Gift daripada Yana.

Thursday, 28 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minah ni, kalau YM ngan aku tidak sudah-sudah aku digelaknya. Pasal apa? Pasal termengandung Arrizqilah. Hehe. Pecah sejarah betulkan? Now, Arrizqi 4th month already. Membesar bagai juara, mewarisi  kakak dan abang juga. Emak, pening-pening-pening.

Then, semalam sambil menunggu Auni dan Adli mandi kolam, aku buka peti surat. Dah duduk rumah sendiri, hari-hari menjengah peti, pantang ada motor posmen lalu. Hahaa. Jakun. Sebesar kertas A4 ni pun dia main sumbat bubuh dalam peti. Tertanya-tanya juga aku, sebab kiriman untuk aku tapi apa?

Koyak dengan rasa tidak sabar. Oh, daripada Yana untuk Auni. Adli buka juga, just tengok gambar je la. Auni sudah busy mengerah emak cari pen atau pensel. Adli hendak dekat tengok pun dilepuknya. Geram-geram.

Bila dapat sahaja pensel, mulala dia eksplore. Lupa dengan abi yang baru sahaja mengurung dia dalam bilik gara-gara melepuk Adli. Depan mata abi dia buat perangai, memang siaplah. Abi hendak masukkan dalam bilik air, aku pula yang membebel sebab baru sahaja aku mandikan dia. Kalau masuk dalam bilik air, Auni memang suka. Duduk berendam dalam besen, siap buih-buih lagi. Saja, menaikkan darah emak.

Adli jeles dapat sampul surat je. Adoiii la anak.

Terima kasih aunty Yana for the gift. Auni like it. And surprise nya emak apabila Auni sudah tahu nombor, wahahahaaa... aku sebut satu, dia sebut one. Rupanya, dia sudah pun tahu one to ten. OMG, bila Auni belajar ni? Orang putih la sangat. Warna pun dalam BI ok. Emak punyala jawa, sebut bahasa melayu. Auni speaking. Aduiii advance.

Nota hijau: So far, Auni hampir bebas drypers. Cuma tidur sahaja dia pakai drypers. Akan diusahakan. Turn Adli pula.

Wanita daripada KRU.

Wednesday, 27 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Senang je wanita ni kan? aku rasa bagi bait lagu ni pun sudah cukup. Ah, terharunyaaa sobs-sobs-sobs...

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup


Aku: Tidak sempurna, banyak lagi yang perlu aku belajar. Aku kena berusaha.

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita


Aku: Yups, ini sahaja. Just hug and kiss everyday. Bila abi say terima kasih, OMG sangat terharu. 

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus


Aku: Walaupun tidak seperti model, but I try my best to be the hottest, gorgeous and still friendly.

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita



Aku: Semoga abi sentiasa bersabar dengan mood, perangai, kerenah aku yang tah apa-apa ni, faham dengan angin malas yang datang tiba-tiba. InsyaALLAH, aku akan berusaha membaiki diri.

Comel tak mak budak ni? hahaaa...
[Ini semua poyo...phuiii]

Nota hijau: Berderai-derai air mata aku masa menaip entry ni. Jiwang pula hari ni, sobs! Kepada anda-anda-anda dan anda juga wanita bertulang besi berurat dawai. Proud to be woman and mommy [nak jugak].

Memberangsangkan.

Tuesday, 26 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa, gila malas hendak buka mata tapi hari ini kena bawa Arrizqi untuk pemeriksaan bulanan seperti biasa yang jatuh pada hari Selasa untuk Klinik Kesihatan Sg. Buloh [KKSB]. Semalam sudah ku ingatkan abi supaya dia ke pejabat lewat sedikit untuk menunggu Auni dan Adli di rumah.

Kesian bayi rezeki ni, menggigil-gigil kena rendam dalam besen untuk mandi pagi. Hahaa, tapi senyuman dia memang menggoda betul. Ajak main awal-awal pagi, sebagai emak harus mengambil hatinya supaya dia tidak meragam sepanjang waktu menunggu untuk pemeriksaan nanti. Selesai mandikan dia, aku siapkan susu untuk Auni dan Adli sekali, ambil hati juga supaya tidak bangun awal pagi begini. Namun, harapan musnah...mereka bagaikan ada bau sahaja emak hendak tinggalkan mereka.

Dua-dua bangun, seorang dengan bantal busuk, seorang sudah pun bertebeng di pintu grill. Alahai anak, sabar je la. Sudah siapkan Arrizqi dalam kereta, terus memandu ke KKSB. Pandu perlahan je, sebab banyak sangat bonggol. Baru jam 8.45pagi, lot tempat letak kereta sudah pun penuh. Thanks abi coz bagi kepercayaan memandu kereta mini. Hihii, celah mencelahla apa lagi.

Arrizqi, jaga badan. Hahaaa. 6.3kg je.
Kebolehan, meniarap, terlentang semula, meniarap, bergerak sedikit daripada kedudukan asal. Memegang objek ringan, ketawa, menyembur dan bubbling bbbrrrrrbrrrr...

