Drama Queen.

Thursday, 31 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Impian sejak dulu-dulu lagi, hihiii. Walaupun tidak menjadi pelakon tv, akan tetapi menjadi ratu drama bila di rumah. Kadangkala frust dengan Auni yang asyik kartun sahaja makanya umpan mujarab untuk aku menonton televisyen, dengan menukar handphone untuk dia belajar ABC. Dia bijak, tahu sahaja mana letaknya lagu ABC dia.

"nah umi, umi tengok tv, Auni hendak lagu" sambil hulur remote astro. Kalau mood dia hendak menonton tv atau bateri handphone sikit lagi hendak habis...
"alaaa, umi main handphone la, Auni nak tengok cerita" pandai sungguh memujuk emakkan. Sekarang, diala yang rajin bercakap dengan aku. 

So, tercapai hajat untuk duduk berehat sambil menonton tv. Hihiks! Ada ke istilah berehat, bukan duduk sesaja menyambil juga, baca novel, suap Auni Adli makan, lipat pakaian, layan Arrizqi. Biasanya, memang jam 2.00ptg selepas solat Zohor aku sudah standby.

Walaupun aku tidak gemar berita di TV3 namun banyak drama yang aku suka layan. Jam 2.00ptg, Aliya. Indonesia. Drama Indon, biasalah meskipun banyak auta dan tidak logiknya. Sambil Aliya, suap anak-anak makan. Kadangkala tersetia juga, sebab biasalah selain pelakonnya cantik, cowoknya juga ganteng-ganteng deh! lagi satu aku suka bila gelaran yang diberi, aneh-aneh dan nama pendek empat huruf pun boleh jadi pendek. Contoh, Fina = Fin. 

Habis Aliya, jam 3.00ptg Legacy ambil alih. Tagalog from Filiphina. Suka dengar lenggok bahasa dorang walaupun sepatah haram tidak difahami, sarikata kan ada. Pelakon takde la cun sangat pun tapi seksi. Semua pun berkemban, sang heronya bolehla tahan. Tang drama ni, kadang-kadang sibuk layan Arrizqi. Tidak pun mencuba resipi baru di dapur.

Jam 4.00ptg, drama melayu Debunga Lalang, Noor Khiriah. Pasal menuntut hak anak sendiri daripada jagaan adik sendiri. Hahaa, pening ke? ada je sipnosisnya, cer Google. Tidak pun tonton kan ada. Best drama ni, drama melayu biasanya semua unsur pun ada. Paling aku suka jika ada tema kekeluargaan. 

Daripada tv3, bertukar ke Astro Bella saluran 133. Hihiii. Pangako Sa Yo jam 5.00ptg. Time ni banyak kerja sikit. Kalau tidak melipat baju, aku baca novel. Tidak pun, bawa anak-anak main di luar sebab malam karang ada ulangan lagi. Tu yang kalau tertinggal episod di astro ni, tidak perlu risau. Tagalog lagi, dulu dah pernah ada drama ni, maklumlah aku busy masa tu jadi inilah kesempatan yang aku ada untuk layan.

Lepas solat Asar, jam 6.00ptg adalah sesi untuk memandikan anak-anak, bergilir bertiga-tiga. Sebab, Auni suka buli Adli dalam bilik air, jadi kena pantau. Arrizqi mandi masih guna besen walaupun aku sudah tibai air sejuk. Hahaa. Tu yang kena bergilir. Selesai, masing-masing sudah dapat botol susu. Balik semula melayan tv3, Setia Hujung Nyawa. Tidak pun, memang drama TV3 daripada dulu lagi. Patut masa ni, ajar Auni mengaji. Isklah, emak pun tersangkut depan tv. 

Sudah hendak habis episod pun kan? lepas ni ajar Auni alif ba ta lah lepas solat Maghrib. Apala tv3 ni, bubuh la drama best waktu hujung minggu, ini ambil waktu Maghrib yang singkat tu. Habis semua pun jadi leka termasuk aku. Adoiii, masih goyah imanku ini bah.

Bila semua sudah mandi, aku masuk dapur. Bila malam, drama biasa Ruby dan tv3 lagi. Heheee. Sehangat Asmara, astro HD aku lebih suka tengok ulangan. Sebab terus je episodnya tidak sekerat-sekerat. Setengah jam sudah habis, malas dan kejap sangat. Mandi, makan malam, dan tidur. Anak-anak, tunggang langgang dengan mainan. Biarkan je, sudah lotih.

Setakat bulan Januari, ini sahajalah drama yang aku suka tonton. Drama Korea, kadang-kadang je layan. S One tu. KBS pun ada juga. Bila ada abi, memang aku je la yang beralah. Dia lebih suka HBO dan seangkatan dengan dia. Dahulu, dapat tengok drama waktu malam sahaja, siang adalah waktu mencari rezeki. Sekarang, masanya untuk aku melepek melepak depan tv. Hohooo, sampai bila? entahlah, biar waktu yang menentukan. Bukan aku menonton sesaja sampai satu kerja pun tidak siapkan?

Memang daripada masa sekolah lagi, aku sangat gemar menonton tv. Meskipun duduk asrama 5 tahun, bayar RM 0.50 untuk tengok tv waktu hujung minggu. Bila sudah masuk belajar, orang sibuk berorentasi, aku cabut pergi tonton tv layan Winter Sonata. Hahaaa. Itu masa sijil, bila sambung buat diploma, berkejaran lepas jemaah Isyak di surau, dengan masih bertelekung layan drama klasik Korea. Hilang masa untuk kuar dating sesi minum malam. Sanggup.

Pernah sekali tv di rumah mama kena sambar kilat, habis semua rosak akibat litar pintas kecil. Lekas mama suruh papa beli tv baru bila tahu aku mahu bercuti pulang ke kampung, heheee. Bila duduk rumah sewa, pun ada tv walaupun tidak ada astro dan ariel kena pegang dengan tangan. Sanggup, sebab drama Korea semata-mata. Kalau tiada tv, make sure pergi kedai makan cari yang ada tv. Tidak kisahla channel apa yang sedang orang lain tonton yang penting tv. Hihiii. 

Drama Queen kehidupan sebenar aku. 
Keletahnya sangat mencabar mental dan fizikal emak.

