska untuk sesi tahun depan. Oh Tuhanku, aku berkisah di bloghijau ini, sejak kehadiran Auni, sehinggalah kelahiran dua lagi adiknya. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku untuk terus menulis. 

Bila latihan ke tandas sudah berjaya, makanya penggunaan Cloth-Diapers pun sudah bertukar empunya, dahulu Auni-Adli, sekarang Adli-Arrizqi. Akhirnya aku berjaya membeli hanya satu paket Drypers M dan L, untuk kegunaan kecemasan ataupun kegunaan sekiranya keluar bercuti [ada ke? berangan je] ala, balik kampung la senang kata. Boleh juga digunakan ketika keadaan cuaca yang sentiasa lembab, maklum sajalah cloth diaper ni, pocket nya mudah kering tapi insert mengambil masa untuk kering.

Aku mencuci CD-CD ni secara berasingan dengan baju harian untuk mengelakkan ampai penuh, ruang ampai aku tidaklah begitu luas, meskipun aku menyidai penuh tatatertib. Ahaaa, sidai baju pun aku skema ye, biar nampak cantik je daripada dapur. Itu je la pemandangan yang aku rasa hebat dan menarik. Belakang rumah kot.

Sehari, Adli-Arrizqi menggunakan dua hingga tiga CD sehari, saat paling 'bahagia' apabila, baru pakaikan CD keduanya membuang serentak, ahaaa ambil masa sedikit untuk mengerjakan CD-CD tu. Satu yang aku suka bila gunakan CD ni, tong sampah tidak berbau najis. Aku pening betul bila Adli yang membuang dalam pampes, hendak pitam rasa kerana dia sudah makan macam-macam. 

Arrizqi tidak menggunakan saiz yang sama dengan Adli-big brother harus la yang besar-besar sahaja, mujur masa beli dahulu aku beli juga yang kecil sedikit saiznya, itu pun aku ubah juga kedudukan butang menjadi sesaiz Arrizqi. Untuk Adli aku tidak ubah sebarang butang sebab aku malas, hahaea.

 Adli-Arrizqi's CD.

Ni je ruang ampaian.

 Suka tapi malas betul tiba part ni-gambar fail.


Statik je bilangannya, malas hendak beli lagi.

Bila sudah banyak yang sudah dicuci dan kering, mulala aku hendak mengeluh kerana part yang aku malas tapi kena buat juga, masukkan insert dalam pocket, huaaaa... Tiba masa menyusun dalam laci, semuanya sukakan, baik Auni baik Adli sebab ada warna pelangi. Wiii...

Nota hijau: Pening bila tiba masa untuk strip wash. Eh, ni boleh masuk home organizing ke ek? hahaa, bila sudah terjebak.

Lambakan puri.

Wednesday, 24 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Daripada Adli membawa ke Arrizqi, puri tidak sudah-sudah. Buat puri memang menyeronokkan. Suap makan anak yang suka makan adalah lebih menyeronokkan. Bila tengok satu bekas habis, hati emak rasa kembang satu macam. Suka-suka. Bila kena permintaan buat lagi, emak mengeluh tapi tetap puas hati, air tangan emak diterima tanpa was-was ;)

Aku tidak pasti puri kali ini tahan berapa hari, maksudnya habis sebelum mula berpuri semula. Kali ini aku buat empat jenis. Haaa, teruja tak tu? yang dikukus, yang direbus, yang dikisar sahaja. Meriah sesangat.

Aku sengaja buat banyak, masa hendak memilih barang pun aku main ambil-ambil-ambil sampai penuh troli, sengaja banyak kerana perlu suapkan big brother tu, Adli sekali. Kentang aku kukuskan sekali dengan lobak merah, epal aku rebus sahaja untuk mempercepatkan proses memasak, tembikai susu aku hanya terus kisar dengan kuantiti air yang sangat sedikit.

