Happy Wedding Day.

Thursday, 5 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

What is a good friends? Someone to talk with, someone to celebrate with, someone to cry with, someone to share with and someone to live with - Disney Channel. 

Macam biasa, seminggu sebelum majlis bermula, group wassapp kecoh. My beloved sisters hendak pergi sekali dan bersama ke sana. Macam biasa juga, aku bingung. Baju apa hendak pakai, menghadiri majlis kenduri kawin dengan harapan, abi akan bawa berjalan-jalan selepas majlis. 

Peplum sahajalah, dengan jeans, selamba kodok, hahaa. Selesai sediakan semua kelengkapan, kita ke majlis perkahwinan Puteri Amna Balqies atau cikZiela atau kawan baik aku selamanya (BFF), banyak sudah entry tentang dia dalam bloghijau ini. Perkenalan bermula di perhentian bas dan berlanjutan sehingga dia ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah.

Walaupun perkenalan aku dan dia hanya berlaku tidak sampai pun 10 tahun namun aku berasakan Ziela ialah seorang yang memang sangat boleh dijadikan kawan, mungkin disebabkan kedudukan kami yang sama dalam keluarga, anak sulong. Cumanya karektor aku dan dia sedikit berbeza, dia lebih lembut dan sensitif berbanding aku, some part kita share, some part kita simpan. Yang pentingnya, aku sangat gembira dia mengakhiri zaman bujangnya. 

 Suka benar sengih nampak gigi arnab tu, isk!

 Teringat masa duduk rumah sama-sama dahulu.

 Mereka ialah adik beradik aku sampai bila-bila.

 Aku yang paling bongsu, tapi askar paling ramai. Hohoo.

 Susah hendak gmbarkan dengan kata-kata bila sudah berjumpa.

Selamat melangkah ke alam rumah tangga Ziela. Semoga sentiasa ceria dan bahagia hingga ke syurga.

Kami doakan yang terbaik untuk awak, kami sentiasa ada untuk temankan awak walaupun dirintangi jarak. Kami sentiasa bersedia untuk mendengar keluh kesah kisah awak selepas ini sebagaimana dahulu, kami sentiasa mengingati awak walau dimana jua kami berada. Kami, kawan baik awak. 

Tiada lagi kawan rapat aku yang bujang-bujangan. Sekian. 

9 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

kawan rapat semua dah kawen kawengan kan

Gieyana said...

Best klau g wedding cmni..syok sgt especially bila dpt jmpa kwn..luasnya uols sengih cha..:)

Zura@Iwan said...

bila wedding kwn ni..
dpt la bjumpa kan..

amboi cha..
slambe je pakai jeans ye..hikss

ha..kita sm..kalau senggih nmpk gg arnab..haha..
tp kak gg dpn lg bsr kot..kakaka

mama lieyna said...

Sempoi cha, knduri kawen pakai jeans jer..ihiks.. :-)

Alhamdulillah, dh selamat kawan cha bergelar isteri orang, comel .. selamat pengantin baru buatnya.. moga kekal bahagia till jannah.. amin...

Nad MamaZN said...

moga persahabatan tak putus walau masing2 dah ada famili sendrik

Sweetmama said...

slmt pengantin baru buat kawan baik cha, happy bila semua kawan2 baik dapat berkumpul..

Masya said...

selamat penganting baru buat zila, moga berkekalan... x kishalah pakai baju ape.. tp kamu senyum kemain lebar dr pengantin hihihihihi ..

eima said...

semoga persahabatan kekal ke akhir haayat

ch@ said...

Sue:
tu la pasalnya.

sisYana, kakEija, kakGie:
aha tu la kan, suka sgt sengih mcm takde masalah. rasa tidak cukup masa hendak bersembang.

kakZura:
kan, aset penting tu gigi kapak. mama tak kasi nak pakai besi kasi masuk dlm sket.

haha, byk kali dh pi kenduri pakai blouse ngn jeans. hehe.

Eima, kakNad, kakIeyna:
in shaa Allah. sahabat selamanya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in