Nota hijau: Kehidupan sekarang, walaupun sibuk tetap jugala curi masa menonton tv. Aku suka drama yang ringan-ringan je. Kalau Maharalawak Mega tu, entah berapa kali aku layan. Sebab, hiburan ringan dan tidak perlu fikir-fikir.

Baju baru.

Wednesday, 30 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku? oh bukan-bukan. Sliding door dan tingkap villa ceruk taman ini punya baju baru. Ingatkan entry yang berhenggeh aku lima beranak misi mencari langsir? keh-keh-keh. Aku bukannya cerewet sangat bila sudah sibuk mengejar anak-anak, so tidak dapat light grey, pilih sahaja dark grey. Dah lagak panggung wayang ruang tamu aku. Hahaaa.

Misi kedua, mencari karpet. Kalau dapat yang petak-kelabu gelap dan terang, alangkan bestnya. Dapat pula yang tenggelam kaki, huiii best memang best, citarasa best, harga pun best cara guna pun harus best apatah lagi aktiviti untuk pembersihan adalah super best. Kehkehkeh.

Lambat sangat hendak menunggu abi memasang, hendak suarakan terasa segan, akhirnya dengan ketinggian yang ala-ala, ku pasrah panjatkan juga. Gigih, mengambil masa Arrizqi tidur. Payah sikit mamat tu, sejak dua menjak hendak berumur ni, akalkan pun panjang, deria aura tu tau-tau je emak tiada di sebelah. Isklaaa...

Bila sudah naik, waaa... rasa macam tidak padan pula dengan cermin sliding door yang tidak berlap. Pasang je la dulu, karang raya baru aku lap sliding door tu. Phew! lap peluh-lap peluh. Cantiknya rumahku syurgaku ini, hahaaa ok interframe. Kombinasi warna yang ok jugaklah, redah saja. 

Berbaloi la, memilih sambil berkejaran dengan anak-anak, bagaikan hilang penat apabila sudah siap digunapakai. Tinggal bilik atas sahaja yang belum, kesian para tetamu yang datang transit, tingkap bilik tidak berbaju, seksi.


Amacam? Boleh je la kan, bertahanlah 5 tahun akan datang. Hahaa. Frame ayat Al Quran dan frame gambar belum naik lagi, kena pilih balik, kena print gambar balik semula. Ahli sudah bertambah. Potret untuk Arrizqi, my oh my kena buat checklist. Ada aku minta print canggih untuk print gambar berkualiti ni karang, malas sungguh hendak hantar ke kedai.

Simple je, aku sedang gigih belajar untuk menghias rumah, memang tangan kayu. Apatah lagi anak-anak sedang lasak membesar, aku lebih suka yang lapang selapang-lapangnya. Esok lusa Arrizqi dah kena rekrut, haruslah bertambah lintang pukangnya.

Nota hijau: Rumahku biasa-biasa sahaja, kecil-kecil sahaja. Yang penting isi kebahagiaan di dalamnya. Terima kasih abi ;)

Syukur.

Tuesday, 29 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur rahmat ALLAH, syukur atas yang Allah aturkan, walaupun perit untuk dilalui namun pasti ada hikmah disebaliknya. Hidup ini indah, jika tidak sekarang menghargai kehidupan adalah amat sukar dan sentiasa merungut serta tidak ikhlas untuk hari-hari mendatang. Belajar menerima walaupun perit.

Auni, Adli dan Arrizqi. Lambang cinta antara aku dan abi, insyaALLAH jika panjang umur dan ada rezeki mereka bertiga akan beradik lagi, bukan sekarang. Buat masa ini, biarlah aku belajar menerima seadanya apa yang aku ada. Menjaga mereka bertiga adalah cabaran paling besar yang mesti aku tempuh sepanjang 29 tahun ini.

Auni, ku fikirkan baru tiga tahun rupanya dia sudah pun 4 tahun, banyak lagi yang belum berjaya dilaksanakan kepada dia. Ya, aku cemburu kepada mereka yang berjaya ‘free drypers’ anak-anak seumur 2-3 tahun. Auni, tidak ber’drypers’ tetapi aku tidak tahu di mana dia membuang, tahu-tahu seluar bajunya sudah lencun. Nasib-nasib sahaja aku ternampak dia membuang tu.

Ye, aku cemburu juga kepada mereka-mereka yang telah menghantar anak ke Taska, Tadika untuk perkembangan pelajaran pertama tetapi Auni? Masih bertemankan adik-adik di rumah. Kadangkala aku rasa sungguh kasihan kepadanya, yang hendak sangat bermain dengan kawan-kawan, tetapi aku perlu juga memikirkan adik-adiknya.

Aku berusaha untuk melatih Auni mengenal huruf, nombor dan alif ba ta. Huruf tu, dia sudah lancar menyanyi A-Z, nombor pun boleh sudah 1-10 walaupun suka tinggalkan nombor 2. Alif ba ta, baru dapat suku sahaja. Dia lebih suka ABC. Menyanyi, usah di kata...lagu ABC tu setengah hari pun boleh dia nyanyi tanpa henti. Pening.

My hero, Adli. Sekali tumbuh gigi serentak semua naik. Alhamdulillah kesihatan dan aktiviti makannya terus berjalan dengan lancar. Adli tidak gemarkan yang terlalu manis dan lebih suka makan nasi yang berkuah. Lasaknya Adli kurang sedikit berbanding kakak, Adli lebih soft. Belajar pun sendiri-sendiri, tahu-tahu Adli sudah boleh buat sesuatu, juga sudah pandai menerima arahan mudah dan menjerit sesuka hati.

Bayi rezeki, Arrizqi. Tidurnya sudah seperti abang dan kakak, sekali-sekala sahaja bangun malam untuk menyusu. Suka hendak berborak dan ketawa besar dan pantang nampak kelibbat aku. Size drypers sudah bertukar kepada M, besar sikit lagi baru pakaikan Cloth-Diapers pasal aku malas nak adjust butang. Sangat kuat menyusu, juga mula berkongsi baju dengan abang Adli. Syukur Alhamdulillah.

Looks like twin. Hahaa... perasan.



Melalui fasa kehidupan.

Melewati usia.