Hari ni checkup untuk 4 bulan, so far semuanya berkeadaan baik. Tiada cucuk. Walaupun tidak segebu abang Adli, namun Arrizqi sangat pantas meniarap. Perkembangan fizikalnya adalah baik, carta tumbesarannya meningkat sebagaimana umurnya. 

Habis sahaja pemeriksaan, sesi membeli belah. Hehee. Terbayangkan Auni dan Adli di pintu grill, aku beli sepasang baju untuk mereka. Suka benar Auni. Then, upah mandi kolam. Hahaa. 

Nota hijau: Masih belum boleh bayangkan jika aku seorang bawa Auni, Adli dan Arrizqi. OMG. Nangis!

Di atas. Di bawah. Di dalam.

Monday, 25 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, kisah anak-anak lagi, selagi boleh ku taip, selagi boleh ku karang, selagi boleh ku membaca, selagi itula aku tidak akan berhenti untuk berkisah. Baru dua yang sedang aktif membesar, dua pun sungguh pening kepala untuk menguruskannya. Bila buat tidak tahu, bila mula hendak menyinga ada-ada sahaja yang menggelikan hati.

 Bawah katil.

 Bersepakat dalam bakul lepas semua pakaian dilipat.

 Dalam almari.

 Dalam besen dalam bilik air.

Dalam troli di supermarket. 

 Atas sofa.

Dalam kolam atas tilam. 

 Dalam kotak.

 Bawah meja.

Dalam kotak mainan. 

Dalam bilik air. 

Dalam, baldi dan bakul.

Hah, bayangkan je la macam mana aku yang handle dorang seorang diri. Sangatlah ke'stres'annya. Sampai satu tahap aku abaikan je semua benda. Dorang nangis pun aku buat tak dengar je. Kejam tak kejamkan. Hahaa... 

Nota hijau: Aku tak kisah dorang nak buat apapun, janji jangan nangis. Baru dua, esok lusa Arrizqi pula...waaaaaa....

Hadir kenduri dengan anak-anak.

Thursday, 21 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat pengantin baru Hasmah dan Hisham. Alhamdulillah dapat juga aku hadirkan diri ke perkahwinan kawan satu tempat belajar ni. Walaupun masa dedulu kita hanyalah suam-suam kuku namun, disebabkan pelajar perempuan kelas kita hanyalah 10 orang yang hot lagi gojes maka aku hadirkan diri bersama juga rakan sekelas iaitu abi. 

Aku memang masalah betul part memilih baju untuk majlis, semua sudah oldschool punya fesyen, boleh sahaja berbaju kurung, namun baju kurung aku juga sudah lama tidak update baru, berpasang lagi yang belum berjahit. Aduiii. Jadi untuk test pakai, aku pakai balik baju kain murah tempahnya mahal. 

Syukur sangat, masih cun dan boleh disarung, syabas. Spare tyre boleh cover dengan mendukung Arrizqi dan memakai Premium Beautiful. Spare tyre ni, adatlah kan, salah satu tanda kita sudah bahagia melahirkan zuriat suami, tidak bolehla hendak maintain macam masa bebujang dulu. Usaha sahaja sit-up dengan anak-anak biar tidak ketara.

Ke majlis perkahwinan tidak payah la sibuk hendak menyempit stroller bagai, bukan dia dewan besar pun, di bawah khemah yang pastinya jauh daripada tempat letak kereta. Abi dukung Adli, aku dukung Arrizqi, Auni pegang baju aku as always, dia susah betul untuk di suruh berjalan dengan abi. Emak juga.

Turun tangga, turun bukit, berpeluh juga hendak menyampaikan khemah pengantin, cari port duduk pun dua kali pusing, waktu puncak haruslah ramai orangnya. Selit juga. Auni jangan katalah, dia membebel sahaja. Banyak betul yang tidak kenanya. Budak, bila tidak selesa tahu sahajalah.

Makan pun begitu juga, abi pegang Adli, aku pegang Arrizqi dan Auni duduk sebelah. Abi pandai makan sambil pegang Adli, Arrizqi kecil lagi aku tak reti. Bila abi siap, abi pegang Arrizqi dan bersyukur datang pula seorang kawan satu kelas yang sama, terus Adli melekat pada Razlan. Aduiii mamat tu.

Sebaik sahaja aku bangun bertemu pula my sifu as always Izma, ala comel small family ni sedondon. Suami, isteri dan anak. Sweet ja. Sempat juga berborak barang seketika di tengah panas tu, sebelum aku beredar dan abi berjumpa beberapa orang kawannya. Hendak ke klinik untuk cucuk Adli setahun. Sian Adli.

Kurung moden, tempah sebelum melahirkan Auni.
Wah, ramai betul askar akukan? hehee.

 Adli payah dipisah dengan makan.

 Gadis lauk, hanya memilih ayam atau ikan, nasi taknak.
Kemain lagi melaram.

 Little brother in the house. 
Rambut pacak on the day.