Bila sudah selesai proses merebus, mengukus diteruskan dengan mengisar satu persatu. Kisar satu persatu untuk mengelakkan puri hilang rasa apabila masuk ke proses penyimpanan sejuk beku pula. Phew! lap peluh, banyak pula rasanya dan aku akan pastikan tidak ada yang terbuang.



Ready for frozen. 

Lobak dipotong panjang supaya mudah dipegang.

Menyuap Arrizqi makan, sama dengan menyuap Adli dahulu. Menganga sahaja. Arrizqi sudah pun makan biskut yang lembut-lembut secara sendiri. Tercekik-cekik jugalah, proses pembelajarankan. Aku buatkan lobak kukus untuk dia belajar mengunyah. Sangat mengujakan tengok dia makan sambil diteman kakak dan abang di kiri kanan. Umur baru enam bulan sudah makan macam-macam, hiks. 

Arrizqi tidak merangkak, sekarang ini dia dalam proses untuk belajar duduk sendiri. Nampak benar muka gayat dia bila hendak imbang badan untuk duduk. Masih belajar lagi, belum boleh. Sangat tidak boleh melihat abang, kakak, abi dan umi baring, dia sudah cekap memapah untuk panjat. Aku memang tidak pernah tinggalkan dia tidur atas katil, Arrizqi sangat lasak bila tidur. Gaya, macam orang besar.

 Sedang main pun boleh tidur.

Pengawal peribadi kakak Auni.

Arrizqi dan Adli memang anak emak, Arrizqi lebih sedikit...tidak boleh nampak kelibat aku, mesti hendak  bunyi minta aku layan dia. Aish!. Sampai abi gelakkan aku gara-gara Arrizqi tidak mahu dengan dia. Emak busy la Arrizqi.

Untung Arrizqi ada abang dengan kakak yang sangat ambil berat, sayang dengan dia. Umi tidak ada tu semua, tapi abi ada untuk lengkapkan hidup umi. Umi pun dikelilingi orang-orang yang menyayangi seadanya jadi umi tidak rasa kosong. 

Nota hijau: Eh, emo pulek! hahaa. Ok, jom puri.

Seragam.

Tuesday, 23 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memang suka seragamkan mereka, ada orang kata sudah macam Taska, ada uniform. Kalau tidak sama pun, aku akan samakan warna tema pakaian mereka. Kadang-kadang, aku pun join sekali tema yang sama. Jika Auni hendak pakai merah jambu, aku akan pakaikan biru untuk Adli dan Arrizqi. 

Kalau hendak pakaikan baju lubang-lubang, semua pun aku pakaikan lubang-lubang. Meskipun Auni perempuan, aku pakaikan gaun warna temanya tidak lari jauh dengan Adli dan Arriqi. Aku sendiri tidak tahu, kenapa. Aku tahu aku suka.

Bila semua sama, nampak mereka sangat muafakat. 
Auni bergurau dengan Adli, diperhatikan Arrizqi. Moment tu, manis sangat. 
Arrizqi menangis, Auni dengan Adli datang, seorang bawa puting, seorang tepuk-tepuk, bagi sayang. Rasa, dorang sangat melindungi sesama sendiri. 
Bila Arrizqi tidak berhenti menangis, Auni membebel pada aku, Adli datang tepuk aku sambil tunjuk Arrizqi. Rasa, dorang sayang antara satu dengan lain.

Bila Auni bergaun atau merah jambu, Adli dan Arrizqi sedondon bagaikan mereka berdua adalah pengawal peribadi Auni. Hari-hari pun begini. Bila dorang dewasa nanti, mereka sudah ada citarasa sendiri. Emak perhati sajalah. Argh! bila cerita keletah anak-anak, tidak cukup satu atau dua entry. Macam-macam ragam yang membuatkan aku berfikir, aku seorang yang beruntung. 


Princess and her bodyguard. 



Need each other.



Forever together.
Serius betul Adli dengan Arrizqi tu. Hahaa.