My big hero, teman sehidup semati, as always. Stay the same macam dahulu juga, Cuma rambut sedikit memutih. Semakin berdedikasi dengan kerja dan semakin tidak banyak bercakap. Lebih gemar dengan handphone dan komik. Syukurnya, pinta sahaja apa yang aku mahu insyaALLAH ada rezeki, abi akan tunaikan. Terima kasih cinta.

Nota hijau: Kehidupan menuju fasa keredhaan ALLAH, insyaALLAH.

Satu hari yang mencabar.

Friday, 25 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Unplanning, oh! ini bukan cerita pasal mengandungkan Arrizqi akan tetapi cerita fasal kerajinan yang diluar batasan fizikal. Orang sibuk berarak sempena Maulidurrasul, orang sibuk dengan tilam dan bantal sebab bercuti, orang sibuk berehat bersantai bersama keluarga, aku macam biasa tergolong dalam lingkungan yang terakhir tu, bersama keluarga dan macam biasalah.

Di saat abi, Auni, Adli dan Arrizqi tidur dengan tunggang langgangnya, aku berhempas pulas dengan dapur. Banyak benar kerja rasanya, terus je masak tengah hari dan rutin seperti biasa, abi mengajak mencari langsir.   Wiii! ini barang baik-ini barang baik. Suka-suka tapi yang tidak gemar adalah bersiap untuk keluar. Huhuuu.

Bila ada tiga anak yang cekonit-cekonit, yang masing-masing punya rasa tersendiri masa untuk menyiapkan mereka berserta kelengkapannya sekali adalah lebih panjang daripada waktu semasa keluar itu sendiri. Faham?

Emak...kalau kata hendak keluar shopping atau keluar pergi kenduri atau berkelah atau hari keluarga, erti kata ke mana sajalah, kalau boleh seisi rumah hendak dibawanya. Betul tak? Lelebih lagi aku yang suka mementingkan pemakaian warna sedondon, bekalan susu yang lengkap dengan air sejuk panasnya, baju spare untuk anak-anak, tuala jika ter tak sengaja transit di mana-mana, kasut, selipar, bantal, sesemuanyalah. Jika anak seorang kelengkapannya sudah penuh satu kereta, apatah lagi tiga. Hahaaa bayangkan je la cemana. Waja je kot!

Then, semalam kami sekeluarga ke Jln. TAR, ye Masjid India sana, bak kata abi dulu, rumah nombor dua aku, tempat lalulalang pergi balik kerja maunya tidak menyinggah? Orang yang ke sana memang tidak pernah surut melainkan menjelang satu Syawal. Jadi, misinya ialah mencari langsir. Hurey! aku dukung Arrizqi, abi dukung Adli, Auni berpimpin dengan aku. Together-gether gittu. Terus menuju ke Nagoya Textile abi dah tengok dulu kot, cuma tidak pandai memilih.

Harus membuat keputusan cepat dan pantas kerana Auni dan Adli sudah pun bermain sorok-sorok dan babacak antara gulungan-gulungan langsir yang banyaknya itu. Arrizqi boleh tidur tanpa sedar diri, lena betul. Siaplah bahu aku sakit balik karang. Antara tempah dan siap, pilih sahaja ready made, balik tinggal sangkut sahaja. 

Misi lain, mencari novel Setia Hujung Nyawa, tiada dapat dicari naskhah itu. Huhuuu! Hendak memilih novel lain dengan Auni, mencabar sungguh sebab dia berlari ke sana-berlari ke sini, apa depan mata semuanya tidak berkenan, bila sudah pandai memilih. Akula yang kena mengikut rentaknya, abi dah mengawasi Adli yang menyelah, menyelit, menonong dengan tidak padan demoknya. Kedai buku, sempit.

Habis di kedai buku, terus sahaja balik rumah memang tiada apa lagi mahu di cari. Aku bukannya cerewet sangat bila pergi shopping. Janji, apa yang aku mahu tu ada. Dalam kepala, semuanya beli online sahaja, lebih mudah dan tidak perlu bersesak-sesak. Malam tu mama menelefon bertanya khabar, risau melanda fikirannya apabila menonton kisah kanak-kanak hilang masih belum dijumpai.

Ya betul, aku juga sangat bimbang bila keluar shopping dengan anak-anak bersama abi, apatah lagi bila telefon tangannya tidak putus berdering. Bimbang jika terlepas pandang. Aku tidak boleh menjadi begitu cerewet apabila memilih barang, semestinya aku aim atau senarai atau minta google carikan supaya aku boleh mencapai apa yang dikehendaki tanpa meneliti lebih lama.

Balik daripada shopping, sambung lagi mengemas rumah. Mengemas bilik, mengemas ruang tamu, mengemas dapur. Sampailah hendak masuk tidur, itupun masih ada lagi yang tidak dibuat, dasyat betul. Jadi aneh pun ada, bila tetengah malam pegang penyapu menyapu rumah yang bersampahkan origami Auni, belajar pegang gunting gamaknya. Bila sudah baring, hah! Auni dan Adli jadi kerusi Ogawa, mengurut badan dan tulang belikat sebelum semua abi hambat untuk tidur.

Dapat pun snap walaupun tak clear. Lama dah teringin nak possing canni.
Hahahaaa... mujurla muat lagi baju tu kan?

Ok, mencari langsir sudah selesai. Jadi, rakan-rakan yang teringin hendak ke teratak aku bolehla rodger-rodger, sebab asyik menggebang hendak housewarming pun tidak jadi-jadi juga. Tiada pengalaman langsung. Hendak kena belajar daripada yang biasa buat majlis. InsyaALLAH.

Nota hijau: Checklist, wishlist, list, penting untuk rujukan :)

Memori susah nak lupa.

Wednesday, 23 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung panjang... Menggumam... Sambung bermenung... Tarik nafas panjang sambil melunjurkan kaki. Jari membelek handphone. Sudah beranak tiga pun masih lagi setia dengan handphone. Jika dahulu menanti pesanan cinta daripada buah hati, sekarang? buah hati sudah dimiliki, menanti siapa pula? tiada siapa-siapa hanya menanti kawan-kawan sahaja yang sudi berkongsi situasi.