Ingat hendak cucuk sekali untuk setahun setengah, hrmmm tidak boleh. Dikuatiri over-dose. Kelam kabut aku handle Adli dengan Auni, riuh satu klinik. Abi jaga Arrizqi dalam kereta sahaja. Bagus Adli, tidak nangis pun. Terpinga-pinga je. Hahaaa...

Nota hijau: Sempat juga berjumpa pengantin, macam biasalah tiada gambar pengantin, sebab sibuk ngejar anak-anak. Adeih!

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Tuesday, 19 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amboi, panjang berjela tajuk. Panahan, kemalasan mengemas rumah melanda, sempat jua cuci bilik air dan menanti mesin pencuci pakaian berhenti. Lepas ni mahu sidai pula, alahaiii malas pun banyak juga kerja aku sudah buat.

Ketinggalan nak update blog awal pagi dek melayan whassapp dengan kawan-kawan hahaa. Jadi ralit. So, tiada apa sangat hendak cerita so jom layan, kita main cari benda tidak serupa. Kahkahkah...


Comel ke tidak diorang semua? interframe sikit. Samakan? mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Mana tumpahnya wajah jika tidak kerana generasi. Gen umi dan gen abi. Ihiks...

Adli memang alone, sangat tersendiri dan comel dan tembam dan berdikari. Aku banyak terlupa bagaimana menjaga Adli kerana dia sungguh mudah orangnya. Hidung maintain, ketiganya serupa habis dengan emak punya. Kihkihkih...

Then, our love forever and ever is... 

Our beloved abi...
Lepas ni kena layan Adli dan Arrizqi pula, Auni dah bawa diri.

Nota hijau: Sama ke, tak sama ke, mereka semua kesayangan emak. 

Menyuarat pagar.

Monday, 18 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Balik sahaja kenduri kawan aku di kawasan perumahan lama pada Sabtu lepas, badan aku sangat penat dan letih. Mesin berkerja pun ada had limit penyelengaraan, aku berkerja memang non-stop kecuali masuk waktu tidur, itupun malam semalamnya Auni dan Adli memprojek. Arrizqi pun pakat tidur lewat ajak main. Ma'ai.

Aku upah tengok Animal Planet, sebab Adli suka tengok binatang pun tidak mahu lelap juga biji matanya, meskipun sudah landing atas badan aku. Auni disebelah kiri, membebel tidak sudah-sudah, suaranya kuat bikin Arrizqi tidur dengan tidak begitu lena. Akhirnya, kuasa veto aku gunakan, tutup semua lampu dan tv, tiada satu pun cahaya, dan aku tidur. Sudah tidak larat benar mata emak ni, sebelum semuanya melalak dan tidur. Malas aku layan.

Dijadikan cerita, balik daripada kenduri, Auni ajak main di luar, alahai malas betul hendak menunggu. Mata minta tidur, Adli dan Arrizqi pun sudah tidur. So biar dia main di luar, sehinggalah dia boleh ambil kerusi panjat, berbual dengan jiran sebelah rumah.

Auni...Auni...Auni... asyik pula tu dia berbual. Aku dengarkan je daripada dalam rumah, saje. Akhirnya dia berlari kejut Adli yang masih mamai bangun tidur. 
"Jomla Adli, tengok abang mandi kolam" sambil tangan Adli ditariknya, Adli malas hendak melayan, nangis sahajalah. Kaki ikut naik tanda protes tidak mahu. Auni peduli apa, dia usaha juga sehingga Adli pun bangun secara terpaksa. Sudah, seorang lagi join mensyuarat pagar.

Sudah tengok anak berborak, takkanla aku biarkan je tambahan jiran yang bernama kak Wan tu pun, asal daripada Terengganu memang tiada masalah. Dia baik sahaja ada anak teruna seorang, Danish sebaya dengan Auni. Akhirnya aku pun bermesyuarat sama sebelum Auni ku lepaskan ke rumahnya buat pertama kali. Jam 7.00 petang, aku jerit panggil Auni kemain syoknya tengah makan nasi. Sabar je la kan.

Tengok-tengok dia balik bawa lori mainan si Danish, ni yang aku menyampah bila kasi dia main dengan mainan orang lain, habis diangkutnya jadi hak milik, bila sudah sampai rumah tidak mahu pula berkongsi dengan Adli. Gaduh. Eeeee... bikin darah emak naik kepala. Tindakan aku? simpan lori mainan tu tinggi-tinggi sebelum abi bawanya turun semula. Isklaaa...

Kami suka buli emak kami. Hehee.

Nota hijau: Best sudah dapat teman berbual.

Labels.

Friday, 15 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, mesti mood korang dah swing-swing je kan? pasal esok cuti, tu bagi yang berkerja la dan aku pasti ada juga yang masih mood bercuti daripada Tahun Baru Cina tempoh hari dan aku pasti lagi, aku pun akan turut sama bercuti sekiranya masih berkerja. Namun, seorang surirumah, adalah mustahil untuk bercuti malah jatuh sakit sekalipun, orang tidak terlalu peduli melainkan kerana anak-anak.