Ramai yang menanya aku, mana aku beli baju sama untuk anak-anak. Aku rasa aku sudah pun lama menjadi pelanggan kepada kak Eida Mohd ni. Kebanyakan baju anak-anak memang aku beli daripadanya sahaja.


Nota hijau: Muafakat membawa berkat. 

Kali yang pertama.

Monday, 22 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, sudah lama berkurung sahaja di rumah-tipu, bukan ke baru pergi belanja barang dapur? Eheks, itu rutin sekali sebulan, restock barang dapur, biasala tu kan. Jadi, tiada apa yang menarik sangat melainkan aku betul-betul tinggalkan dunia yang berkaitan dengan telefon. Iya, telefon tangan makcik yang ala Korea tu rosak, jadi abi suruh guna telefon Nokia E66 dia, letih praktis jari pasal dah terbiasa sentuh skrin. Babai la kepada wassap dan wechat tu, bebas kejap rasa.

Satu hari sebelum pergi belanja, dengan abi yang belum balik out-station tiba-tiba terasa hendak buat cookies yang coklat cip tu. Gigih tidurkan Arrizqi, udahlah tiada alat pemutar tu, lenguh keti memukul mentega dan bahan-bahan lain. Cari pun resipi yang mudah, maklumlah kali pertama hendak merasmikan oven hadiah perkahwinan. Kali pertama buat cookies sepanjang kehidupan, mau tak teruja.

Round pertama bakar, gagal. Rentung bahagian bawah biskut. Round kedua, gagal bahagian atas pula rentung, round ketiga baru cun. Practice make perfect. Aku pun salahkan diri sendiri je, sebab hilangkan manual book oven tu, pastu kali pertama hidupkan oven sendiri, selalu hanya jadi penonton mama, gila punya gigil. Pening kepala abi bila aku asyik tanya je, tak terbakar ke biar bakar biskut di tempat asal duduk oven tu. 


Jadi, bila round ketiga sudah jadi, apalagi kan, kita santai sajalah biskut Coklat Cip tanpa telur. Hahaa. 

Cabaran membuat biskut, tu jangan katalah. Yang berakla, yang hendak mandilah, yang tiba-tiba bangun daripada tidur, adoiii getir rasa hendak habiskan satu adunan tu. Struggle. Bila tengok Adli dan Auni curi makan, legala rasanya. Kira jadila tu. 

Bila sekali sudah menjadi, makanya akan menjadi-jadila penggunaan oven yang hidup kesepian selepas ini, hahaa.

Hah, ginila gaya syurga bila emak sibuk. Karam.

Nota hijau: Resipi tu, aku google sahaja. Terus keluar. 

Aku memang begini.

Sunday, 21 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jom kemas rumah bersama!

Baru habis susun baju abi ikut susunan warna, asingkan t-shirt berkolar dan tidak, asingkan sekali jersey, kemeja dan uniform almari yang berlainan. Kesemuanya telah digosok sebelum digantung dengan  penyangkut baju kecuali baju pakai di rumah. Phew! poluh-poluh. Mood tiba-tiba hendak susun, gara-gara terpengaruh drama Korea la, Cheongdam-dong Alice. Gila kentang sungguh.

Baru mood hendak berhirbenasi, menjauhkan diri seketika (dengan blog tidak boleh jauh kot) tiba-tiba ada sesuatu menarik untuk sama-sama joint GA. Macam biasa aku akan kongsi apa yang boleh dikongsi tentang aku, rumah aku, anak-anak, dalam bloghijau ini.

Mungkin, kawan-kawan boleh melabelkan aku atau lebih kenal dengan diri aku apabila anda semua habis membaca entry ini, aku kan jarang interframe dalam ini blog. Makcik malu.