Walaupun zaman persekolahan sudah jauh ditinggalkan 12 tahun lalu, namun memorinya tetap dikenang sehingga bila-bila. Syukurnya, perangai masing-masing masih lagi serupa, giat-menggiat, usik-mengusik, kena-mengena, tembak-menembak, jenakanya walaupun boleh buat orang sentap akan tetapi memikirkan sudah lama tidak bersua, gembira sahajalah yang menguasai keadaan.

Walaupun dahulu, tidak pernah bercakap antara satu dengan lain meskipun dalam satu kelas namun dengan adanya teknologi canggih masa kini, boleh pula jujur berterus terang dan beramah mesra. Masa inilah hendak mengaku bahawa satu tika dahulu dikaulah pojaan hatiku. Biarpun terlambat, namun ianya tetap tidak dapat merubah kehidupan hakikat yang sebenar.

Walaupun dahulu, hidup dalam keadaan berpuak-puak, puak kau suka ponteng kelas, puak kau kipas susah mati hero pujaan ramai, puak kau kaki shopping, puak kau hanya atlet sahaja, puak kau suka kipas guru, puak kau paling popular, puak kau hanya minoriti tidak dipeduli namun, apa ada pada semua itu bila sudah berkumpul beramai-ramai untuk mengenang masa silam.

Walaupun dahulu hidup penuh dengan ego seorang budak-budak meningkat dewasa, kini kehidupan diteruskan dengan berkongsi pengalaman masing-masing, yang sudah beranak pinak, yang sudah berkerjaya, yang sudah merantau entah ke mana, menjadikan bertukar cerita itu merupakan satu perkara menarik untuk belajar dan mempelajari, sesuatu yang boleh diteladani dan diambil manfaatnya.

Mengapa aku merapu begini? hahaaa, ini feeling satu perasaan seronok apabila rakan-rakan sekolah SPM 2001, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab berkumpul dalam satu talian WhatsApp. Wiii, kecoh tapi menghiburkan, kecoh meskipun masing-masing mengadu bateri handphone lekas kong, kecoh tapi masih lagi setia dengan cerita-cerita panas. Terima kasih kawan-kawan kerana masih lagi sudi mendengar berita dan cerita walaupun aku sudah jauh dengan kalian.

InsyaALLAH, bagaikan sudah menjadi tradisi kita untuk berkumpul minggu terakhir berpuasa setiap tahun. Satu hari nanti, kita buat acara formal untuk menjemput satu batch kita berkumpul bersama-sama dengan acara-acara yang menarik. Semoga jalinan persahabatan kita semua kekal hingga ke syurga. Amin.

Tingkatan 1 dan 3 Rancangan Khas Agama.
Tingkatan 5 Sains 2.

 Koir dan boria kampung pisang emas. Alaaa comel-comel. Hiii!

 Acara makan-makan, team hostel nampak bersama tapi tak mesra,
Acara tukar hadiah 3 RKA. Bajet dah dewasa. Nampak bersama tapi jarang berbicara.

Annual Dinner: Malam Seribu Kenangan gittu. Tidak dikenali :)
Team bola jaring SMKTH, aku ado kek situ. 

Nota hijau: Terima kasih Allah memberikan aku peluang ini menikmati bahawa indahnya kehidupan.

Strip wash.

Monday, 21 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah hendak habis menaip tadi, laptop buat gila tak save then habis hilang semua. Cis! Jadi, ulangtaip semula. Go thru isi entry je terus. Haaa, pengguna Cloth-Diapers (CD) mesti tahu istilah Strip Wash (SW) ni kan? Dilakukan apabila CD sudah mula tidak berkerja seperti biasa, kurang penyerapan dan bocor insertnya juga keras kejung ibarat kepok lekor made in KL banyak tepung daripada isi ikan. Huhuuu.

Baiklah, setelah aku berpoluh-poluh [tipu] melakukan SW secara solo maka hasilnya agak memberangsangkan. Banyak tu nak kena buat seorang tambah dengan kerja lain lagi, berapa banyak pula tenaga dan masa berhabis di situ kan? Ok-ok, cara aku SW guna cara aci redah asal boleh dan mengambil langkah paling mudah senang dan sedikit malas. Hehee.

Mula rendam insert sahaja dalam air panas. Banyak insert banyaklah air panas. Hati-hati ye, kang melecur pula. Buatla stail ala-ala di kedai dobi tu. Apabila air sudah agak-agak suam, masuk pula pocket CD tu. Aku tibai panggil pocket CD, ada orang guna istilah pantz. Boleh saja. Sebab Pocket CD ni, majority aku punya daripada buatan PUL so tidak boleh terus guna air panas gelegak. Ada orang letak cuka sedikit untuk hilangkan kotoran.

Setelah agak-agak puas hati, tuang semua dalam mesin pencuci pakaian, gantikan Soda Bikarbonat di tempat letak sabun untuk mencucinya supaya CD kelihatan putih bersinar. Dan jemur seperti biasa di bawah sinaran mentari pagi. Hasinya, insert dan CD akan kelihatan seperti baru. Jika tidak puas hati dengan cara aku ni, bisa aja gunakan perkhidmatan Google.

Jenuh hendak masukkan insert dalam pocket. Ting-tong kejap.


Auni dan Adli punya bakal diwarisi Arrizqi pula.

"Baru lepas menghantar abi di depan pintu, feeling isteri mithali la kunun. Ok, bangun semua kerja rumah bermula sekarang. Breakfast, mop lantai, lipat baju, gosok baju abi, masak tengah hari, mandi anak-anak, teman anak-anak, mengajar anak-anak dan bla-bla-bla............ semoga hari ini berjalan dengan lancar. Selamat pagi Isnin :)"

Status FB aku pada hari ini, tidak sangka pula ramai yang like dan komen, rupanya ramai juga yang masih tidak tahu jawatan ku pegang sekarang ini. Pengurus rumah tangga gittu. Daripada kerja bos hingga cleaner. Kikiii. 

Nota hijau: Ok selamat berkerja semua ;)

Jururawat dan guru.

Thursday, 17 January 2013

# Inilah yang dikatanya princess. Dengan bibir berlipstick. Bolehla kakak!
# Sikit lagi buku latihan ABC nak habis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrrmmm...nampak je kental. Kalau di suruh tidak pernah untuk jalan perlahan-lahan, saban kali disuruh setiap kali itulah dia berlari. Naik tangga berlari, pergi dapur berlari, masuk bilik air pun hendak berlari. Itulah Auni.