Lebel atau labels, haaa... ingat di kompeni atau pejabat saja ada 5's? dapur aku pun ada tau, hahaa. Ye la, senang, mudah dan mengurangkan kesalahan apabila membuat kerja. Terutama, membancuh susu untuk anak-anak. Pernah sekali, aku tersalah bancuh susu untuk Auni, punyala gelabah hati asyik merungut sahaja, langsung aku scoop susu Arrizqi dalam botol Micky Mouse minah tu. Kalau Adli takpe lagi, dia sebat je tapi bukan minah Auni ni. Lidah memang supersonik, tahu sahaja susu tu biasa, rasa lain, terlalu panas, tidak sedap dan sebagainya. Kekadang geram juga sebab masa sebaya Arrizqi dulu, minum susu tu juga.

Dahulu, pink untuk Auni biru untuk Adli. 
Now, pink untuk Auni, Adli dan biru untuk Arrizqi. 

Mudah bancuh susu dalam kereta dengan ini.

Oleh kerana tidak mahu kesalahan yang sama dan akan menyumbang kepada pembaziran makanya aku buat lebel. Meskipun, sudah berlainan warna tupperware aku tetap tersalah juga, nah sekarang sudah ada label. Sekurang-kurangnya bila mata aku pening dengan warna tupperware tu, terperasan juga akan lebel.

 Hijau, biru dan merah jambu.
Eh, sama ngan baju lak... hahaa, sengaja untuk interframe.

Botol susu pun sama, ingat lagi kan yang aku tersalah puting susu masa menyusukan Adli dahulu? now, semua orang ada warna sendiri. Pink untuk Auni, biru untuk Adli dan hijau untuk Arrizqi. Botol susu dipasaran pun bijak meletak tiga warna ini dalam satu set. Hehee. Auni dengan Adli menggunakan puting botol yang sederhana besar, Arrizqi masih guna puting yang masih kecil. Rasa macam comellak bila bergandingan tiga botol ini. 

Ini semua po...yo.. Hahaa. 
Proud of yourself only. 

Ini kalender di dapur. Haaa, penuh jadual. Auni dan Adli minum susu yang sama, 1kg habis dalam masa 6-7hari, share kan? Arrizqi minum susu mahal tidak sampai 1kg dan juga habis dalam masa 6-7hari, jadi? Jadi, bila keluar belanja bulanan, abi akan tanya aku berapa pack atau kotak yang perlu dibeli dan sebab itulah kalender ni sangat berguna.

Lecehkan jadi emak macam aku ni? semua hendak sedondon, semua hendak disamakan, semua bagaikan ada peraturan. Skema. Tah, aku suka je. Lepas ini aku hendak senaraikan jadual waktu aku di rumah, Isnin bertemu Isnin, dan bangun tidur bertemu waktu tidur semula. Ada ke orang hendak baca jadual aku tu nanti? kahkahkah. Betul-betul sudah tiada idea nak update blog. Waaaa...

Nota hijau: Ikutkan hati semua almari aku hendak lebel, tiadalah Adli pakai baju Arrizqi, macam tidak dapat bernafas dengan selesa je gayanya. [bila abi yang mandikan. Ngeee]

Tetap 'baby' manja emak.

Thursday, 14 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, I'll try my best, try to be the best, gojes, vouge de vase dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak. Syukur, ketiga mereka ini dikategorikan nakal-nakal biasa sahaja. Kanak-kanak yang hendak membesar, biasalah ratu dan raja mengeksplore kehidupan. Biarkan sahaja selagi tidak bahaya dan tidak memudaratkan. Proses pembelajaran.

Walaupun Arrizqi masih lagi bayi namun dia sudah punya perasaan minta dimanja, didodoi, diteman, dia tidak betah tinggal keseorangan meskipun sudah pandai meniarap dan berpusing semula. Kakak Auni dan abang Adli, macam biasalah. Projek tidak sudah-sudah.

Auni punya kreativiti yang agak universal sedikit, sudah mahu jejak empat tahunkan? botol susu masih belum boleh tinggal, apatah lagi melihatkan botol susu adik-adik yang berwarna, dia pun mahukan juga. Ermm, masih anak emak lagi, cuma bila request hendak susu, tidak mahu abi buat, mahukan umi punya sebab "abi buat terlalu panas" - katanya. Sangat pandai memujuk, bila habis bateri handphone emak, mulala dia cari alternatif, hendak main di luarlah, hendak tengok Mickey Mouse lah, hendak melukislah. Kan... cerdik je otak tu berfikir.

Satu je, walaupun sudah empat tahun, namun dia masih manja. Bila tiba waktu mandi hendak didukung, bila tengok adik-adik di dukung dia pun hendak juga tidak sedar dia lebih besar daripada emak.

Adli, dia tersendiri. Tersendiri pun, sudah pandai mencepuk kakak Auni semula. Hahaa... Sudah pandai melindungi diri sendiri. Kakak cepuk dia cepuk, kakak naik kaki, dia pun kaki juga. Ye la, setahun setengah sedang dalam proses belajar dan mempelajari. Suka main, suka tahan mata untuk tidur, sudah pandai mengamuk, cepat merajuk dan dia seorang pemalu. Aku suka betul jegilkan mata pada dia, lepas tu tenung je dia, dia terus tunduk sambil jeling-jeling aku balik, bila aku masih memerhati, Adli terus lari buat kerja lain. 