Hari tu, mostly sudah mengenali dapur aku. Susun atur dapur aku-bahagian luar, ok-ok-ok tarik nafas aku berdebar hendak meneruskan taipan ni. Adoiii! Jadi, kali ini mari aku kongsikan apa yang terisi di dalam setiap pintu kabinet dan bagaimana situasi sebenar disebalik kabinet tersebut. Hah! teruja ke? - tangan masih terketar-ketar, adoiii.


Bahagian harian, top kabinet ke namanya tu kan, hahaa...peralatan elektrik yang masih digunapakai, sebahagian lagi ialah bahan kering memasak, siap tong beras pun naik, malas hendak tunduk-tunduk, lesung batu, hadiah perkahwinan daripada kawan baik, seorang lelaki pun interframe. Aku memang gemar barang tupperware, so ini sahajala yang baru ada. Cepat sikit proses memasak bila semua bahan depan mata

.


Kita mulakan dengan rak sebelah atas, barang yang biasa digunakan perlulah mudah dicapai dan berada paling bawah. 1 ialah tempat cawan, gelas, tumbler, kole dan adik beradik lainnya, atas sedikit brand tupperware yang biasa digunapakai. Tu cantik molek ja, sebab belum pergi shopping barang dapur, ruang atas haruslah kosong sebab memang tinggi gaban. 

2, duduknya set cawan dan piring dan jug juga teko untuk tetamu, set istimewa tapi bila tetamu lebih sepuluh orang, tang tu kenalah keluar yang pelbagai bentuk dan saiz lain pasal set ini hanya ada setengah dozen. Motif? kena simpan duit tambah lagi set ni. Hehee.

3 ialah susu anak3, gula, kopi, milo, teh uncang dan yang segera-segera, 3 in 1. Bubuh situ sebab di bawahnya ada air masak dan air panas. Sekawan ni untung sebab duduk rumah pintunya kaca, betul-betul bersebelahan cerobong asap, 4. Ada lagi satu rumah pintu kaca, berisi biskut, bahan-bahan kering yang mentah terutama bahan buat kek, tiba-tiba ada mood nak membuat kek, sinilah duduk letak bahan. Di letak di situ sebab mudah nampak, susun dalam bekas kedap yang jernih, 5.

Seterusnya tempat bahan-bahan masak, yang paket-paket tu (kalau mahu senang, guna je) dan bahan-bahan kering yang lain, megi, keropok, kerepek, siap bekas kuih raya lagi tu. Nampak? ada ruang kosong lagi atas sekali, motif hendak suruh beli bekas kuih lagi tu, bubuh di situ pula. Ahahahaaa, gambar 6 tu ya.

7, cawan yang tidak guna dan jug air. Eh, belum habis lagi tingkat atas, ada satu lagi pintu ialah tempat keperluan anak3, botol susu serta ubat-ubatan. Letaknya di rak tersebut kerana di bawahnya ialah paket-paket susu yang belum dibuka lagi, macam kedai kalau sekali beli stok. Anak ramai semuanya masih menyusu.

Ok, maafla geng entry ni panjang benar. Haaa, mana aku bubuh pinggan, mangkuk dan kawan-kawan lain tu? jom-jom-jom.

See, tempat kain buruk dan tu dalam kotak tu, ahahaha. Masih elok berbungkus dekat hendak setahun pindah. Pintu sebelahnya pun sama [B6], kan... dalam kotak lagi. Ahli keluarga masih belum ramai makanya duduk dediam situ. Senang bila abi kata, keluarkan barang dalam almari dalam misi memburu anai-anai, haaa semua makcik yang kena buat tu. Kan ke senang bila masih dalam kotak. Teknik tu.



Jiran sebelahnya laci kulinari [B2-B4], laci pertama sudu, garfu, senduk. Laci dua, segala peralatan masak yang besar-besar, tapis, senduk kayu, sudip. Laci bawah sekali, beg membelibelah. Yang kitar semula tu. Kesemuanya duduk berjiran dengan tong gas yang memang dia duduk seorang saja berjiran pula dengan kuali dan periuk belanga [B5]. Haaa, masih ada kosong, siapa hendak tumpang letak periuk belanga, marilah... hehee.