Apatah lagi bila diberi kebenaran main diluar rumah yang separuh simen, jalan bertar dan berumput. Kebal dengan gigitan nyamuk, kebal dengan asap pembakaran sampah tetapi tidak kebal bila lutut bertemu tar. Hrmmm...meraung tu tidaklah cuma cengeng. Kedua lutut berdarah tidak teruk mana, hendakkan dukung, dilayan, dirawat dan diplaster. Anak manja.

Aku heret je masuk bilik air, mandikan, pakaikan baju pink warna kegemaran dan rawat lututnya dengan ubat berserta nasihat. Selesai menjadi jururawat, aku buatkan susu dan tepuk sekejap, kiss pipi kanan-kiss pipi kiri, lap air mata dan dia tidur. Selesai.

Satu part lain, mengajar dia menyanyi lagu ABC. Ok, dapatla sedikit-sedikit, huruf pun hampir kenal kesemuanya. Warna memang sudah kenal, nombor sikit-sikit, alif ba ta masih dalam proses pembelajaran. Belajar sikit main banyak. Misi aku hendak menyuruh dia habiskan buku ABC nya.

Auni, lebih ke arah melukis dan art. Yang aku perhatikanlah sebab dia sentiasa mahukan kertas kosong, pen mahupun pensil. Malah, aku belikan buku latihan pun dia cukup suka melukis gambar di bahagian kosong kulit hadapan dan belakang buku. Gambar yang sudah cantik dilukis seperti layang-layang, khemah, bentuk segitiga, segiempat, bulat, bulan dan sayang.

Paling terbaru melukis gambar princess. Nampak seperti kacang, akan tetapi princess katanya. Not bad sebab part mata tu siap ada mata hitamnya. Memerhati dia melukis adalah menyeronokkan. Dia melukis bersama mulut yang bercerita. Comel sangat.

Hendak ku hantar ke sekolah bimbang kerana potty trainingnya belum complete. Hari pertama kencing di dapur. Hari kedua dalam kolam sewaktu mandi dengan Adli. Selain tu dia request pampers. Aduiii! Kata abi taska yang dia tanya masih ambil kanak-kanak berpampers. Sebenarnya, aku lupa tahun ini Auni empat tahun. Sibuknya aku.

Apapun, aku bangga juga dengan perkembangan Auni setakat ini. Harus meluangkan lebih masa untuk dia. Aku hendak ajar dia mengaji. InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Perkembangan yang pesat.

Tuesday, 15 January 2013

# Arrizqi tiga bulan hari ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nampak macam demok bebenar hakikatnya dia semangat yang bersaiz emak. Maksudnya, semangat tapi slim. Eheks!

Lain-lain perkembangan, semakin pandai berborak, senyum, tidur satu ekar setengah, mengiring dan semakin kurang menangis. Minum susu formula sepenuhnya dan mula teruja melihat orang yang sibuk bersiap untuk keluar berjalan. Hrmmm...

Temujanji imunisasi minggu depan. Adli pun belum dapat injek setahun.sedangkan dia hampir mencecah usia setahun enam bulan.

Cepat besar Arrizqi senang umi hendak uruskan. Hehee.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terkawal.

Sunday, 13 January 2013

# payah nak ajak Auni dan Adli bergambar. Ini sahajalah, malas nak ngejar pengantin yang nun jauh atas pentas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mama dengan Auni, papa bertukar ganti dengan adik menjaga Adli, aku hanya menumpukan kepada Arrizqi. Syukurnya majlis perkahwinan ini diadakan di dewan sekolah dengan suasana yang teratur dan tidak begitu panas. Pengudaraan yang cukup baik.

Dapat juga aku melihat gelagat mereka-mereka yang menjaga tol sebaik sahaja pengantin lelaki tiba. Gelihati. Meskipun aku memegang Arrizqi, aktiviti tersebut turut buat aku jadi teruja maklumlah masa persandingan aku dahulu penuh dengan istiadat kepolisan so tidak merasalah suasana mengutip tol. Riuh pengantin lelaki dikenakan dek pakcik.makcik pengantin perempuan.

Bersyukur kerana tiga askar aku sangat baik dan menjaga diri. Langsung tidak menangis dengan persekitaran dan kelompok orang yang tidak dikenali. Rata-rata melahirkan rasa sedikit kagum kerana Auni dan Adli yang tidak takut orang. Adli dan Auni hanya membawa diri masing-masing dan bermain sama-sama.

Jatuh, bangun, tertiarap, berlari, berlaga saling bersama-sama, aku hanya duduk memerhati sambil menjaga Arrizqi. Arrizqi pun hanya diam terkebil-kebil dan sesekali tidur. Sungguh senang. Makan dengan tenang. Heheee.

Esok lusa Arrizqi pin joint sama. Mostly menyatakan Arrizqi nampak bagaikan kembar dengan Adli. Hihiii. Balik daripada kenduri shopping as always. Belikan kasut untuk Auni dan Adli. Arrizqi? Non ado. Aku, beli seluar tracks sahaja lor. Pasal berjalan dengan baju kurung. Hendak mengontrol ayu dan Arrizqi. Adeih!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Happy Friday.

Friday, 11 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun pagi kelam kelibut, jadual lari daripada biasa gara-gara bangun lewat. Ergh! Memang tiada orang marah tapi kesian pula pada abi yang tidak sempat untuk makan tengah hari. Masak nasi dan goreng nugget je yang lepas. Arrizqi ajak berborak hendak tidur berdodoi. Manja emak sungguh, belum lagi Adli yang setia  dengan bantal busuk landing depan kabinet dapur gara-gara hendak berdukung. Adeh!

Whatever pun, anak-anak harus diutamakan sebab aku tak gemar mendengar lagu sumbang daripada empunya diri. Masa sudah kelewatan beginila macam-macam hal hendak jadi. Hrrrmmm.

Hari ini, balik kampung dengan paksu anak-anak (adik aku) masing-masing excited sebab sudah merajuk dengan abi yang tiba-tiba bersiap dan ke tempat kerja. Sabar je la. Dan macam biasa, kena standby untuk Sabtu dan Ahad ni. Mujurla sudah plan balik kampung, kot tak memang melopong je la aku kat rumah walaupun jadual harian yang tidak berbeza setiap hari.