Pantang kakak buat sesuatu yang baru, dia sibuk hendak menyelit juga. Perhati daripada jarak jauh dahulu, agak-agak kakak tidak mengamuk, barulah dia mendekat. Masa tu, hati emak bunga-bunga apatah lagi bila mendengar gelak ketawa manja Adli yang lunak. Alahaiii...

Paling aku tidak tahan apabila sedang memangku Arrizqi, berlunjur kaki, goyang sambil dodoikan dia tidur, Adli akan datang menghampiri duduk juga atas pangku yang sama, bermula dengan kiss adik dan dia landing, hendak merasa goyang dodoi emak juga. Bila sudah dua dipangku, Auni yang daripada jauh pun cemburu. Hendak pangku memang tidak muatlah, dia akan panjat belakang aku minta dukung. Waaa... mereka fikir badan aku ni bertulang besi gaknya. Sabar je la.

Bila masuk waktu tidur, Arrizqi kena mengalah bila Auni dengan Adli pakat hendak tidur dengan emak. Adli paling lekas alert bila lampu ditutup dia cepat-cepat naik atas badan aku. Cop tempat tidur. Auni merungut masih memegang bantal "nak tidur dengan umi" - hahaaa. Kekadang bila aku sudah penat sangat, aku tinggal je semua, aku tidur tempat lain. Sudahla letih, hendak melayan mereka yang macam-macam lagi. Aduiii!

Esok lusa Arrizqi besar, siaplah emak. Semua boleh jadi kerusi Ogawa bila emak penat. Hihiks.

Pernah satu part, habis sahaja waktu mandi, aku memang menyiapkan mereka dalam bilik, supaya ruang tamu tidak bersepah, semua minta dukung. Auni sudah dibelakang, kiri dukung Arrizqi, kanan dukung Adli, jadilah daripada bilik sampai ke ruang tamu. Melayang-layang badan aku dibuatnya, namun bila dengar Auni, Adli ketawa besar keseronokkan aku tidak kisah pun. Hihiks... 

Bila tiba waktu menggosok baju abi, semua aku ajak masuk bilik sebab sambil menggosok sambil perhatikan mereka bermain. Apa sajalah yang ada depan mata, boleh saja jadi mainan. Mereka pun pantang aku hilang, semua mencari. Bila sidai baju, siap landing bawah ampai. Bila aku mandi, tunggu depan pintu bilik air. Bila tiba part main di luar, semua aku bawa.

Tetap "baby" manja emak.

Auni menghibur duka.

 Adli melengkap keluarga.

Arrizqi membawa rezeki.

Sejak aku menjadi surirumah ni, terasa betapa rapatnya aku dengan anak-anak, syukur Alhamdulillah. They always be my baby.

Perkembangan.

Tuesday, 12 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hurey!!! tahniah Arrizqi. Entry lepas masih gigih berusaha, selepas beberapa hari tiada lagi tangan tersepit, Arrizqi berjaya meniarap, hehe. Perkembangan yang betul-betul memberangsangkan. Cepat dan pantas. Impresif.

Bila sudah meniarap, sesi seterusnya ialah menjadi kombat. Sudah mula dengan pusing 360 darjah dengan kepala dapat disokong kukuh. Alhamdulillah, bayi rezeki ini sangat mudah dijaga dan berdikari dan suka berusaha.

Terlungkup.

 Turning around.

Dua bulan lagi, aku akan mula sibuk dengan memuri. Macam biasalah, aku akan sejukbekukan puri sebagaimana abang Adli dahulu walaupun aku surirumah sepenuh masa. Malaskan. Apa yang pasti, memuri kali ini akan menjadi dua kali ganda, disebabkan abang Adli mahu kenduri bersama. Sudah terbayang di mata. Dan, sedikit hari lagi, Arrizqi akan menggantikan kakak Auni memakai Cloth Diapers [CD]. Kakak Auni sudah mula belajar menggunakan tandas.

Sedikit hari lagi, Arrizqi akan sesaiz dengan abang Adli, tidak sabar sangat hendak tengok dua orang tu bergandingan. Adli pun nampaknya tidak sabar untuk mengajak Arrizqi bermain. Oleh kerana Auni sudah pun terpikat dengan merah jambu, makanya Adli dan Arrizqi boleh disedondonkan. Hehee, bodyguard kakak.

Sekarang pun, Arrizqi sudah memakai kesemua baju Adli, share. Mana baju Auni yang sama dengan Adli dahulu, Adli yang pakai, baju Adli turunkan pada Arrizqi. Untung lagila Auni, dapat baju baru warna merah jambu, princess, now nak kena carikan spender Mickey Mouse pula. Ayooo. Request mahukan spender Mickey Mouse.

Merenung.