B1, yesss ruang paling mencabar bila anak3 masuk dapur, ruang pinggan mangkuk yang paling biasa digunapakai. Yang kaca di atas rak, sebelah atas mangkuk dan piring dan pinggan bersaiz sederhana, sebelah bawah yang bersaiz besar. Mereka yang plastik susun ikut saiz, bentuk dan asingkan daripada tutup masing-masing duduk diam di bawah sahaja. Tiada rak lagi, bila anak3 masuk dapur, ini ialah ruang paling digemari untuk main masak-masak. Wiii...

Terakhir ialah bahagian sinki, atas sinki kering ada tempat letak sudu lepas cuci dan senduk, sudip, pisau untuk kegunaan penyediaan masakan, ala-ala chef gittukan, jauh daripada anak3. Kesemuanya tajam dan bahaya. Bahagian bawah sinki ada satu ruang untuk barang tidak digunapakai berjiran dengan ruang tempat letak pencuci pakaian. Sekian.


Berbasah-basah di sinki, air tangan emak yang dicari, cewah! Tempat keringkan pinggan mangkuk sudah dicuci tu pun aku bahagi dua, sebelah untuk pinggan mangkuk sebelah lagi untuk cawan, anak3 suka memanjat kerusi cari cawan sendiri, jadi aku mudahkan mereka. Guna yang plastik sahaja, cawan IKEA. Plastik susu untuk sisa makanan, aku lebih suka guna plastik sahaja sebagai tempat letak sampah, guna tong sampah aku agak malas untuk buang di tong sampah besar di luar. Malas ni, susah hendak kata.

Aku memang tiada gambar sebelum dan sesudah mengemas sebab setiap kali digunapakai memang aku terus sahaja susun masuk, setiap kali bershopping barang keperluan dapur, memang aku yang akan mengemasnya masuk dalam almari, kerana masa itu amat penting bagi aku. Ye la, mana hendak layan anak3, hendak menonton rancangan tv kegemaran, jadi bila terus susun dan atur aku tidak memerlukan masa lain untuk mengemas semula. Macam berlagak je kan, tetapi itulah aku. Itulah aku yang memang sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan.

Bukan sahaja dapur, kabinet pakaian, kabinet kasut, kabinet buku, semuanya terus susun dan atur. Mainan je yang bikin aku pusing, sedang melatih anak3 supaya rajin mengemas. Mereka mengemas juga, gaya tersendirilah. Lain hari dan masa, aku kongsikan kabinet pakaian pula ye, ada yang mahu tahukah? ihiks. Pengaruh drama korea lagi, hahaa.

Keseluruhan dapur.

Aku minta maaf sangat siapa yang jelek dengan entry ini, aku hanya kongsikan sedikit ruang lingkup kehidupan aku semenjak bergelar surirumah. Dahulu, aku hanya bercerita tentang rakan sejawatan, tentang persekitaran luar rumah sekarang aku kongsikan pula kehidupan aku setiap hari. Inilah realiti yang aku harus terima. Aku gembira menghadapinya. 

Sebenarnya, aku buat entry ini untuk kawan-kawan baru yang aku kenal, tiba-tiba aku tersedar bahawa Home Organizing sangat dekat dengan aku, jadi bila sudah sama-sama suka, maka sama-sama juga kita terjebak untuk kongsi rumah sendiri, tak gittu? Terima kasih Lea sebab kenalkan aku dengan Fizah.

Nota hijau: Jadi, kesimpulan anda tentang aku? leave your comment below ;) thank you. Gigih hendak habiskan entry ni, sekian.

Puri yang terpulau.

Wednesday, 17 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Puri kentang, dalam segitiga makanan kentang sama-sama tergolong dengan nasi, makanan karbohidrat kategori menu berat. Bila sudah menu berat, sebagaimana puri nasi, ia perlu di campur dengan puri buahan atau puri sayuran yang lain. Seperti puzzle rasa, aku harus cerdik menggabungkan puri yang lain dengan puri kentang.