Aku hendak habiskan blogwalk dahulula lepas ni, cuti berblogging. Aci dak? Oh ya, selama inikan aku tertanya-tanya kenapa orang yang membaca bloghijau ni suka menyatakan cara penulisannya lain daripada yang lain, boleh aku tahu macam mana yang lainnya tu? Hihiii...Saje supaya aku boleh terus keep it up dan terus bersemangat. Aku rasa, aku menaip macam biasa sahaja, cerita pun tidaklah gempar sangat, bila aku baca komen-komen tu, terasa jugala mahu tahu apa yang beza dengan orang lain.

Ok, mahu packing baju anak-anak sambil layan Pengako Sa Yo. Jericho... Oh!!! Hah, lepas ni layan Sehangat Asmara pula ya, aku suggest sebab the best novel by Asha Sofea. Kay dan Zainal Arif. Oh! Adi Putra. Hiks! Daaa... Take care sayang.

Jom senyum dengan Arrizqi.







Hilang kata-kata bisa.

Tuesday, 8 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Well, masa sekolah dan masa waktu belajar dulu kawan-kawan memang tidak tahan dengan perangai aku, tidak hairanlah aku sentiasa di pulaukan orang dek kerana mulut aku yang bercakap tidak ada perlindungannya, main lepas ikut suka sahaja. Then, pangai pun suka mementingkan hal sendiri berharap agar semua orang memahami.

Namun, tidak semua orang suka perangai sebegitu apatah lagi hidup dikelompok ramai seperti asrama yang memerlukan setiap kerjasama setiap orang. Masa zaman sekolah, tiada siapa pun berani tegur, zaman belajar barulah aku tahu, kerana sudah ada yang menegur. Bila sudah tua begini, ramailah kawan sekolah yang bergurau manja menegur perangai aku masa sekolah dahulu. Sudah terlambat kan? But, title lone ranger tu memang membuat aku sedar diri.

Bila sudah beranak-pinak, kita menegur tapi orang tidak peduli sakit juga hati, apatah lagi yang ditegur itu anak sendiri. Jika masa dahulu, bila orang tidak peduli kita, kita pun buat hal sendiri sahaja. Itu dulu, now bila dengan anak, anak tidak ikut cakap takkan la kita mahu tembak lepas sahaja. Bercakap dengan anak-anak memang kena berlapis menggunakan penapis yang sangat kebal. 

Anak-anak akan belajar daripada ibu bapa. Sebut ibu bapa, ibu yang berada di hadapan makanya ibu, emak, umi, mama la yang merupakan role model paling baik untuk dicontohi. Sedikit sebanyak, aku kena ubah perangai bermulut lepas. Akan tetapi bila teguran tidak peduli, aku sudah pandai diam sahaja. Marah dalam hati. Mungkin, silap daripada diri sendiri juga kerana aku yang lebih banyak masa bersama mereka.

Memanjat sofa, gigihnya Adli setelah beberapa kali mencuba. Walaupun setiap kali jatuh, menangis, namun...

Usahanya membuahkan hasil, membuatkan dia berani berdiri mengimbangi berat badannya sebelum...

Dia menyangkutkan badannya di penyandar sofa. OMG, Adli. Walaupun jantung aku bagai hendak jatuh, kepala aku memikirkan benda yang negatif tetap juga aku pantau. Adli anak lelaki, dia mesti lasak dan kuat.

Puas bila melihatkan senyuman manisnya dapat buat seperti kakak. Kakak naik sofa tak mainlah daripada hadapan, panjat ikut penyandar. Si badan getah tu, tidak pernah serik walaupun jatuh banyak kali kecuali betul-betul sakit, baru nangis. 

Kakak tengah sibuk setup tempat main. 

Salji umi, salji. Erk! Gulp! 
Ini betul-betul buat emak tumbuh tanduk. Habis segala kata berlapis aku luahkan, sakit gak dada bila tidak dapat nak hamburkan kata-kata yang biasanya kasar. Terlambat sudah apabila satu botol bedak baby johnson dikerjakannya. Tu tengah buat pari-pari salji la tu. 

Baru dua orang, belum Arrizqi join sama. Memang emak diam membisu je la. Letih sudah. Adli semakin boleh tahan perangainya but still kurang sikit daripada kakak.

Nota hijau: Harap, masa sekolah esok jadilah kanak-kanak yang cemerlang.

10 tahun.

Saturday, 5 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa berterusterang, jodoh yang sepatutnya milik kita tidaklah akan kesampaian. 

Terima kasih lawan sebab menjadi kawan aku, 
terima kasih kawan sebab menjadi teman rapat aku, 
terima kasih teman sebab menjadi sahabat aku, 
terima kasih sahabat menjadi kekasih hatiku, 
terima kasih kekasih kerana menjadi peneman hariku, 
terima kasih kekasih kerana menjadi suamiku, 
terima kasih suami kerana menjadi bapa kepada anak-anakku, 
terima kasih yang tidak terhingga kerana masih mencintaiku, 
terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan demi aku. 

Terima kasih kerana masih setia sehingga ke hari ini. insyaALLAH kita bersama atas keredhaan ALLAH.

Wandi, Syasya: 5 Januari 2003 - 5 Januari 2013
Ulangtahun pertemuan yang ke-10
Semoga ikatan yang kita bina terus kekal hingga ke syurga.
Tanpa keberanian mimpi tidak jadi kenyataan. - eh? macam kenal je ayat ni. hahaaa.
Ini bukan jaket TNB, harap maklum.
Konvo Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Institut Latihan Perindustrian, KL. [ILPKL 2003]

Tahun lepas dah mengarang macam novel, tahun ni simple ja. Hehee.
[Manisnya memori itu-baca]

Gift daripada mamaZN.

Friday, 4 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku baca blog Zakwan, Nayli aku merasakan penulisnya over, dan suka menayang apa sahaja. Asal ada entry. Jenuh, aku hendak baca entry mamaZN yang satu hari entah berapa kali update, rajin betul.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku berasa hairan, bagaimana penulisnya boleh maintain setiap entry percutian akan diceritakan dengan lengkap, siap dengan harga hotel, bajet, tempat bermain, apa yang ada, ok atau tidak ok lengkap dengan gambar sekali.

