End 2013.

Tuesday, 31 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, melalui setahun yang penuh dengan pancaroba, dugaan, cabaran dan macam-macam hal. Syukur, masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan sisa perjalanan yang masih ada. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk menempuhi dugaan 2014, inshaaAllah.


Untuk kasih tersayang, Selamat Ulangtahun Kelahiran-29, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga terus tabah meladeni kerenah, anak-anak dan isteri nan satu ini. Semoga, dapat menjadi role model untuk anak-anak mencontohi sikap dan sifat yang baik. Kami sayang kamu, abi.

Hrmmm, azam tahun baru, ada ke eh? azam aku biasa-biasa sahaja berharap sangat agar dapat memantapkan skill masakan, skill art, dan skill bisnes tupperware, muahaha. Semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus sabar meladeni kerenah anak-anak yang pastinya kian membesar, kian banyak hal, kian panjang akal.

Serba puteri. Sabar je la melayankan kerenah, Auni.

Satu yang pasti, jadual aku berubah lagi apabila Auni sudah pun mula ke Tabika Perpaduan berhampiran rumah. Entahkan sempat entahkan tidak aku hendak update bloghijau ini kerana aku juga berazam untuk mengurangkan kisah hal peribadi di bloghijau, entahlah aku pun tidak tahu mengapa aku rasa sangat takut dengan media sosial pada zaman sekarang. Semoga, kita semua di bawah lindungan Allah swt. InshaaAllah.

Kesimpulan untuk tahun 2013, buang yang letih-letih, buang sikap suka merungut, buang yang keruh-keruh dan sentiasa bersangka baik, sebenarnya...aku hendak menjadi seorang yang sangat low-profile. Tapi, aku sayang sangat dengan bloghijau ini, macam-macam kenangannya. Semoga kami sentiasa dibawah lindunganNya.

Sekian sahaja bebelan hari terakhir untuk tahun 2013. Selamat tahun baru semua.

Salam sayang.

11 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

selamat hari lahir utk Abi.
selamat gi skol utk puteri Auni.
Dan.
selamat tahun baru utk adik akak ni.. hihi.

Betul. Kita tak perlu over-exposed pelbagai kisah peribadi termasuk barangan berharga yg baru di beli. Takut. Zaman skrg memacam boleh berlaku. Mengundang pelbagai bentuk ancaman kepada diri sendiri.

Masya said...

selamat hari lahir buat abi auni, adli dan rizqi ... moga dipanjangkan umurnya ...

selamat bersekolah buat auni ...

moga cha berjaya dlm apa jua yg cha buat dan ceburi ...

Nad MamaZN said...

Hepi bday abi!
Hepi new year cha n famili!

syawalsimpsons said...

happy bufday abi/...kikikiki...eh macam aku lak adik beradik ngan auni adli n arrizqi

Cik Jue said...

jangan berhenti menulis..
kenangan indah wajar kita berkongsi bersama...
go umi go umi go umi go

Rasp said...

aminnnn moga apa yg diimpikan tercapai....

i pun dah jarang berblog ni sis...
tapi sayang nak tutup terus...
sayangkan kengkawan gak....

Cik Puan Rara said...

Happy New year 2014 sis!

Fizah said...

selamat tahun baru cha!! semoga 2014 menghidangkan lbh byk kegembiraan dalam setiap perkara! ameen :)

Shu @ Mrs. Hamid said...

Selamat tahun baru cha. It's Ok to share tapi x perlu detail. Upload photo and put some caption pun dah memadai.

Sweetmama said...

Selamat tahun baru cha..n selamat bersekolah buat auni comey..

k.eija pun rasa k.eija dh kurang masa berblog n jarang update sgt, selalu cerita kisah2 percutian je..itupun cerita x pernah abis..selalu tergantung..hehe

ch@ said...

KekDa:
Slmt tahun baru juga buat kekDa.
Btl tu kekDa. Zmn skrg ni, mcm2. Anak2 pun dah advance.

KakJue, KakNad, SisYana:
Tq sis.

Fizah, Sue Jemah:
Ahaa tu la psl. Tq mek.

Rasp:
In shaa Allah, tq kak.

Shu, Rara:
Tq Shu. Tq Rara.

KakEija:
Hahaa...tergantung? Details sgt kakEija cerita. Tu yg x habis2, hihii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in