Reading story.

Sleeping together. 

Kissing.

Adli sangat sayangkan Arrizqi, dia jarang buli Arrizqi. Walaupun ada sedikit cemburu, tapi Adli akan mengalah. Adli seorang pendiam, pemalu dan tidak seagresif Auni.

Sikit hari lagi, aku kena mop lantai hari-hari. Auni semakin bijak membuka peti ais, ambil mangkuk, sudu dan sebagainya. Adli semakin aktif dan kuat makan, apa kakak makan dia mahu juga, apa kakak buat dia mahu juga, kakak cepuk dia cepuk balik. Arrizqi, akan mula berkombat. Siaplah, aku pun bersilat.

Nota hijau: Rindu hendak ber art sudah tidak terbedung lagi, sobs!!!

Tangga kejayaan.

Friday, 8 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Usaha tangga kejayaan, percayalah ini bukan auta. Quote ni nampak simple, lama punya istilah namun masih lagi boleh digunapakai. Betulla, jika kita tidak berusaha daripada pula kita dapat hasilnya, hanya sekadar cakap dengan air liur, ada maknanya tapi setakat di situ sahajalah. Statik tidak ke mana-mana. 

Usaha Auni untuk menghafal ABC, mendengar lagu daripada utube android emak dia, mendengar lagu daripada ipad mainan nya dan menyuruh emak menyanyi sebaik sahaja habis mandi. Oh, emak jadi radio ya, hasilnya syabas, Auni sudah boleh nyanyi ABC, impresif kan? Sedikit sebanyak membantu juga dia mengenal huruf, bangga betul aku selaku emak. Hahaa.

Usaha Adli untuk belajar naik turun tangga, apabila aku cukup yakin untuk membuka pintu pagar penghadang tangga. Bagi dia naik sendiri, bagi peluang dia turun dengan sendirinya dengan syarat emak perhatikan dia naik atau turun daripada jauh. Hasilnya, dia berjaya turun naik tanpa menangis walaupun payah untuk mengimbangi berat badannya. Kena pantau.

Paling menarik ialah usaha Arrizqi untuk meniarap, OMG terharu gila bila ada supporter macam kakak Auni dan abang Adli. Aku sendiri tidak ingat bila Adli pandai meniarap. Hehee, tahu-tahu sahaja dia boleh buat semua dengan sendirinya. Auni meniarap umur empat bulan pun dengan sendirinya. Tinggalkan terlentang, balik semula dah terlungkup. Hahaaa.

 Kayuh Riki kayuh-emak.
Sikit lagi Riki, sikit lagi-kakak Auni sambil ambil gambar.

 Eee...yaaah! apahal payah sangat ni? - Arrizqi.

Arrgghhh, tangan sepit pulak - Arrizqi.

Den dah lotih laaa...- Arrizqi.

Oit, buat pe tu? - emak.
Riki-Riki-Riki! - kakak Auni.
Penatlah! - Arrizqi.

Tq ummi, betulkan saya - Arrizqi.
Emmmuuuahhh! - kiss from abang Adli.

Arrizqi, bayi rezeki ni selalu beruntung, disayangi, dikasihi, dibelai dengan ramai yang jatuh kasih. Pun, tidaklah manja sangat. Tidur dengan sendiri, bangun dengan sendiri, yang penting cukup susu. Bila tidak tidur, tidaklah merengek tidak tentu hala, bagi sahaja tengok tv tahu-tahu terlelap balik semula. Hahaa.

Sikit lagi jadi kombat, merangkak, duduk, memapah, makan, berdiri, jalan. Pastu setahun, alahaiii sekejapan sudah jadi kembar abang Adli pula. Ahaks!

Nota hijau: Auni panggil Arrizqi, Riki. Emak panggil Arri. Abi panggil Rizqi. Adli panggil adik. Hahaa. Mana satu tah! Arrizqi juga yang best.

Mummy tabah.

Thursday, 7 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ye, aku masih lagi bertuah. Setelah menjelajah mencari novel Setia Hujung Nyawa yang tidak membuahkan hasil, aku mengeluh.

Suarakan pada seorang kawan sekolah yang setia ber whatsapp. Kitorang memang sentiasa keep in touch sehinggakan jari jemari naik lenguh pun masih juga galak bercerita.

Puan Aisha Bari, dulu seorang yang famous amos di sekolah, seorang yang sangat komited dengan tugas diberi guru. Sering menjadi perhatian para guru dan kipas susah mati pelajar-pelajar lelaki dengan keramahan, kemanisan senyuman, kerajinan, kepandaian dan tidak lupa perangai nakalnya.

Adatla tu kan? Sekolah. Hubungan aku dengan Aisha bukanla bagai isi dengan kuku, dia dengan rentak ala divanya dengan tiga empat orang pengapit kiri kanan belakang dan aku hanyalah seorang yang diistilah mangsa buli, tidak cantik, selalu gagal add math, jiwang dan lincah dipadang.