Dulu... masa aku tak kenal dengan mamaZN ni, aku rasa dia sangat pandai menarik perhatian orang supaya membaca blognya dengan mengadakan contest atau giveaway simple. Syaratnya yang sangat tidak sukar untuk menyertai.

Itu dulu, orang kata tidak kenal maka tidak cinta. Tidak bersua maka tidaklah mesra. 

Sekarang, aku sangat berterima kasih kepada mamaZN sebab sudi menjadi sebahagian kawan yang sangat suka memberi kata dorongan dan semangat. Kali pertama berjumpa, ketika menghadirkan diri di majlis ulangtahun ZaquanZiqri atau Sweetmama lebih dikenali dengan Eija.

Kekok juga masa tu sebab, mamaZN panggil Eija dengan panggilan kakak sedangkan aku panggil nama sahaja, sedangkan mamaZN aku panggil kakNad. Sudah jadi huru hara rasanya. Kesimpulannya, kakNad dan Eija lebih umur sedikit daripada aku. Apa ada pada umurkan?

Kali pertama jumpa, yes aku terpikat dengan senyuman kakNad, ikhlas macam Eija. Cepat je dia menyedekahkan senyuman manisnya itu dan terkagum dengan ke'sporting'an papaZN yang tidak ketinggalan untuk merakam detik indah pertama kali kami bersua. 

Sekarang, aku tahu kenapa kakNad ialah seorang yang sangat rajin dan tekun bila tiba update blog Zakwan, Nayli. Melambangkan beliau ialah seorang yang suka berkongsi maklumat dengan kawan-kawan. Dan, aku tahu bahawa dia seorang surirumah apabila membaca komennya di entry blog Lea, ibu kepada Ruhil Iman dan Nouri Ilham yang menyatakan bagaimana kakNad menguruskan rumah.

Sekarang, kakNad ialah mentor aku. Aku belajar breastfeeding, menggunakan ClothDiapers, urusan rumah tangga, dan hhal-hal yang berkaitan dengan rumah. Kagum denganmu kakNad, dan terima kasih atas ingatan untuk menghantar GA ini kepada aku. Comel sangat ada gambar dak berdua tu. Next time siapa hendak buat GA, just do it like this. Terus lekat di peti sejuk. Terima kasih atas ingatan, terima kasih atas jalinan persahabatan. Nanti kita jemput bila housewarming, tak pun datang je bila kelapangan.


Aku, kakNad dan Eija. Aku paling kecik tapi anak dah tiga. Hahaaa.

Sama-sama kasih kakNad sebab sudi kawan dengan kita.

Nota hijau: Tidak rugi berblogging, tidak rugi berkawan.

Membebel.

Thursday, 3 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lumrah, seorang yang bergelar emak membebel. Aku memang seorang yang gemar bercakap. Dululah, sekarang ni aku tidak tahu. Mungkin selepas abi kata, bising je umi ni...terus aku jadi pendiam. Pendiam ke? sikitlah. Hendak cakap banyak pun sudah malas, sebab bendanya sama.

Membebel pada abi adalah sangat lain dengan membebel pada Auni dan Adli. Arrizqi pun kena tempias sasaran membebel aku, hah semua pun kena. Padan. Semalam, baru up entry semangat, ye semalam jugala hampir habis semangat aku merudum.

Well, adakalanya kita mengalami satu hari yang emo, satu hari yang stres, satu hari yang blur, satu hari yang tiba-tiba angin cemburu datang, manusia biasa akan alaminya. Normallakan? sebab tu kita kena ada kawan, kena ada sokongan untuk menjadi diri kita balik semula. Supaya kita ingat berpijak di bumi nyata. 

Adli, semakin hari semakin nampak helah kenakalannya, kebijaksanaannya, keaktifannya. Dan, memang ikut jejak langkah kakak. Auni, semakin ektreme mengeksplore apabila tangga yang sudah dipasang pagar pun dia boleh melepasinya tanpa membuka pintu pagar. Aku memang gelar dia si badan getah. Pintu peti ais pun sudah pandai buka, sudah pandai tuang air daripada jug ke dalam cawan. Bercakap, sangat petahnya ikut emak yang suka membebel.

Bangun tidur buat perangai tak mahu mandi, aku ni pujuklah baik-baik supaya dia pergi bilik air dengan rela hati. Haram... dia buat keras. Ok, aku heret dengan mulut membebel. Dalam bilik air pun potpetpotpet la si emak ni. Belum lagi Adli yang turut nak ikut sama masuk dan Arrizqi yang ngokngekngokngek menjerit ajak borak. Ai...tragis.

Rumah, macam biasa tahap kapal pecah, karam, semua pun boleh. Memang tidak boleh nak kata apa dah. Tunggu dorang tidur baru kemas, berharap sangat abi tak balik lagi. Mesti dia pun bengang bila balik tengok rumah tunggang langgang sedangkan emak belum tidur. Aku tidaklah mahu dicop, duduk rumah pun, rumah still tunggang langgang. Hrrrmmm nak buat guane. Biasanya, bila tidak sempat mengemas aku sudah text awal-awal, jangan terkujat bila masuk rumah. Hihiii...

Hendak tunggu dorang masuk tidur adalah waktu yang sangat susahnya. Sudah baring-baring, ada saja permintaan di luar jangkaan. 
"Umi jangan tutup tv eh!" Auni punya request. 
"Auni tak boleh tidur" eh, macam tu pulak. 
"Umi, Auni nak chuchu" Aduhaiii, baru hendak meregangkan urat. Ok lagi. Takpe. Bangun jugalah. Bila Auni ikut aku pergi dapur, Adli akan bangun juga. Sudah mula menyibuk apa yang kakak buat. Hari sudah jam 1pagi. Tengah cuci botol, pinggan bagai. Dua orang tu buat perangai lagi. Arrrggghhhh!!!