Arrizqi semakin cerdik, awal hari tu puri carrot [manis], puri brokoli [pahit] dan puri epal [masam] kesemuanya sudah pun selamat dihabiskan Arrizqi. Minggu ini puri kentang, hari pertama puri kentang bersama lenyekkan pisang, habis semangkuk. Selepas itu puri kentang dengan puri nasi, wohooo...kurang sedapnya mungkin menu tu berat sangat, Arrizqi makan sedikit sahaja. Adli pun tidak mahu sangat malah menghulur botol kicap suruh aku campurkan.

Seterusnya puri kentang lagi aku campurkan dengan nestum. Ok, boleh telan 4 kiub puri kentang dengan satu sudu kecil nestum. Hari ni aku sudah kosong, puri apa aku nak campurkan dengan puri kentangnya hari ini, kepala pusing-kepala pusing.

Dua hari lepas, aku kunyahkan 4 keping biskut Marrie, kasihan melihat Arrizqi hanya memerhati abang kakak makan biskut dengan mulut mengacip-ngacip. Habis 4 keping. Semalam, aku kunyahkan sekeping roti , pun habis juga. Aku sudah mula pening kepala mencuba suai entah apa-apa menu, hihiii.

Happy 6th month Arrizqi. [15/10/2012-15/04/2013]

Apa hendak ku tulis lagi? adoi, kebosanan tahap hendak padan dan buang akaun sosial yang aku ada. FB, Blog, Wassapp, WeChat, Instagram...argh! mungkin, aku perlu mengundurkan diri seketika daripada dunia-dunia sosial ini semua, hahaa... I need a short break. 

Nota hijau: Selamat Ulangtahun Kelahiran kak@Eda. Aku rindu bangat hendak gtalk macam dulu-dulu. Sobs!

Lets potluck!

Monday, 15 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Cewah, Azura anak pak Majid dah ada wassapp jom create group, bergosip mahu tak?" aku mengusik Zura, selesa dipanggil Tuya ada tau Zurek. Aku je tetap panggil Zura. Rasa tidak sampai hati pula hendak panggil nama panggilan yang beza dengan nama sebenar walhal empunya badan bukan kisah sangat pun.

"Aku suka-aku suka, jom buat Kecik, cikMa ada wassapp juga kan?" Zura, part dengan kawan-kawan dia jarang menolak. Apatah lagi tengah merana anak tersayang jauh di mata. Dia memang suka panggil aku kecik, sebab aku paling kurus, paling rendah, paling kecil antara pelajar perempuan Teknologi Kejuruteraan Komputer 1/2004 yang seramai 10 orang itu. Kekal kecik walaupun sudah beranak tiga, hahaa.

Tiba-tiba masuk lagi seorang, Izma atau Ima atau cikMa, orang yang sama. Sifu masa aku berkerja di Petaling Jaya. Soalan terus daripada kepala otak.
"Tuya, free tak hujung minggu ni, jom serang Sg. Buloh" kan...ajakan dia memang sentiasa mudah, sempoi dan selamba. Perbincangan diteruskan. Bla...bla...bla...tiba harinya aku bertungkus lumus membersihkan rumah, walaupun bersihkannya setiap hari, hari itu merupakan istimewa sedikit.

Syukur, rumah aku tidak sukar dicari, guna sahajalah medium-medium terkini dan canggih, cari sahajalah exit Hospital Sg. Buloh, sangat berdekatan lokasinya. CikMa, KMie [suami] dan Zulaikha [anak]. Tidak lama kemudian Zura dan Shah [suami] tiba tanpa anak-anaknya. Wah! bagai pasangan sedang honeymoon saja. Suasana yang tadinya riuh sedikit menjadi semakin kecoh. Gamat dengan suara Zura, kecoh dengan suara Shah. CikMa dan KMie, dorang cool sahaja. Tenang dan hanya sibuk mengejar anaknya praktis naik tangga, kasihan juga dorang tak puas hendak berborak sebab pagar tu dah kena terajang dengan Auni, tercabut.