Di sekolah, Aisha perasan kewujudan aku akan tetapi untuk mengajak aku bersamanya adalah misi mustahil, jarang sangat pendapat aku sama fikiran dengan dia yang menjadikan aku lapah hati sendiri. Menangis kena perli, berdesing telinga tersiat ulu hati. Itu dulu.

Kali pertama bertemu sewaktu menghantar borang mendaftar perkahwinan selepas beberapa tahun menghabiskan zaman persekolahan, hati mana yang tidak teruja. Paling aku tidak menyangka apabila Aisha menyatakan aku adalah kawan baiknya. Wahahaaa...hati aku melonjak keriangan, lupus semua sengketa hilang rasa gundah gulana, syukur masa mengubah seseorang menjadi yang lebih baik walaupun masih ada jurang. Kali kedua aku bertemu dengannya apabila dia selamat melahirkan anak sulongnya yang sebaya dengan Auni. Cara bersalin pun sama, maknanya kami berkongsi satu perasaan yang juga sama membuatkan aku lupa bahawa satu masa dahulu dia orang yang aku menyampah.

Jangan sesekali benci, anti, tidak suka seseorang sebab satu masa nanti orang itu sendiri yang membantu, menjadi kawan baik, dekat dengan kita. Contohnya akulah apabila kawan bergaduh menjadi suami dan Aisha yang aku tidak gemar dahulu telah menghadiahkan aku novel Setia Hujung Nyawa. Percuma sahaja ditempah khas daripada MPH Online. Hadiah untuk mummy tabah katanya. Oh! Terharu apabila ada yang menghargai.

Aku bukanlah tabah sangat pun, just melalui hari seperti emak-emak yang lain juga. Semua emak adalah tabah selepas proses bersalin berlaku. Jadi kuat selepas merasai kesakitan yang bukan calang-calang. Bagaimanapun terima kasih Aisha, semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga hujung nyawa. InsyaAllah.

Kami memang kawan sejak dulu-dulu lagi ;) hiks!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ruang.

Wednesday, 6 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Taip-taip-taip, sudah habis satu perenggan tekan backspace, betul-betul sudah buntu apa yang mahu ditaip. Adoi. Jadi, kerah, perah juga daya ketajaman fikiran untuk pengeluaran idea, bila tengok gambar bagaikan banyak yang hendak dicerita, baru jemari menyentuh keyboard terus terlayan facebook. Menci betul.

See, belum setengah mengarang bunyi pula mesin cuci pakaian berlagu, tempoh mencuci sudah tamat, minta sidai isinya sementara matahari naik, ergh! ok, taip dengan sepantas kilatnya tanpa mengarut dan melencongkan cerita.

Setelah merasa duduk di ruang angkasa, kini beralih pula duduk atas tanah. Ye, bercakap fasal rumah. Sebelum ni, tinggal di tingkat 11, berlift, bertangga, dan tidak pijak tanah langsung. Merasa betapa mengahnya naik tangga pabila lift buat hal, merasa bagaimana payahnya apabila berbadan dua terpaksa berebut lift. Bila sudah di atas, untuk turun ke bawah adalah sangat memalaskan.

Sekarang, merasa duduk rumah di atas tanah, not so bad. Impian sudah pun tercapai dan aku sangat teruja apabila abi menyerahkan semua dekorasi dalaman berpihak kepada aku. Ianya satu hadiah yang cukup besar. Dan...bila sudah aku yang kena fikir, kusut jugalah kan. Tiada pengalaman, akan dicuba secara berperingkat. Aku geram dengan jam cantik yang kak Jue jual. Tunggu, nanti aku beli satu. Hahaa.

Dan, yang paling seronok sudah tentulah anakku nan berdua yang sudah aktif bermain, berkejaran, berkenderaan, bergulingan, berbasahan yang semuanya hendak berjemaah. Auni dan Adli. Girang dapat ruang yang cukup untuk mengeluarkan peluh. Mereka di luar, aku pantau daripada dalam. Arrizqi pun teruja sama. 

Bila tiada kereta mini abi, bolehlah main separuh ruang garaj, separuh lagi letak kereta waja share dua kereta. Biasanya abi yang adjust bagi muat, aku memang tak pandai, janji masuk tapi makan ruang kereta mini dia. Tah cemana nak arrange, dan baru-baru ni diberitakan, abi beli juga motosikal, hah! mau naik atas bumbung sebab ruang sudah penuh. Ada pun, betul-betul depan sliding door tempat Auni, Adli mandi kolam. Pandaila dia nanti, rumah dia kan? 

Jiran-jiran sebelah mungkin pelik dan tertanya-tanya di mana aku sidai baju, hahaa. Aku memang kurang gemar ampaian di garaj kereta, ampaian aku di belakang, selepas dapur. Memang berbumbung. Lagi pun, belakang sana dapat matahari pagi walaupun terlindung dengan dapur rumah belakang. Angan untuk bercucuk tanam, cili, serai dan sebagainya memang terkubur, sebab fully disimen. Ada tanah, memang tahap ciput je la, dipenuhi tiga biji pasu besar pokok hiasan dan sebiji tong sampah. Abi je yang rajin ngemas depan pagar tu.