Habis, satu tapawe Nata De Coco belum buka lagi tu, jatuh dan pecah dan dapur pun banjir. Yaks! Hah! Aku belum habis membebel fasal tidur. Dah satu hal lagi hendak kena mop. Dengan Adli yang sudah berenang atas air berlengas tu. Dua-dua aku letak dalam bilik air. Geram. Adli bukan reti takut lagi. Auni sajalah yang menjerit-jerit. Siap aku kerjakan dapur, buatkan susu dan mandikan dorang. Mujur ada heater. Tutup semua lampu, tutup tv dan tidur. Adli sajalah yang berlayar, Auni belum lagi. Itu pun berebut hendak tidur sebelah emak. Sabar sajalah.

 Auni the leader.

 Adli the assistant leader.

Arrizqi the follower.

Satu yang aku belajar daripada anak-anak ni, dorang cepat je lupa apa aku dah buat pada mereka. Walaupun sudah kena denda, tapi bila hendak tidur, bila tengah ambil nafas, dorang datang dengan perangai yang mengambil hati, buat memek muka lucu, pujuk suruh tidur, hendak emak peluk. Adli, walaupun kakak sudah peluk aku, diterajang kakak dengan kaki namun dia tetap usaha hendak kepit dengan aku, dapat celah kelengkang jadilah meskipun sudah ada bantal busuk. Bau emak juga dicarinya.

Emak, nampak biasa tapi bisa juga. Hihiii.
Prengantkan Arrizqi 5 bulan. Pakai bengkung PB. Adeih!

Nota hijau: Beri aku kekuatan.

Kek coklat tanpa serbuk penaik.

Wednesday, 2 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa aku pergi beli bahan buat kuih tu, abi bawa pergi shopping di AEON, Kepong. Manalah aku tau dia hendak belanja beli barang-barang keperluan aku, maklumlah sejak habis pantang belum lagi beli kasut, beli handbag, badan ni pun rasa serabai sebab rambut masih panjang. Wajib ke tu semua? sejak sudah bergelar surirumah ni, kena tunggu orang pelawa belanja sahaja. Hendak minta banyak, segan.

Jadi, tidak berapa biasa beli barang dapur di AEON, kekerapan membeli adalah di Tesco. Sampai sudah hafal setiap bahagian Tesco. Makanya, siap senarai di tangan, sudah tertulis brand serbuk penaik pun jadi blank bila berhadapan dengan rak bahan. Bajet macam chef hebat  ja, milih bahan untuk buat kek, feeling hendak beli semua. Dan, tiadalah serbuk penaik.

Kali pertama seumur hidup, dengan dorongan kawan-kawan sekolah dan pakar membuat kek, aku bedal ajalah buat ikut resipi mudah dan tinggalkan tang serbuk penaik tu. Hahaaa... Kali pertama, haruslah ada cacat celanya. Dengan tiada sukatan tepat, dengan tiada mangkuk untuk kacau semua bahan, tiada loyang, gigih jugalah, pulun. Kukus dengan pengukus Tupperware, makanya comel je la kek coklat aku. Hihiii...

Syukurnya, masa dok bergelumang dengan bahan, Auni, Adli dan Arrizqi pakat tidur bersama-sama, cumanya bila waktu hendak mengukus tu Arrizqi tiba-tiba sahaja menjerit. Dan bila kek siap, aku ajak Auni dan Adli buat topping, suka benar dua beradik tu, tolong makan lebihan coklat dan manisan untuk hiasan. Panggil apa tu ek, yang warna-warni tu?

Macam biasala, tanya abi pulangnya jam berapa. Hrmmm... as last year juga, balik habis bunga api malam tahun baru. Itula nasibnya untuk tahun ini juga. Lepas ini, celebrate birthday serentak dengan tahun baru sahajalah. Tapi, aku as a wife rasa tidak best pula. Well, hari istimewakan.

Petang 1.1.2013 baru dapat potong kek coklat kali pertama ni. Coklat toppingnya tebal dan tidak sedap. Hahaaa... Aku main bubuh ja, sebab tiada whipping cream. Keknya, sedapla jugak. Abi kata kek coklat sedap. Auni dengan Adli jangan katalah, memang kenduri makan.

Memerlukan usaha lebih lagi.

Kena cuba buat lagi, banyak lagi keperluan membuat kek yang perlu disediakan. Seronok rupanya membaking ni. Hihiii...Oh! resipi kek coklat, search sahaja. Aku ada juga resipi kek coklat moist mama Mikhail, tapi dia guna penimbang, aku guna cawan ja. Heheh!



Arrizqi tidur. Aduiiilaaa...

28 tahun anak dah tiga, uban pun dah banyak. Hahaaa... Ye la, emak tua. Hohooo...

Nota hijau: Yeay, lepas ni puding roti pula. InsyaALLAH. Selamat Ulangtahun Kelahiran kakSal, empunya blog 3A.

Bersemangat.

Tuesday, 1 January 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang 2013.

01012013.

Gigih buat kek coklat untuk abi, seperti tahun lepas juga malam tahun baru merupakan malam sibuk untuk dia, sedih juga apatah lagi hari ulangtahun kelahiran serentak malam tahun baru. Yang kena pasrah, isterilah.

Ok, terima kasih 2012. Suka, duka, pilu, gembira, sedih, kejutan, kejutan tak menjadi, dan pastinya indah. Lebih kepada sangat indah, terima kasih Arrizqi. Hadirmu memberikan rezeki yang melimpah ruah. Syukur.

Azam tahun baru, hrrmmm [menggumam] jadi lebih independant. Dalam kepala otak aku ni, aku hendak menjadi seorang emak yang serba boleh. Tidak kisahla dalam bidang apa sekalipun. Hendak merebut Anugerah Pekerja Cemerlang, memang tidaklah kalau sudah tersurat terceruk di dapur. Hendakkan bonus, pun memang tiadalah kecuali ada yang offer.

Paling penting, aku hendak menjaga kesihatan supaya boleh membesarkan tiga askar yang sangat meligat dengan seribu satu macam kerenah.










My lovely, lovely, lovely super kids.





Cayok umi, cayok. Usaha.

Semoga lebih bertabah untuk hari mendatang. Disamping itu, aku akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang kurang mengeluh dan sentiasa ikhlas kepada yang aku lakukan untuk abi, insyaALLAH.

Nota hijau: Aku cuba bangkit untuk menjadi orang yang penuh kasih sayang. Aminnn.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in