Macam biasalah, kitorang makan abi tukang layan anak3 sebab dia makan dahulu sebelum semua orang sampai. Dia tidak ingat aku ada beritahu mereka hendak datang hujung minggu dan potluck. CikMa bawa nasi goreng, Zura bawa ayam goreng dan ayam sambal. Aku sediakan rumah dan air sahaja berserta kek batik permintaan Zura. Fuh, penuh juga meja aku.

Macam biasalah masih lagi saling bahan-membahan, usik-mengusik, senda-mempersenda, meriah sungguh rumah aku hujung minggu lalu. Penat mengemas terasa berbaloi-baloi. Jom kita tengok kemeriahannya.

Gossip girl, aku-Zura-Ima. Satu tika dahulu pernah dicemburui abi.

Kasihan pasangan ni, beranak dua (sepasang) tetapi terpaksa berasingan untuk seketika. 
Boleh je datang bila-bila senang, hendak lepaskan rindu ;)

Suami, satu tika dahulu pernah bersama ke pantai Morib untuk melihat matahari terbenam. Siapa sangka?


 
Di bawah satu bumbung yang sama ketika 2002-2003. Satu ketika dahulu (nyanyi ni).

 See, di bawah satu bumbung yang sama (my sweet home) pada masa sekarang 2013. Alhamdulillah.
Oiii, lebar muka aku wei, askar akula paling ramai, adeih!

 Interframe jugak, hahaa. Menu sedang bergosip. Best sangat-sangat.

Aku pernah juga berkisah pasal mereka dahulu - All about us. Biasalah, kawan-kawan ni hendak cari yang betul-betul memahami sangatlah susahnya, walaupun sudah pergi ke serata dunia, kawan yang lama juga dicari balik untuk bercerita. 

CikMa ada kata:

Aku ni memang tak pandai berkawan. Sejak kecik, sampai sekarang. Bukan memilih, tapi memang inilah aku, yang sebenar-benarnya aku... 

Sebab tu bila aku ada kawan yang aku betul2 anggap kawan dan dia layan aku umpama kawan yang sebenar, aku appreciate dia walau kami jarang2 dapat jumpa, walau kami kadang selisih faham sekali sekala, walau kami adakalanya tak sehaluan seiya sekata.. 

Harap silaturrahim yang terjalin takkan putus atas apa alasan sekalipun. Waima kerana kerjaya, kekangan masa, jarak, mahupun fahaman politik semasa. Sebab aku ni, sayang korang semua! :)

Daripada FB Yasturainee Izma sendiri. 

Dan Zura pun ada berkata:

"Aku tidak taula, kenapa aku tetap cati korang hendak cerita, dengan dorang aku malu dan aku rasa macam tidak patut cerita" - ketika dia hendak meluah perasaannya pada masa yang sama aku merupakan roomate cikMa. Zura tidak sebilik dengan kitaorang ketika belajar bersama di Adtec Shah Alam.

Syukur sangat, bila kami duduk bertiga suasana memang tidak pernah sunyi walaupun yang paling banyak membebel Zura, yang paling garang pun Zura, yang paling kritikal banyak masalah pun Zura juga. Aku dengan cikMa biasa-biasa sahaja. Ye ke? hahaa. CikMa paling cool. Dia paling banyak nasihat-nasihat-nasihat. Biasalah yang tidak sempurna tu, kita sempurnakan dengan kelebihan masing-masing.

Semoga ikatan ini terus terjalin hingga bila-bila pun. 

Nota hijau: Ni yang mood nak jiwang balik ni, erk. Allah, entry tu zaman baru belajar berblog. Wahahaaa...malu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in