 Tempat Auni dan Adli berkubang. 

 Snap daripada sliding door.

 Port kereta mini abi.

Snap daripada pintu sebelah sliding door.

Sekarang ni, aku sedang gigih memasang frame di dinding dengan pertolongan abi, sayang betul hendak memaku, dinding tengah suci dan bersih. Hihiii. Bila selesai semuanya baru boleh duduk berbincang untuk open house, hahaa. Tapi... yang hendak datang tu, rodger je la. Takde halnya pun. Hendak kata besar sangat tu tidaklah, cukup untuk aku lima beranak. Syukur.

Nota hijau: Ruang tingkat atas sudah mula digunakan. Lenguh naik tangga. Just cerita sahaja, bukan rumah mewah mana pun untuk interframe. Cerita sahaja ok. Rezeki dengan kehadiran baby Cahaya Petunjuk Rezeki, terima kasih Norersyad Arrizqi.

Pelangi ada tujuh warna.

Monday, 4 February 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sahaja aku selesai menyusukan Arrizqi, Auni masih lagiterkebil-kebil dalam kegelapan dengan botol susu yang masih berisi. Jam 3.30pagi.

"tidurlah kakak, semua orang tidur lagi. Kakak kenapa?" tanya si emak. Faham, sebab jadual tidur Auni terbalik. Dengan baju warna block, seluar hijau dan baju merah jambu.

"Auni tak boleh tidur la umi, kenapa umi tutup tv tu, Auni nak tengok cerita" panjang lebar dia merungut. Sila percaya itu memang ayat dia. Mama, papa, pak su dan abi pun mengakui dengan penggunaan bahasa kartunnya.

"tidurlah, malam untuk tidur siang untuk belajar, esok baru boleh main dengan kakak" disebabkan bahasa dia skema, emak pun terikut sama. Tidak mengapalah, bukan susah pun. Sejak abi lepaskan dia di luar pagar, berkenalan dengan anak jiran depan rumah berbangsa cina, bibirnya asyiklah sebut kakak, kakak, kakak dan kakak. Bila sudah terlepas ke sana, dia punya ketawa, jeritan memang akan sampai ke rumah. Bergalak.

"kakak ada banyak bola, ada warna hitam, ungu, merah jambu, hijau, biru, coklat, oren, semua ada, macam warna pelangi kan umi?" alahai anak, terharu betul, emak mengantuk tahap gaban, kamu ajak berborak pula. Sempat juga aku bahasa inggeriskan warna-warna yang Auni sebutkan tu. Tahu dia jawab apa lepas tu?

"awak ni kelakarlah" dia gelakkan aku pula. Cis! Anak bertuah betul.

"betul, ini tak kelakar la wak, ini betul. Pelangi ada berapa warna?" tanya emak. Memancing jawapan sambil tersengguk-sengguk.

"taktaulah, awak tutup mata ke umi?" sambil jengah muka aku. Alahaiii, siap check tu. Gelapkan.

"umi ngantuk ni, betul ni tak tahu pelangi ada berapa warna?" tanya aku semula, bimbang dia terlupa.

"taktau...pelangi banyak warna" tiba-tiba berdiri, membentang selimutnya. 

"pelangi ada tujuh warna" jawab emak ringkas. Terharu lagi sekali dia bentang selimut siap Adli masuk sekali, selalu tu dia punya seorang sahaja.

"ooo ye ke, pelangi cantikkan umi. Pelangi tidur sekarang ni, gelap kat luar" tergelak aku dengar dia menjawab.

"pelangi ada selepas hujan je, malam dia tidur sebab tu Auni pun kena tidur juga, esok kita belajar warna pelangi" ujar emak, lalok sudah. Warna pelangi pun tidak hafal so bagi alasan esok je la belajar. Hihiii.

"hrmmm...baiklah" aku pun sambung tidur balik bila tiada lagi gerak geri Auni. Aduhaiii anak, pagi-pagi ajak berborak. Akal panjang juga Auni ni, bila emak hendak tidur barulah sibuk ambil kamus bergambar hendak belajar. Kalau aku larat, memang aku layankan. Kalau tidak, aku paksa tidur. Waktu ini memang mudah dia terima pelajaran. 

Sekarang, aku sudah tidak bosan sangat sebab ada teman berbual. Walaupun Auni kecil tapi cakapnya macam bagus sahaja. Mana-mana perkataan yang masih pelat aku betulkan semula sebutannya. Syukur, dia sudah hafal ABC, dia sudah tahu one to ten. Now, aku kerah dia hafal Alif Ba Ta, senang untuk aku ajar mengaji nanti. InsyaALLAH.

Pelangi umi dengan abi. 

Penggemar tegar warna merah jambu,
pergi pasar malam pun, minta air warna merah jambu. Adei!

Nota hijau: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu-warna cantik si pelangi.
Nota lagi: pakaian daripada Eida Mohd's Collections atau Cuties Gorgeos Collections. Memang aku suka beli dengan kakEida ni setiap bulan. Hehee. 

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in